Friday, December 28, 2012

Tongue Twisters I Aktiviti membelitkan lidah

Jika anda rasa anda suka membuat senaman lidah, sila cuba ayat-ayat di bawah. Saja nak cuba-cuba lepas baca satu cerpen;


Kakiku kuning kerana kakakku.


LAGI!



Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku




LAGI...kita tukar bahasa pulak!



Picky people pick Peter Pan Peanut-Butter



If Stu chews shoes, should Stu choose the shoes he chews?



Baca slow-slow, then laju-laju..confirm terbelit punya..Hehe

Anna Da Lady

Thursday, December 27, 2012

Boys: not pink please!!!

Minggu ni berkesempatan meluangkan masa dengan anak-anak buah dan adik-adik sepupu di Bangi, Shah Alam dan Setapak.

Dah lama dah perasan benda ni...Bila tengok anak buah yang lelaki mesti kata:

Anak buah boy 1:
"Alah, Ma...ni ada pink. Tak mahula...ni girl punya..."

Anak buah boy 2:
"Mama...Ni bukan Danis nyer. Ada pink ni.." (sambil menjerit)

Hmm, camne ye diaorg ni dari kecik dah tau, selalunya pink ni relate dgn gegirl? Ada kah sebab budaya semasa...Dan pergaulan dnegan kawan-kawan di nursery diaorg? :)

Mudah tetapi kalau fikirkan macam ia satu 'kelaziman'...

Anna Da Lady

Friday, December 14, 2012

Tayar kembung untuk kali ke-2 selepas jatuh dalam lubang

Hmm...Memang dugaan betul di pagi Jumaat ni. Takpe, Allah nak buang dosa ni, bagi sedaq sikit banyak silap saya buat ni :(

First time dulu, tayar kembung disebabkan jatuh dalam lubang besar kat ngan rumah...Kali ni, di waktu pagi yang nyaman, jadi plak kat Bangi, masa odw nak pergi bank..hmmm...

kalau kali pertama dulu, kira okla, sebab tayar memang kena ditukar dah lepas 2 tahun...tapi yang ini..tak sampai setahun kot...

Pasrah,
Anna Da Lady

Tuesday, December 11, 2012

Bila 'Jerman' datang melambai.....


Come in...

Suasana di waktu petang di Dusseldorf selepas hujan rintik-rintik...


Terhibur dengan persembahan pakcik ni...Memang sedap, tapi tak boleh makan :)


Suasana di pasar petang

Anna Da Lady







Wednesday, December 5, 2012

Mata pedih

Mata saya ni dari semalam lagi rasa pedih-pedih..Nak mengadap komputer pun tak boleh lama-lama..Agak-agak kenapa ye?

Lepas tu, pagi tadi, rasa bdan ni macam lemah je..berfikir pun tak laju sangat. Memori 'mengingat' lagi lah, ntah ke mana..kejap je dalam kepala...

Adakah selepas hari 'esok', maka semuanya akan OK?

Harap-harap, dengan izin Allah
Anna Da Lady


Tuesday, December 4, 2012

Beg-beg lama yang telah dilupuskan

Ada satu zaman ni kan, masa masih lagi anak dara....

Sangat suka mengumpulkan pelbagai jenis koleksi handbag...

Ni adalah 2 jenis handbag yang telah dibuang sebab kerosakan pada bahagian kulitnya...Sayang betul, sebab kedua-dua handbag ni dibeli pada fasa-fasa terawal bergelar pekerja....

Ni kecik sikit....

Lama-lama suka beg besar, sebab boleh muat macam2 brg....


Beg2 ni semua brand cikai je, jadi tak terasa sangat 'sayang'....Tapi masih ada nilai sentimental terhadap beg2 ni

Anna Da Lady



Sunday, December 2, 2012

Kenangan bersama Honeymaw

Dua entry sebelum ni ada cerita pasal kucing kesayangan kami terutama Mr F telah meninggalkan kami selama-lamanya...Ni adalah gambar awal waktu kami baru 'dapatkan' ia...


Bermain di dalam sangkar...Waktu ni umur dia baru dalam 2 bulan...Lahir bulan 6 tahun ni...Spot dia tak berapa jelas lagi...


tengah main di luar sangkar...Sangat aktif.

Semalam, masa di MAHA2012, Mr F sangat berkenan tengok kucing-kucing yang ada di exhibition hall tu...Macam-macam jenis ada...

My MIL ada cakap, "Ha...ambillah kucing mama yang baru lahir ni...Rupa dia macam kucing kamu tu"



Bye-bye Honeymaw...
Anna Da Lady


Saturday, December 1, 2012

MAHA 2012

Mula-mula dulu, seminggu sebelum MAHA berlangsung, tertengok-tengok tapak MAEPS telah dipenuhi dengan kanopi-kanopi bewarna putih.

Saya dan Mr F tertanya-tanya, apa bendalah yang dia nak buat ni...Rupanya, ada MAHA minngu depan tu...23 November hingga 2 Disember 2012...

Lepas tu, saya dan Mr F berkira-kira nak pergi sebab skang ni tengah hantu nak menanam pokok-pokok spt limau, cili etc.

Maka, harini baru berkesempatan pergi...Alhamdulillah, sebab kami naik motor, jadi tak terlibat dengan kesesakan di jalan raya, terutama dari arah Puchong atau Bandar Baru Seri Kembangan. Masalah sesak, sebab parking selalu penuh di kawsan parking tu...Jadi, banyak kereta kena parking di sebelah lagi satu....

Sebelum pergi, tengok dulu website MAHA...Website nya di sini: http://www.maha.gov.my/2012/

Sampai situ dalam pukul 11 lebih..walaupun nampak kereta banyak, tapi orang, takdaklah sampai tak boleh jalan langsung....

Tapi, mengikut kata DJ, harini adalah hari yang sangat meriah dari biasa...Mungkin sebab orang suka datang last minute kot..Heheh


Perkhidmatan bas memang banyak..Tapi kurang daripada demand..Sebab memang bas-bas dipenuhi manusia...

Saya ngan Mr F dapat naik bas dan dapat duduk, tapi tak naik lama pun..Just sampai kawasan ternakan je dari kawasan ketibaan...Pusing-pusing situ, dalam pukul 1 lebih, terus chow...Sebab sudah menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun...

Apa yang perlu diingat jika kawan-kawan terasa nak pergi (kepada yang belum pernah pergi);

1) Kena bawa payung...Sebab pagi-pagi hingga tengahari memang panas...
2) Kalau nak datang, tengok dulu cuaca semasa...macam skang, hujan selalu di tengahari, maka seelok-eloknya elak waktu tersebut...
3) Pakai kasut yang selesa...Janganlah menyeksa diri pakai high heel ke...hehe
4) Pakai baju yang selesa...
5) Rancang perjalanan anda betul-betul...
6) Sediakan air minuman siap-sipa..Jimat belanja...
7) Duit jangan lupa disediakan untuk beli makanan, minuman, pokok-pokok..dan kalau nak beli lembu, kucing ka...sediakan duit cukup-cukup ye!!!

DAN yang paling pentinggg!!!!

Pastikan diri anda dan famili anda WANGI sentiasa..hehe...

Pesanan ikhlas dari saya
Anna Da Lady

Friday, November 30, 2012

Bila 'pet' kesayangan meninggalkan kami...

Minggu lepas, hari Khamis 22/11/12, telah menjadi satu tarikh yang akan dikenang oleh kami berdua... Si Honeymaw, iaitu kucing kesayangan Mr F jenis Bengal-kucing hutan telah pergi meninggalkan kami, dalam keadaan yang sangat menhibakan terutama pada diri Mr F...Ikuti cerita berikut;

Dalam pukul 6.40 petang....

Mr F: Ayang di mana ni?
Saya: Masih on da way nak balik rumah ni.

Mr F: Ni...Honeymaw, nampak lemah je ni
Saya: Hmm...Tunggu japla...

Tak berapa lama kemudian...

Saya: Abang..ready la..Kita ke klinik, bawa Honeymaw...Ayang dah nak sampai ni.
Mr F: Tak payahla...Dah tak gerak pun dia..

Saya: Eh, takkan kot...

Balik tu, saya terus menuju ke Honeymaw...memang langsung tak bergerak..keras je...

Mr F bercerita....

"Abang sedih sangat. Sebab dia mati depan Abang. Abang sempat tengok dia menghebuskan nasfas terakhir..." Hmm...

Malam tu juga, Mr F menanam Honeymaw depan rumah kami...

Hilang satu 'anak' kami,
Anna Da Lady


Wednesday, November 21, 2012

211112-nombor cantik!

Sape nak nombor ni?

Fuh, ada tak orang amik nombor ni jadi apa-apa untuk dikenang? akad nikah ka? majlis kahwin ka?



Anna Da Lady

Friday, November 16, 2012

Bila orang cuti panjang, kita pun nak juga bersama-sama cuti

Yuhuu...harini amik cuti...Tapi, duduk rumah saja sebab Mr F kerja...

Mari kita tengok apa aktiviti yang dibuat start hari Jumaat malam sampai hujung minggu ni:

Jumaat malam (9/11): 

Layan Skyfall. Dapat 2 tiket free sebab Mr F dapat sempena besday dia last August @TGV Sunway. 15 minit je dari rumah..Sebab tu syok tu :)

Awal-awal Mr F kata "hmm, best ke cerita ni?"...

Pastu saya jawab, "Kawan Ayang kata best, dia tengok sampai 2 x (sape ye? hehe)

Last-last, bila dah habis tengok, Mr F terus kata.."Hmm, menarik...Lebih kepada aksi, takde lah macam sebelumni asyik bergantung harap pada gajet ntah apa-apa. And ada joke..Bagus.."
Terus saya angkat kening :)

Sabtu (10/11):

Lepak rumah Yong (kakak Mr F) @ Alam Damai bersama-sama anak2nya dan MIL. Yong dan suami takdak sebab masing-masing ada urusan kerja.

Ahad (11/11):

'Date' dengan Ms Lily (bekas rakan sekerja semasa di Penang) yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Mr Hafiz @ Kuantan, 2 minggu lagi...
Lunch bersama-sama kat Saba Restaurant, Cyberjaya. Then, sambung pula 'cit-cat' kat rumah. Macam-macam cerita yang dikongsikan. best moment ever!

Isnin (12/11):

Masing-masing masuk kerja. Tapi, after lunch kena ambik Mr F kat Semenyih (supplier punya tempat), terus balik rumah.

Selasa (13/11):

Tugas mencantikkan halaman rumah. Mr F yang paling guna banyak tenaga..Hehe..mesin rumput, cat pagar :) Terima kasih, sayang.

Then, petang tu lepas je bangun tido tengahari, terus ajak pergi area Mutiara Damansara. Saya memang suka pergi situ..Tapi, manusia memang ramai. Sempat lagi 'ditegur' oleh Mr F...Tapi, Mr F ok jek lepas tu...
Layan juga fritituti first time..Hmm, biasa aja... :)

Rabu (14/11):

Masing-masing kerja, tapi saya @Melia Hotel, KL. Ada urusan untuk conference hujung bulan ni. Jalan sangat best, sebab pagi tu sempat hantar Mr F kat Glenmarie..Terus pergi KL guna Smart tunnel.. Jalan sangat lengang..Rasa macam nak 'berjimba-jimba' je kat Bukit Bintang..Tapi, tak berani sebab sorang-sorang :)

Khamis (15/11):

Lepak at MIL house. Ada saudara MIL from Taiping sampai. Jadi lunch je kat situ. Balik rumah, terus merehatkan diri.
Dapat call dari parents kata diaorang odw nak pergi umah Angah@Shah Alam. Esoknya terus bergerak kat Melaka. Family pakteh, paklang, maksu dna anak-anak ayah Perak sewa 2 apartment sampai Ahad ni. Cuti-cuti Melaka, sambil tunggu aktiviti Sabtu ni kenudri @Kampung Abah @Johor.

Jumaat (16/11):

Harini buat kerja sambil ingat nak bershopping sekejap kat kedai.

Sabtu-Ahad (17/11-18/11):

Planning to join kenduri @Johor. Then, hari Sabtu malam tu, join tido kat Maleka, then, hari Ahad, maybe lawat my youngest brother kat Kem Port Dickson. Dah lama tak jumpak adik yang sorang ni :)

Anna Da Lady

Friday, November 9, 2012

Bila mengenang ibu bapa tersayang (versi sketsa pendek)

Seperti dijangka, laluan ke utara tanah air melalui PLUS dipenuhi oleh kenderaan entah dari mana arahnya. Walaupun nampak kenderaan bertali arus, namun laluan trafik masih berjalan lancar.

Dalam masa 6 jam bertolak dari rumah sendiri, Liana dan Rizal telah selamat tiba di pekan kampung halaman untuk bersama-sama menyambut aidiladha bersama keluarga tersayang.

Sampai sahaja di pekan kampung halaman, Liana dan Rizal berhenti sekejap di satu kedai mamak untuk mengisi perut yang berbunyi memainkan irama dangdut. Tiba-tiba telefon Liana berbunyi.:

"Acik, kat mana ni?"

"Acik kat pekan ni..Pasal pa abang?"

"Ni, abang ada beli ikan kerapu ni..nanti acik sampai rumah, tolong masak gulai ye."

Dalam hati Liana...'Ha, gulai..biaq betoi..aku ni kan pandai masak pun..alamak!!!!"

"Eh, mama abah mana?"

"Mama taktau la pi mana..abah ada tapi tengah rehat. Dia kata sakit dada tadi."

"Ha? Sakit dada? Pasal pa?"

"Taktaula..Ok, acik..Abang nak gi dah ni..Tolong masak tau? Nak makan malam ni..."

"Ok, nanti acik cari bahan-bahannya"

Telefon diletak....Rizal bertanya pada Liana...

"Apasal ayang?"

"Abang..Dia minta masakkan gulai. Nanti kita singgah kedai runcit jap ye...Hmm..."

"Pasal pa ada hmm pulak..?"

"Risau...Tadi abang kata abah sakit dada...hmm"

Selepas membeli apa yang patut di kedai runcit, kereta terus dipecut laju ke rumah di kampung TL. Salam diberi. Keluar seorang lelaki yang sangat disayangi.

"Abah, sihat ke? Abang kata abah sakit dada?"

"Eh, takdaklah..biasa aja..."

"Eh, betoi ka..."

"alah, biasa aja..."

Liana terus menghala ke dapur...Mamanya pula di cari...Rizal berada di luar bersama abah sambil mengangkat barang dari kereta.

"Assalamualaikum mama...Kabare?"

"Alhamdulillah."

"Eh, mama gi mana tadi? Abang kata tadi mama takdak kat rumah. Dia beli ikan kerapu kan? Suh masak gulai...."

"Ni, mama baru balik dari umah Cik, masak ketupat pulut ngan dia....Aa, Abang beli ikan tu tadi kat umah Tok Ngah Din...Nak masak gulai ka?"

"Taktaula..."

"Hmm, kita goreng je kot..Esokla kita buat masak gulai.."

"Ok..Lagipun kan kita nak masak macam-macam lagi...Ye tak?" Dalam hati Liana, berbunga riang..Takdaklah aku kena masak..Huhuhuhu.....

"Nasib baik acik balik awal. Boleh tolong mama potong-potong bahan nak buat masak lodeh ngan gulai ayam kampung ni..."

"Baik, madam..."

Liana menyambung lagi kata-katanya...

"Eh, Mama...abang kata tadi abah sakit dada? Betoi ka? Tanya abah, dia kata takdak apa-apa pun..."

"Hmm...Pagi tadi, lepas je kait nyiuq tu, dia terus tak larat..Katanya sakit di belah kiri...Tak boleh buat kerja kuat dah sangat abah tu..."

"Hmm..yeke?"

"Aa, ni potong rumput pun, upah orang buatkan..."

"Hmm...pasaipa..Jantung dia ok kan?"

"Haritu check, semua okay...Tapi, ingat nak gi jumpa pakar jugak...Tapi, mama rasa dia sakit ni sebab salah makan...Baru-baru ni dia makan daging kambing banyak sangat..Dia mana boleh makan sangat..Kena pantang lagi...Lagipun, haritu, dia pun banyak angin...Dah lama dah tak gi urut..."

"Yeke? Hmmm..." Dalam hati Liana, rasa sedih sangat....'Aku ni hanya sedar usia aku je yang meningkat...Mak ayah aku jugak meningkat usia...hmmm...

Rasa sedih hanya berlegar di dalam hati...Di luar, perasaan ceria ditunjukkan...

'Ya Allah, kepada Mu, aku memohon...berkati usia kedua ibu bapa ku, lindungi mereka, iman mereka, keselamatan mereka, kesihatan mereka...Amin Amin Amin...'

To be continue,
Anna Da Lady






Bila menunggu si dia (versi sketsa pendek PART II)

Sambungan daripada sini

Lepas tu, demi menjalankan tanggungjawab seorang Muslim, Liana terus bergegas menyiapkan diri untuk mengadap Allah yang Maha Esa.

Namun, selepas saja solat, hatinya masih tidak selesa. Tidak putus-putus berdoa sambil menyalahkan diri.....

"Kenapa harus aku marah kepada suamiku? Mungkin dia tak sempat kot nak telefon aku?"

"Tapi, pasal apa tak sempat...Janganlah!!!!"

Air mata terus laju berlinang bila mengenangkan perkara buruk bakal terjadi. Telinga ini terus sensitif kepada bunyi-bunyi ketukan. Bunyi-bunyi kenderaan yang bertali arus keluar masuk daripada taman perumahan....Janganlah!!!!

"Jangan layan perasaan itu Liana..." Kata satu suara halus...

Liana terus capai Yasin..Tenteramkan dirinya dengan alunan bacaan surah tersebut. Namun, walaupun mata pada ayat-ayat dalam surah tersebut, hati entah di mana....

Habis sahaja baca Yasin, terus dicapai telefon bimbit. Sekali lagi, abang Rizal gagal dihubungi.....

Tiba-tiba...Telinga Liana menangkap satu bunyi yang sangat dikenalinya dan sangat ditunggu-tunggu....

Abang Rizal dah pulang....DAN paling penting beliau selamat....Alasannya, sibuk tak sempat nak call...

Marah si isteri terbawa-bawa...Namun, apabila melihat 'kekacakan' dan 'keletah' abang Rizal, terus rasa marah tadi telah hilang entah ke mana...

Alhamdulillah, ya Allah....

T.A.M.A.T
Anna Da Lady

Say no to daging?

Tips kekal sihat

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Takmakandaging/Article/

Camne ye? Dari kecik dah makan daging...

Kalau dulu masa zaman diet, memang boleh la say 'no' to daging..Tapi, skang, kalau nampak sup daging, lepas tu daging black pepper..Fulamak...

Lantak dulu,
Anna Da Lady

Thursday, November 8, 2012

Bila menunggu si dia (versi sketsa pendek PART I)

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.

Hari ini Liana rasa malas nak balik awal seperti biasa. Tiba-tiba...

Rizal: Ayang...Dah kat mana ni?
Liana: Di ofis lagi.

Mr F: Balikla cepat. Kunci abang hilang. Poket seluar haritu koyak lagi.
Ana: Koyak lagi? Biar betoi...Haritu kan dah jahit.

Mr F: Hmmmmm...

Maka, selepas saja meletakkan telefon,  Liana terus bergegas mengemaskan diri dan membersihkan meja ofisnya.

Dalam pukul 5.45 petang, Liana sudah terpacak di tepi keretanya. Cuaca agak redup pada petang ini.

Liana memandu dengan kelajuan sederhana pada petang ini. Sambil memandu, Radio Red FM memainkan lagu. Tiba-tiba, lagu Skyfall diputarkan oleh DJ....

Liana rasa 'masyuk' kejap. Tetapi walaupun mindanya entah melayang ke mana, tapi matanya tetap fokus pada jalan raya. Inilah dinamakan "divided attention" (ergonomic term)... :)

Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa dalam 40 minit. Liyana bersyukur kerana hari ini keadaan jalan raya tidak terlalu sesak, tetapi juga tidak terlalu lengang.

Sampai saja di rumah, bunyi 'miaw' si Honeymaw, kucing peliharaan Liana dan Rizal menyambut kepulangan Liana.

Liana: Hai, Honeymaw? How are you? I'm fine...
Honeymaw: Miaw...miaw (Maybe Honeymaw kata, I'm fine jugak kot) :)

Lian masuk ke rumah, sambil melihat jam di tangan. Sudah hampir 6.30 petang ni. Sepatutnya abang Rizal dah bertolak balik ni.

Setengah jam berlalu...

Sambil mundar-mandir, Liana asyik berfikir..."Aish, manalah abang Rizal ni. Sepatutnya dah sampai ni...Hmm..Takpelah, aku dok kat luar jap, tunggu dia.

Sambil menunggu abang Rizal, Liana mencapai hand spray..."Hmm, dah lama aku beli benda ni...konon nak cat balik pagar yang berkarat ni...Hmm, apa kata aku try sekarang?"

Maka, Liana semakin asyik dengan experiment nya mengecat pagar. Dalam 10 minit kemudian...
"Haish, tak boleh jadi ni...Hari dah nak masuk Maghrib..Kelibat abang Rizal pun takdak lagi ni"

Liana terus masuk ke dalam, apabila menyedari hari semakin menunjukka kegelapan malamnya...

Dalam hati Liana asyik berkata-kata...

"Mana abang Rizal ni? Tadi kata suh balik awal. Ni orang dah balik, dah masuk Maghrib pun, tak nampak dia lagi..."

Sambil bermonolog sendirian, Liana cuba call abang Rizal berkali-kali...Namun hanya suara seorang wanita menjawab...Lebih kurang begini...

"Maaf, nombor ini diluar kawasan"

"Haish, tak boleh jadi ni. Aku rasa macam orang tak betul pula dok tunggu si dia. Dengan rasa sememehnya, dengan rasa melekitnya...Hmm, entah ke mana lah abang Rizal ni. Ni rasa marah membuak-buak ni....Takpe, kita tunggu sampai pukul 7.30 malam...Kalau takdak jugak, kita naik mandi dan solat."

Namun sehingga 7.30 petang, masih tiada bayang abang Rizal kelihatan. Sekali lagi, Liana cuba call abang Rizal. Namun, jawapannya tetap sama. Suara wanita menjawab bagi pihak abang Rizal.

To be continue,
Anna Da Lady







Tak guna menyesal...

Kekadang terbaca status orang....

"Saya menyesal sebab pilih bidang ini "

"Saya menyesal sebab kahwin awal"

"Saya menyesal sebab ....."

Lepas tu, tengok pula siapa yang berkata demikian...Seorang Muslim...Hmm...

Menyesal pun tiada guna. Jangan ditoleh pada benda di belakang. Kita dah di depan, maju ke depan.

Selalu nasihatkan pada diri sendiri, jika boleh, seboleh-bolehnya....jangan tanam sifat negatif, sebab nanti kita yang jadi negatif.

Kita yang bentuk diri kita, dengan Keredhaan Allah...

Anna Da Lady

Wednesday, November 7, 2012

Satu kepuasan bila...


TWINK....TWINK...Twink!!!!

Kita dapat gariskan atau tick benda yang kita sudah siapkan dalam checklist senarai kerja yang kita kena buat :)

Fahamkan?


Sumber: Google

Setakat ni, dalam list saya untuk bulan ni, ada 5 major task...Dua dah selesai, yang mana memang kedua-dua ni membuat tidur malam saya asyik terganggu.

Jadi, yang lebih tiga ni, hanya yang ringan2 je :)

Anna Da Lady

Tuesday, November 6, 2012

Wireman and chargeman

Sekarang ni, rumah kami dalam fasa menaiktaraf apa yang mampu disebabkan 'develepor' yang ntah apa-apa... :(

Selepas fasa I: renovate bilik air, kini sudah sampai fasa buat wiring, addititional DB dengan pemasangan beberapa equipment.

Awal-awal dulu, Mr Z who is wireman and also chargeman bagi quote hanya untuk submain cable 16mm, wms lay cable, point water heater, point aircond, sub DB, conseal cable dan barang...

Namun begitu, selepas berbincang dengan Mr F ada lagi yang perlu ditambah...power point baru beberapa bilik, tambahan point kipas dan pemasangan, point water pump...Maka, ditambah lagi dalam RM1k...

Maka, disebabkan dia nak buat pemasangan dan kami malas nak tangguh-tangguh, maka, (berapa banyak maka da...), 'terpaksa' meninjau pula kipas-kipas di pasaran...Kami berdua hanya berkenan dengan KDK dan Panasonic sebab lebih reliable untuk kipas ni...

Akhirnya, pilih Panasonic untuk ceiling fan dan wallfan...Bayu 5 (with remote), ceiling fan biasa with regulator dan wallfan biasa (jenis tarik-tarik) punya...Beli di Onking Puchong.

Status sekarang:
Barang masih tersadai sebab Mr Z masih sibuk di rumah orang lain..Ikut 'que' la pula..

Harap-harap dapat setel minggu ni, sebab tuan rumah sangat sejuk bila mandi di pagi hari...

Boleh tak, kalau pergi kerja tak mandi? Hehe
Anna Da Lady

Friday, November 2, 2012

Lunch dengan kakak

Alhamdulillah, rezeki harini, Kakak belanja lunch LAGIK!!!!! :)

Seronok jugak ada kakak-kakak dekat sini, dapat makan free :) Dah besaq panjang pun, nak ada orang belanja makan lagik ye? Huhu...

Dalam sebulan, mesti ada keluaq lunch dengan kakak saya...Kerjanya di Putrajaya, tapi duduknya di Bangi...

Harini, kitaorang makan kat Limau Nipis..Memang popular restoran ni, terutama kalau part ikan bakar....

Rasa fresh, tapi kena sediakan duit lobih sikitla ye...Kata nak fresh kan? :)

Anna Da Lady


Thursday, November 1, 2012

Cukupla makan nasi sekali setiap hari

Bila usia telah meningkat naik, rasanya cukupla keperluan makan nasi sekali setiap hari...Kalau makan berlebih, rasa simpan lemak la pula.

Yelah, sekarang ni, tenaga yang digunakan tak macam zaman dulu-dulu...Pergi kerja naik kereta, sampai ofis naik lif, buat kerja sambil duduk atas kerusi ada aircond..Ha, mana nak buat peluhnya???

Tapi, bila dok ramai-ramai, makan nasi memang bertambah...Tambah-tambah kalau mak sendiri yang masak...

Rindunya masakan mama saya :(
Anna Da Lady

Wednesday, October 31, 2012

Hujan setiap petang

Alhamdulillah, bumi Allah ini dirahmati...Hujan setiap petang walau pagi nya terasa panas walupun berjemur sekejap di luar.

Tengok pokok-pokok, seronok aje disimbah hujan. Terutama pokok yang jarang disiram oleh tuannya, termasuk saya...

Hehe..alhamdulillah..Pokok bunga pun semakin menampakkan bunganya...

Kat rumah ni, kami ada tanam 2 pokok berbunga...Kat Penang lagi banyak...Tapi, last time masa balik jenguk rumah, alahai kesiannya pokok-pokok kami...Tak disiram oleh penyewa :(

Anna Da Lady

Tuesday, October 30, 2012

MyChef

Hmm, macam teringin je nak merasa frozen foods rangkaian MyChef ni...

Bila review kat tenet, macam ramai yang puji. Dengan harganya dan rasa, berbaloi untuk dicuba. Dalam range RM5 ke RM16, kata orang...Tak pasti iye ke idak...

Rasa, benda pertama yang nak cuba ialah Ayam Pongteh, sebab tak pernah rasa lagi..Dan next, Semur Daging...

Takpe, nanti kita cari kat hypermarket ye... Katanya ada Tesco dll. Dan terbaru kat Jaya Grocer...

Anna Da Lady

Monday, October 29, 2012

Makan 'jem' la...

Tengok status kawan-kawan kat FB yang dari utara, pakat kena harungi jalan yang sesak...Ada yang guna jalan dlam, konon nak elak jem..tapi, still jugak jem...Tapi, OK la sikit berbanding PLUS highway....

Tu lah dugaan, warga kota yang balik kampung ke utara...Yang dari selatan pun, tengok ada jugak camtu...

Saya dan Mr F, Alhamdulillah, ambik jalan selamat, balik sehari awal, sabtu haritu...jalan Ok, line clear....

Balik raya Aidilfitri haritu, memang harungi jem jugak, sebab balik selasa, ramai kerja Rabu...tapi, masa tu naik motor, tak rasa sangat..tapi, lain plak jadi bila naik motor...

Anna Da Lady

Tuesday, October 23, 2012

Low back pain among motorcyclist

Dan akhirnya terjadi kepada suami sendiri after MRI dan ultrasound :(

Semalam dah cuti sebab memang nak cuti, hari ni kena cuti sebab Mr F masih tak sihat...

Mr F dapat MC straight sampai Rabu. Khamis nak mintak dia ambil cuti sbab nak balik kampong. Harap dia OK bila travel jauh2 nanti

Anna Da Lady

Thursday, October 18, 2012

Matchmaker

Saya sekarang berazam nak menjadi matchmaker kepada seorang kawan baik saya, yang juga saya anggap seorang akak saya.

Dah lama saya kenal dia, since zaman undergrad lagik. Sangat baik, malah lebih baik lagi dari tahun ke tahun :)

Bukan saya seorang je tau nak pasangkan dia dengan seorang 'lelaki yang baik'...tapi ramai lagik...

Tapi, mengenalinya, agak susah nak match kan dia dengan seseorang.

Apapun, kami doakan yang terbaik untukmu, KZ

Anna Da Lady

Wednesday, October 17, 2012

TreatPoints Maybank

Sekarang ni memang ligat memperbanyakkan TreatPoints. Dah kata nye, pembawa jenama Maybank..maka, asyik swap je :)

Hehehe..Bila hujung bulan je, 'pening lalat' dan 'berat hati' nak tolak apa yang dapat dengan apa yang dah guna dalam kredit kad.

Alasan utama guna kredit kad, sebab nak collect points. (Ni pendapat Mr F yang memang berguna..Dah berapa banyak barang dia redeem)

So, as a result, treatpoints sudah cukup untuk redeem satu benda yang memang kalau boleh nak dapat free je...Perkakas lain banyak jugak dah free, maka tunggu yang ni jugak nak free.

Apa tu?

Benda ni....


Memang kalau banding antara penyapu dan vacuum cleaner, saya lebih suka vacuum cleaner. Bak kata Kawan saya, Ms Lynd...Habuk ni mudah dihilangkan berbanding guna penyapu...Penyapu ni memang jadi 'tension' bila guna...

Anna Da Lady


Tuesday, October 16, 2012

Biarkan dia dengan kekasih barunya

Ini berkaitan Mr F.

Semalam, dengan excitednya dia bercerita;

Mr F: Ayang, orang di PJ tu call kata, harga sudah dikurangkan!!!!!

Harga apa ye?

*

*

*

*

*

*

Harga nak pinang 'orang' ke?

*

*

*

*

*

*

Taklah...

Harga ni je pun....


Mr F sekarang sangat risau dengan tahap 'ke-fit-an' perutnya..Maka haruslah exercise lebih sikit...

Takpe, biarkan beliau dengan ;kekasih barunya' ni kejap...Sebab nanti kalau ada rezeki lebih beliau jugak nak pasangkan saya dengan yang ini....


Untuk yang Mr F,dah amik semalam, untuk saya punya, takpe...nanti2 dulu...

Segalanya boleh tengok di sini...


Anna Da Lady



Monday, October 15, 2012

Isnin

Hmm..betul2 takde mood nak masuk keja harini.

Hati rasa tak best. Nak berjalan pun tak best.

Anna Da Lady

Thursday, October 11, 2012

Pencarian tajuk projek

Turutan keadaan semasa dan lepas:-

Keadaan sekarang: Pening, lapar dan takut, SEBAB
- macam-macam dalam kepala (tajuk projek, isi projek, gentar nak jumpak another Prof)
- dah baca macam-macam paper berwarna-warni dengan bermacam-macam isi yang perlu diringkaskan findingnya
- mula lapar balik sebab dah 'buang' apa yang dimakan

Keadaan pukul 10 pagi tadi; Ceria dan energetic SEBAB
- baca artikel sambil dengar lagu Muara Hati dan lain-lain.
- buat kesimpulan; lagu muara hati mempunyai nilai korelasi yang positif dengan mood study dan kerja
- dah ambik breakfast

Keadaan pukul 7 pagi tadi; Blur, cuak dan mengantuk SEBAB
- bangun tidur awal, sebab menumpang di rumah kakak. jadi kena bangun awal :)
- cuak sebab langsung tak study apa untuk meeting dengan another Prof pukul 2 petang ni

Kesimpulannya, saya buat kerja harini dengan macam-macam 'pee'l' dan 'feel'

Anna Da Lady

Wednesday, October 10, 2012

Ditinggalkan 3 hari VS meninggalkan 11 hari

Tajuk ni memang sangat menarik! hehehe..hanya perlu gunakan suku kata 'tinggal' dapat menghasilkan dua makna berbeza :)

Haritu, saya tinggal kan Mr F untuk urusan kerja ke luar negara, kali ni Mr F pula tinggalkan saya untuk urusan kerja tapi dalam negara :(

Ingat lagi tak, last time, saya pernah cerita, saya pernah hantar pagi-pagi Mr F ke tempat kerja sebab beliau ada Teambuilding....Ceritanya disini.

Jadi, harini kali ke-2 Teambuilding diadakan sekali lagi, cuma berbeza tempat di Cherating.

Saya sebagai isteri yang 'baik' (hehehe...) menghantar beliau ke ofis awal pagi, cuma tak seawal haritu. Pukul 7 baru gerak. Lepas tu, biasalah, jalan memang kena bawa roti sepanjang jalan..."JEM"

Bila dah sampai je kat ofis Mr F, terus tanya...

Saya: Ayang nak ikut jalan mana ye? Kalau nak ikut jalan depan Sunway tu, jem giler je tadi.
Mr F: Try ikut MEX< ikut Seafield?

Saya: Hmm, mana tu?

Alah...terus confuse...

Mula-mula ingat nak ikut Highway PLUS, tapi dok fikir mesti jem jugak bila kat Jalan Duta onwards

Pastu, selepas je tol dari shah alam, terus nampak signboard ke Putrajaya, Cyberjaya, KLIA....

Apa lagi, ikut je lah...Hehehe...First time drive ikut sini.

Alhamdulillah, jalan sangat lancar...cuma agak jauh sikit.

Yang penting selamat!
Anna Da Lady


Wednesday, October 3, 2012

Barang untuk orang tersayang...


Untuk yang tersayang,

Ini adalah benda yang dipesan :)
Just beg kertas and sikit view je...
Hope you like it!



Anna Da Lady

Saturday, September 29, 2012

Didik anak dengan Al-Quran

Terbaca di blog kawan tentang ada satu blog ni mendidik anak-anak dengan pengenalan kepada huruf Jawi sejak berusia 6 bulan lagi...

Dan anak tersebut dapat membaca al-Quran dan seterusnya dapat menghafaz 30 juzuk di usia yang sangat muda, dalam 3 tahun lebih.

Bayangkan, kekadang terasa 'malu' dengan diri sendiri. Selalunya saya yang masih belum 'beranak sendiri' hanya mengajar anak-anak buah yang masih kecil dengan huruf2 rumi dan nombor.

Jarang menyentuh pengajaran kepada pengenalan kepada huruf Jawi.

Masa untuk berubah,
Anna Da Lady


Friday, September 28, 2012

Alhamdulillah rezeki

Tadi, dalam FB ramai bercakap pasal bajet harini.

Dan lebih brsyukur, ada rezeki lebih InsyaAllah pada hujung tahun ni dan awal tahun depan. Semuanya rezeki dari Allah, kan?

Alhamdulillah jugak, sebab jugak dapat cek yang boleh jugak dikatakan rezeki di tengah perlukan $$$..Hehe... Habuan untuk projek rumah.

Tengahari tadi, terbaca status my BF, Mrs Lea, tentang rezeki dan hutang.

Betul, Allah dah atur elok2 kat kita pasal rezeki etc. ni.

Waktu kita dalam kesesakan, ada je dari macam2 tempat kita tak pernah duga, benda tu datang membantu kita...

Allah always knows what is best for us,
Anna Da Lady



Tuesday, September 25, 2012

Bila tiada smartphone di negara orang

Kan dah kata, bila dok negara orang, hidup pun jadi susahla :(

Kalau nak guna 'tenet' kena bukak laptop...Nak tangkap gambo pun susah...Device asing-asing...

Camera pulak, takde bawak usb nya..Jadi, tak bleh transfer gambar 'la la tu'

Anna Da Lady

Friday, September 21, 2012

Play with color

Just now, looking for the good and right color scheme for my living room.

Disebabkan bathroom yang bocor haritu telah dibaiki, dan disebabkan kesan yang bocor tu nampak pada siling dan dinding, maka, TERPAKSALAH kami mencari pula color scheme yang sesuai untuk digunakan.

Semalam Mr F ada sebutkan Complement color...Boleh tengok kat website ni: http://colorschemedesigner.com/

Dan juga kalau nak paly around dgn color2 yang ada dipasaran-color match, boleh pergi ke:

http://www.mrpaintman.com.my/
http://www.mrpaintman.com.my/
http://www.icidulux.com.my/EN/products/products.html
http://colouradvisor.jotun.com/countrys/eng/

Apa lagi ye brand yang ada?

Ok, nanti cerita lagi,
Anna Da Lady

Wednesday, September 19, 2012

Adam & Hawa Episod 14

Tonton online: SINI

Bercuti rehat harini: Nak recover tenaga yang hilang dan nasihat MIL minta duduk rumah tengokkan tukang buat kerja,
Anna Da Lady

Tuesday, September 18, 2012

18092012: Renovation Bilik Air

Alhamdulillah, telah selesai satu bilik 'dikerjakan' oleh tukang yang dilantik. Sebab bilik air ni hanya memerlukan kerja mengetuk dan menggantikan jubin pada bahagian lantai sahaja...

Walaupun begitu, nampaknya kerjanya jugak agak leceh, sebab bukan melibatkan penggantian jubin sahaja, tetapi jugak kena bukak mangkuk tandas dan strainer.

Strainer jenis macam ni berharga lebih kurang 17 hinggit. Tengok brand kot. Haritu tengok je, terus beli, sebab malas nak fikir banyak-banyak kali.

Sekali tengok kedai lain, ada yang lagi mahal dalam 30 hinggit dan ada yang murah dalam 1 ke 2 hinggit.

Sumber: Pakcik Google

Nanti kita tengok sebelum dan selepas ye,
Anna Da Lady

Episod terbaru @Adam&Hawa

Alamak, juga telah tertengok cerita ni....Tapi, takde la rasa 'kena' tengok...Cuma, nak kena cari novel dan baca...Lagi best kot!

Cuba tengok sini E13

Hehe,
Anna Da Lady

Monday, September 17, 2012

Rumah berhabuk

....sampai rasa hidup dalam keadaan 'kelabu' :)

Rumah sekarang tangah renovate bilik air, kes bocor and bertakung tulah...

Makanya, memang tengah berhabuk la sekarang...

Tukang start buat kerja hari Sabtu pagi, semalam berehat jap sebab hujan, harini sambung balik....

Tukang ada 2, dua-dua dari seberang (Indonesia), direcommendkan oleh kawan Mr F yang mana ketika ini, jugak sibuk menyiapkan rumah lain..Jadi, terpaksalah, dia recommend kan tukang 2 orang ni.

Diaorang kedua-dua bilik air atas dulu..Memang hack abis2 la..Terutama master bedroom.

Alang-alang dah hack, harusla ganti paip dan segala hand bidet, angle valve, stopcock kan?

Jadi, macam-macam yang saya belajar harini, sebab Mr F takde...jadi, segala benda yang kurang, saya lah yang jadi runner nya...

T pipe la, elbow la etc...

Nanti update lagi,
Anna Da Lady

Thursday, September 13, 2012

Pabila kereta sakit...

(Sambungan daripada ayat di atas)

....Maka, terpaksalah saya memandu dengan penuh berhemah :) which is jarang dilakukan pada awal pagi nak pergi kerja, sebab nak kejar masa

Simptom kereta sakit mula dirasakan sangat teruk, pabila memandu dengan Mr F semalam...Bunyi 'kedeguk' bila tukar gear, and sudden high speed pada gear rendah.

Maka, disebabkan kereta sakit, saya dan Mr F turut merasa sakit bersama...Bila bunyi je, mulalah rasa 'seghiau' dan merasai bersama sakit tersebut :(

Nak hantar workshop semalam, tak sempat...Maka, maybe Sabtu or Selasa depan bila dapat kereta 'pinjam' jap...

Sebab rasanya, kena dok seharian kereta ni, bagi diaorang betul2 check...

Maybe ada masalah suspension or drive system...Tapi, apapun harap sangat janganlah ia melibatkan kos yang mencapai 4 angka...Setakat ni, tak pernah lagi pergi servis capai figure 1xxx tu...Pengsan saya!!!!

Kereta ni memang perlu sangat dijaga, sebab saya gunakan ia, lebih 50km pergi dan balik kerja-rumah. Hmm, jadi bila sampai 3-4 bulan je, confirm masuk bengkel untuk servis 10k...

Haritu, motor Mr F dah masuk bengkel 3 minggu sebab nak tunggu part sampai dari oversea...Cost sangatlah tinggi...

Tapi, bak kata Mr F..."Hmm, benda ni abang tak pernah tukar, jadi sangatlah berpatutan dengan harganya.."

Hopefully, kereta ni takde masalah-masalah besar, mudah dan murah ye!!! Sebab, banyak komitmen lain kena setelkan :)

InsyaAllah,
Anna Da Lady

Wednesday, September 12, 2012

Tidak sakit kepala lagi bila berehat bersama yang tersayang!!!

Semalam, balik rumah awal dalam pukul 5 gitu. Sebab kepala ni berdenyut2 tak berhenti.

Nak kata puasa tak bangun makan, ye jugak...Sebab minum melon milk je.

Nak kata mengadap komputer, samada buat kerja atau tak buat kerja ye jugak, sebab semalam banyak masa depan komputer.

Jadi, kemungkinan itu adalah perkara yang perlu dielakkan untuk tidak sakit kepala lagi.

Semalam, lepas Isyak je, terus masuk tidur, sebab sakit sangat. Selalu benda ni akan jadi dalam sebulan sekali...

Tapi, saya rasa lebih kepada keadaan gigi ni. Sampai Mr F kata;

"Sakita lagi ke, Yang? Kalau ye, jomla pergi jumpa Dr."

Maka, saya yang memang tak suka pergi jumpa Dr, menjawab....

"Hmm...Takpela bang. Esok lega la ni...ayang makan actifast je lah"

Pastu, alhamdulillah, harini OK. Ditambah lagi dapat bercuti rehat sebab rasa kena rehatkan minda dan kumpul tenaga.

Mr F pun sama-sama bercuti menemankan saya, risau sakit lagi.

Tapi, bukan berehat sangat pun. Menyelesaikan beberapa benda untuk rumah tersayang...

Maka, tiada lagi sakit kepala, bila bersama yang TERSAYANG...

Hehe,
Anna Da Lady

Tuesday, September 11, 2012

Skill memasak, membakar, meroti

Adoi...Secara terus-terangnya, saya sangat jeles tengok kekawan, samada sama baya, lebih senior, atau lebih junior dapat 'masak' macam-macam jenis masakan samada masakan melayu ke, masakan barat (lasagna, spehard pie etc.), roti ke, bun ke, kek ke...

Huwaaaaaaaa...nak menangis pun ada..sebab saya tak 'cekap' lagi nak buat semua tu :(

Memangla semua di hujung jari...Nak resepi A, type A...keluarla A...

Tapi, masalahnya, masa dan skill memasak tu tak sebanyak dan seterer kawan-kawan yang lain...

Pernah dengar tak, naktau dia ni pandai masak ke tak, tengok tapak tangan dia...

Hmm,
Anna Da Lady

Monday, September 10, 2012

Puasa 6

Mesti ada orang dah habis kan puasa 6? Hehe..Jeles I...

Jadi, disebabkan tak habis lagi, marathonla saya dan Mr F...Tapi, Mr F tinggal beberapa hari je lagi...Saya banyak!!!!!

Bukan saya je tau, kawan-kawan ofis saya pun sama...Hehe..Majoriti dapat 'beraya' pada hari Jumaat ni...

Kami ni lambat bukan sebab apa, mood raya masih ada...Alasan kan? :)

Sebenarnya kan.....Ada lah 'kata-kata jahat' dalam hati saya ni...

"Tak payahla puasa..Buat penat je..."

Alhamdulillah, 'ada suara baik muncul pulak menentang kata-kata jahat ni'

"Eh, puasa la..rugi...mana tau ini tahun terakhir kita dapat berpuasa di bulan Syawal..."

Hmm...Apapun, moga kita semua dapat bertemu kembali Ramadhan dan Syawal pada tahun depan.
Anna Da Lady


Bila nak bercuti ni?

Ouch, sekarang tengah mengira-ngira masa yang ada sebelum cuti sekolah bermula. Sebabnya....

SAYA PERLUKAN GUNAKAN VOUCHER YANG DIBERI OLEH GOLDEN PALM RESORT sebelum cuti sekolah bermula dan bukan pada hujung minggu...

Aiya...Bulan ni, jadual kami kemungkinan tidak dapat 'dicutikan' pada hari bekerja.

Bulan depan, saya dengar cuti jabatan saya akan dibekukan, sebab ada hal penting kami kena buat.

Bulan lagi satu, hanya tinggal satu minggu je yang boleh before cuti sekolah. Masalahnya, Mr F pulak katanya ada training, cuma taktau bila...

Jadi, penyelesaiannya camne? Macam kena 'burn' je benda alah tu.
Anna Da Lady

Tiket TGV FREE

Haritu Mr F dapat tiket wayang free sempena besday dia. Dari TGV...2 pax..

Pastu, kami ni dah lama tak tengok wayang..Kalau boleh, cuba nak elakkan..Last tengok, cerita Trasnformer (3D) tu...sebab ianya 3D.

So, kali ni, bila dpat tiket free, mulalah tanya kawan2, apa movie yang best..Kalau boleh, nak tengok yang 3 D jugak...

Mr F ada kata, "Hmm...sekarang rasanya kurang kot yang menarik,sebab kalau macam pengalaman Abang kat US dulu, movie best selalu keluar time summer."

Sekarang ni? Dah nak musim sejuk pun,
Anna Da Lady

Saturday, September 8, 2012

Awak ada kawan nak perkenalkan dengan adik saya?

Hari Khamis lepas, berborak sambil buat kerja dengan seorang senior;

Kawan A: Awak, ada tak kawan-kawan ke sedara ke yang masih single?

Saya: Hmm, adala kot...Kenapa?

Kawan A: Ini untuk adik saya la. Doktor, umur dah 35. Tapi, dia ni jenis baik sangat. Jarang bersosial.

Saya: Oh, yang Doktor tu ke?

Pastu, saya mencadangkan nama kawan saya di Jabatan yang baru balik dari Australia dengan phd.

Kawan A: Eh, dia tu belum kahwin ke?

Saya: Belum lagi...

Kawan A: Umur?

Saya: Rasanya 30 lebihla...

Kawan A: Study kat mana?

Saya: Undergrad kat UK, Master dalam Malaysia, Phd kat Australia...

Kawan A: oh, Adik saya ni study kat luar dulu...

Saya: Ha, ada lagi sorang kawan suami saya..Anak seorang yang terkenal...Dot dot dot (terpaksa dirahsiakan)...

Kawan A: Berapa umur? Kerja apa?

Saya: 38, pilot...

Kawan A: Pilot??? (dengan riak agak suka, tak suka di situ)

Saya: Aa, pilot...

Kawan A: Adik saya ni dah treat banyak pilot. Dia agak kenal dengan perangai diaorang ni..Ada yang negatif..ada yang positif...

Saya: Yelah, saya pun biasa dengar. Tapi,mana nak tau, yang dulu negatif dah bertaubat, insyaAllah okay...

Kawan A: Aa, ye jugak..Kalau ada jodoh, adalah.

Anna Da Lady

Friday, September 7, 2012

Paspot yang hilang diganti baru dengan amaran...

Ingat tak, tempoh hari bulan Ogos saya pernah cerita pasal hal saya nak kena buat paspot baru sebab paspot lama entah di mana...Dahtu ditambah lagi, paspot yang hilang tarikh tamatnya 2014..Lagilah, satu masalah!

Tak berjumpa setelah sekian lama terperuk dalam satu tempat yang tidak dapat dikenalpasti

Alhamdulillah, semalam dah dapat semula pasport yang baru...Ingat kan nak buat 2 tahun je, tapi dia mintak jugak buat 5 tahun dengan bayaran RM300..Hmm...

Moga-moga kali ni, pasport berada dalam keadaan selamat ye...Jangan hilang dah,
Anna Da Lady

Janda Baik: Hot chicks ke Hot mama?

Perbualan semalam;

Saya: Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak Abang join ayang untuk program esok.

Mr F: Kat mana ye?

Saya: Hot Chicks..Janda Baik. (with snyum sampai ke pipi je)

Mr F: Eh, hot mama la...Janda kan? Hehehe.. (tapi, Mr F senyum sampai ke telinga)

Saja je, bergurau senda selepas penat sepanjang hari.

InsyaAllah, petang ni akan memulakan trip seterusnya menghala ke Pantai Timur ke sini

Buat kerja sambil berehat :)

Pastu, tadi baru tengok map nak ke sini dari KL.



Wow, penuh berliku bila lepas Genting Sempah...

Ada kawan cakap:

Si A: Weh, aku tak nak ikut area RnR Genting Sempah ni. Kata orang, jalan nya sempit dan berliku.

Si B: Aa, better ikut jalan Bukit Tinggi ni..

Pastu Si C pulak, terus pergi menggodek komputer dan tengok jarak dari RnR mengikut jalan dalam tu...Ada kot dalam 10km...

Fuh, dahla kemungkinan sampai malam kat area tu...Apapun, doa semua selamat

Anna Da Lady

Tuesday, September 4, 2012

Bimbang bila terkenangkan...

As usual, saya pergi kerja dngn kereta, Mr F dengan motor kapcai dia plak harini..Sebab katanya dah lama tak naik kapcai...

Saya menghala ke Bangi, beliau ke Semenyih, guna jalan yang sama...Semasa sampai di Pusat bandar putra permai, saya masih nampak beliau di hadapan, menunggang dengan cermat...Namun, saya di belakang, sangat risaukan 'keselamatan' beliau...

Tambah2 bila baca status blog Kak LG@Australia, suaminya dilanggar dari belakang oleh kereta yang cuai. lagi bertambah risau...

Betul! Kita sebagai manusia ni, tak dapat nak elak perkara2 tak elok berlaku. Kita dah berhati2, tapi ada jugak yang 'cuai'...

Apapun doa adalah senjata,
Anna Da Lady


Sunday, September 2, 2012

Perasaan bila beraya

Entahla, raya tahun ni macam tak ada 'kick' sangat...

Memangla dapat beraya bersama dengan keluarga tersayang, tapi tak sempat bertandang ke rumah-rumah yang biasa diziarah ketika raya...Kebanyakannya rumah tok wan2 dan tok2 di Kedah.

Sebab masa agak terbatas dan 'kepenatan' mengatasi rasa nak beraya :)

Lepas tu, tahun ni, Mama tak buat laksa sseperti yang dibuat sebelum ni, sebab katanya;

"Tahun ni tak larat la. Tak sempat nak buat.."

Takpe, Raya Haji ni kalau rajin, kena buat tau!
Anna Da Lady

Friday, August 31, 2012

31 Ogos 2012-perjalanan ke Bagan Lalang

Harini alhamdulillah, rezeki makan dan berjalan :)

Pagi-pagi, dah menghala ke Golden Palm Tree Sepang kat Bagan Lalang sebab ada dapat voucher free dari sana. Guna jalan tanpa tol, straight dari Sri Kembangan-bandar salak tinggi-sepang...Tapi, kena spend masa lebih kurang 60-90 minit untuk tour dan dengar taklimat staff di situ. Nampak pantai Port Dickson dan resort di situ dari salah satu tempat penginapan di Hotel ni...

Overall, ok..benda baru bagi saya dan first time dapat masuk tempat ni. Cuaca di Bagan Lalang sangat mendamaikan..Ornag tak terlalu ramai macam kalau pergi sebelah petang...

Kebetulan, harini besday Mr F yang ke-3x..hehe...Memang rezeki dia harini.

Pastu, singgah solat Jumaat di area Sepang, sambil saya tunggu dalam kereta dengar khutbah Jumaat dari luar. Harini sebut sikit pasal kemerdekaan dan kempimpinan.

Lepas tu, dalam pukul 2.10pm, balik rumah...Tengah jalan, jiran belakang rumah jemput pergi open house dia. Maka, setelah saya solat Zuhur, terus pergi sana, isi perut..Makan mi rebus dan rojak buah. Sedikit kambing panggang.

Lepas tu, terus menghala ke rumah kawan Mr F di taman yang sama, fasa yang lain di seberang jalan. Yang ni, besaq sikit dia buat...Ada nasi hujan panas, sate, nasi impit, roti jala dll..saya cuma makan sikit je nasi ngan lauk ayam masak merah..Mr F makan lemang...Sate saya tak sempat makan, sebab dia letak lambat sikit.

Ni menunggu masa nak pergi umah Maksu di Setapak, KL...Mr F tengah menggodek game Batman dia...Ntahla dari pagi tadi, tak siap-siap...

Anna Da Lady

Monday, August 27, 2012

Arkk. Sekali lagi. ADAM & HAWA plak...

hurm, tadi dah terbaca sedikit sinopis cerita drama terbaru ni...

Pastu, tengok plak FB, ada sorang kawan post lagu tema dia..Muara Hati duet antara Hafiz dan Dato' Siti...

Pastu, terus tengok trailer dia di You tube: http://www.youtube.com/watch?v=SXXpp_DNI4c&feature=relmfu

Ai...Janganla lepas ni saya plak gi kedai cari novel dia semula..Padahal, pernah je baca...

Dah, taknak jadi macam haritu masa cerita ombak rindu ditayangkan

Anna Da Lady

Kampong saya di Cameron Highlands

Wah...waktu dengar ni dari mulut seorang 'Hamba Allah' yang membantu dalam tragedi di Simpang Pulai tempoh hari, terus rasa teruja nak tanya lagik...

"Dekat mana? Tanah Rata ke Brinchang?"

"Tak jem ke musim raya gini?"

Hehe...Last-last bila tanya itu ini, rupanya dia adalah jiran kepada kawan Mr F di Cameron Highlands...Macam-macam :)

Pastu katanya lagi, selalunya kalau cuti camni pun, ramai orang melayu yang suka naik atas tu...Cuaca memang best...

Anna Da Lady




Thursday, August 23, 2012

Tayar pancit di jalan raya

Dugaan betul waktu nak balik semula ke sini...

Semalaman di Simpang Pulai gara-gara tayar motor pancit rasanya buatan orang...Sebab lalu bahagian tepi jalan sebab jalan sangat sesak..Tau je lah, kalau ikut bahagian tepi jalan...Very sad :(

Bertambah lagi sedih, bila hanya beberapa kerat sanggup menghulurkan bantuan...Apapun terima kasih kepada yang membantu tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran...

Abang Abu dari Teluk Intan, Nazir dari Penang dan Pakcik Guard di Simpang Pulai...

To be continue,
Anna Da Lady

Saturday, August 18, 2012

Salam Syawal dan Selamat tinggal Ramadhan

Alhamdulillah, sudah tamat kita berada dalam 'madrasah' Ramadhan...Ada rasa sayu, ada rasa gembira.

Bila dengar takbir tu, mesti teringat ahli-ahli kubur...Moga arwah sedara mara saya dirahmati Allah. InsyaAllah.

Ok, kita tak mau sedih2...cheer up ye!

Last day in Ramadhan..What we have for our iftar. Alhamdulillah, kami berbuka bersama MIL dan adik Mr F bersama keluarga di rumah kami...

Just a simple dish...Bbq kambing, ayam, ikan salmon, ikan pari...Nasi putih...Sup bebola daging...Then, MIL bawa kari ayam, sambal paru dan sup sayur...

Memang melantak habis!

Selamat hari raya
Anna Da Lady

Thursday, August 16, 2012

Pagi yang mendung

Harini datang ofis dirringi hujan yang agak lebat dan surut bila dah sampai kawasan ofis...Sambil drive, sambil dengar lagu raya...

Rasa sayu pulak, sebab tahun ni tak beraya pertama dengan famili kat kampong :(

Taktaula nanti, bila sembahyang raya mesti lagi berlinang :(

Haritu masa raya haji tahun lepas tak balik jugak, memang betul hati saya sekejap. :(

TAMBAH LAGI SEDIH,  bila pergi nak buat urusan paspot, salinan surat beranak ada, tapi yang asal takde...Diaorang tak boleh terima... :(

Rupanya, selepas bertanya kabar dengan parents di kampong, surat beranak saya ada di sana...

Tapi, yang herannya macammana benda tu 'boleh berlari' ke sana?

Pelik pelik...

Nampaknya lepas cuti raya baru dapat buat pasport...Kata imigrisen, makan masa 5 days untuk siasatan..Jadi apapun, kalau OK, minggu merdeka baru la dapat buat balik...

Sad,
Anna Da Lady

Wednesday, August 15, 2012

Di manakah surat beranak ku?

Hmm...Memang la saya ni...

Pagi ni datang awal ofis, sebab terus nak pergi ke jabatan imigrisen nak buat pasport baru after hilang tahun sudah...

Maka, tercari-carilah, manakah ia my surat beranak...Semalam, punyalah yakin ada dalam fail kat ofis...

Sekali tengok pagi ni, 'tarak ada'...

Huwaa...nak menangis pun ada...

Tapi, saya terbayang2 semua tu mesti ada dalam satu fail bersama buku cimb saya yang hilang gak...

Sebabnya, semua dokumen tu diperlukan masa nak cuti belajar tahun 2009...Maksudnya dah 3 tahun benda tu diabaikan...

Ya Allah, please help me...Moga2 masih ada di rumah sendiri after berpindah randah 2-3 rumah dalam 3 tahun ni

Anna Da Lady

Tuesday, August 14, 2012

Minggu terakhir memberi hidangan berbuka

Nampaknya, ni minggu terakhir, saya menyediakan juadah berbuka kepada kawan Mr F di surau.

Tiada apa-apa yang menarik...

Sekadar, nasi putih, sup sayur bebola ayam, sotong goreng tepung, buah epal bergaram, serunding daging (pemberian Angah), air sirap, air Twister oren dan kurma. Cukup.

Apapun, rasa seronok sebab dah tiga kali menjamu kawan-kawan Mr F. Walaupun takde best mana saya masak, tapi tetap best sebab dapat jamu orang dengan hasil tangan sendiri.

Menu-menu berbuka sebelum ni dari hari Sabtu (11/8/12) hingga ke semalam, saya tulis di sini sekadar untuk mengenang nostalgia saya pada Ramadhan tahun ini.

Sabtu (11/8): Berbuka di rumah Maksu sekeluarga bersama Angah sekeluarga,sepupu Alam sekeluarga dan sepupu-sepupu yang masih bujang (Syazwan, Khairi, Naemah). Menunya: Maksu buat-ikan bakar, ayam bakar, masak lemak udang dengan kacang panjang, puding roti warna-warni...angah buat-spageti...saya buat-ayam masak ceti, puding vanilla...Menu lain: murtabak, pisang...

Ahad (12/8): Mr F berbuka di surau-katanya ada nasi arab, tapi tak cukup 'kaw'...Last-last sekali, malam tu after tarwaih terus pergi Saba' restaurant melantak nasi arab kambing..Sodap..tapi pedih perut esok paginya sebab saya letak banyak sangat cili :)

Isnin (13/8): Nasi putih, ikan jenahak sweet sour, sambal udang dengan terung, ayam blackpepper...

alhamdulillah, itu rezeki diberikan Allah..Esok, makan kat hotel pulak...tapi, kalini iftar sorang, sebab dibuat di bangi after kerja..Mr F taknak join :(

Anna Da Lady

Tekanan darah rendah ketika berpuasa

Mr F beritahu tadi...

"Abang. Ayang ada kat klinik"

Saya terus terkejut...Memang, semalam dia mengadu tak sihat badan, saya pun mengadu kat dia jugak, kepala pening-pening...Sakit kepala...

Semalam, dua-dua kami makan panadol, seorang sebiji. Mr F ajak saya pergi klinik, tapi saya taknak, sebab nak tengok harini macam mana.

Kata beliau, Dr cakap, darah rendah. Hmm...

Bila cakap darah rendah, terus teringat makan hati...Tapi, tak elok kan?

Terus ingat bayam pula, tapi, saya sekarang tak berapa gemar sangat dengan bayam, sebab dulu pernah jumpak ulat kecik-kecik, terutama pada akar dia...Jadi, memang kena teliti bila basuh tu.

Alternatif lain?

Hmm, makanan/minuman bersoya....Memang setiap hari ada je bekalan air soya kat rumah. Baru ni, beli fresh soya daripada kilang dekat rumah MIL..RM3/gayung.

Tempe pun ada, cuma tak goreng lagi je.

Apapun, sekarang ni pun saya dah rasa pening semula...

Anna Da Lady

Monday, August 13, 2012

Baru rasa mood nak shopping...

Orang lain mesti dah start lama kan membeli belah perkakas raya?

Saya baru ada mood nak mula shopping baju-bajan, sebab baru masuk gaji...Hehehe..Baru best sikit!

Tadi, balik je ofis dengan kepala pusing2 tu, sempat singgah di AEON Taman Equinne, odw nak balik rumah je pun.

Pergi bahagian lelaki terus, sebab niat nak cari baju kasual Mr F. Langsung tak tengok bahagian perempuan. Memang sekarang ni, mood nak beli baju untuk diri sendiri tak datang lagi. Entahla bila 'dia' nak mai balik :)

Sambar 2 pasang baju kasual Mr F. Tapi dua2 lain saiz. Sebab saya confuse saiz mana elok sebenarnya...

Last-last bila balik, satu OK, satu memang rasanya kena tukar balik...Rasanya boleh kot...Sbab dulu masa kat Penang, kami dapat tukar balik baju.

Mr F sempat komen tadi...

"Nanti kalau nak beli baju, tunggula Abang..."

Saya cakap dalam hati je..Camne nak tunggu...Abang bz..Hehehe (dalam hati je tau!)

Tapi, apapun saya sangat seronok bila rumah dekat dengan AEON, sebab saya dapat 'bau' suasana membeli-belah...Hehe..Baik di Pennag, mahupun di sini...

Anna Da Lady




Makan lewat malam @Saba' Restaurant

Uh...ni gara-gara Mr F tak puas hati dengan nasi arab yang dijamu dalam majlis Iftar di surau malam tadi...Terus, lepas terawih pergi Saba'....

Kenapa Saba'? Sebab saya yang teringin :) Lagipun, dekat je dengan rumah.

Masa pergi tu, dok tawakal, kalau Saba' tutup, pergi restoran nasi arab dekat dgn rumah dahla...Kalau yang tu pun tutup, pergi kedai mamak, makan nasi ayam tandoori.

Pastu, bila sampai dekat Saba' tu, tengok, banyak jugak kereta..Rupanya, ramai jugak yang makan lewat malam...

Pastu, ternampak pakej buffet di Saba'..RM35plus plus untuk dewasa..Kanak-kanak bawah 10 tahun, FOC :)

Anna Da Lady

Friday, August 10, 2012

Menu berbuka untuk 6/8 hingga harini

Ha..Dah lama tak update menu berbuka kami..Last date ialah 5/8...Ok, mari kita godek apa yang telah disantap oleh perut kami berdua..

Tema: Sempoi, cepat, tak renyah, tak tau sedap ke idak!!! Hehe

6/8 (Isnin-cuti Nuzul AlQuran):
Mr F pergi berbuka di surau. Last-last dia balik, dia minta makan nasi. sebab katanya, makan sikit je tadi..Saya kata "aik, mana ada nasi.."...Last-last, dia makan maggi kari..Kesian Mr F :) Sebab saya tak makan banyak sangat kalau sorang....

7/8 (Selasa):
Sekali lagi, giliran kami untuk siapkan juadah berbuka untuk kawan-kawan Mr F kat surau. Menu lebih kurang minggu lepas: mi goreng style mamak (kurang masin, sebab lupa letak garam...hehe), ayam ceti, cucur ikan bilis, choco-dates, dan air soya cincau.

8/8 (Rabu):
Nasi putih, ayam goreng dengan rempah, udang goreng tepung pedas, ayam ceti (leftover semalam), sup cendawan, dan air cincau.

9/8 (Khamis):
Semalam, memang sangat kalut memasak, sebab Mr F nak pergi amik motor kesayangan dia yang telah tersadai di w/shop lebih kurang 3 minggu tu yang sepatutnya dalam pukul 5.15pm...Saya pun keluarlah ofis awal sikit. Last-last pukul 6.35 baru keluar rumah, sebab Mr F sampai pun dah pukul 6.15pm. Menu semalam: Nasi putih, sambal sotong, ikan tenggiri masin, salad, melon milk.

Sahur kitaorang macam biasa, air kosong/manis, kurma/roti/cereal.

Tu je,
Anna Da Lady


Biskut raya dan kerepek raya

Eh, ada ke kerepek raya? hahaha...Biskut raya selalula dengar.

Setakat ni, saya sudah order dan dapat kuih dan kerepek-kerepek yang dijual oleh kekawan karib saya.

Tengok...ada satu jenis kuih je..Namanya oreo choc chip...ada je dok sebelah saya ni. Baru sampai tadi.

The rest ialah kerepek ubi pedas, kerepek bawang, dan popia nestum.

Cukupla tu yek? Buat apa banyak2...Rumah yang nak dibahagikan ada tiga je (My house, KN, KL)..Cukupla yek!

Selalu, bila time raya, akak-akak saya yang beli pelbagai jenis kuih untuk kat kampong KN. Tupun, akan bertambah lagi, bila setiap kali malam raya, pergi mengunjung bazar larut malam untuk beli kuih, kek, kerepek yang dilelong..Penghabisan stok!

KL pun serupa jugak, ipar-ipar ada beli cuma tak banyakla...Cuma, ni first time saya beraya Aidilfitri kat sini. Dulu masa raya Haji, biasa-biasa jek...

Tapi, tahun ni, my angah said, "tahun ni, angah beli kerepek-kerepek je..."

Maksudnya? Kuih-muih sikitla yek?

Habisla nanti..Mak saya mesti pergi tambah lagi kuih raya..sebab dia suka tengok banyak-banyak ni...Hehe

Anna Da Lady


Thursday, August 9, 2012

JohnsonSuisse

Hmm...Setakat ni, ramai yang recommend jenama ni untuk bilik air...

Lepas tu, tengok website dia disini, macam-macam ada...

Kata orang ia berkualiti, harganya ok la...

Saya cakap kat Mr F tadi...

"Hmm..ramai yang recommend JohnsonSuisse ni"

"Hmm...Abang pun tahu.."

Ha? Kalau dia dah tahu, kenapa nak survey lagi...Saje ye, Mr F ni... :)

Anna Da Lady

When renovating your bathroom...

Sekarang tengah ligat mencari bahan-bahan rujukan untuk renovate bilik air.

Tengahari tadi, sempat keluar dengan my BF pergi kedai jubin and bathroom accessories at Jalan Reko, Kajang...

Setakat ni, 3 kedai dah saya pergi. Semua kedai, salesperson sangat memberi tunjuk ajar dan macam-macam tips...

Tadi, dapat lagi new info;

"Bila nak tukar toilet bowl, pastikan kita tahu distance antara wall kita dengan titik tengah outlet pipe...Selalunya outlet pipe kita adalah 4inch. Jadi kalau distance tu dalam 6inch plus 2 inch, jadi 8 inch, maka hanya 8inch toilet bowl je sesuai untuk dipilih.....Tapi, kalau asalnya 10inch, maka kita boleh pilih samada nak amik 8inch atau 10inch."

Lepastu, malam ni Mr F minta saya survey di internet, brand-brand yang bagus untuk toilet bowl..Cari punya cari...Terjumpa satu blog ni...Tambah lagi tips...

Rupa-rupanya macam-macam kena fikir...

Anna Da Lady


Rezeki anak ramai dan rezeki dalam kemajuan kerjaya

Bila saya tengok sekeliling saya, terutama di dalam golongan rakan sebaya, saya selalu fikirkan (dalam hati)

"Ok, A ni anak dah ramai...Comel-comel pulak tu"

"Ok, B ni dah dapat Dr, tapi anak baru seorang dan dah besar...Taknak tambah anak ke ye?"

Lepas tu, semalam berborak la saya dengan dua orang lagi rakan sebaya semasa pergi melawat seorang colleague di Hospital Annur.

"Eh, awak...taknak tambah anak ke?" tanya kawan saya.

Hmmm...diam je si B ni...Then, senyum...

Lepas tu...

"Hmm, dah jumpa Dr dah..Dr suruh makan asid folik and Vitamin B,C,E..."

"oh..."

Rupanya, dia sedang dalam usaha untuk menambahkan anak...Cuma belum ada rezeki....

Saya? Mak saya baru bagi greenlight...Katanya...

"Acik...Kalau nanti acik sambung study, nak mama jaga pun takpe..." ----- agaknya, sebab sekarang boring kot kat rumah, sunyi..takde sesapa... :)

Hmm...Sekarang terpulang pada saya and rezeki yang Allah bagi...

Tapi, Mr F lebih sukakan anak tidak dihantar ke nursery...Maksudnya?????

Anna Da Lady


Tuesday, August 7, 2012

Kedai jubin Bandar Kinrara dan Bandar Putra Permai

Semalam, mengisi masa cuti Nuzul Al-Quran dengan membelek sekitar Puchong dan kawasan sekitarnya kedai-kedai jubin.

Ni semua gara-gara bilik air rumah yang saya cerita sebelum ni la...Poor quality on workmanship...Main buat kerja je diaorang ni...

Sampai Mr F pun dah bengang..Bukan setakat bilik air je ada masalah, paip luar rumah pun dah nampak ciri-ciri kebocoran. Padahal dah ganti baru dia nyer paip.... :(

Hmm...Dekat Puchong nampakla satu, dua, tiga kedai jubin..Tapi, asyik terlajak je..Taula Puchong camne...Dengan 'jem' nya...Dengan u-turn nyer yang jauh2...

Last-last waktu lalu nak ke Bandar Kinrara, nampak satu kedai betul2 tepi jalan dan besaq...Tapi, kami kena u-turn jauh jugakla sebab kami nampak dari different side...

Bila sampai, "Wah...tercapai hajat nak tengok jubin ye, Bang?"...kata saya...Hehehe

Memang best...Macam-macam ada...Cuma kena sedia ongkosnya la...
Pattern lama dan baru....Besaq dan sekecil-kecilnya...

Lepas tu minta nasihat jugak daripada diaorang tentang installation price camne...Kat situ takde, cuma diaorang bagi nasihat, kalau nak murah, selalunya upah Indonesian la...Maybe sekitar RM4/sqft...

Wow...mahal jugak ye...Itu belum lagi beli cement, nak pecahkan lantai bilik air and segala mak nenek lagi...

Ok..lepas survey and tengok yang berkenan di hati, simpan dulu list tu...

Tapi, apa yang tau, kalau untuk satu tile empat segi sama 1sqft kena 40 keping untuk lantai bilik air masterbedroom dan 72 keping (tile segiempat tepat-2 empat segi sama) untuk wall susun menegak, hingga ketinggian 6 kaki...

Then, tengok pulak sekitar Bandar Putra Permai...Wah, ada lagi satu kedai...Juga coraknya Okay...tapi dari segi harga, saya taktau okay ke tak..sebab corak dan design kedua-dua kedai berbeza...

Tapi, dari segi nasihat, memang bagus macam kedai pertama...Dan katanya, Indonesian is more cheaper than yang lain...Cuma, kena tengokla diaorang buat kerja...

Ok tu je for now,
Anna Da Lady

Sunday, August 5, 2012

Ikan jenahak dengan ikan merah, mana lagi sedap buat kari?

Hmm...Alhamdulillah, harini sempat berbuka dengan hasil tangan Mr F :)

Dia masak kari ikan jenahak harini...Saya tukang masak sambal udang je.

Harini, Mr F bukan je jadi chef tapi jugak jadi plumber...Hehe..Multitasking betul suami kita ni ye... :)

Tapi, waktu makan tadi, tetiba je Mr F bersuara;

Mr F: Hmm, ikan jenahak ni liat sikitla...Ikan yang Ayang buat dulu ok gak. Lembut isi dia.

Saya: Aa...Yang tu ikan merah...Tapi tulah, susah sikit nak dapat sikit-sikit cam kita beli ikan dekat kedai ni...Haritu punya ikan, dia dah potong siap, pastu murah lak...18 hinggit je..Harini, ikan merah dah 24 hinggit...Hmmm

Mr F: Hmm, takpela...Lain kali, kita pergi awal la pasar tu...Baru dapat murah...

Anna Da Lady

Saturday, August 4, 2012

Bila teringat anak buah!!!

Semasa berbuka puasa bersama dengan supplier Mr F, terjumpa sorang isteri kepada kawan Mr F, jadi sembang la dengan dia;

Saya: Dari mana?
Dia: Putrajaya.

Saya: oooo...anak ni umur berapa...
Dia: Darjah 3 dengan tadika 5 tahun.

Saya: O, sama dengan anak akak saya la..Perangai pun nampak sama...
Dia: aa, lasak sikit diaorang ni...

Terus teringat anak buah@Bangi tu...Dah lama tak jumpa diaorang...Dulu, waktu bujang selalu la lepak...

Tetiba, dalam pukul 7.15 gitu....

"Acik........................."

Hah...terkejut eden...

Nampak anak buah saya yang besar darjah 3 tu datang menghampiri meja saya dan Mr F...
Sangat terkejut okay....

Mata saya dok melilau cari si adik umur 5 tahun tu...

Akak saya kata "Tu dia...Adik dok melilau tadi..Lasak dia ni..."

Aa...salaman pertama dapat pabila dapat tangkap adik, ialah tumbukan di paha..hehe...adik...adik...

Saya sayang semua anak saya, terutama kalau masih kecik, comei kot...
Anna Da Lady


Hati perempuan....

Hati manusia tau, bukan hati ayam atau hati apa!!! Hehehe

Hati perempuan ni sangat unik...

Dia dapat merasakan apa yang berlaku...Adakala benar, adakal tidak benar...

Tambah-tambah kalau dah jadi isteri, lagilah hati dia senang terusik :)

Adakala gembira, adakala sedih, adakala confuse...

Apapun,  hati kita kenalah selalu gembira..Sedih kejap je...Dengan ingat Allah

Kalau nak sedih pun, dengan ingat dosa-dosa kita :)

Anna Da Lady

Friday, August 3, 2012

Pening dah hilang, terus jadi suri rumah


Alhamdulillah, lepas dah dapat rehat yang cukup dengan menidurkan diri, peninga beransur2 Okay...Cuma, tak boleh fikir banyak sangat, nanti pening tu datang balik :)

Dah masakkan menu untuk berbuka. Just satu lauk baru iaitu udang goreng dengan cendawan hitam, the rest adalah leftover. Kena kosongkan peti ais, nanti big bos bising...hehe...

Lagipun, esok kata Big Bos aka Mr F, ada jemputan berbuka di Hotel. Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan ini :)

Pastu, tadi sempat pergi kodai, cari air untuk berbuka. Bis bos saya sangat suka air cincau..Saya jugakkan belikan untuk beliau Melon Milk..Saya tak suka sangat melon milk ni, sebab rasa pelik

Anna Da Lady

RM300 sehari

Terbaca artikel ini di Kosmo...


SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.
Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan.
Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.
Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan.
Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.
“Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
“Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
“Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu,” katanya.
*****************************************************************************************************************
Macam-macam,
Anna Da Lady

CDM-cash deposit machine

Hmm..harini betul2 buat saya pening kepala..sampai kena mintak cuti rehat...

Ni disebabkan masalah memasukkan $$$ kat CDM at satu bank ni.

Asyik dok reject je saya punya duit, padahal saya baru je amik $$$ tu kat bank lain...

Mula-mula, lepas reject dalam 2 kali, CDM tu terima lah saya punya duit, tapi tak cukup..Then, saya add lagi...

Reject jugak..Sehinggalah, tetiba tup........

Kad saya keluar balik...Taktau apa jadi dgn duit tu, saya terus buat repot kat bank tu...Entahla samada saya ni silap atau CDM tu silap...

Sebab tu la, saya tak suka guna CDM..lebih gemar khidmat -akak-abang- kat kaunter...walaupun kena menunggu, tapi yakin selamat!!!

Anna Da Lady

Thursday, August 2, 2012

AEON Fiesta@Taman Equinne dan Bazar Ramadhan

Balik-balik je dari kerjad tadi, terus solat Asar dengan Mr F, then, terus cabut pergi AEON Taman Equinne dengan motor kapcai...Best je naik motor..Pantas!

Lepas tu, bila masuk je AEON, terus rasa teruja dan terkejut...Giler ramai orangg...

"Eh, diaorang ni tak keja ke apa..."

Pastu..tengok sana sini sale...Pastu, kat luar shopping market, ada deretan kaunter untuk redeem voucher...Wow bestnya!!!

Kami datang sini pun, sebab Mr F nak beli seluar kerja dia...Dah lama dia tak membeli barangan keperluan dia...

Memang sampai je, terus pergi mengadap bahagian seluar lelaki...Saya langsung tak pandang kiri kanan untuk tengok kot2 ada yang berkenan kat bahagian lady..sebab orang ramai...

Lepas tu, lepas bayar semua and sambil tunggu saleswoman potong seluar, saya dan Mr F tunggulah di kerusi yang disediakan...

Sambil tu, sebab saya bosan...

"Abang...Ayang nak window shopping boleh? Window shopping je, bukan shopping..Ok ye?"

angguk je Mr F :)

Pastu, jalan kat bahagian blaus..bahagian tudung..tersangkut kat situ lama...sebab 70% off plus 10%....Wah, tergugat iman makcik..Tapi, pendam kan dulu :)

Lepas tu, terus pergi balik kat Mr F...Kata beliau...

"Hmm, ada yang berkenan ke?"

Saya jawab...

"Adalah satu..."

Mr F kata; "apa?"

"adalah satu...tak payah habaq la.."

hehe..ayat pendam tu...lepas tu masa lalu bahagian kasut perempuan sebelum sampai dekat tempat potong/jahit seluar tadi, saya pegang satu kasut...

Dalam hati cakap..."Hmm, cantik jugak kasut ni.."

Lepas tu, tetiba Mr F kata, "aala, ayang kasut ni cantik..Cuba try..."

Aik..Mr F dapat baca hati saya ke? Hehehe...Jawab saya balik...

"Takpela, Abang...Malasla.."

Hehe..Last-last before keluar, Mr F bagi saya satu 'not', kot2 la nak beli kasut next time...

Terima kasih, sayang bambam :)

Ok, selepas dah setel beli seluar, terus singgah Bazar Ramadhan, sebab memang tak sempat dah pun nak 'bersilat' di dapur...Ni second time kami mengadap Bazar ni..Kalau tak penat macam first time (ahad lepas-sebab balik kampong) dan kalau sempat macam sekrang, jangan harapla, nak menyinggah...

Last-last, kami beli; 
- nasi kerabu untuk saya (sedap!), 
- nasi ayam goreng berempah (ayam dia tak masak sangat)
- ayam percik (biasa jek dan imej penjual dia kami tak berapa gemar)
- otak-otak gelang patah (sedap, dan tukang buat dia nampak ikhlas je bila menjual..yang nilah yang kami cari)
- air tebu (sedap tapi manis sangat!)

Total lost; Lebih RM 20...

Kata Mr F;

"Hmm, sehari datang bazar ni pun dah habis dua puluh..mahal betulll"

Saya jawab balik;

"Hmm, naisb baik kita datang sini pun sekali sekala...and kita ni bukan jenis pemakan kuih muih..kalau tak habisla kat bazar ni je/..."

Apapun alhamdulillah dengan kuniaan dariNya setakat ini,
Anna Da Lady

Wednesday, August 1, 2012

Insurans kereta dan baiki cermin retak

So, selepas je tragedi tadi, masuk ofis..Hati masih tak tenteram...

Dok fikir..."agak2, berapa lama ye cermin tu dapat bertahan?"

Saya pun check kat tenet harga cermin kereta depan ni...Dalam November 2010, ada satu kedai kat Jalan Pahang, customer ni kata harganya dalam RM360..Pastu ada yang kata RM350...Double layer...

Pastu, ada satu forum ni kata, kalau kena RM700 tu, memang kena ketukla tu...

Pastu, tanpa banyak cerita dan nak berkongsi perasaan resah ni, terus call Mr F...

"Abang...tadi masa ayang kat highway, ada satu batu ni...tup, jatuh atas cermin kereta...Kalau rasa dari dalam takde ape, tapi, bila rasa dari luar, ada kesan tak rata.."

Mr F kata;

"Hmm...insurans haritu cover tak?"

Saya pulak jawab..."Tak pastilah..."

"Hmm, kang abang dah cakap amik insurance provider yang lama, senang citer"

Saya.."Yolah, nanti ayang call orang tu.."

Pastu, bila saya fikir balik, masa saya renew insurance bln 3 tempoh hari, memang saya tak bincang byk dgn insurance provider tu, sebab tau jelah, insurance pun ribu riban...jadi, malas nak tambah apa2 lagik...

Last-last, bila call...

"Maafla, Puan...takde dalam insurans..Puan hanya boleh ubah polisi bila buat insurance baru which is next year.."

Dalam hatin, huwaaa...Tapi, masih bertenang lagik...Saya tanya lagi

"Berapa ye, kalau kena bayar untuk cermin tu?"

"15% dari harga insurans...."

Jadi, saya pun hitung-hitungla...Hmmm...Tak banyak pun dia cover...Hanya seratus lebih kurang dari harga yang disurvey tadi...

Hmm, nanti kena cari kedai cermin kereta la jawabnya...

Mr F, maafkan saya ye...Saya tak bersalah, batu tu yang salah!
Anna Da Lady


Cermin depan kereta dilanggar batu

Hmm...sedih betul tengok cermin kereta sekarang. Rasa tak puas hati je.

Mai mana la batu ni?

Nak kata duduk belakang lori tak...


Nak kata ikut jalan banyak batu tak jugak...


Hmm, tadi ikut highway je...

Ada la setompok batu tu langgar cermin tadi. kena kat bahagian bawah. Kuat jugak hentakan dia...

Tak cerita lagi kat Mr F...

Dulu, Mr F kata, pernah kena sekali, tapi insurans cover waktu tu...

Tapi, kali ni dah bertukar insurance provider...Tak pasti cover ke idak cermin keta...

Tak bestnya mood di pagi hari,
Anna Da Lady

Tuesday, July 31, 2012

Jamu kawan-kawan suami makan

Kalau kita jamu orang lain untuk berbuka puasa, kita dapat pahala kan?

So, harini saya ambik kata-kata di atas untuk 'kelentang-kelentong' di dapur untuk masak juadah berbuka puasa untuk Mr F dan rakan-rakannya di surau...

Kata Mr F, ada kot dalam 5-6 orang...Beliau bagitau semalam pasal hal ni...

Jadi, disebabkan saya ni tak pandai masak sangat, saya tak amik risiko untuk masak makanan yang heavy2.. Hehe..Lagipun, petang semalam, periuk nasi saya rosak...Sedar waktu nak guna untuk masak juadah berbuka semalam...Semalam pun, saya terpaksa gunakan dapur gas dan periuk kukus...

Saya ni bukan pandai tanak nasi atas dapur..jadi sebagai penyelamat, gunakan periuk kukus untuk elakkan nasi hangit..hehehe...

So, menu berbuka untuk Mr F dan rakan-rakan ialah....
1) Mi goreng udang
2) Popia goreng yang saya 'frozen' kan dalam peti ais...intinya ialah lebihan makaroni bakar tempoh hari..Cuma saya tambahkan cheese untuk tambahkan keenakan...Satu kelainan kan? hehe
3) Keropok lekor frozen segera yang dibeli di Giant..Bolehla rasanya
4) Sirap laici
5) Kurma kering
6) Kismis dan kawan-kawannya yang diberi Pakcik dan Makcik masa pergi umrah tempoh hari...dari Mekah
7) Puding vanilla
8) Rambutan dari kampong

Untuk saya pula, hanya perangatkan nasi tomato dan ayam masak merah semalam plus betik n air kosong...Tupun, memang kenyang sesangat...

Padahal, sahur tadi hanya minum air masak, susu sikit dan kurma sebijik je...Sebab penat sangat badan..Nak makan pun tak larat...
Mr F pula bersahur makan roti dengan cheese, susu, dan kurma...

Itulah menu kami hingga hari ini,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails