Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Melayan drama Melayu yang lama-lama

Sebelum 'menyibukkan' diri dengan benda yang penting minggu depan dan minggu seterusnya, saya sempat meng'qada' kan beberapa drama Melayu yang bagi saya seronok untuk ditengok...

So, beberapa hari lepas saya tengok cerita tu sampai kul 3 lebih pagi. Pastu, pagi tu memang liat nak bangun...

Yang paling bestnya, sampai watak2 dalam cerita tu masuk dalam mimpi...Sabo jelah!

Anna Da Lady

Wednesday, September 19, 2012

Adam & Hawa Episod 14

Tonton online: SINI

Bercuti rehat harini: Nak recover tenaga yang hilang dan nasihat MIL minta duduk rumah tengokkan tukang buat kerja,
Anna Da Lady

Tuesday, September 18, 2012

Episod terbaru @Adam&Hawa

Alamak, juga telah tertengok cerita ni....Tapi, takde la rasa 'kena' tengok...Cuma, nak kena cari novel dan baca...Lagi best kot!

Cuba tengok sini E13

Hehe,
Anna Da Lady

Monday, August 27, 2012

Arkk. Sekali lagi. ADAM & HAWA plak...

hurm, tadi dah terbaca sedikit sinopis cerita drama terbaru ni...

Pastu, tengok plak FB, ada sorang kawan post lagu tema dia..Muara Hati duet antara Hafiz dan Dato' Siti...

Pastu, terus tengok trailer dia di You tube: http://www.youtube.com/watch?v=SXXpp_DNI4c&feature=relmfu

Ai...Janganla lepas ni saya plak gi kedai cari novel dia semula..Padahal, pernah je baca...

Dah, taknak jadi macam haritu masa cerita ombak rindu ditayangkan

Anna Da Lady

Thursday, July 5, 2012

Salmon Fishing in the Yemen

Gara-gara tertengok Mr F tengok cerita ni semalam, dan juga gara-gara saya dan my BF, Mrs Lea tak dapat beli salmon di Warta Bangi (skang Giant), maka, bermulalah perbualan di bawah:

Mr F: Ha, ayang...cuba tengok ikan salmon ni. Dalam dia nampak tak telor2 tu?
Saya: Eh, ayang ingat salmon warna merah.

Mr F: Isi je merah, luaq camni.
Saya: Dia nak gi mana bawak telur-telur dia tu?

Mr F: Bila je sampai masa bertelur, si salmon ni akan berlawan arus untuk ke muara dari laut yang sejuk ni.
Saya: Hah? kuatnya dia...

Memang waktu ni, perangai saya dah macam budak-budak..heran, pastu tanya and tanya lagik..

Last-last, sebab Mr F 'malas' nak layan saya (ni ayat saya sendiri ye..hehe), maka dia pun gunalah perkhidmatan mr YouTube..maka saya yang macam 'jakun' ni pun layan video tu sambil mata hampir nak terpejam.

Ni info sikit pasal cerita tu: Kita guna khidmat cik Wiki kita :)

Salmon Fishing in the Yemen - Wikipedia, the free encyclopedia

en.wikipedia.org/wiki/Salmon_Fishing_in_the_Yemen

Ni info sikit pasal salmon:

Anna Da Lady

Wednesday, June 13, 2012

Gara-gara LARA HATI vs Car Simulation

Menarik jugak cerita ni. Tambah-tambah bila Norkhairiah berlakon :)

And tambah seronok, bila beliau telah belajar bertudung. Moga kekal sebegitu dan bertambah baik :)

And kerana cerita ni jugak, saya yang jenis sekarang ni jarang dengar lagu sebegini, sebab hari2 gi kerja hanya dengar Red fm, sudah terpikat dengan lagu tema dia...

Padahal, lagu ni dah lama kan? Nasibla....

Nipun sambil menaip (auto-publish ye), sambil dengar lagu ni, setelah didownload oleh JDownloader, sambil 'melalak' and sambil duduk bersebelahan dengan Mr F yang sedang main games 'simulation kereta' di Sepang Circuit....

Memang tajamla selekoh kat Sepang Circuit ni. Tak macam circuit yang Mr F main sebelum ni. Habis meja yang dia letak stereng tu bergoyang-goyang. And habis my carpet rosak sebab foot pedal tu ditolak-tolaknya :)

Nasibla..Janji masing-masing hepi ye!
Anna Da Lady

Saturday, February 18, 2012

180212: Cerita ketenangan di pagi Sabtu

Seperrti biasa di hujung minggu, tidur sampai pukul 10 pagi adalah kegemaran kami... :)

Tapi, bukan pada minggu ini...

Ketika diriku enak dilamun mimpi, tetiba terjaga pabila mendengarkan bunyi ketukan keypad laptop, seperti ada orang mengerjakan sesuatu...

Ku jenguk dengan sebelah mata, ku lihat Mr F sedang 'masyuk' melayan dan mendownload e-book dan movie terkini di psaran....

Ku berkata dalam hati..."amboi, angin apa yang menyapa suamiku ni ye?"

Ku lelapkan mata sekali lagi....

Tetiba, ku terdengar pulak bunyi dari bawah...Seakan-akan sliding door dibuka...Dan ku teringatkan terus agenda ku semalam.

Apa lagi, ku terus bukakan mata...

Waktu tu, Mr F berada di toilet...

Setelah mengemaskan diri, ku terus melangkah terus ke bawah rumah...

Ku lihat...JENG JENG JENG...

Adikku, Ijan sedang ber latih tubi...Almaklumlah, minggu depan dia kena interview nak masuk peg. tentera...Nampak sangat bersemangat budak ni...

Ku tegur dia...

"Weh, adik..awal bangun?" (sambil kata dalam hati, hmm..budak ni selalu tengahari baru bangun kalau hujung minggu..ni mesti sebab hal minggu depan ni...

Maka, ku mulakan tugas rasmi ku yang pertama di hujung minggu;
1) membuka seluas-luasnya tingkap di hadapan dan di dapur dan kalau ingatdi bilik.
2) memasak sarapan pagi, memndangkan adikku ada sekali, maka ku rajinkan memasak nasi goreng sempoi berlaukkan telur seapruh masak, ikan masak kicap, dan ikan masin...lauk lebihan semalam... :)
3) membancuh air kesukaan Mr F, milo ais,,,wajib ada ais..kalau tak, merajuk dia ... :)
4) membersihkan dapur dan menyapu ruang bawah...berhabuknya la, mak encik :)

Ku nampak adikku sedang membasuh kereta kesayangannya di luar garaj...
Selepas je aku menyiapkan segala tugas rasmi tadi, ku terus keluarrumah sambil mengangkat satu gunting besar untuk cantas rumput2 yang bergumbira membesar di laman hadapan rumah :)

Ku cantas, dan cantas...

Adikkun menegurku..."Aik, dah panjang ka rumput ni? macam OK je lagi? Kalau tak, mesti nanti ada orang cakap 'nak potong rumput, adik?' " sambil merujuk kepada pertanyaan mamat-mamat foreigner (Bangladesh/paskisatan) yang rajin mencari rezeki lebih dengan memotong rumput...

"alah, panjang dah la ni..."...

Dalam msa beberapa minit, peluhku telah menitik satu persatu..."fuh, rasa la kursus sikit.."

Mr F tetiba datang mencelah..."aik, potong rumput sekali?"

"Aa...abang maila cakar rumput2 ni ke satu tempat...tengok adik tu, dia siap basuh kereta n motor abang sekali.."

Ok...Maka, leapas je semua sudah berpeluh, time melantak pulak di dalam rumah...sebelum ni ku meminta izin untuk 'berendam' di dalam air sementara... :)

Mr F berkata.."jom kita makan kat atas ye..boleh layan movie seklai...

"OK..."

Mula2, Mr F pasang cerita apa ntah..fuh..boring tau!!!...pastu ku request...boleh tak tukar ke cerita lain?

Maka, keluarlah cerita lain.."Dream house"..

Fulamak...cerita ini...memang menyeramkan pada mulanya..last sekali, hatiku tersentuh sampai menitiskan air mata...Jarang ku bersikap sebegini...

Libby, Katherine, Beatrice, Peter nama watak2 dalam cerita tu,
Anna Da Lady

Wednesday, January 18, 2012

Suri rumah 7 hari

Apa tu ye?
Ha, satu citer yang melibatkan Yatt n Fahrin ahmad tengah ditayangkan di Tv9...

Seronokla tunggu setiap Rabu, mengadap Tv9...
Semua citer best je...

Haritu citer Kekasih awal dan akhir...

Mula-mula ingat macam malas nak layan, tapi last-last...

"Huwaa"...menangis tak berlagu :)

Layan,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails