Friday, August 10, 2012

Biskut raya dan kerepek raya

Eh, ada ke kerepek raya? hahaha...Biskut raya selalula dengar.

Setakat ni, saya sudah order dan dapat kuih dan kerepek-kerepek yang dijual oleh kekawan karib saya.

Tengok...ada satu jenis kuih je..Namanya oreo choc chip...ada je dok sebelah saya ni. Baru sampai tadi.

The rest ialah kerepek ubi pedas, kerepek bawang, dan popia nestum.

Cukupla tu yek? Buat apa banyak2...Rumah yang nak dibahagikan ada tiga je (My house, KN, KL)..Cukupla yek!

Selalu, bila time raya, akak-akak saya yang beli pelbagai jenis kuih untuk kat kampong KN. Tupun, akan bertambah lagi, bila setiap kali malam raya, pergi mengunjung bazar larut malam untuk beli kuih, kek, kerepek yang dilelong..Penghabisan stok!

KL pun serupa jugak, ipar-ipar ada beli cuma tak banyakla...Cuma, ni first time saya beraya Aidilfitri kat sini. Dulu masa raya Haji, biasa-biasa jek...

Tapi, tahun ni, my angah said, "tahun ni, angah beli kerepek-kerepek je..."

Maksudnya? Kuih-muih sikitla yek?

Habisla nanti..Mak saya mesti pergi tambah lagi kuih raya..sebab dia suka tengok banyak-banyak ni...Hehe

Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails