Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Tersasul nama sendiri


Selingan: Ombak menampar batu :)

Ha, nilah padahnya bila panggilan nama sendiri banyak sangat...

Kalau cakap ngan adik-adik sepupu, mereka akan panggil dua jenis panggilan..kejap Kakcik, kejap Kak Ana...
Masalahnya, bila dua orang sepupu berlainan panggilannya kepada kita, macammana kita nak bahasakan diri kita bila bercakap dengan diaorang? Kakcik ke Kak Ana?

Ha, bila dah kahwin ni, selalu jugak tersasul bahasakan diri 'ayang' dengan adik beradik...Hmm, malu jugak ni...

Anna Da Lady



Tuesday, April 23, 2013

Bulan EmpAT dan Bulan LiMA 2013

Bulan Empat:

Alhamdulillah, nampaknya saya masih lagi belum 'mengwishkan' ucapan selamat hari lahir kepada diri sendiri dalam blog ini. Hanya hadiah in advance daripada suami sahaja yang ingin dikongsi.

Kepada saya, "Selamat hari lahir ke-2x.."
Hint: Tahun depan dah melangkah ke nombor siri yang baru :)

Bulan Lima:

InsyaAllah, kenduri Adik bongsu saya akan berlangsung 4hb ni. Jadi kepada kekawan yang tinggal atau jejak kaki kat area Perlis/Kedah/Pulau Pinang, sila2 lah sudi memeriahkan majlis...

Tema untuk kenduri ni, Hijau kuning, Krim :) Semangat Kedah sikit :)

Ada kelainan sikit dalam kenduri kali ni, sebab InsyaAllah akan ada lalu di bawah pedang, adat rasmi tentera :)

Dan selepas je majlis kenduri Adik saya, InsyaAllah, saya, suami dan MILakan berlepas ke suatu tempat selama hampir 2 minggu. InsyaAllah, bila dah sah betul2, saya akan maklumkan..Mohon doa semua moga apa yang kami hajatkan tercapai ye :)

Anna Da Lady




Sunday, April 21, 2013

Pengurusan rumah tangga

Hmm, nampaknya ramai kawan-kawan saya terutama, Mrs Lynd and Mrs Fizah rajin mengupdate blog masing-masing dengan hal home organising...Jeles pulak rasanya :)

Sebab apa tau...sila baca benda-benda di bawah (prhatian untuk Mrs Lynd and Mrs Fizah):

1) Mereka sama baya TAPI.....
2) Mereka dah beranak-pinak WALAUPUN
3) Mereka sibuk dengan kerjaya dan study masing-masing.....

So, berbalik kepada diri saya, selalu saya pesan diri ini;

1) Jangan kata kita TIADA MASA...
2) Semua orang MASA sama sahaja...
3) Cuma yang membezakan sama ada kita ni pandai bahagi MASA atau tidak

Namun begitu, janganlah, kita asyik berkorban untuk orang lain je...Kita pun perlu ada masa untuk DIRI kita..bak kata orang sekarang, "ME" time :)

Sebab, siapa yang nak membahagiakan keluarga, suami, anak-anak kita, kalau bukan KITA...

Jadi, kekal sihat, kekal cergas, kekal bertenaga,
Anna Da Lady

Gambar selingan: Dari atas suatu hotel, nampak bekas kawasan PENJARA PUDU


Friday, April 5, 2013

Dua kerja satu masa: Inilah perempuan!


Gambar 'anon' beberapa hari lalu....

Anna Da Lady


Tuesday, April 24, 2012

240412: Status sekarang

Happy + Bersemangat...




SEBAB!!!!

Esok, gaji nak masuk..tengok slip tadi..fuyoo...Alhamdulillah, ada kenaikan :)

Tapi, dah ada dalam kepala apa nak buat untuk dikeluarkan dengan apa yang masuk :)
Nak menyetelkan apa yang ter'tunggak' sebelum ni. Mostly pada kereta kesayanganku dan rumah kami dan juga pada keluarga tersayang kami.

Itulah orang kata, lagi banyak dapat, lagi banyak keluar..HAHAHA...'Gelak' mengatakan IYE!

Ok, sebab mood OK pagi ni sambil writing paper lagik, mari kita lihat benda2 berikut:

Day 19- Nicknames you have; why do you have them?


Kak Ana, Yana, Acik, Kakcik, Acik Bong....
Semua tu dipanggil dalam keluarga


Ana...
Dipanggil oleh kawan sebelum sekolah menengah...


Kam...
Dipanggil oleh kawan semasa sekolah menengah, matrix, uni, kerja...Sebab konon nak nampak matured la :)


Sekarang, Mr F suh perkenalkan diri balik sebagai Ana, sebab nama tu nampak ladies sikit..hahaha :)


Ayam...
Ni Mr F panggil..hahaha..Nakal ye, awak...Sebab dia panggil saya Ayang..kalau nak nampak kelakar terbuang ng tambah m...JAdi saya pun serang balas panggil Abam pada dia :)



Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.



Taknak jawab. :)



Day 21- A picture of something that makes you happy.



My husband, parents and family. Tetapi lebih suka tengok gambar bebudak ini.










Cute sesangat,
Anna Da Lady






Tuesday, April 17, 2012

170412: Selesai beberapa benda

Baru rasa nak menarik nafas lega sikit, bila dah selesai hantar beberapa benda dan tanya benda penting kepada PIC:

1) Abstrak NVC kepada Dr MZN untuk dikomen
2) Chapter in book kepada Prof BMD untuk dikomen
3) Tesis seorang senior yang telah saya rabakkan...Aduhai..terpaksa diperbaiki sebelum diberi kepada pemegangnya :(
4) Call Bank-kena call balik 27/4. Hopefully, semua setel by that date.

Overall, rasa suka sebab dah siapkan benda2 ini yang berada dalam minda saya.

Cuma ada lagi satu benda yang tak habis2 dipikir2..pasal nak sambung study...hmm, moga diberi kemudahan untuk capai apa yang dihajati ini...buat masa sekarang, apa yang di dalam minda ni, adalah pilihan yang terbaik...

Anna Da Lady

Monday, April 16, 2012

160412: Dah bertambahla...

Sebelum ni rasa selesa je bila pakai baju bajan yang agak kecik :) Tak kecik mana pun..Tapi kategori kecik bagi saya la :)

Sampaila harini, bila pakai baju kebaya lama zaman tok nadok dulu, rasa...hmm..kenapa kain ni rasa ketat sikit

Risau tu tak lama..sebab sebelum ni pun perasan ada lebihan lemak liar biasa pada bahagian pinggang ku :)

Cuma, malam ni je rasa tergerak hati nak 'gunakan' satu benda yang memuktamadkan apa yang difikirkan.

Penimbang!!!

Ala.....Dah bertambahla beratku..Patut pun rasa semacam je..

Maka, mulai hari ni, saya telah mewartakan pada Mr F...

"No more dinner mulai hari esok dan seterusnya..."

Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails