Wednesday, October 10, 2012

Ditinggalkan 3 hari VS meninggalkan 11 hari

Tajuk ni memang sangat menarik! hehehe..hanya perlu gunakan suku kata 'tinggal' dapat menghasilkan dua makna berbeza :)

Haritu, saya tinggal kan Mr F untuk urusan kerja ke luar negara, kali ni Mr F pula tinggalkan saya untuk urusan kerja tapi dalam negara :(

Ingat lagi tak, last time, saya pernah cerita, saya pernah hantar pagi-pagi Mr F ke tempat kerja sebab beliau ada Teambuilding....Ceritanya disini.

Jadi, harini kali ke-2 Teambuilding diadakan sekali lagi, cuma berbeza tempat di Cherating.

Saya sebagai isteri yang 'baik' (hehehe...) menghantar beliau ke ofis awal pagi, cuma tak seawal haritu. Pukul 7 baru gerak. Lepas tu, biasalah, jalan memang kena bawa roti sepanjang jalan..."JEM"

Bila dah sampai je kat ofis Mr F, terus tanya...

Saya: Ayang nak ikut jalan mana ye? Kalau nak ikut jalan depan Sunway tu, jem giler je tadi.
Mr F: Try ikut MEX< ikut Seafield?

Saya: Hmm, mana tu?

Alah...terus confuse...

Mula-mula ingat nak ikut Highway PLUS, tapi dok fikir mesti jem jugak bila kat Jalan Duta onwards

Pastu, selepas je tol dari shah alam, terus nampak signboard ke Putrajaya, Cyberjaya, KLIA....

Apa lagi, ikut je lah...Hehehe...First time drive ikut sini.

Alhamdulillah, jalan sangat lancar...cuma agak jauh sikit.

Yang penting selamat!
Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails