Harini alhamdulillah, rezeki makan dan berjalan :)
Pagi-pagi, dah menghala ke Golden Palm Tree Sepang kat Bagan Lalang sebab ada dapat voucher free dari sana. Guna jalan tanpa tol, straight dari Sri Kembangan-bandar salak tinggi-sepang...Tapi, kena spend masa lebih kurang 60-90 minit untuk tour dan dengar taklimat staff di situ. Nampak pantai Port Dickson dan resort di situ dari salah satu tempat penginapan di Hotel ni...
Overall, ok..benda baru bagi saya dan first time dapat masuk tempat ni. Cuaca di Bagan Lalang sangat mendamaikan..Ornag tak terlalu ramai macam kalau pergi sebelah petang...
Kebetulan, harini besday Mr F yang ke-3x..hehe...Memang rezeki dia harini.
Pastu, singgah solat Jumaat di area Sepang, sambil saya tunggu dalam kereta dengar khutbah Jumaat dari luar. Harini sebut sikit pasal kemerdekaan dan kempimpinan.
Lepas tu, dalam pukul 2.10pm, balik rumah...Tengah jalan, jiran belakang rumah jemput pergi open house dia. Maka, setelah saya solat Zuhur, terus pergi sana, isi perut..Makan mi rebus dan rojak buah. Sedikit kambing panggang.
Lepas tu, terus menghala ke rumah kawan Mr F di taman yang sama, fasa yang lain di seberang jalan. Yang ni, besaq sikit dia buat...Ada nasi hujan panas, sate, nasi impit, roti jala dll..saya cuma makan sikit je nasi ngan lauk ayam masak merah..Mr F makan lemang...Sate saya tak sempat makan, sebab dia letak lambat sikit.
Ni menunggu masa nak pergi umah Maksu di Setapak, KL...Mr F tengah menggodek game Batman dia...Ntahla dari pagi tadi, tak siap-siap...
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you