Saturday, September 8, 2012

Awak ada kawan nak perkenalkan dengan adik saya?

Hari Khamis lepas, berborak sambil buat kerja dengan seorang senior;

Kawan A: Awak, ada tak kawan-kawan ke sedara ke yang masih single?

Saya: Hmm, adala kot...Kenapa?

Kawan A: Ini untuk adik saya la. Doktor, umur dah 35. Tapi, dia ni jenis baik sangat. Jarang bersosial.

Saya: Oh, yang Doktor tu ke?

Pastu, saya mencadangkan nama kawan saya di Jabatan yang baru balik dari Australia dengan phd.

Kawan A: Eh, dia tu belum kahwin ke?

Saya: Belum lagi...

Kawan A: Umur?

Saya: Rasanya 30 lebihla...

Kawan A: Study kat mana?

Saya: Undergrad kat UK, Master dalam Malaysia, Phd kat Australia...

Kawan A: oh, Adik saya ni study kat luar dulu...

Saya: Ha, ada lagi sorang kawan suami saya..Anak seorang yang terkenal...Dot dot dot (terpaksa dirahsiakan)...

Kawan A: Berapa umur? Kerja apa?

Saya: 38, pilot...

Kawan A: Pilot??? (dengan riak agak suka, tak suka di situ)

Saya: Aa, pilot...

Kawan A: Adik saya ni dah treat banyak pilot. Dia agak kenal dengan perangai diaorang ni..Ada yang negatif..ada yang positif...

Saya: Yelah, saya pun biasa dengar. Tapi,mana nak tau, yang dulu negatif dah bertaubat, insyaAllah okay...

Kawan A: Aa, ye jugak..Kalau ada jodoh, adalah.

Anna Da Lady

1 comment:

  1. saya nak kawen dgn doktor tue. =)

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails