Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Tengok Google Maps secara Offline

Selama ni, saya selalu berfikir, alangkah kalau indahnya tengok Google Maps tru laptop di rumah tanpa kena online.

Tup tup, dah keluar berita kat TV malam tadi pasal benda ni. Boleh layari Google Maps secara offline.

Malah, Google Maps akan memperbaharui imej 3D supaya lebih cantik.

Adakah kemungkinan bunyi helikopter yang saya dengar Sabtu lepas tu, orang yang ambil imej dari atas untuk Google? Mungkin jugakkan. Ada kot dia pusing 2/3 kali. Rasa dekat sangat.

Waktu tu, saya tengah baring di tingkat atas. Rasa terlalu hampir!
Anna Da Lady

Tuesday, January 11, 2011

Crash.....

Hmm, rasa tersentak jap bila dengar ada pesawat Air Asia terbabas masa nak mendarat from LCCT Sepang to Kuching.

News from Buletin 1.30...

Never imagine,
Anna Da Lady

Thursday, October 28, 2010

Dokumentari P.Ramlee

Bak kata bait lagu ini.... 
"Dimana...kan kucari ganti"

Bak kata pepatah....
"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

P.Ramlee...satu nama yang tidak asing lagi bagi penggemar filem2nya yang masih melekat di hati sehingga kini...Dengan dialog2 yang mencuit hati (tapi mempunyai maksud tersendiri), ia sukar ditandingi sehingga sekarang....

So, kepada sesapa yang nak tahu cerita perjalanan P.Ramlee since remaja hinggalah ternama, bolehla menonton satu dokumentari yang telah dihasilkan oleh Dato' Suhaimi Baba di History Channel (555) pada 30 Oktober (9pm) kalau tak salah....Maklumat ni saya dapat masa tonton MHI tadi...

But, apepun Check it out...

p.s: Tadi baca Kosmo, ada juga artikel pasal P.Ramlee..cubalah baca...


Hmm, kena gi pasang Astro ni kat umah sewa..hukhuk,
Anna Da Lady

Tuesday, September 7, 2010

Khas untuk pembeli kerang dari ChowKit

Sumber: Harian Metro


Kerang atas darah babi

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Inilah bila kita tak faham,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails