Seperti dijangka, laluan ke utara tanah air melalui PLUS dipenuhi oleh kenderaan entah dari mana arahnya. Walaupun nampak kenderaan bertali arus, namun laluan trafik masih berjalan lancar.
Dalam masa 6 jam bertolak dari rumah sendiri, Liana dan Rizal telah selamat tiba di pekan kampung halaman untuk bersama-sama menyambut aidiladha bersama keluarga tersayang.
Sampai sahaja di pekan kampung halaman, Liana dan Rizal berhenti sekejap di satu kedai mamak untuk mengisi perut yang berbunyi memainkan irama dangdut. Tiba-tiba telefon Liana berbunyi.:
"Acik, kat mana ni?"
"Acik kat pekan ni..Pasal pa abang?"
"Ni, abang ada beli ikan kerapu ni..nanti acik sampai rumah, tolong masak gulai ye."
Dalam hati Liana...'Ha, gulai..biaq betoi..aku ni kan pandai masak pun..alamak!!!!"
"Eh, mama abah mana?"
"Mama taktau la pi mana..abah ada tapi tengah rehat. Dia kata sakit dada tadi."
"Ha? Sakit dada? Pasal pa?"
"Taktaula..Ok, acik..Abang nak gi dah ni..Tolong masak tau? Nak makan malam ni..."
"Ok, nanti acik cari bahan-bahannya"
Telefon diletak....Rizal bertanya pada Liana...
"Apasal ayang?"
"Abang..Dia minta masakkan gulai. Nanti kita singgah kedai runcit jap ye...Hmm..."
"Pasal pa ada hmm pulak..?"
"Risau...Tadi abang kata abah sakit dada...hmm"
Selepas membeli apa yang patut di kedai runcit, kereta terus dipecut laju ke rumah di kampung TL. Salam diberi. Keluar seorang lelaki yang sangat disayangi.
"Abah, sihat ke? Abang kata abah sakit dada?"
"Eh, takdaklah..biasa aja..."
"Eh, betoi ka..."
"alah, biasa aja..."
Liana terus menghala ke dapur...Mamanya pula di cari...Rizal berada di luar bersama abah sambil mengangkat barang dari kereta.
"Assalamualaikum mama...Kabare?"
"Alhamdulillah."
"Eh, mama gi mana tadi? Abang kata tadi mama takdak kat rumah. Dia beli ikan kerapu kan? Suh masak gulai...."
"Ni, mama baru balik dari umah Cik, masak ketupat pulut ngan dia....Aa, Abang beli ikan tu tadi kat umah Tok Ngah Din...Nak masak gulai ka?"
"Taktaula..."
"Hmm, kita goreng je kot..Esokla kita buat masak gulai.."
"Ok..Lagipun kan kita nak masak macam-macam lagi...Ye tak?" Dalam hati Liana, berbunga riang..Takdaklah aku kena masak..Huhuhuhu.....
"Nasib baik acik balik awal. Boleh tolong mama potong-potong bahan nak buat masak lodeh ngan gulai ayam kampung ni..."
"Baik, madam..."
Liana menyambung lagi kata-katanya...
"Eh, Mama...abang kata tadi abah sakit dada? Betoi ka? Tanya abah, dia kata takdak apa-apa pun..."
"Hmm...Pagi tadi, lepas je kait nyiuq tu, dia terus tak larat..Katanya sakit di belah kiri...Tak boleh buat kerja kuat dah sangat abah tu..."
"Hmm..yeke?"
"Aa, ni potong rumput pun, upah orang buatkan..."
"Hmm...pasaipa..Jantung dia ok kan?"
"Haritu check, semua okay...Tapi, ingat nak gi jumpa pakar jugak...Tapi, mama rasa dia sakit ni sebab salah makan...Baru-baru ni dia makan daging kambing banyak sangat..Dia mana boleh makan sangat..Kena pantang lagi...Lagipun, haritu, dia pun banyak angin...Dah lama dah tak gi urut..."
"Yeke? Hmmm..." Dalam hati Liana, rasa sedih sangat....'Aku ni hanya sedar usia aku je yang meningkat...Mak ayah aku jugak meningkat usia...hmmm...
Rasa sedih hanya berlegar di dalam hati...Di luar, perasaan ceria ditunjukkan...
'Ya Allah, kepada Mu, aku memohon...berkati usia kedua ibu bapa ku, lindungi mereka, iman mereka, keselamatan mereka, kesihatan mereka...Amin Amin Amin...'
To be continue,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you