Ha..Dah lama tak update menu berbuka kami..Last date ialah 5/8...Ok, mari kita godek apa yang telah disantap oleh perut kami berdua..
Tema: Sempoi, cepat, tak renyah, tak tau sedap ke idak!!! Hehe
6/8 (Isnin-cuti Nuzul AlQuran):
Mr F pergi berbuka di surau. Last-last dia balik, dia minta makan nasi. sebab katanya, makan sikit je tadi..Saya kata "aik, mana ada nasi.."...Last-last, dia makan maggi kari..Kesian Mr F :) Sebab saya tak makan banyak sangat kalau sorang....
7/8 (Selasa):
Sekali lagi, giliran kami untuk siapkan juadah berbuka untuk kawan-kawan Mr F kat surau. Menu lebih kurang minggu lepas: mi goreng style mamak (kurang masin, sebab lupa letak garam...hehe), ayam ceti, cucur ikan bilis, choco-dates, dan air soya cincau.
8/8 (Rabu):
Nasi putih, ayam goreng dengan rempah, udang goreng tepung pedas, ayam ceti (leftover semalam), sup cendawan, dan air cincau.
9/8 (Khamis):
Semalam, memang sangat kalut memasak, sebab Mr F nak pergi amik motor kesayangan dia yang telah tersadai di w/shop lebih kurang 3 minggu tu yang sepatutnya dalam pukul 5.15pm...Saya pun keluarlah ofis awal sikit. Last-last pukul 6.35 baru keluar rumah, sebab Mr F sampai pun dah pukul 6.15pm. Menu semalam: Nasi putih, sambal sotong, ikan tenggiri masin, salad, melon milk.
Sahur kitaorang macam biasa, air kosong/manis, kurma/roti/cereal.
Tu je,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you