Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.
Hari ini Liana rasa malas nak balik awal seperti biasa. Tiba-tiba...
Rizal: Ayang...Dah kat mana ni?
Liana: Di ofis lagi.
Mr F: Balikla cepat. Kunci abang hilang. Poket seluar haritu koyak lagi.
Ana: Koyak lagi? Biar betoi...Haritu kan dah jahit.
Mr F: Hmmmmm...
Maka, selepas saja meletakkan telefon, Liana terus bergegas mengemaskan diri dan membersihkan meja ofisnya.
Dalam pukul 5.45 petang, Liana sudah terpacak di tepi keretanya. Cuaca agak redup pada petang ini.
Liana memandu dengan kelajuan sederhana pada petang ini. Sambil memandu, Radio Red FM memainkan lagu. Tiba-tiba, lagu Skyfall diputarkan oleh DJ....
Liana rasa 'masyuk' kejap. Tetapi walaupun mindanya entah melayang ke mana, tapi matanya tetap fokus pada jalan raya. Inilah dinamakan "divided attention" (ergonomic term)... :)
Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa dalam 40 minit. Liyana bersyukur kerana hari ini keadaan jalan raya tidak terlalu sesak, tetapi juga tidak terlalu lengang.
Sampai saja di rumah, bunyi 'miaw' si Honeymaw, kucing peliharaan Liana dan Rizal menyambut kepulangan Liana.
Liana: Hai, Honeymaw? How are you? I'm fine...
Honeymaw: Miaw...miaw (Maybe Honeymaw kata, I'm fine jugak kot) :)
Lian masuk ke rumah, sambil melihat jam di tangan. Sudah hampir 6.30 petang ni. Sepatutnya abang Rizal dah bertolak balik ni.
Setengah jam berlalu...
Sambil mundar-mandir, Liana asyik berfikir..."Aish, manalah abang Rizal ni. Sepatutnya dah sampai ni...Hmm..Takpelah, aku dok kat luar jap, tunggu dia.
Sambil menunggu abang Rizal, Liana mencapai hand spray..."Hmm, dah lama aku beli benda ni...konon nak cat balik pagar yang berkarat ni...Hmm, apa kata aku try sekarang?"
Maka, Liana semakin asyik dengan experiment nya mengecat pagar. Dalam 10 minit kemudian...
"Haish, tak boleh jadi ni...Hari dah nak masuk Maghrib..Kelibat abang Rizal pun takdak lagi ni"
Liana terus masuk ke dalam, apabila menyedari hari semakin menunjukka kegelapan malamnya...
Dalam hati Liana asyik berkata-kata...
"Mana abang Rizal ni? Tadi kata suh balik awal. Ni orang dah balik, dah masuk Maghrib pun, tak nampak dia lagi..."
Sambil bermonolog sendirian, Liana cuba call abang Rizal berkali-kali...Namun hanya suara seorang wanita menjawab...Lebih kurang begini...
"Maaf, nombor ini diluar kawasan"
"Haish, tak boleh jadi ni. Aku rasa macam orang tak betul pula dok tunggu si dia. Dengan rasa sememehnya, dengan rasa melekitnya...Hmm, entah ke mana lah abang Rizal ni. Ni rasa marah membuak-buak ni....Takpe, kita tunggu sampai pukul 7.30 malam...Kalau takdak jugak, kita naik mandi dan solat."
Namun sehingga 7.30 petang, masih tiada bayang abang Rizal kelihatan. Sekali lagi, Liana cuba call abang Rizal. Namun, jawapannya tetap sama. Suara wanita menjawab bagi pihak abang Rizal.
To be continue,
Anna Da Lady
oh drama apakah ini cik kam?
ReplyDeleteHuhu..Drama seorang wanita yang berangan-angan nak jadi novelis :) Tapi, disebabkan kesuntukan masanya, hanya di blog dapat dibuat.
ReplyDelete