Sunday, July 29, 2012

Rusa, kijang, kancil dan pelanduk adakah serupa?

Alhamdulillah...Selamat sampai di Home Sweet Home pukul 4 lebih tadi. Singgah kejap di rumah lama Penang amik surat dan rumah kakak@Shah Alam, dropkan buah2 an dari kampung :)

Memang sangat memenatkan perjalanan kali ni. Balik Kedah di belah malam, memang tahan mengantuk betul2 la.

Mr F elok je 'melentok' bila saya drive. Tapi, bila dia drive, mata saya taknak pejam pula :) Jadi, salah siapa? Saya jugakkan...

Kali ni, dapat bersahur 2 kali dan berbuka sekali dengan mama abah di kampong. Alhamdulillah, masing2 sihat dan bertenaga walaupun telah meningkat usia...Hanya tidur atau rehatkan diri sebelum zuhur. anak dia n, lepas subuh je, terus letakkan kepala kat atas bantal :)

Pagi2 lepas je subuh, diaorg terus mengadap kebun masing-masing. sorang ke kiri sorang ke kanan :) Memang masa diaoarng sekarang banyak terisi dengan benda2 cenggini.. And juga mesyuarat sana sini.

Abah, semalam kami tak dapat berbuka bersama..sebab dia ada meeting sampaila lepas Maghrib baru balik. Katanya, dah berbuka puasa di tempat meeting tu.

Masa sahur malam pertama, ada daging kijang masak lemak rebung...sodap!!!

memang saya dah pesan siap2 kat mama, balik ni nak makan rebung ngan petai..tengok2 semua mama dah masak, kecuali petai di makan pada hari kedua sahur.

Daging pelanduk pula dimakan pada hari kedua. Pelanduk ni memang kecik. Besaq2 kucing tu..hehe..Daging dia sekali tengok macam ayam pun ada.

Pastu, kekdang saya dok pikir apa beza kijang dengan rusa? Pelanduk ngan kancil...Mama cakap, pelanduk tu si kancil la...Tapi, kijang ngan rusa saya taktau apa beza dia...

Meh, kita tengok apa yang dimakan ketika berbuka dan bersahur pada hari Sabtu hingga harini.

Sahur Sabtu: Gulai kijang masak rebung, rebung masak lemak, ayam panggang (abang saya beli), ikan sungai goreng, udang kecik2 masak apa ntah..saya pun taktau nama...tapi, sodap!!!

Buka Sabtu: Mi goreng, nasi kerabu, air soya, sirap cincau, murtabak (abang beli, masin sikit) Harini, berbuka sekali dengan abang, ca' dan izzah..comei tengok izzah..dah macam pandai2..sebut pun tak
'telo'

Sahur Ahad: Masak lemak cili api pelanduk dengan kentang, sambal udang petai,ayam panggang dan ikan bakar keli (abang beli)

Buka Ahad: Mi goreng (Angah bagi masa singgah di rumah dia), burger bakar (beli kat bzar ramadhan dekat rumah..sodap..n ni first time kami suami isteri pergi bzar ramdhan)

Anna Da Lady





1 comment:

  1. besnya balik kampung! yes, kancil n pelanduk serupa la tu.. rusa ngan kijang pon sama..

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails