Yuhuu...harini amik cuti...Tapi, duduk rumah saja sebab Mr F kerja...
Mari kita tengok apa aktiviti yang dibuat start hari Jumaat malam sampai hujung minggu ni:
Jumaat malam (9/11):
Layan Skyfall. Dapat 2 tiket free sebab Mr F dapat sempena besday dia last August @TGV Sunway. 15 minit je dari rumah..Sebab tu syok tu :)
Awal-awal Mr F kata "hmm, best ke cerita ni?"...
Pastu saya jawab, "Kawan Ayang kata best, dia tengok sampai 2 x (sape ye? hehe)
Last-last, bila dah habis tengok, Mr F terus kata.."Hmm, menarik...Lebih kepada aksi, takde lah macam sebelumni asyik bergantung harap pada gajet ntah apa-apa. And ada joke..Bagus.."
Terus saya angkat kening :)
Sabtu (10/11):
Lepak rumah Yong (kakak Mr F) @ Alam Damai bersama-sama anak2nya dan MIL. Yong dan suami takdak sebab masing-masing ada urusan kerja.
Ahad (11/11):
'Date' dengan Ms Lily (bekas rakan sekerja semasa di Penang) yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Mr Hafiz @ Kuantan, 2 minggu lagi...
Lunch bersama-sama kat Saba Restaurant, Cyberjaya. Then, sambung pula 'cit-cat' kat rumah. Macam-macam cerita yang dikongsikan. best moment ever!
Isnin (12/11):
Masing-masing masuk kerja. Tapi, after lunch kena ambik Mr F kat Semenyih (supplier punya tempat), terus balik rumah.
Selasa (13/11):
Tugas mencantikkan halaman rumah. Mr F yang paling guna banyak tenaga..Hehe..mesin rumput, cat pagar :) Terima kasih, sayang.
Then, petang tu lepas je bangun tido tengahari, terus ajak pergi area Mutiara Damansara. Saya memang suka pergi situ..Tapi, manusia memang ramai. Sempat lagi 'ditegur' oleh Mr F...Tapi, Mr F ok jek lepas tu...
Layan juga fritituti first time..Hmm, biasa aja... :)
Rabu (14/11):
Masing-masing kerja, tapi saya @Melia Hotel, KL. Ada urusan untuk conference hujung bulan ni. Jalan sangat best, sebab pagi tu sempat hantar Mr F kat Glenmarie..Terus pergi KL guna Smart tunnel.. Jalan sangat lengang..Rasa macam nak 'berjimba-jimba' je kat Bukit Bintang..Tapi, tak berani sebab sorang-sorang :)
Khamis (15/11):
Lepak at MIL house. Ada saudara MIL from Taiping sampai. Jadi lunch je kat situ. Balik rumah, terus merehatkan diri.
Dapat call dari parents kata diaorang odw nak pergi umah Angah@Shah Alam. Esoknya terus bergerak kat Melaka. Family pakteh, paklang, maksu dna anak-anak ayah Perak sewa 2 apartment sampai Ahad ni. Cuti-cuti Melaka, sambil tunggu aktiviti Sabtu ni kenudri @Kampung Abah @Johor.
Jumaat (16/11):
Harini buat kerja sambil ingat nak bershopping sekejap kat kedai.
Sabtu-Ahad (17/11-18/11):
Planning to join kenduri @Johor. Then, hari Sabtu malam tu, join tido kat Maleka, then, hari Ahad, maybe lawat my youngest brother kat Kem Port Dickson. Dah lama tak jumpak adik yang sorang ni :)
Anna Da Lady
schedule fulll!
ReplyDeletemung mai melaka dok ghoyak..leh menyinggah
ReplyDelete