Wednesday, December 28, 2011

Eksperimen tak menjadi...

Ini kesinambungan cerita ini...
http://annadalady.blogspot.com/2011/12/bila-peti-ais-rosak.html

Sudah beberapa hari melakukan eksperimen ini...

Cerita pasal hal ni kat Mr F, pasal garam boleh lambatkan 'kecairan' ais...

Mr F kata, "Eh, mana ada...lagi cair ada la..."

"hmm..takpe, biar saya buat eksperimen dulu.."

"Alah, takyah..cuba google tengok....cuba fikir..garam tu dibuat dari apa? tindakbalas nyer camne..."

"hmm...berasidla...takpe, cuba tengok...biar tak jadi depan mata, dari baca fakta je..."

Okla..maka saya sudah buat 2 kali eksperimen ni....

Final result, sama je..ais tu cair gak after 1-2 days...

Saya siap beli 2 kotak putih tu lagi...Satu saya letak garam, satu lagi tanpa garam...

Tapi, it is not the final result yet...sebab maybe kotak tu tidak sesuai untuk benda-benda cenggini...
Dan juga angin/udara dapat masuk sebab kotak tak rapat...so, ais jadi cair
Dan juga maybe jenis ais tiub tak sesuai untuk dijadikan eksperimen ini...

Maka, saya pun google la...ternampak artikel ni.. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PetuaJoran_Garamlambatkanaiscair/Article/index

Tapi, yelah..maybe tong simpanan tu dia tu jenis mahal...kalau nak dibandingkan dengan kotak ais putih saya ni yang hanya berharga bawah 10 hinggit...

Tapi takpe, at least saya puas hati sebab saya dapat buktikan tidak semestinya letak garam tu lambat cair pada mana-mana ais....berdasarkan apa yang saya buat dan lihat, ia bergantung juga pada jenis kotak, jenis ais dan tahap pengudaraan...

Maka, terpaksala selepas ini saya membeli barang basah setiap kali balik kerja...

No more excuse, till peti ais elok semula...

Chaiyok,
Anna Da Lady

Dua hari berturut-turut...DAN cerita nasi beriani

Semalam dan hari ni, saudara dan kawan Mr F datang melawat kami di B. J****...

Saudara aka Paklong keluarga angkat Mr F dari Kedah...Suami isteri datang melawat...
Alhamdulillah, mereka baru kembali dari beramal 40 hari di Bangladesh...

Maklong cerita, keadaan di Bangladesh sangat susah...
Walaupun orang tu kerja as Professor, rumahnya biasa aja...
Maklong juga berkongsi cerita, mesin basuh pun tak ada di rumah Professor tu...

Hmm, jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada ye...

Itu semalam...Semalam sempatla ambil leave sebab nak melayan tetamu yang datang berkunjung...
Masak lunch yang sempoi-sempoi aje...

Hari ini pulak...Lebih kurang pukul 12 lebih, Mr F call...Masa tu kat ofis...

"A...Cikgu K ada kat sini...Nak datang melawat kita..."

"Oh, ok..Nak makan malam ke?"

"Takpela, abang bawak dia pergi makan kat luar.."

Pastu, habis di situ...

Saya msg MrF...

Betul ke taknak makan kat rumah ni? Boleh aje masak..

Oklah...lagipun dia datang dengan 2 orang lagi kawan...

So, balik je kerja, terus mengadap dapur...Sebenarnya hampir tiap hari macam tu...

Cuma harini, rasa taktau nak masak apa...Mati kutu jadinya...

Tapi, Alhamdulillah...Bolehlah daripada takde...dapat buat nasi beriani sempoi...Sebab bahan tak cukup...

Cuma, seperti biasa, Mr F adalah pengkomen tegar bab-bab masakan ni...

Ayat yang biasa keluar dari mulut dia semasa makan ialah....
.... Macammana Ayang masak ni?

Hehehe...Tu bukan sebab apa, sebab Mr F ni memang pandai masak...

Kalau nak panggil kawan-kawan or family datang ramai, better dia yang jadi ketua tukang masak...

Sampai my mom, sebut macam ni masa saya bawa dia ke Penang minggu lepas...

Waktu tu, dia pergi makan malam dengan my dad at salah satu kedai mamak dekat dengan hotel kami duduk...

Dia rasa teruja nak makan nasi beriani mamak tu, sebab tengok ramai giler orang beratur...

Bila balik je dari kedai mamak tu, saya tanya dia...

"Mama makan ke nasi beriani kat situ?"

"Aa, makan..Tak sedap pun...F masak lagi sedap.."

Hahaha..Kan dah kata...Puji menantu sendiri ye...

Mr F sure sonok dia kalau Mama kata depan dia...

Haha,
Anna Da Lady

Friday, December 23, 2011

Bila peti ais rosak...

>>> Mulalah fikir macam-macam alternatif nak ganti kaedah penyejukan peti ais ni...
Peti ais ni pun adalah dari generasi ke generasi...Nanti cerita lain...

Mula-mula dulu kata bila dah rosak ni,

"Jomlah, kita cari yang baru.." Kata Mr F...

Pergilah jelajah kedai2 elektrik lepas tu...

Mr F ni memang dari dulu sangat suka dengan peti ais yang ada fungsi automatic ice maker

Sebab dia sangat suka minum minuman berais...Dan juga saya :))

Dulu masa kat umah lama before berpindah ke KL, memang dia gunakan peti ais style ni...

Tapi terpaksa dijualkan sebab nak berpindah kawasan kepada kawan karibnya...

Lagipun waktu tu dok merancang nak keluar Mesia..

Ok, tu cerita dulu...

berbalik kepada hal beli peti ais baru ni...

Last-last fikir balik, nanti dululah...

Malam tu lepas survey kedai, telefon la MIL, cakap nak hantar barang-barang dalam peti ais ni ke rumah dia, xspeseli barang-barang basah...

Memang banyak, beb...

Sebab saya ni suka shopping barang basah..

Senang bila nak masak nanti...Tak payahla pergi kedai berulang kali...

" Mama, Ana nak pergi rumah Mama ni nak hantar barang basah. Peti ais rosak.."

" La, kenapa?" Tanya MIL saya.

Saya pun ceritalah dari A to Z.

"hmm, cuba hantar ke kedai tengok. Manatau boleh perbaiki."

"hmm, betul jugak...boleh difikirkan"

Tapi, masalahnya sampai sekarang peti ais tu duduk di situ, disebabkan kekangan masa dan tenaga...

Penat weh nak angkat peti ais tu dua orang...Huh, satu kerja plak...

So, skang sementara ada 'new solution' terpaksa la, saya pergi beli barang basah before sampai umah setiap hari waktu kerja...

Mr F kata, "ha, ni la baru fresh"

Senyum jelah....

So, skang saya terfikir nak cari kotak yang bleh simpan barang2 basah tu..kawan kata tahan jugak..
dan nak bagi tahan lagi, letak garam dalam ais tu..
Supaya ais lambat cair

Nanti kita cuba ye Mr F,
Anna Da Lady




Setiap pagi bila drive...

>>>> Mesti saya mengelamun, terutama bila jalan 'jem'...

Selalu yang difikirkan dalam kepala ini adalah,
Masalah dunia yang memang tak pernah nak surut dalam kehidupan yang fana ni...

Tapi, saya cuba positifkan diri...
Semua ni hanya sementara..
Ingat pada Allah yang selalu berada bersama kita..
Walaupun dah banyak dosa/kealpaan kita lakukan

Allah Maha Penyayang

Jika kita dilanda kesusahan, ingat pada Nya

Mungkin kita tak dapat luahkan kepada orang tersayang sebab takut dia pun terkesan sama..

Takpe, Allah masih ada...

Bersama-samalah kita mengamalkannya,
Anna Da Lady

Thursday, December 22, 2011

Macam ni ye?

Semalam diumumkan pengeluaran wang kertas yang baru.
Cantik jugak ye.
And colorful...

Pastu harini dalam berita, punyala ramai orang beratur nak beli set wang kertas yang baru ni...

"Macam ni ye bagi orang yang gemar benda-benda baru ni?"
Tanya saya pada Mr F.

"Aa, kalau dah minat. Abang dulu pun macam tu jugak. Waktu tengah kumpul setem."

Tapi bagi saya, hmm..kalau orang dah beratur sepanjang tu, takdela nak pergi membelinya...
Tunggulah reda..

Ataupun bila dah jadi yang kedua-ketiga-keempat etc ke tangan kita. :)

Itulah namanya hobi,
Anna Da Lady

W and double U

Bila bersama dengan Mr F, terutama ketika travel dalam kereta, banyak benda baru yang dikongsi, yang sebelum ni saya pun tak pernah fikir...

Taktaula pulak bagaimana dengan orang lain...

Salah satunya, asal usul "W"

W jika dieja bunyinya "double U"

Ha, perasan tak, kawan-kawan tentang perkara ini?

Pastu, banyak lagi la Mr F berkongsi, tapi tak ingatla...

Nanti maybe dari masa ke masa bila dah ingat, saya akan tulis di sini...

Sekian,
Anna Da Lady


Tuesday, December 6, 2011

Jalan sudah berturap, kerana apa ye?

Ala, think it in +ve way...
Alhamdulillah, Bangi dah nampak banyak jalan berturap, menutup jalan-jalan lama yang berlubang and tak rata...

Tapi Bukit Jalil and Bandar Putra Permai pula bila? Sangat teruk ok...

Sampai tayar saya dah rosak disebabkan lubang yang dalam itu...

Melayang $$$ hanya disebabkan benda-benda ini...

Pastu, kekadang terpikir jugak..
"Hmm, bahaya nye jalan-jalan berlubang ni. Macam mana ye orang bawa moto tu"

Bayangkan, lubang tu besar2...kalau keta lalu pun rasa macam nak ranap dah tayar tu..apa tah lagi motor...
tetiba teringat Mr F...
Ke hulu ke hilir dengan Motor..

"Ya Allah, moga engkau lindungi kami semua dari sebarang malapetaka dan kuatkanlah iman kami menghadapi dugaan di dunia ini..."

Aduan Rakyat di penghujung 2011,
Anna Da Lady

Never thought that....

2011 dah nak berakhir?
Aiya..Tak sedar sangat...

Tadi sempat belek-belek kalendar dan tengok agenda sepanjang hari...
Penuh agenda bulan ni...
Takpe, just a few weeks to face...

Hope 2012 will produce 'something'...

Hmm, lepas ni kena cari diari 2012 la...
Fashion apa plak ye nak cari...

Mengelamun sebentar,
Anna Da Lady

Monday, December 5, 2011

Hari minggu yang agak kosong tetapi lesu jugak...

Weekend yang baru melabuhkan tirainya semalam, diisi dengan benda-benda yang hmm..biasa-biasa aja...

Agak kosong memandangkan beberapa minggu sebelum ini, asyik tak rasa nikmat hujung minggu di rumah sendiri...

Tapi, okla...cuma agak 'keciwa' sikit sebab tak dapat nak attend jemputan kawan sekerja..
Ada kambing tu...

Sebab rasa badan dah penat sangat... Bila nampak katil je, terus mata terlelap..

Pastu semalam, lepak je kat umah...
Mr F dok mengemas barang dia nak bawa gi ofis...
Saya pulak meng iron koleksi baju pejabat..

Sabtu tu dah buat, tapi buat lagila sesi mengiron..

Bila bercakap pasal sesi meng iron baju, saya paling suka compared to melipat baju...

Sebab melipat baju banyak kena duduk, kadang2 kaki pun lenguh...
Bila iron, kena berdiri...
Bagi saya, sesi meng iron ni la buat saya bertambah 'slim'..hehe

Boleh buat exercise gitu...

Alkisahnya
Anna Da Lady

Wednesday, November 30, 2011

Sesi berpantun sepanjang dalam perjalanan Kedah-Perak

Mula-mula satu kerat...
Lepas tu dua kerat...
Lepas tu tambah lagi dua, jadi empat kerat...

Tu dia, Mr F...
"Pelajar" saya yang telah berjaya dididik menghasilkan pantun...
Yang bagi saya sangat menarik jugak...
Siap boleh berbalas pantun lagi...

Sebelum ni, asyik dengar saya bagi pantun je...
Dengar saya nyanyi lagu ntah apa-apa yang liriknya secra spontan terukir atas kepala...

Akhirnya kelmarin dulu, berjaya juga 'anak muridku ini'... :)

Nice,
Anna Da Lady

Tuesday, November 29, 2011

Masih penat...

Rasa masih penat setelah berjalan jauh selama 3 hari...
Bangun pagi ni rasa melayang-layang...
Tapi gagahkan diri jugak mengadap kerja...

Banyak yang nak dikongsi terutama perbualan semalam dengan Mr F sepanjang perjalanan Kedah-Perak-KL

Nanti nantilah,
Anna Da Lady

Thursday, November 24, 2011

Semua awal sebab teh ais...

Uh, malam tadi memangla...
Tidur tak lena...
Ni mesti gara-gara minum teh ais kat kedai mamak ni...

Dah lama tak melayan waktu walam di kedai mamak..
Maka, malam tadi Mr F ajak..
" Jom kita lepak kat kedai mamak"

Dah kata dah..
mesti dia ajak nyer...
Sebab kami, kalau nak membincangkan perkara serius mesti lepak kat kedai mamak nyer...
Restoran-restoran lain, macam takde umm...

Masalahnya, bila pekena teh malam-malam, akan menyebabkan jasad nampak tidur, tapi sebenarnya tidak...
Mr F lagi la...langsung tak tido...
Asyik dengan game strategy nya tu...

Maka, satu pengajaran..
Jangnla pekena teh malam-malam...
Sebab, nanti pagi-pagi macam ni, walaupun datang awal ke ofis, ada sakit kepala menemani..

Satu cerita di malam hari,
Anna Da Lady



Friday, November 18, 2011

Bila sudah berjauhan tempat tinggal, tapi hari-hari menjejak kaki di sini...

Apa maksudnya tu?

Ouh, sesapa yang pernah menginap di Bangi, pasti berasa bahawa bestnya Bangi ni...
Termasukla dalam senarai, saya, kakak saya dan kekawan saya masa zaman undergrad dulu...

Semua pasti merindui saat2 indah di Bangi, terutama part pasar malam, kedai makan...
Ouh, macam-macam ada...

Keja saya memang di Bangi, tetapi skang tempat tinggal bukan lagi di sini...Tetapi di area dekat dengan KL-Sri Kembangan...

Kekdang ada masa, lepas balik je dari kerja, malas masak..so, maka ajaklah my BFF who is known as my Mr F gi cari makan kat luaq...

Tapi masalahnya skang, kat situ tempat makan sangatlah kurang memberangsangkan...
cuma adalah satu tempat...tapi, takkan nak mengadap tu je...boring gak kan?

Maka, terusikla minda ke Bangi..my Mr F yang pernah duduk lama di utara nun, teringat plak kat tempat dia, Penang...

Hmm, macam tu lah bila kita dah berkenan ngan suatu tempat, maka kita akan asyik membadingkan dan ingat zaman dulu2....

My sis pernah cakap,
 " Ala, kalau nak makan tu, mai jelah turun Bangi.Akak dulu masa kat KL, rajin je turun Bangi bila bab nak cari makan..."

Masalahnya Kak..akak takpela kerja kat KL, bukan kat sini...
Acik ni kerja kat Bangi, pastu nak berulang ke Bangi lagi...Ish, ish..ponet eden...

Macam tula
Anna Da Lady

Thursday, November 17, 2011

UPSR dah keluaq: sekolah bandar vs luar bandar

Tengok Face****, ada kawan sek.rendah publish psl UPSR masa zaman sekolah dulu...

Kami ni sekolah kat bandar. So, kekdang orang tak pandang pun kalau kami dapat penuh A...Which is masa zaman tu, hanya 4 subjek yang masuk exam...

So, kekdang tu tak rasa sangat la walaupun berjaya memperoleh straight A...
Yang tu, kawan saya yang cakap..dan saya agak setuju...

Tapi yelah, memang ada perbezaan yang ketara pun antara sekolah bandar and luar bandar...
Saya bercakap pun sebab ada cerita yang sebnar...

My mom ni memang pesara cikgu sekolah rendah...
Dia pernah mengajar sekolah bandar n luar bandar...

Dan dia selalu berkongsi cerita pasal benda ini...
memang sape2 cikgu yang dapat sekolah bandar rasa sonok sangat..sebab segala kelengkapan dah ada..murid-murid pun agak OK la....

mai sekolah luar bandar..banyak ketinggalan...
ada anak murid yang perform tapi bleh dikira dengan jari...
peralatan sekolah and everything nampak tak terkini...

so, my mom pun ceritalah lagi...saya ni memang suka dengar cerita..sebab saya pun suka nak jadi cikgu... :)

anak-anak luar bandar ni, background family nya tengokla camne...bukan terdiri daripada golongan yang telah BER ADA...semuanya membanting tulang nak cari rezeki lebih...
kekdang, benda ni effect pada anak-anak...kurang tunjuk ajar etc...

my mom  yang juga salah seorang daripada pengurusan tertinggi kat sekolah, selalu berdepan dengan perangai mak bapak yang macam-macam...
anak-anak ni ada yang kurang bersidiplin. malas belajar...pastu, bila my mom masuk..macam-macam agenda yang dia dah biasa praktikkan kat sekolah bandar dia applykan kat sini...

mula2, memang dapat banyak bantahan daripada guru2, makbapak..lama2 semua bleh tersenyum gembira...

Ouh, sudah penat menaip..nanti smabung
Anna Da Lady

Tuesday, November 15, 2011

Hari yang dirasakan blur...Dan bila orang potong que...

Ambil sedikit masa yang ada untuk coretkan sedikit cerita harini...

Harini semangat nak datang awal...
Lepas Suboh je mesti nak gerak terus...
Tapi, dah terrtulis, datang jugak sedikit lewat...
Bertolak dari rumah pukul 7.40am, sampai ofis 8.30am...

So, masa perjalanan ialah lebih kurang 40minit...
Tetapi, yang menyebabkan boleh jadi 40 minit, bukan sebab 'jem' sepanjang jalan...
tetapi disebabkan sistem traffic light, keluar-masuk dari rumah kami ke jalan besar...

Memang sangat tak sistematik, menyebabkan kesesakan yang besar kepada orang keluar dan masuk...
Urgh...geramnya...

Pastu, dengan tambah hangat hati lagi, ada plak 'manusia' yang suka potong que orang....
Dahla, kita beratur panjang, pastu ada plak keta apa ntah nak celah2 masuk..SABO jelah...

Cuma kita ni kena la set up mind jadi positive sikit..kalau tak mesti jadi orang yang mengamuk sakan pasal benda2 ni...

Cakapla dalam hati 
"Takpe, ini hari dia...Nanti tengokla hari dia bila pula yang kena..."

Pastu, masa mula-mula nak pindah masuk umah baru ni, kami dok cari la sape ADUN yang bertanggungjawab dengan area ni...
Mana tanggungjawab nya as 'pembela rakyat'...

Sekurang-kurangnya maila turun padang tengok keadaan kawasan ni...

Urgh,
Anna Da Lady

Friday, November 11, 2011

X > Y, maka Z?

Tertarik dengan artikel ini


Cerita dulu-dulu.....

Zaman dulu-dulu, kalau anak-anak dapat masuk Universiti atau kolej tinggi, memang satu kebanggaan...
Tetpi, yang banyak dapat masuknya adalah di kalangan keluarga yang kaya/berada/sederhana...
Golongan yang miskin-miskin ni banyak yang hanya dapat tengok je, telan liur...semangat nak sambung lagi tu ada....malah, keputusan periksa pun sangat menggalakkan...tapi hanya tinggal harapan....

Saya kata ni pun berdasarkan cerita mak saya....My mom memang berkeinginan nak sambung sampai peringkat uni...genggam skrol degree...tapi, apakan daya...pemikiran ibu bapa dahulu pandangannya sangat berbeza dengan ibu bapa sekarang...or we can say it as 'conservative'...eventhough, si anak mendapat result yang cemerlang yang dapat melayakkan beliau ke peringkat lebih tinggi....

Pendapat orang dulu-dulu....anak perempuan, tak payahla belajar tinggi-tinggi...nanti kawin jugak..malah, my mom pernah cerita...ada satu keluarga ni mai merisik dia masa dia still lagi sekolah rendah...namun, my mom ni sangat berani orang nya..dia bantah awal2...n alhamdulillah jugak, her parents merangkap tok and tokwan saya terima bantahannya...tulah dulu....anak perempuan belajar ala kadar je...kawin awal...hmm...tapi, mungkin ada pelbagai reason benda ni berlakukan.....

So, berbalik pada cerita my mom and tak dapat pergi uni...my mom pi sambung jadi cikgu je..dapatla diploma..okla...dan ada hikmah di sebalik semua tu..dapat juga jodoh dengan my dad, which is the best dad forever..... nampak tak..Allah dah aturkan semuanya baik belaka.. tak dapat yang itu, dapat yang ini...

Cerita zaman sekarang plak...

Tiga tahun dulu, pakcik A menceritakan anaknya dapat masuk universiti....Sekarang, pakcik A mengadu susahnya anaknya nak dapat kerja....

Hmm, inilah yang banyak berlaku di zaman sekarang..."Competitive"...zaman yang serba kompetitif...lambakan graduan yang baru habis belajar yang sangat banyak (X) melebihi keperluan semasa majikan (Y)... X > Y

so, when X lebih daripada Y..maka naiklah kadar 'tanam anggur' (Z)... X >Y, menyebabkan Z naik...
Itu namanya kaitan antara lambakan graduan, kepeluan dan 'tanam anggur'...

Satu benda penting bila kita naks ambung studi...kena buat 'survey'...

Survey ni bukan setakat kita nak meninjau harga barang je...tapi survey jugak perlu dilakukan before kita nak menentukan apa yang kita nak amik semasa nak sambung studi nanti....

Inilah masa kita kena tau hal ehwal semasa... bukan setakat belajar je...

Dan inilah masalahnya sekarang...Ada sesetengah bidang, peluang pekerjaannya tidak lah banyak mana...maka akan berebutlah graduan-graduan tersebut bila nak cari kerja...

Pastu pulak, kekdang ada sesetangh graduan ni lebih tahu teori daripada praktikal... hmm..camtulah pusing sana, pusing sini....

Tapi, apa yang penting, kita sendiri yang mencorakkan masa depan kita...

Chaiyok,
Anna Da Lady







Tuesday, October 18, 2011

Breakfast yang senang and healthy

Hmm, agak-agak apa ya breakfast yang healthy dan senang dibuat dan jimat masa untuk dibuat.
Sebab lately ni, sejak dah berpindah rumah, pagi2 asyik dok fikir je benda paa nak masak pagi2....
Dahtu kena rush nak pergi kerja yang memang terkenal dengan 'jem' nya pagi2..

Tolong sesapa yg baca ni bagi cadangan selain daripada roti sandwich, roti cheese, telur rebus, oat, cereal....and resepinya sekali

Tq
Anna Da Lady

Monday, October 17, 2011

Hujung minggu yang terisi dengan pelbagai acara...

Kita start dari bulan September ye..sebab dah lama sangat tak coret dalam blog ni...

Masalahnya, bila selak-selak kalendar...appun saya tak ingat apa yang berlaku pada blan September yang lepas..Tapi, yg pasti hujung minggu adalah saat yang paling ditunggu selepas penat bekerja dan memerah otak :)

Ok..kita start dari Oktober je lah...

1-2 Oktober: Ini adalah saat2 terakhir menumpang umah MIL sebelum masuk rumah KAMI.
8-9 Oktober: Ke Johor, atas urusan kenduri rumah Tokcik di JB.
15-16 Oktober: Konvo ku di UP* dan esoknya buat makan2 sesama sanak sedara. Alang2 parentsku dah ada kat sini..Buatla makan2 sikit sambil baca doa selamat...

Appun, nak cakap kat sini, saya sangat penat!!! sampai rumah pun tak sempat nak kemas :)

Alasan kot,
Anna Da Lady

Thursday, September 29, 2011

Pandu kereta di waktu malam...


Ini kesinambungan daripada cerita ini...



Rasanya ini bukan kali pertama berlaku di negara kita...
Dimana seorang 'yang suka mengambil kesempatan dan sangat tidak malu' melakukan perkara sebegini...

Cuba kalau perkara sebegini berlaku kepada orang yang merampas hak orang tu...
Kepada siapa nak dipersalahkan...Kalau bukan dirinya sendiri...

Dunia ni tak lama, akhirnya tetap ada balasan untuk orang sebegini....

Wallahualam,
Anna Da Lady






Tuesday, August 16, 2011

Untuk wanita...

Ni nak share dulu..Sangat menarik ;) 
Berkaitan hal-hal wanita...

pagi tadi jugak, as usual before pergi kerja, tengok dulu MHI, sesi fikrah Ramadhan...
bersama dengan Ustazah...

Ustazah ni memang sangat femes skang dan seperti biasa, butir yang dibicarakan w/pun nampak simple, tapi sangat berilmu...

Antara yang ingin saya petik ialah;
- bila nak masak, siang ikan ke, siang sayur ke, sulamkan dengan doa-doa ke arah kebaikan...
- kalau boleh ambil wudhu' dulu n pakai tudung before nak masak...
- masa nak kemas rumah pun sama...dll..

InsyaAllah, amalan2 ini ada keberkatannya...

Wallahualam,
Anna Da Lady

Monday, August 15, 2011

Cerita di pertengahan bulan Ramadhan

15 Ramadhan = 15 Ogos 
Kira tinggal lbh kurang separuh je lagi perjalanan kita dalam bulan Ramadhan ni...

Setakat ni, kalau nak kira amal ibadah kita, camne ye? Hmm... Wallahualam...

Sampai saat ni jugak, setiap hujung minggu, tak pernah lagi saya lekat di rumah sewa...
Setiap minggu confirm pergi 'round' umah makcik-makcik, umah MIL, umah kakak2...

Sebab, rasa best sikit bila berbuka ramai-ramai...
pastu, Sabtu lepas, saya berkesempatan berbuka dengan geng2 Matrix semasa di Kota Bharu dulu...

Walaupun hanya 7 orang sahaj dapat datang, namun ia tetap meriah, dengan gelagat anak2 dan kawan2...

Selamat berpuasa,
Anna Da Lady

Wednesday, August 10, 2011

Alkisah...bazar Ramadhan

Pagi tadi, tengok MHi sambil bersiap-siap pergi nak ke ofis...
Pastu ada satu temubual dengan pengunjung bazar ramadhan, berapa yang mereka selalu spend and beli di bazar ramadhan...
Soalan yang ditanya jugak...

"Adakah dengan RM5 cukup untuk anda berbelanja?"

Macam-macam jawapan ada...

" Tak cukupla...dengan air la bla bla bla..."

Bagi saya, InsyaAllah cukup... Yang bagi kenyang Allah, bukan makanan tu :)

Pastu pagi ni jugak, bila baca paper, terbaca satu artikel ni berkaitan seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia setelah menjamu juadah berbuka yang dibeli di bazar Ramadhan...

Takziah buat keluarga arwah... 

Dan SATU PERINGATAN PENTING kepada peniaga di bazar Ramadhan atau mana-mana restoran, sila pastikan makanan-makanan, minuman-minuman dan seumpamanya yang disediakan oleh anda bersih, suci dan bebas daripada sebarang perkara yang boleh mengundang kemudaratan kepada pelanggan anda..
Ini juga salah satu pesanan daripada ayah arwah...

Saya tahu, ramai peniaga di luar sana, BERETIKA dalam menjalankan perniagaan,
tetapi ada juga segelintir peniaga yang lebih memikirkan $$$ dalam berniaga...

"Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..."

Hanya Allah yang Tahu,
Anna Da Lady

Monday, August 8, 2011

Semalam bersama mama~in~law

Yezaa...

Sebagai menantu yang 'baik', saya telah masak sedikit bebrapa juadah berbuka puasa ke rumah mak mertua...
hahaha...tahun ni ada mak mertua la...
Dulu2, ada ke? ada jugak kot... :)

actually, bukan 100% saya buat juadah tu...Mula2 memang nak buat 100% from siang ayam, udang...
pastu, tetiba Maksu saya menyampuk:

Maksu: acik, nak masak apa ayam tu?
Saya: Acik ingat nak masak ayam sos tiram.
Maksu: Hm, acu tak reti la..masak kicap blehla...
Saya: Aik, Cu nak tolong masak ke?
Maksu: Hm, yelah...
Saya: La..acik ingat acik yang nak buat...takpela...ikut Cu la...
Maksu: Udang plak?
Saya: Masak lemak dengan kacang panjang..
Maksu: Ok...

Pastu, waktu time masak, memang dia yang bubuh semua perisa dan main ingredient....Kita main tolong potong je...

" ala, bila la saya nak tunjuk skill memasaka ni"..kata dalam hati :)

Pastu, bila bawak  gi umah mak mertua...
Ipar saya cakap:

Ipar: Kak Ana, sedapla nampak ayam masak kicap tu... memang style Kedah masak... nampak berminyak, pekat..Hm...
Saya: Hehe...ye ke? Ni bukan Kak Ana masak 100%..Maksu tolong jugak (hahaha..cakap jujur ye)

Ipar saya siap minta resepi lagi....

Pastu msg kat Maksu, 

Saya: weh..ada orang suka Cu nyer masak kicap...
Maksu: Weh, Cu main campak2 je..nasib baik sedap ;)

Pastu kakak saya plak call...

Kakak: Acik, nanti before gi umah mak mertua, mai umah akak dulu...akak pun nak tunjuk skill memasak..

Haha...semua nak tunjuk bakat nampak...
Anna Da Lady

Apa perasaan anda bila...

Adik anda yang satu-satunya tu nak mengikat pertunangan dalam masa terdekat?

Hmm, bagi saya:
1) Sedih sangat... sebab dah besar rupanya adik ku ni
2) Tak berapa setuju dengan keadaan ni, sebab dia baru je nak setup career dia...Bagilah mantap dulu...
3) Dia lelaki, nape la nak bertunang awal2...

Hmm, tulah perasaan saya,
Anna Da Lady

Monday, August 1, 2011

Ala...dah tak macam dulu...

Dulu-dulu, selalu ternantikan pengumuman 'hari jatuh puasa', sebab suka dengar Mohor Besar Diraja tu menyampaikan pengumuman...

Sebab nada dia dari masa saya kecik sampai dah besar la ni, macam tu la...Seronok dengar...

Namun semalam, "aik, orang lain dah ke?...Dah bersara ke?"

Hmm,
Anna Da Lady

Friday, July 29, 2011

Rasa macam dah bulan puasa :)

Selamat hari Jumaat semua...
Sedar tak, minggu ni minggu last sebelum kita berpuasa selama sebulan minggu depan?
Mesti la sedar kan? ;)

so, apa yang nak diceritakan, rasanya macam minggu ni ramai je berpuasa, samada just nak warm up sebelum berpuasa wajib minggu depan, OR berpuasa ganti di saat akhir...

Sebab...bila pergi cafe kat tempat kerja, macam tak ramai je orang..Nak kata sebab student cuti sem, ye lah jugak...tapi nampak ketara je...

apapun, kepada semua...Selamat berpuasa...

Ahlan wasahlan ya Ramadhan,
Anna Da Lady

Wednesday, July 27, 2011

Sangat setuju !!!

....dengan kenyataan ini....


Sebab apa sangat bersetuju? Bukan apa...

beberapa hari lepas, saya ingin memilih supplement untuk tambah tenaga..
lately ni saya perasan diri saya sangat kurang bertenaga....
Nak kata ditinggalkan cik abang untuk sebulan pun, taklah 100% sangat effect nya...
Tapi lebih kepada kekurangan zat kot... :)

so, apa lagi, mulalah menjejakkan kai ke farmasi...
pastu tanya la a few thing, 
mana yang bagus, 
ni dibuat daripada apa, 
kalau makan ni, gemuk tak????

Pastu, bila tiba bab kapsul, pharmacist tu cakap, brand ni dibuat daripada bahan daripada lembu, brand ni dibuat daripada vege....
so, saya terus sambar vege punya...sebab alasannya, mudah hadam

tapi sambil tu syaa terfikir, halal ke kalau kita makan bahan daripada lembu? lembu tu kita kena sembelih dulu kan, kalau nak buat ape2 pun??? Hmmm....

Sebab saya perasan banyak benda yang kita makan kdg2 tak pasti halal kesahihannya...
Nak kata percaya kat logo pun tak boleh nak jamin...
Hm...Wallahualam

So, please think bout it,
Anna Da Lady




Friday, July 15, 2011

Trauma

Dialog-dialog berikut adalah apa yang berlaku pada Sabtu lepas 3.30pagi di rumah sewa saya, di antara saya dan my housemate, KZ.

KZ: Kam, bangun...Kam bangun (dengan suara yang kuat berteriak sambil mengetuk pintu bertalu-talu dan deras dengan kayu)
Saya: Awat, KZ? AwatKZ? (dalam nada yang cemas dan sedikit mamai..tapi pintu tak buka lagi sebab rasa kecut perut)
KZ: Rumah kita ada orang masuk
Saya: What? KZ, ang tak apa-apa ka? (berhati-hati buka pintu sebab takut apa-apa yang tidak dijangka berlaku)
KZ: Tu, atas tu....Dia naik melalui siling dapur...Nah, Kam..mu pegang kayu ni...and benda ni (pisau)

Sambil tu, KZ yang sangat berani meng'agah2' penceroboh durjana tu...

KZ: Weh, sapa tu? Turun woi...(sambil kayunya menghentak2 siling...)

Saya yang masih dalam keadaan terkejut, mengikut apa yang KZ buat sambil dalam hati kata...
" Ya Allah, adakah ini tanda hujung nyawaku???"

KZ: Kam, mu tepon polis Kam. 
Saya: Takde KZ...Takpe aku tepon kakak aku

Dalam keadaan terketar-ketar saya mendail nombor telefon kakak saya....Sambil KZ still mengushar penceroboh yang jahat tu.

Saya: Kakak, umah acik pencuri masuk.
Kakak: Apa? Dah tepon polis?
Saya: Belum. Akak tepon la. Acik ketaq ni,
Kakak: Ok...

Apapun, memang tragedi pecah masuk dah dua kali berlaku kat umah tu. Dan kali ni kami kena cari rumah lain. 

Sangat trauma terutama setiap kali nak tidur,
Anna Da Lady

Monday, June 20, 2011

Jumaat sampai, Ahad balik

Gi mana cik Ana? Ish, silap...Puan Ana?
Hehehe...

Balik utara, melwat orang yang sepatutnya dilawat....
1) Jumpa my BFF...Kemas rumah kat Penang...
2) Balik kampong kat Pedu, ambik dokumen from my Abah hari Ahad tengahari
3) Makan durian and manggis...Baru belajar nak luruh...Balik minggu ni konfem lagi banyak
4) Lawat my Tok Cik Padang...Balik je dari umrah, masa kena turun kat Singapore, terus lelah dan masuk ICU...Dr. check kata ada kegagalan buah pinggang...anak nya, terus pergi ambil dan transfer ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar...Semalam, lawat beliau di HDW, katil 5. Hmm...Nurse yang jaga kata beliau sekarang dalam proses menggantikan darah...Cuma rasanya buah pinggang dia ada problem..kena buat dialisis..Cubaan... ;(
5) Ahad malam, balik semula ke Bangi dengan bas...

Penat, tapi sonok
Anna Da Lady

Thursday, May 26, 2011

Muka yang 'penat'

Fuh, minggu lepas gi satu kursus kat Ulu Sepri...
Memang penat tapi BEST....
lebih best dari pergi masa first time dulu-dulu...

Sebab rasanya, kawan2 kali ni lagi best kot...kawan-kawan dorm, kawan-kawan LDK...

Pstu, minggu ni ada plak kursus persediaan nak amik exam..
huh, kepala ni rasa macam tepu je...
benda yang sama diulang-ulang tapi still tak lekat jugak kat kepala...
Nak buat camne tu ye?

Memang rasa penat, macam mana la rasanya minggu depan ye?
Anna Da Lady

Saturday, May 7, 2011

Bestnya rasa...

Harini, dari pagi ke lewat petang, pergi sana sini sorang-sorang...
Tapi rasa seronok sangat...Sebab boleh buat kerja dengan cepat...And buat ikut kepala sendiri je... :)
And banyak item dalam list dah setel...Kecuali satu...
Dimana lah nak cari tudung warna kuning air ni...Hmm...

Pagi-Tengahari:

- Breakfast dengan KZ at Urat Keting. As usual, bila makan bekfas kat restoran dari Pantai Timur ni, mesti pekena Nasi kerabu, sayur taruk banyak-banyak...

- Straight to Ampang, KL. Waterfront...Gi satu Butik Pengantin. Butik ni pernah masuk dalam darama TV3 baru-baru ni. Cinta Antara Kita. So, misi mencari barang2 yang dalam list di situ 100% selesai.

- Staright drive to Nilai 3, menggunakan Plus Highway. Mencari barang2 yang dipesan Mama. Selesai jugak, Alhamdulillah. Cuma baru tau satu kedai yang jual brooch yang dicari selama ni. Brooch kat tepi tudung tu. Tapi, harganya macam mahal je. Takpe...Dah beli pun. 

Bak kata Kak Saba, "Kalau jumpak yang lagi cantik dari barang yang kita dah beli tu, pejam mata jela."

- Balik dari Nilai menggunakan jalan belakang, which is jalan lama yang menghubungkan Nilai and Bangi. Wah, sangat berbangga nya dengan diri saya. First time drive kat sini. Sebelum ni orang yang bawakkan.Hehe...Tips penting bila ikut jalan yang tak biasa kita ikut, bak kata As

" Kita ikut je kereta yang banyak-banyak ni lalu mana. Mesti destinasinya sama."

Tengahari dari Zuhur hingga Asar, berehat di rumah sambil layan citer Diwale Dulhania Le Jayenge...Huhu...Meleleh jugak air mata tengok citer ni...Kenapala air mata keluar plak...Padahal dah tengok berkali-kali...Sensistip betul.

After Asar, bergerak ke Warta. Eh, bukan Warta dah sekarang. Giant...Menyelesaikan lagi satu misi. Minta kedai modify sikit brooch, letak pin. Tunggu minggu depan Rabu atau Khamis bolehla ambik.

Pastu, perut mula berkeroncong, minta diisi. Hmm...

"Nak makan mana ye.." Kata hati...

Hari Sabtu...Pasar malam la jawabnya, sambil cari tudung tu...

Huh, pusing2 tak jumpak jugak. Dapat bakso je sebagai bekalan.

Dimanalah tudung warna kuning air ni,
Anna Da Lady








Wednesday, May 4, 2011

Ikhlas tak kita ni?

Minggu lepas, ada meeting staff...
Ada satu nasihat daripada boss kami yang baik hati untuk pedoman kita semua dan saya;

Nak buat sesuatu tu, jangan mengharapkan kepada ganjaran semata-mata...
Kalau kita asyik ingat benda tu, hasilnya hanya setakat tu je lah...
Ikhlaskan hati...

Saya nak menambah sikit...
"Ikhlaskan hati, sucikan niat"

Tapikan...
Kita ni as manusia biasa, memang kalau boleh nak tetapkan niat ni IKHLAS...
Mesti terfikir pasal ganjaran punya...
Hmm, apapun kita kena train kita supaya ikhlas dalam berbuat sesuatu...

Hmm,
Anna Da Lady

Thursday, April 28, 2011

Manual ke auto???

Ni nak cakap pasal isu kereta...
Perubahan yang berlaku dalam kamus hidup saya...

Kalau nak cakap pasal hal kereta ni, macam-macam sejarah ada...Hahaha...
Dulu, masa nak ambik lesen kereta, huh, punyala susah. 
Almaklumlah orang kampong.Hukhuk.
Belajaq kat pekan kecik, test kat pekan besaq.

Lepas tu, struktur 'gaung' nya tak sama. Kalau kat kampung, kami praktis gaung di tempat yang kecerunannya tak sama dengan yang sebenar, iiatu dia tapak ujian JPJ diadakan.
Saya mengaku saya terpaksa ambik test JPJ 2x, semata-mata 'gaung' tu...
Kalau dalam real life, bila saya sebut 'gaung' je, ramai kawan2 yang gelakkan saya. Sebab saya confuse nak sebut camne...
Kadang2 tersasul..Masalah, masalah....

Tapikan, tak boleh salahkan 'gaung' tu jugak kan? Kesian kat 'gaung' tukan? Hahahaha....
Semuanya atas diri kita sebenarnya... Kita ni serba boleh ke idak? Ye tak?
Saya mengaku saya memang tak terer bab pandu kereta masa mula2 bawak tu....menggelataq, beb...
And saya tabik spring pada kawan saya yang boleh lulus ujian kereta sekali je ambik, xspeseli Mrs Lea...Hahaha....Terharu tak, Lea?
Tapi, ada satu sebab lagi saya tak lulus..sebab saya ambik ujian tu selepas bebrapa lama saya tak pegang keta...
Almaklumlah, waktu tu still bergelar student..So, nak amik test, nak belajaq keta hanya waktu cuti sem or cuti hujung minggu je la...
So, as a result, banyak yang terlupa...
Actually, saya pernah cerita pasal hal ini, dalam post yang lalu...Tak ingat yang mana...

Ok, berbalik kepada topik asal, pasal kereta auto and manual...
Baru-baru ni, kalau sesiapa pernah bacala, rasanya ramai yang tahu ye?...
JPJ nak laksanakan test kereta auto...Cuma lesen nya hanya boleh dapat auto sahaja, tak macam orang yang test guna kereta manual, boleh dapat dua-dua..Tu pro and cons la..

Kalau diberi pilihan dulu-dulu, memang saya nak Auto la...
Sebab, mudah and selesa...Hahaha...Nampak lembut sikit...
Kalau dah bawa manual ni, ganas tau!!!..Hahaha...

Namun setelah menginjak usia, sesuai dengan kematangan diri (alamak, matang ke?), saya rasa berbaloi jugak saya ambik and belajaq keta manual dulu...
at least, saya tahu camne nak pakai manual punya keta...

A few years back, saya meminjam kereta mak saya ke hulu ke hilir, masa start2 keja, from Penang sampaila ke Bangi...Ini kereta auto...
Kereta KAR 1XXX, sangat berjasa pada saya...
Sekarang kereta tu, dah selamat balik ke kampong halaman...
My BFF tolong jadi 'Mamat Delivery'...

So, skang, saya guna kereta manual pula...
Masa mula2 di'paksa' menggunakan kereta manual ni, memang saya menjerit dalam hati...

Hati jahat saya kata: Huh, awak tu mana reti bawak keta manual...
Hati baik saya kata: Belajar pelan-pelan. Lama-lama bolehla. Belum cuba belum tahu.

Kalau nak tahu, saya bawa benda ni sampai ke mimpi...
Punyala gerun nak bawa kereta manual ni...

Alhamdulillah, sekarang dah boleh la sikit2 bawa kereta manual...
Cuma rasa penat and sakit hati bila terpaksa tempuh 'jem'
Sampai kaki ni naik kematu jadinya...
And saya tak berani sangat bawa laju, terutama waktu banyak kereta and hujan...
Contoh kejadian semalam...
Alhamdulillah, tak ada apa-apa berlaku.
Cuma kenderaan belakang saya dan belakang saya yang ada masalah...Hopefully, evertyhing OK, ye...

So, saya nak berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan, jangan cepat putus asa, belum cuba belum tahu.

Mohon Allah beri perlindungan kepada kita semua,
Anna Da Lady


Sunday, April 24, 2011

Merasa cukup...

Untuk renungan dan dikongsi bersama.

Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu
boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya.
Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun
yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti
bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani
terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.

Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah
semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana.
Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua
karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.

Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya.
Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas
hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana
dia tak pernah boleh berkata cukup.

Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah
perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua
pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja
kerasnya.

Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah
target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami
berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak
menganggap orang tuanya kurang murah hati.

Semua merasa kurang dan kurang.  Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan
hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak
perlu takut berkata cukup.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan
berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita
terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan
manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan
diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan
menjadi manusia yang berbahagia.

Wednesday, April 20, 2011

Dalam suka, ada duka...

Kelmarin dulu, kawan saya ada msg saya...

"Jemputlah datang rumah 28 Mei nanti. Nak antar kad ke mana?"

Terkejut saya..tetiba je dia ni hantar berita gembira macam ni...Dahla lama saya tak contact dia...Lama tak jumpak walaupun kami ni satu kampong...

Pastu, kebetulan satu malam tu kami berborak, dalam loghat Kedah....

Saya: Weh..tahniah..Dah lama tak jumpak ang..Tetiba ada berita gembira macam ni...
Dia: Terima kasih.. :)
Saya: Weh, lamanya ang cuti...
Dia: Aku baru lepas operation...

Hah, operation???Terkejutnya saya....
Tup tup, dalam cerita happy, ada cerita sedih...

Kawan saya ni baru lepas disahkan ada ketumbuhan ovari...
Ovarinya satu kena buang dah..ketumbuhan sebesar 21cm..Besar kan?

Hmm, pastu saya ada tanya dia, ada nak tunjuk ke arah kanser ke?
Dia kata, Dr cakap kat borderline..
Hmm, taktaulah...

Pastu, today masa saya amik exam Pre-IELTS di tempat kerja saya, saya terjumpa seorang Radiotherapist, bakal specialist dalam bidang ni...
Saya cerita kat dia pasal benda ni...

Pastu dia cakap, tak kesemua ketumbuhan tu boleh jadi kanser...
Dan tak bermakna bila ketumbuhan sebesar tu, fibroid etc, tu kanser...
Kanser ni boleh jadi sekecik-keciknya tapi ia cepat merebak...

Ya, Allah..aku mohon kepada MU jauhilah kami semua daripada sebarang penyakit..Amin

Mood: Macam2,
Anna Da Lady

Aiya..macammana saya nak guna kalau ia selembap begini???

Cuba cerita sikit wahai Mr/Ms *****m...

Selalu awak promote gunalah saya, gunalah saya...
Tapi, kalau selalu bila saya buka awak lembap camni, macam mana saya nak guna...

Saya dahla nak guna awak ni, sangat urgent...

Haiya...

Pendek kata, tolong tingkatkan la servis awak tu,
Anna Da Lady

Friday, April 15, 2011

Alhamdulillah..dua hari berturut-turut ada orang belanja makan lunch :)

Hehe..semalam, saya menziarahi Mrs Lea, my BF and Mr Zarip, suami Mrs Lea..sebab Mr Zarip kan baru lepas kena 12 jahitan...
Hmm, Zarip..macam mana la boleh terkena ye???

Semalam masa sampai dekat rumah diaorg, tak sempat pulak sembang...
Saya banyak main dengan Imaan...

Pastu, kebetulan Lea jamu kami nasi ayam..Alhamdulillah...

Pastu, today, my Akak call saya kata nak belanja makan sempena besday sama semalam...
Mula2 ingat, nak pergi Pizza San Francisco tu, pastu bertukar plak ke Limau Nipis..
Pastu bila sampai sana, teringin plak nak makan nasi beriani...
Hehe...

Tapi, pendek kata Alhamdulillah...

Moga diberkati rezeki semuanya,
Anna Da Lady

Wednesday, April 13, 2011

Angka belakang berganjak lagi satu esok hari...

Macam tak percayalah...

Tadi masa dah sampai depan pintu rumah, tetiba tersedar...

"Harini hari apa ye? Oh, 13 hb..Esok dah 14hb..."

Tapi, betulla tak rasa diri ni layak menyandang usia sebegitu...
Rasa macam tak cukup matured...

Kalau nak bandingkan dengan budak2 zaman skang, memang nampak kita ni macam jauh di pinggiran...
Tengok diaorang lagi matured..Trendy..Updated...Macam-macamla...
Bak kata mudah, sangatlah tak sangka diaoorang lebih muda dari kita...

Hahaha,
Anna Da Lady

Saturday, April 9, 2011

Selamat menunaikan umrah dan selamat hari lahir buat Adik

Semalam (8 April 2011), adalah hari di mana Mama dan Abah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dan ziarah negara-negara Arab. 
Kalau ikut asalnya, rombongan mereka juga ingin melawat Mesir.
Namun disebabkan kekacauan negara tersebut, dengan politiknya, dengan macam-macamnya, rombongan tidak jadi menghala ke sana.

Seperti tahun2 sebelumnya, Mama, Abah pergi ke sana dengan travel agent, Jagong Mas yang bertempat di Stadium Aloq Setaq.
Ramai jugak kali ni rombongan terdiri daripada orang kampong. Pakcik Shukor and Makcik Hindon pun pergi jugak.

Semalam, yang pergi iringi abah, mama berlepas adalah, kakngah, bangngah dan anak2, adik, my BFF, adik nyer kawan, and kakak & anak.
Tapi kakak sampai terlewat sikit gara2 anak Raimi buat perangai. 
"Tak mau ikut...Tak mau ikut..."

Ish ish...Dioarg hanya dapat lihat my parents dari balai berlepas je..Tak sempat nak peluk cium... 
Takpe, InsyaAllah, Mama, Abah dan rombongan selamat pergi dan balik...Amin...

Dan semalam jugak, hari lahir Adik kesayangan, Ijan Zan...
Budak ni memang jenis yang berdikari..Tak suka susahkan orang...
Semalam dia sampai KL dari Johor kul 3 pagi kat TBS..
Tapi, takde pun telefon kitaorang suruh gi ambik...
Kul 6 pagi, baru dia tunggu balik ambik teksi...

Huh...Kalau saya, meraung jugak,
Anna Da Lady

Wednesday, March 23, 2011

Bila mengenang zaman ambil SPM...

Today, telah mencatatkan lagi satu sejarah yang tidak dilupakan dalam kehidupan pelajar-pelajar yang mengambil SPM tahun lepas..One of them is my cousin, Cypa...Anak Ustaz Ya...
She obtained quite excellent result and managed to bit her big brother..Congrate again, my dear Cypa...

Bila tengok bebduak ni dapat SPM, teringat pulak zaman saya dulu-dulu...
Masih saya ingat lagi, saya amik result SPM agak lewat sehari dari kawan-kawan sebaya, sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan..
JAdi, bila haritu diumumkan result dah kuar, saya sangat-sangatla berdebar, sebab saya tak boleh amik lagi...saya tak ingat pulak main reason tak boleh amik keputusan pada hari pengunguman tu dibuat...sangat-sangat tak ingat...
Apa yang pasti, beberapa hari sebelum keputusan diumumkan, saya sampai mimpi berulangkali..memang satu benda yang sinonim dgn saya...akan mimpi benda2 yang selalu bermain di fikiran...

Dan apa yang pasti lagi, saya pergi amik keputusan tu dengan my mom...
Pastu, memang sangat berdebar-debar okay..before ambik tu, tanya kawan2 yang dah dapat keputusan..Ada yang OK, ada yang biasa, ada yang OKla, cukup makan....Saya?

Fuh, memang waktu nak ambik keputusan tu, minum tak hilang dahaga, makan tak lalu, mandi tak basah...
Ketaq22...cakap pun ntah apa-apa...

So, dengan ditemani my mom, saya terus ke opis sekolah...
Saya ambik result dari kerani rasanya...waktu tu tak tengok lagi..just sign buku kata dah amik...
Pastu before nak kuar opis tu and before jumpak my mom, baru tengok...Okla...takdela berbintang-bintang...Alhamdulillah...

Then, terjumpa PK sekolah, which is orang kampung my mom...Tunjuk kat dia...My mom sembang macam-macam ngan dia..Yelah, kawan sekampong..pastu rasanya bekas kawan sekelas jugak...hahaha

Rindu pulak kawan2 satu sekolah dulu,
Anna Da Lady


Friday, March 18, 2011

Semangat rakyat Jepun...

Kelmarin, sebelum pergi kerja tengok dulu MHI, perbualan secara langsung dengan wartawan ke Jepun...

Pastu, host MHI pada waktu tu ada bertanya...

"Macammana dekat sana? Ada kes kecurian ke?"
"Takde."

Pastu, terdengar pula berita lain. Juga, menceritakan bahawa rakyat Jepun sangat berdisiplin w/pun negara mereka dilanda masalah sebegitu...

Harini, terbaca pula artikel daripada Kosmo...Juga menyatakan perkara hampir serupa, dan serba sedikit tentang loji nuklearnya. 

Serba sedikit petikannya:

"Cuma, terus-terang saya kagum melihat sikap rakyat Jepun dalam berhadapan bencana sebegini. Mereka sangat berdisiplin dan tenang menghadapinya. Malah, tidak membezakan antara rakyat asing atau penduduk tempatan dalam menghulurkan bantuan.” 

Dan juga ada diceritakan mengapa mereka membangunkan loji nuklear w/pun mereka sedar mereka berada di bawah Lingkaran Api Pasifik. 
Cubala baca.

Semangat Jepun,
Anna Da Lady


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails