Tuesday, May 1, 2012

010512: Gara-gara kena renew lesen memandu yang dikatakan DD hampir 1 tahun...

DD=due date

Hmm..Memang satu 'tragedi' la harini...Tak pernah-pernah terjadi perkara sebegini, sebab saya ni jenis yang 'tidak pernah' melanggar peraturan.

Mula perasan pasal lesen memandu waktu tengok JPJ roadblock at Seri Petaling, KL after makan nasi 'lomak' and beli belah @ Hotel Seri Petaling tadi.

Mulalah perbualan ini:

Saya: Abang, abang punya driving license bila expired? Abang buat 5 tahun kan?
Mr F: Aa, lambat lagi.

Sambil tu, saya menyelak kad driving license saya. Hm, nampak yang kad ada muka, dan mencari kad tambahan yang tambah tempoh.

Sekali!!!!!


Saya: Abang...ayang punya dah expired since tahun lepas la..Alamak (sambil muka berkerut dan dalam hati kecut perut)


Mr F: Ye ke? Cuba check betul-betul.
Saya: ala, ye la...ala...Haritu, ayang pernah dengar kalau setahun tak renew kena buat ujian JPJ lain...Ayang tak mahulah!!!.(memang betul2 'kelam-kelibut' sekarang)

Saya: Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa..Hmmm (dalam hati memang sudah gundah gulana)

Balik je rumah, terus googled keywords "renew lesen memandu"

Hmm, jumpa my eg services and baca beberapa blog...

Alhamdulillah, satu part iaitu:

Ujian memandu semula HANYA dikenakan ke atas mereka berlesen P yang lambat renew lebih setahun dan berlesen CDL yang lambat renew lebih 3 tahun.

Jadi, saya ni tergolong CDL..selamat satu benda.

Pastu, bila baca blog lain pulak,

Hanya boleh renew jika anda tiada dalam list blacklist saman :(...

Haiya, ini memang tak dapat dielakkan, sebab saya memang pernah disaman dan belum bayar saman gara-gara 'speeding' @highway..Hehe...

Jadi, check pulak my eg services under check saman@PDRM...Hmm, ada tapi belum diblacklist lagi...And perasan satu recent saman on my birthday@140412@Kajang..Fulamak, memang HADIAH BESDAY!!!!


Pastu cakap kat Mr F, "Abang, ada hadiah besday dari PDRM la...?Hehe" Taktaula kat mana kena..Nasibla labu!

OK, dah selamat 2 benda!

Jadi, after je Zuhur dan timbang bulat, saya pun cakap kat Mr F;

"Hmm, nak gunalah MyEg Services ni..nak buat 3 tahun..RM90 plus services RM 2...what say you?"

Mr F replied.."Ada ke duit?"

And me.."Ada la" (sambil tersenyum kambing)

Lepas tu, mulalah fill in the blank dalam online MyEg. Ingat ke nak gi ambik di pusat myEg sebab perasan ada di Bangi..Sekali tengok ada di Bandar Utama je boleh collect!...

Terus mood spoil, sebab charge delivery dia RM5 lor..

Last-last, ntah macamana, saya TERNIAT nak bukak dompet saya..Keluarkan semua kad yang ada dalam dompet...

SEkali!!!!!!!

*
*
*

"Abang!!!!!"


"Lesen ayang belum expired la...2013 baru expired..."

Yes, happy!

But, sedih sebab dapat hadiah besday yang paling tak best...Hehe,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails