Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

And the journey begins

" A journey of a thousand miles begins with a single step "

Alhamdulillah, betul kata orang...Bila kita betul-betul buat aim sesuatu, InsyaAllah dengan izin Allah, akan kita dapat buat jugak, walaupun ada je dugaan melanda.

Macam untuk kes saya, saya 'aim' nak hantar 2 review papers kepada Prof untuk disemak sebelum terbang ke negara sebelah untuk bercuti bersama satu famili kat sini selama 5 hari 4 malam. Kami plan nak pusing-pusing London, ziarah kawan-kawan kat Notts, Sheffield dan Oxford, lawat tempat menarik sepanjang jalan Notts ke Manchester. 

InsyaAllah, perjalanan kami akan bermula pada lewat malam ini dan flight pada pukul 7 pagi keesokan harinya. Kami terpaksa ambil public transport awal ke airport disebabkan kemudahan yang terhad di awal pagi. Terpaksala, gambe je la labu!

Dan Alhamdulillah, tadi dah berjaya pass kan kepada Prof review paper kedua untuk disemak walaupun tahu ada kekurangannya. Takpe, kita tunggu apa komen Prof :)

Namun, ada jugak yang tak berjaya dicapai, nak set experiment yang sebenar. Tapi, itulah...ada yang kita boleh capai, ada yang makan masa..Tapi, InsyaAllah bila kita yakin kepada Nya, ia akan berhasil...

Kata-kata semangat untuk hari ini,
Anna Da Lady

Tuesday, September 30, 2014

Kawan baik susah dicari

Alhamdulillah, di dalam fasa tengah 'berhempas-pulas' dengan macam-macam ni (study, social life, family matter, pregnancy) di negara orang, dikelilingi kawan-kawan yang dianggap macam sedara sendiri adalah satu NIKMAT yang Allah bagi...

Tak kira lah kawan tu kat sini ke, back in my home country ke, semuanya bersedia mendengar keluh-kesah diri kita ni....

Buat masa sekarang, yang paling terasa sekali adalah bab makanan :) Teringin je nak makan benda tu benda ni..Tapi kalau nak buat, alahai! bercinta jugak kot...dengan bau nyer..dengn bahannya nak kena cari

Kalau kat sini, ex-jiran yang selalu tolong buatkan kalau kita nak apa-apa :) Tengok tu, saya nak minta pun tak malu..sebab kami sama-sama tolong apa yang boleh :)

Kalau kat Malaysia, minta tolong kawan-kawan kirimkan apa yang boleh eg: sambal ready made, kerepek etc...semua tolong usaha carikan dan tolong pass kepada kawan yang nak datang sini..

Memang satu nikmat,
Anna Da Lady

Friday, September 12, 2014

Rumah sewa di Mulheim/Duisburg, Jerman

Di Jerman ni, kalau nak sewa rumah besar2, memang mahal, terutama kalau fully furnisehd...melainkan kalau sesapa nak duduk sini lama, takpela duduk rumah yang selesa sikit & rumah kosong, berbaloi dengan elaun yang dapat. Tapi elaun yang saya dapat ni cukup2 je untuk apa yang ada sekarang and simpanan untuk ber 'joli' :)

Rumah pertama yang kami duduk fully furnished tapi agak sempit. Namun ada satu yang best, sebab belakang rumah ada fruit garden..Masa musim buah ceri, dapatla kutip straight dari pokok...Masa musim buah plum dan epal pun begitu jugak...

Ni gambar saya ambil dari dalam rumah, Mr F tengah ambil buah plum. Masa ni takdela sejuk sangat, cuma berangin....



Dari dekat....

Ha..nampak tak dua basikal tu..Tulah kenderaan kedua kami selain public transport (bus dan tram)...Senang nak bergerak, tak bergantung harap sangat pada jadual bus dan tram, walaupun ia selalu tepat...

Kawan-kawan kat sini ada yang cakap, fuh, harga dua-duabasikal ni dah hampir nak sama dengan kereta second hand (tapi masuh elok)...tapi kereta kat sini belah kiri, so, tak guna kalau beli pun


Ni lah keluasan garden belakang rumah..Style rumah apartment sini jenis tengah-tengahnya ada garden..blok apartment ni dalam bentuk L / U.


Nilah salah satu pokok epalnya..


Ha..nilah belakang rumah lama kami...ada kerusi dan meja..so, kalau cuaca tak sejuk sangat, kekadang lepak belakang rumah tu


Tapi skang kami dah berpindah ke rumah baru...Baru dua minggu kami berpindah ke rumah baru, berdekatan dengan Uni dan lebih besar dari rumah dulu. Tapi rumah baru ni, kena jaga-jaga bila bab memasak..sebab dia pasang dengan fire alarm sekali..so, pastikan tingkap terbuka luas masa masak..

Dan lagi satu kekurangannya, takde pintu yang memisahkan dapur dan kawasan rehat/tidur/study/lepak...Jadi, memang tak bolehla nak memasak sambal/kari/ makanan beria-ia sangat dan menggoreng sangat :(

Jadi, sebelum kami berpindah, saya Dan Mr F berpakat nak beli satu 'gajet' tuk dapur...ala-ala Oven, tapi bukan oven...next entry saya cerita ye

Anna Da Lady


Friday, August 8, 2014

Post-Raya: Trip to Berlin

Raya kat sini biasa-biasa je. Ingatkan akan rasa sedih bila raya di perantauan buat pertama kalinya..Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan..Tiada langsung perasaan nak' sedih-sedih sperit dibayangkan...

Sampai my parents pun cakap , "Alhamdulillah, Mama dengar suara Acik happy jer" :)

So, nak cerita sikit raya yang disambut sederhana oleh kami di sini...Tiada open house...Kami panggil open air..

Yes, exactly...OPEN AIR...sebab buat kat garden...dengan setiap orang ada peranan bawa makanan dan barang-barang masing-masing...Tapi, siap ada BBQ satay yang dibakar oleh adik-adik di sini...

So, lepas je sambut raya Isnin tu, rutin kami macam biasa...pergi ofis, sambung apa yang patut...Tapi mood nak bercuti tu ada, sebab ramai kat ofis tengah bercuti musim summer ni...Tambah-tambah musim budak cuti sekolah..So, lenggang je rasanya...

Then, suddenly, got an invitation from Mr F friend, call as Andreas..Dia ajak kitaorang gi bercuti di Berlin...Hotel semua dia akan uruskan..Cuma, kitaorang kena uruskan hal pengangkutan pergi dan balik je...

Mr F survey pengangkutan yang ada dari Duisburg ke Berlin...ada 2 options:
1) Naik ICE sebab paling cepat sampai 2 jam lebih kurang, tapi disebabkan last minute baru nak beli, harga tiket dah mahal.
2) last option, naik bas..kami beli tiket online, serendah 17 Euro untuk sorang pergi sahaja...Tapi makan masa hampir 8 jam...Tapi terpaksala, janji sampai Berlin...

So, sampai je stesen bas kat Berlin, kami tunggu dalam 1 jam, then, Andreas and his wife, Anker pun sampai...

Saya baru tahu dari Mr F rumah diaoarng sebenarnya jauh jugak, lebih kurang 100 km nak ke Berlin..Tapi Andreas ajak datang Berlin dulu untuk first trip ni, nak tunjukkan big city and bandar utama di Jerman ni...

Alhamdulillah, segalanya telah dirancang dengan baik oleh Andreas dan wife nya, walaupun kekadang ada masalah 'komunikasi'....English-Jerman :) Tapi, segalanya ok.

Andreas tempah hotel Hansablick, agak dekat dengan Berlin city di Flotowstrasse 6...Near to Tiergarten (animal park)...

So, after je check in dalam pukul 6 petang ni, kami solat dulu...Yang bagusnya Andreas siap tanya kami macam mana jadual solat kami...Takpe ke sebab dia dah terlambat ambil kami... :)

Then, lepas tu terus kami cari dinner..Makan makanan Thai, sebab Andreas cakap Mr F ada bagitahu last time yang saya ni masih rindu masakan Asia..Senyum je saya bila dengar diaorang cakap macam tu :)

So, after makan, suasana pun hampir dah gelap, tapi sempat tengok pusing-pusing dari dalam kereta suasana di Berlin city ketika nak malam...Cantik :) and bersih

Keesokan paginya, Andreas dan Anker belanja kami naik 'ship'..tour 3 jam pusing Berlin ikut aliran sungai..So, boleh tengok historical building  dan tempat-tempat menarik dari atas kapal...Satu kepala 21 Euro sebab ambil sebelah pagi, starting 10 am..Kalau ambil sebelah tengahari less 2 Euro=19 Euro/head...

Then, saya dan Mr F tempah headphone untuk dengar audio dalam English..so kena bayar tambah 3 Euro/head...

Alhamdulillah, cuaca ok...walaupun ada 'burn' sikit..Tapi, sangat menarik pengalaman ni....

Lepas tu, balik berehat di hotel kejap untuk solat, then, petang tu kami bersiar-siar di Berlin city...Mula-mula Andreas ajak naik bas pusing Berlin..Tapi Mr F kata better kita jalan kaki je senang...

And, betul pun! Lebih selesa and banyak benda kita boleh jumpa.....Bagus Andreas ni...Segala cerita sejarah dia cerita kat kitaorang :)

Malam tu, kawan kepada kawan kita orang, orang Malaysia datang berjumpa kami di Hotel..Dia bawa kami makan di Restoran orang Arab sekitar jalan Tumstrasse...Dapatla makan ayam ala-ala KFC :)

And yang paling best, kawan ni bagi kuah rojak dll yang sememangnya telah diidamkan sekian lama oleh saya..Alhamdulllah :)

So far, Alhamdulillah, trip ni sangat memuaskan hati...Lepas ni, Andreas dan wife beliau ajak pergi tempat parent diaorang pulak di Rostock, dekat dengan laut...

Tak sabar rasanya nak pergi laut ni :)
Anna Da Lady





Thursday, July 24, 2014

Mood raya ye semua?

Walaupun macam-macam berita yang menyedihkan, namun as usual penghujung Ramadhan mesti mood kebanyakan orang akan 'lain macam' sikit...

Contohnya:
1) Mengadap kerja pun tak pulun macam biasa
2) Dok 'usha' resepi-resepi kuih/kek yang boleh buat untuk raya
3) Asyik fikir apa yang kurang nak sambut raya ni, baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya
4) Pergi tukar duit cepat-cepat di Bank...Amik sampul raya, masukkan duit raya siap-siap
5) Fikir "bilalah aku nak balik kampong ni..."

Ha, gitulah ceritanya...Terutamanya anak-anak di perantauan (dalam Malaysia)

Kalau jauh dari Malaysia ni, hanya menghitung hari nak call mak, ayah & keluarga kat kampong, wish selamat hari raya :(

Rindu masak lodeh Mama, ketupat Mama, rendang Mama nanti,
Anna Da Lady

Tuesday, July 22, 2014

Kacang dhal & Kentang masak kuning style mamak

Semalam berbuka nasi tomato, sebab teringin nak makan bersama ayam masak merah. Saya ni bukan expert bab memasak, so google resepi yang ada dalam mana-mana blog.

And lately ni, suka sangat makan nasi yang berperisa, nasi putih macam tak lalu nak telan je. Tapi, Mr F dah bagi pesanan "No more nasi-nasi berempah ni..."

Nampaknya lepas ni, kena masak nasi putih atau ganti dengan yang lain la...Roti paratha ka...

Semalam juga, pergi kedai Asiamarkt. Kedai baru, ownernya Indian. Mr F la ni yang jumpak kedai ni masa dia berbasikal tempoh hari pergi Duisburg City...

So, dapatla apa yang diinginkan..Kacang dhal...tapi, baru tau rupanya macam-macam jenis kacang dhal yang ada..Selama duduk kat Malaysia ni, tak pernah pun try nak masak guna kacang dhal..bila kat sini je teringin nak buat kuah dalca la, vadai la..

Lepas tu, Mr F mentioned semalam, "Cuba Ayang google resepi macam mana nak masak kentang macam yang kita selalu makan dengan roti kat kedai mamak tu"

Ayoo...nama pun taktau...Tapi, tryla resepi yang available harini.

Anna Da Lady

Tuesday, July 15, 2014

Iftar di negara orang

Alhamdulillah, sudah masuk 2 minggu lebih berpuasa di sini - Jerman. Walaupun dalam keadaan yang 'tidak berapa stabil', puasa tetap berjalan seperti biasa...

Walaupun dikatakan di sini sudah masuk musim 'summer', tapi tak macam summer sangat pun :) Ada hari hujan, ada hari sejuk sangat, ada hari panas. Tapi panas nya pun takdela macam kat Malaysia.

So, ada hikmahnya walaupun dalam keadaan kesihatan diri yang tidak berapa stabil ni, cuaca sangat mendamaikan :)

Berkaitan menu berbuka puasa, memang setiap hari kena la masak. Dan yang bestnya, di apartment yang kami sewa ni, ada satu famili dari Malaysia. So, ada masa, kami akan bertukar hidangan. Dan, sudah 3 kali kami berbukan di rumah mereka bersama dengan sebahagian 'adik'adik' dari Malaysia di tempat mereka.

Kami tak boleh invite orang berbuka puasa di rumah kami, sebab rumah kami kecik jek :) Macam keluasan bilik hotel tu...Tapi lengkapla dengan facilities-memasak nya etc.

Dan bila rasa nak makan kuih yang memang tak pernah buat semasa berada di Malaysia, kena la mengadap internet cari resepi.

Masa minggu pertama puasa, buat la kuih seri muka and pulut makan dengan serunding ikan...Walaupun kuih tu nampak tak berseri, tapi rasa tetap ada...Memang mencabar betul...Dapat jamu jugak adik-adik tu masa diaorang datang berbuka puasa kat rumah jiran...

Lepas tu, buat kuih keria bersira, tapi kat sini susah nak jumpa ubi keledek, so tukar dengan ubi kentang...

Then, buat pula bubur kacang hijau, bubur sagu...

Mr F selalu tegur, tak payahla buat kuih-kuih tu, manis jek..tak elok tuk kesihatan..Tapi, nak buat camne...mengidam kot nak makan kuih2 manis ni...

Ada beberapa lagi kuih dalam list yang rasa nak buat: akok, kuih lipat....

Apapun, ni memang pengalaman yang tidak boleh dijual beli,
Anna Da Lady








Friday, May 30, 2014

Bila di negara orang

Hujan batu di negara sendiri, lebih baik dari hujan emas di negara orang!

"Homesick" masih terasa...masih terngiang-ngiang lauk pauk yang beraneka jenis terutama waktu lunch...ikan bakar, ulam-ulaman, masak lemak etc...Kadang-kadang diselang seli dengan makanan selain nasi, laksa, mi rebus, laksam...hmm, sedapnya!

Tapi, bak kata keluarga, kawan-kawan, "bertabahlah..jangan pikir yang takdak di sini"

Tapi, macam mana ye nak melencongkan fikiran ni? 

Ya Allah, berikanlah kekuatan,
Anna Da Lady

Friday, December 6, 2013

Graduasi tadika anak-anak

Hebat budak-budak zaman sekarang kan?

Macam best ja. Macam hebat ja. Macam comel ja... (tolonglah..kenapala ayat ni popular sangat?????)

Ini adalah graduasi 2 anak buah saya dari 2 orang kakak saya :)

Umur 6 tahun, tahun ni..so, diaorang akan masuk sekolah rendah lah tahun depan...

Yang perempuan tu sudah ada 3 orang adik, yang lelaki tu ada sorang abang dan InsyaAllah, akan ada sorang adik tahun depan (bulan dua)...Boboy jugak :)



Sebelah kanan namanya, Ayong..Nama betul Iffa Nadya.Tadika nya Brainy Bunch Islamic Montessari (maapkan saya anda tersalah ejaan).. :)



Yang buat gambaq tanduk ni pulak, namanya Bangchik Raimi..Nama penuhnya Mohd Raimi Naufal :)
Tadikanya bersebelahan Sekolah Al-Amin...

Pendek kata, zaman sekarang semua nak ada jubah graduasi kan?

Saya dulu, takde jubah, tapi dapat jugak scroll sijil and buat persembahan..Tupun dah kira best!...

Gambar masa saya tadika dulu pernah upload kat Friendster (taktaulah jadi apa kat situ),
Anna Da Lady




Thursday, November 14, 2013

Alhamdulillah...Idea datang mencurah-curah

Memang betul orang kata, bila kita banyak berbincang, lagi banyak kita dapat

Memang betul orang kata, bila kita duduk sorang, kita macam duduk bawah tempurung

Memang betul orang kata, apa yang Allah uji ni semua sebab Allah sayangkan kita.

Alhamdulillah,
Anna Da Lady

Thursday, November 7, 2013

Belajar bersama, bekerja bersama

Alhamdulillah, rezeki pasangan ni...

Memang best!

BANGI, 26 Okt 2013 - Sepasangan suami isteri yang menerima Ijazah PhD mereka bersama di Konvokesyen ke 41 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuktikan perkahwinan tidak menghalang mereka memajukan diri.
Dr Ismadi Ismail and Dr Rosilawati Amiruddin kedua-keduanya di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi pada sesi yang sama.
Sekali imbas mereka kelihatan seperti pasangan biasa sahaja tetapi banyak yang boleh di pelajari daripada mereka.
Mereka bukan sahaja menerima ijazah pada hari yang sama tetapi mempelajari bidang yang sama, bekerja di tempat sama dalam jabatan yang sama dan mengajar subjek yang sama pula.
Pasangan tersebut yang telah berkenalan semasa pengajian di peringkat matrikulasi dahulu telah mendapat markah yang sama waktu mereka memperolehi ijazah sarjana secara berasingan dahulu dengan mereka masing-masing memperolehi markah sama 3.95 GPA.
Pernah pada semasa pemeriksaan untuk PhD mereka, seorang pensyarah ditugaskan untuk menjaga mereka kerana curiga dengan keputusan mereka.
Mereka sukar dipisahkan dan tidak bosan untuk bersama bila-bila masa kerana sentiasanya mempunyai modal untuk bersembang walaupun telah berkahwin lebih 20 tahun.
“Hinggakan di pejabat rakan sekerja terpaksa memisahkan kami. Kami adalah seperti dua sahabat yang tidak jemu menghabiskan masa bersama,” kata Dr Ismadi.
Tidak seperti pasangan lain mereka jarang bertelingkah. Perkahwinan mereka seperti dirahmati dan dilindungi Allah.
Ismadi seraya berseloroh berkata: “saya pergi kerja naik satu kereta dengan isteri. Di tempat kerja kami menghabiskan masa bersama dan kemudian kami pulang bersama. Kiranya saya ingin menjalinkan hubungan dengan wanita lain, peluang itu tidak ada kerana kami sentiasa bersama.”
Mereka juga tidak menjadikan pengajian mereka sebagai alasan untuk tidak bersama anak-anak. “Kami banyak menghabiskan masa di pejabat tetapi habis waktu kerja anak- anak kami akan datang ke pejabat dan belajar bersama kami,” kata Rosilawati.
Beliau akan memasak di rumah pada hujung minggu dan membawa anak-anak ke pejabat untuk menghabiskan masa.
Beliau berkata suaminya adalah ketua keluarga dan beliau tidak mempunyai masalah menurut kata suaminya kerana menggangap suaminya seorang yang sempurna. “Anak-anak kami juga beranggapan demikian.”
Rosilawati mendapat ijazah sarjananya pada tahun 1992 manakala Ismadi hanya berpeluang untuk mengikuti program sarjana pada tahun 1997. Walau bagaimanapun beliau telah memberi sokongan penuh kepada isterinya dan tidak menganggap itu suatu yang boleh mengancamnya.
Walaupun mempunyai persamaan yang agak ketara mereka amat kompetitif  dalam pengajian. Bagaimana pun persaingan itu tidak pernah menggugat hubungan mereka.
Dr Rosilawati menceritakan rahsia menjadikan perkahwinan bahagia dan bermanfaat. “Sekiranya kami tidak bersetuju terhadap sesuatu, saya tidak akan bertegas dengan pendirian saya. Sebaliknya saya akan mengelakan isu tersebut selama beberapa hari dan kiranya saya betul suami saya akan lambat laun menerimanya walaupun ia mengambil masa,
“Tidak seperti lelaki lain beliau sanggup mengakui kesilapanya apabila dia silap,” kata Dr Rosilawati.
Perwatakan suaminya yang adil dan tidak emosi mungkin disebabkan dididkan dia terima waktu membesar dalam sebuah keluarga tentera di mana ayahnya amat tegas dan berdisiplin.
Beliau menceritakan yang bapanya akan melakukan pemeriksaan secara tiba-tiba di biliknya dan ketika itu beliau adik beradik akan berdiri tegap seperti asykar.
Namun kedua-dua mereka menganggap kejayaan mereka adalah rahmat dari Allah dan bukan hanya kerana usaha gigih.
Mereka berdua bersetuju yang perkahwinan akan lebih bermakna sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai matlamat yang sama, dan memahami suatu sama lain.

Saya dan Mr F pun berkeinginan membuat 'sesuatu' secara bersama-sama, Moga Allah membantu dan memberkati usaha kami,
Anna Da Lady

Monday, November 4, 2013

Lapar..itulah alamatnya!

Hah, punyalah seorang budak ni semangat datang ofis dengan niat untuk mengadap 'kerja' nya yang sudah ditinggal hampir seminggu...

Lepas tu, bila sampai ofis, tengok cafe pulak tutup..Orang pulak tak ramai...Dan part paling best, harini budak ni datang ofis dengan dihantar suaminya....

Huwaa, dahla budak ni lapar! Mana nak cari makan ni?

Namun, alhamdulillah, ada kawan budak ni sanggup berkongsi makan pagi dengan dia..Nasi lemak lauk sotong lagi...

Terima kasih kawan,
Anna Da Lady

Tuesday, September 24, 2013

Rasa seronok bila orang lain 'happy'

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak rakan seperjuangan dalam dunia akademik melepasi tahap genting viva pagi tadi. Saya pun tumpang rasa nerves bila masanya tiba.

Dan bila selepas ia berlalu, dan beliau mengatakan "alhamdulillah, dah lepas!", terus rasa seronok sama, dan di samping itu, saya pun rasa 'nerves' sebab nanti bila masa saya pulak, camne ye?

Apapun, tahniah kawanku. Anda tahu anda siapa!
Anna Da Lady

Thursday, June 13, 2013

Rezeki semalam: Jadi subjek

Alhamdulillah....


Walaupun nampak sikit, tetapi tetap dapat memberikan segaris senyuman kepada yang menerima.. Macam pergi majlis kenduri je :)

Tapi yang lagi best, dapat RM20 hanya dengan menjadi subjek kepada satu eksperimen yang hanya memerlukan masa kurang daripada 1 jam :)

Lagi satu yang paling best, dapat timba jugak pengalaman macam mana nak deal dengan orang bila buat eksperimen melibatkan manusia and dapat jugak pengetahuan pasal bidang yang dikaji :)

So, lepas ni kepada sesapa yang nak saya jadi subjek eksperimen, boleh panggil la ye..janji ada 'saguhati'
Hehe..Lawak je..Takde upah pun takpe, sebab apa gunanya kawan, kalau tak tolong kan?

Ingat lagi cerita sorang kawan semalam, saya panggil Kak E, bila saya tanya,

"Eh, Kak..Memang cenggini ye bila kita tolong jadi subjek?Dapat duit, dapat makan"

Katanya...

"Eh, Kam...yang ni sangat OK tau..Akak ada diminta pergi jadi subjek kat satu uni ni, nak tau tak berapa dia bayar untuk 2-3 jam punya eksperimen..RM30 je..."

Pastu saya sambung..

"Hmm, sampai 3 jam, 30 ringgit je ye? Tapi, nanti kalau kita tak tolong, sapa nak tolong kita pulak kan masa kita perlukan bantuan. Ye tak?"

Materialistik,
Anna Da Lady

Friday, April 5, 2013

Dua kerja satu masa: Inilah perempuan!


Gambar 'anon' beberapa hari lalu....

Anna Da Lady


Thursday, April 4, 2013

Nasihat sebelum memulakan perjalanan sebagai PhD student


Kemungkinan ada yang dah join group ni di FB: Doctorate Support Group (DSG). Macam-macam kita boleh dapat dari sini. Ada yang berkaitan, dan ada yang tak berkaitan...

Di sini, saya nak extract sikit apa yang saya dapat daripada ahli DSG ni untuk maklumat saya dan anda semua yang berkitan dengan benda ni;

SOALAN daripada seorang ahli: 
I'm first sem PhD student, anyone can show me the way to start with..?

JAWAPAN YANG PELBAGAI DARIPADA AHLI DAN PELBAGAI LATAR BELAKANG:

1) The best way is reading or attend research method class.

2)  Saudara perlu mengenalpasti 'key-players' dalam jabatan/fakulti beserta kepakaran individu-individu tersebut. Cara ini memudahkan saudara mencari 'pakar' rujuk bila ada permasalahan yang timbul. Ini termasuklah technician dan senior PhD students.

3)  Kenalpasti 'key-papers' dalam bidang penyelidikan saudara. Ini amat membantu dalam proses memulakan penulisan Lit Review. Saudara boleh bertanya tentang hal ini dari pelajar senior atau supervisor sendiri.

4) My two cents: From what I see, most beginning PhD students have a problem deciding title for their thesis because they are not sure what they want to study. I have one colleague who changed his title completely after 8 months of proposal phase. Try to be sure of what you want to study and try to study something that you love. This way you'll love doing your research.

5) you can gather with other candidates/knowledgeable friends to discuss on your research journey. You will find out some 'out of the box' question which will asked to u from your friends from different discipline or the same discipline.It help you to built your ideation framework
6) pls make sure what is yr interest..then get d articles to find d gap (read n read)..gap (from d past researcher) that u explain in problem statement is very important. if the argument n explaination in yr problem statment not strong u wl die. Problem statement is d heart of d research, u have to justify d uniqueness and d significance of yr research

7) kalau kita memandu mesti ada arah tujuan kan? kalau memandu x ada arah tujuan pun boleh...tapi rugi minyak ja la. so...rancang perjalanan itu dengan baik. mesti ada peta (objective of study), gps (supervisor) dan lokasi (expected finding)

8) please organize all yr articles properly. make a file, physically and virtually.

9) Apa yang penting adalah niat kenapa kita buat PhD. Betulkan niat dulu, insha allah semua berjalan lancar dan cabaran yang ada mudah dihadapi. Pilih supervisor yang dapat menerima personality anda dan anda juga dapat menerima cara dia. Dari pengalaman saya, bila niat betul, semua mudah. Jika supervisor anda muda dari anda, jangan pandang rendah pada dia sebab dia guru kita. Sentiasa hormat pada guru kita. Kita kena sentiasa bounce our idea dengan sup kita. Ini kerana kadang-kadang apa yang kita rancang mahu kaji telah dibuat oleh orang lain atau mungkin mirip pada kajian yang telah dilakukan. Ini satu cara untuk jimtkan masa. Hadiri workshop yang mudah seperti cara menulis problem statement, cara menulis references, kelas endnote atau yg seangkatan dengannya. Semasa memilih topic mesti juga fikirkan context dan content bersama. Contohnya siapa ata apa unit analisis anda. Kadang-kadang unit analisis kita yg hendah dikaji terlalu kecil populasinya. Jika school anda ada menjalankan defense proposal dan findings, kerap hadiri sebab dari sana anda akan dapat tip yang berfaedah dari examiners. Bila telah ada scope kajian baca sambil menulis. Kemudian jinak kan diri dengan kelas analisis. Apa yang penting bila anda seorang pelajar, pembawakan diri mesti sebagai pelajar. Segala jawatan yang disandang semasa bekerja letak tepi dulu. Nasihat yang diberi oleh rakan-rakan lain seperti dhuha dan amalkan bacaan Quran itu betul kerana ia menenangkan jiwa dan memberi inpirasi.

10) ALLAH FIRST!

Apapun, mungkin ada lagi pelbagai cara lain. Moga Allah berkati perjalann kita dalam menimba ilmu ini. InsyaAllah.

cREDIT TO: aHLI dsg.

Anna Da Lady


Thursday, January 10, 2013

Interview di waktu malam dari UK

Alhamdulillah, baru lepas satu sesi interview oleh potential supervisor dari UK.

Memang masa dengar kata kena interview tu, fuh..dup dap!

Tapi, bukan boleh layan sangat dup dap ni...Sebab nanti confirm gelabah punya...

Iye, yang itulah terjadi bila dok tengok jam dari pukul 8.45 hinggalah waktu kejadian, which is at 9.30pm...

Pastu, bila dengar je satu suara aneh, dan nombor aneh...Terus..Dup dap tu bertambah kencang...Tapi hati saya dok berbisik...

"Eh, awak..tenaglah..nanti kalau awak gementar, awak cakap berterabur..Lagi malu!"

Iye..betoi..Lagi kita nervous, lagi ntah apa kita cakap dan buat!

Ada dua orang interviewer tadi...Dua-dua sangat baik dan soft spoken, cuma saya agak kurang dengar sebab apa ye?

Adakah sebab telinga saya bermasalah!

Atau, sebab saya ni memang 'lembap' sikit dengar orang cakap, tambah2 kalau bahasa omputih slang bukan jenis Manglish atau Asia-lish? Hehehe....

Tapi, overall, Alhamdulillah, boleh jawab apa yang dia tanya, walaupun, entah apa-apa saya jawab tadi....Yang penting kena konfiden :)

Kalau dapat, Alhamdulillah, Allah permudahkan...Kalau tak dapat, usahlah bersedih....Ada hikmahnya kan?

Anna Da Lady

Wednesday, November 7, 2012

Satu kepuasan bila...


TWINK....TWINK...Twink!!!!

Kita dapat gariskan atau tick benda yang kita sudah siapkan dalam checklist senarai kerja yang kita kena buat :)

Fahamkan?


Sumber: Google

Setakat ni, dalam list saya untuk bulan ni, ada 5 major task...Dua dah selesai, yang mana memang kedua-dua ni membuat tidur malam saya asyik terganggu.

Jadi, yang lebih tiga ni, hanya yang ringan2 je :)

Anna Da Lady

Thursday, October 11, 2012

Pencarian tajuk projek

Turutan keadaan semasa dan lepas:-

Keadaan sekarang: Pening, lapar dan takut, SEBAB
- macam-macam dalam kepala (tajuk projek, isi projek, gentar nak jumpak another Prof)
- dah baca macam-macam paper berwarna-warni dengan bermacam-macam isi yang perlu diringkaskan findingnya
- mula lapar balik sebab dah 'buang' apa yang dimakan

Keadaan pukul 10 pagi tadi; Ceria dan energetic SEBAB
- baca artikel sambil dengar lagu Muara Hati dan lain-lain.
- buat kesimpulan; lagu muara hati mempunyai nilai korelasi yang positif dengan mood study dan kerja
- dah ambik breakfast

Keadaan pukul 7 pagi tadi; Blur, cuak dan mengantuk SEBAB
- bangun tidur awal, sebab menumpang di rumah kakak. jadi kena bangun awal :)
- cuak sebab langsung tak study apa untuk meeting dengan another Prof pukul 2 petang ni

Kesimpulannya, saya buat kerja harini dengan macam-macam 'pee'l' dan 'feel'

Anna Da Lady

Saturday, June 23, 2012

Mari belajar bahasa Jerman bersama Cikgu Rosetta Stone

Uish, ponet nya belajar bahasa baru ni. Bahasa ni kalau nak ikutkan lebih kurang bunyi macam bahasa omputih. Tapi, lagi pekat slang dia..

Contoh, drink...dia bunyi trinkt (disebut trring)...R tu lobih sikit ye.
Lagi, eat..bunyinya isst.

Ni gara-gara Mr F la..Naikkan semangat saya nak belajo bahasa Jerman. Sampai di download nya benda alah ni.

Dia pulak dari dulu dah download yang bahasa Arab nyer. Tapi, sampaila macam tak gerak je...Huhu

Tapi, apapun memang best..sebab dia macam ala-ala game budak2 baru belajar ABC. Ada game mix and match la, colorful..penuh dengan gambar...macam-macam :)

Tapi, bila umur dah gini, macam lombap sikit je nak belajo benda baru. Tapi, better late than never kan?

Jom kita try lagi,
Anna Da Lady


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails