Alhamdulillah, my sis at shah Alam kata sungai kat rumah dia air dah semakin surut..Alhamdulillah, tak dapat bayangkan kalau banjir berlaku di situ, walaupun mungkin tak seteruk di Pantai Timur.
Pagi ini, dapat macam-macam lagi status di WA. Suasana sebenar dari sedara & kawan terdekat di sana..Ya Allah, moga Allah melindungi kita semua..
DIA sayang pada kita,
Anna Da Lady
Showing posts with label Story. Show all posts

Friday, December 26, 2014
Thursday, December 25, 2014
Banjir di Pantai Timur-cerita sana sini
Harini sebab masing-masing sama bercuti, maka WA penuh sesak dengan mesej keadaan di Pantai Timur, terutama di Kelantan. Samada pasal kondisi semasa, pasal bantuan dan lain-lain.
Kebanyakan famili rakan-rakan sekerja, samada bos2, senior2 dan famili kepada famili berasal dari Kelantan. Ada satu famili, adik kepada suami Maksu saya menginap di Kuala Krai. Semalam, masih lagi ada berita semasa dari mereka. Memang dah berpindah ke bukit. Harini, memang tiada update langsung. :(
Update dari kawan Kak Ngah saya yang duduk di Kelantan, katanya depa mata dia, nampak orang dihanyutkan arus air yang kuat. Moga mangsa dilindungi oleh Allah.
Lepas tu update dari kawan-kawan saya pulak. Ada sorang ni duduk area Paser Puteh. Alhamdulillah, katanya kawasan dia takde lagi naik banjir. Bachok pun sama. Tapi, pakcik dia yang dok kat Kedai Buloh, dah naik air..Tapi taknak pindah, sebab katanya nak jaga rumah. alahai :(
Bukan kes ni je..ada lagi satu, tok kepada kawan saya di Kampong Laut. Rumah dia kalau dari luar, memang kena redah sampai dada dah. Naik air pukul 3 pagi semalam (waktu Malaysia), tapi sampai skang, taknak pindah. Dah pujuk, tetap begitu :(
Apapun, betapa kentalnya rakyat Kelantan menghadapi musibah sebegini. Semuanya yakin dengan kuasa Allah. InsyaAllah, ada ganjaran yang lebih baik untuk semua yang berlaku.
Sama-sama kita berdoa untuk semua,

Tuesday, December 3, 2013
Pabila banjir melanda
Tadi dapat contact kawan lama yang berada di Kuantan, Pahang. Beliau bekerja di UMP.
Masa beliau balik kerja daripada UMP tadi, memang beliau guna 'jalan tikus' untuk sampai ke rumah iaitu lebih sesuai untuk laluan motor, disbabkan laluan utama sangat 'teruk'
Memang katanya, habis kereta beliau kena sagat, tapi 'asalkan boleh sampai di rumah'...
Sekarang, beliau dengan suaminya tengah membungkus apa2 yang patut untuk menghadapi banjir.
Setakat ni, memang kawasan hadapan rumahnya telah dinaiki air...Tiada apa-apa yang dapat dibuat...
Bekalan elektrik semua putus. Kiranya membungkus dalam gelap :(
Nak keluar dari pekan Kuantan, memang tak boleh...
LPT dah banjir.Gambang Ok. Jadi nak ke KL, nak ke arah Johor, agak sukar.
Moga-moga semuanya kembali kepada normal. Kesian beliau dan suami..Dahla tengah demam :(
Ada hikmah semua ni, dugaan buat kita
Anna Da Lady
Berita terkini: Kawan saya cakap, Gambang Ok..Maka, dia menetap di UMP. Moga semuanya Ok.
Masa beliau balik kerja daripada UMP tadi, memang beliau guna 'jalan tikus' untuk sampai ke rumah iaitu lebih sesuai untuk laluan motor, disbabkan laluan utama sangat 'teruk'
Memang katanya, habis kereta beliau kena sagat, tapi 'asalkan boleh sampai di rumah'...
Sekarang, beliau dengan suaminya tengah membungkus apa2 yang patut untuk menghadapi banjir.
Setakat ni, memang kawasan hadapan rumahnya telah dinaiki air...Tiada apa-apa yang dapat dibuat...
Bekalan elektrik semua putus. Kiranya membungkus dalam gelap :(
Nak keluar dari pekan Kuantan, memang tak boleh...
LPT dah banjir.
Moga-moga semuanya kembali kepada normal. Kesian beliau dan suami..Dahla tengah demam :(
Ada hikmah semua ni, dugaan buat kita
Anna Da Lady
Berita terkini: Kawan saya cakap, Gambang Ok..Maka, dia menetap di UMP. Moga semuanya Ok.
Thursday, November 21, 2013
Bahasa...
Tengah ada penyakit M nak buat kerja lain, maka terus layan Yotube...
So, tengokla sketsa ni, terutama bagi yang suka belajar bahasa asing
How I live in France
Kreatip budak2 ni :)

Thursday, November 7, 2013
Belajar bersama, bekerja bersama
Alhamdulillah, rezeki pasangan ni...
Memang best!
Memang best!
BANGI, 26 Okt 2013 - Sepasangan suami isteri yang menerima Ijazah PhD mereka bersama di Konvokesyen ke 41 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuktikan perkahwinan tidak menghalang mereka memajukan diri.
Dr Ismadi Ismail and Dr Rosilawati Amiruddin kedua-keduanya di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi pada sesi yang sama.
Sekali imbas mereka kelihatan seperti pasangan biasa sahaja tetapi banyak yang boleh di pelajari daripada mereka.
Mereka bukan sahaja menerima ijazah pada hari yang sama tetapi mempelajari bidang yang sama, bekerja di tempat sama dalam jabatan yang sama dan mengajar subjek yang sama pula.
Pasangan tersebut yang telah berkenalan semasa pengajian di peringkat matrikulasi dahulu telah mendapat markah yang sama waktu mereka memperolehi ijazah sarjana secara berasingan dahulu dengan mereka masing-masing memperolehi markah sama 3.95 GPA.
Pernah pada semasa pemeriksaan untuk PhD mereka, seorang pensyarah ditugaskan untuk menjaga mereka kerana curiga dengan keputusan mereka.
Mereka sukar dipisahkan dan tidak bosan untuk bersama bila-bila masa kerana sentiasanya mempunyai modal untuk bersembang walaupun telah berkahwin lebih 20 tahun.
“Hinggakan di pejabat rakan sekerja terpaksa memisahkan kami. Kami adalah seperti dua sahabat yang tidak jemu menghabiskan masa bersama,” kata Dr Ismadi.
Tidak seperti pasangan lain mereka jarang bertelingkah. Perkahwinan mereka seperti dirahmati dan dilindungi Allah.
Ismadi seraya berseloroh berkata: “saya pergi kerja naik satu kereta dengan isteri. Di tempat kerja kami menghabiskan masa bersama dan kemudian kami pulang bersama. Kiranya saya ingin menjalinkan hubungan dengan wanita lain, peluang itu tidak ada kerana kami sentiasa bersama.”
Mereka juga tidak menjadikan pengajian mereka sebagai alasan untuk tidak bersama anak-anak. “Kami banyak menghabiskan masa di pejabat tetapi habis waktu kerja anak- anak kami akan datang ke pejabat dan belajar bersama kami,” kata Rosilawati.
Beliau akan memasak di rumah pada hujung minggu dan membawa anak-anak ke pejabat untuk menghabiskan masa.
Beliau berkata suaminya adalah ketua keluarga dan beliau tidak mempunyai masalah menurut kata suaminya kerana menggangap suaminya seorang yang sempurna. “Anak-anak kami juga beranggapan demikian.”
Rosilawati mendapat ijazah sarjananya pada tahun 1992 manakala Ismadi hanya berpeluang untuk mengikuti program sarjana pada tahun 1997. Walau bagaimanapun beliau telah memberi sokongan penuh kepada isterinya dan tidak menganggap itu suatu yang boleh mengancamnya.
Walaupun mempunyai persamaan yang agak ketara mereka amat kompetitif dalam pengajian. Bagaimana pun persaingan itu tidak pernah menggugat hubungan mereka.
Dr Rosilawati menceritakan rahsia menjadikan perkahwinan bahagia dan bermanfaat. “Sekiranya kami tidak bersetuju terhadap sesuatu, saya tidak akan bertegas dengan pendirian saya. Sebaliknya saya akan mengelakan isu tersebut selama beberapa hari dan kiranya saya betul suami saya akan lambat laun menerimanya walaupun ia mengambil masa,
“Tidak seperti lelaki lain beliau sanggup mengakui kesilapanya apabila dia silap,” kata Dr Rosilawati.
Perwatakan suaminya yang adil dan tidak emosi mungkin disebabkan dididkan dia terima waktu membesar dalam sebuah keluarga tentera di mana ayahnya amat tegas dan berdisiplin.
Beliau menceritakan yang bapanya akan melakukan pemeriksaan secara tiba-tiba di biliknya dan ketika itu beliau adik beradik akan berdiri tegap seperti asykar.
Namun kedua-dua mereka menganggap kejayaan mereka adalah rahmat dari Allah dan bukan hanya kerana usaha gigih.
Mereka berdua bersetuju yang perkahwinan akan lebih bermakna sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai matlamat yang sama, dan memahami suatu sama lain.
Saya dan Mr F pun berkeinginan membuat 'sesuatu' secara bersama-sama, Moga Allah membantu dan memberkati usaha kami,
Anna Da Lady
Wednesday, October 2, 2013
Hasil mengemis
Daripada sini;
Sana’a: Seorang lelaki Yaman menghadiahkan isterinya kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser, sekeping tanah selain membina hotel dan pusat beli-belah hasil wang mengemis.
Mohammed Taher yang kini antara lelaki terkaya di sebuah wilayah di Yaman tidak memiliki harta apa pun ketika meninggalkan bandar kelahirannya, Lahij di barat daya negara itu ketika berhijrah ke Arab Saudi pada 2003.
Pada beberapa bulan pertama sewaktu bekerja sebagai tukang kayu di Jeddah, dia mendapati golongan pengemis memperoleh pendapatan lebih lumayan daripadanya.
Menurut laman web berita Yaman Sinbad, Mohammed kemudian mengambil keputusan menjadi pengemis.
“Dalam beberapa bulan pertama dia dapat mengumpulkan sejumlah besar wang hasil pemberian orang ramai,” lapor Sinbad. Mohammed terus mengemis selama 10 tahun hinggalah tahun ini sebelum dia memutuskan untuk pulang ke Yaman selepas mendapati wang yang disimpannya sudah mencukupi.
Perkara pertama dilakukan sebaik pulang ialah membelikan isterinya kenderaan dan sebidang tanah sebagai balasan kerana setia menunggunya, selain menjaga anak mereka sepanjang ketiadaannya. “Mohammed berjaya meraih kekayaan daripada mengemis dan kini dia membina sebuah hotel dan pusat beli-belah,” lapor Sinbad.
Sementara itu, seorang penulis blog Arab Saudi yang terkejut dengan kisah Mohammed mempertikaikan tindakan warga tempatan yang terlalu pemurah.
“Adakah kita sangat polos atau kebaikan kita untuk membantu mereka yang memerlukan sudah keterlaluan,” tulisnya. - Agensi
Nota kaki:
Semuanya rezeki dari Allah. Tapi yang memberi lebih baik dari yang menerima. Wallahualam...
Anna Da Lady
Monday, September 9, 2013
Pabila mereka meninggalkan kita
Masih berada dalam keadaan terkejut. Disebabkan berita di bawah ini. Kakak saya dan beberapa sedara lain baru balik melawat arwah sekeluarga yang meninggal di Hospital Serdang. Mereka diberitahu kabar sedih ini pukul 3 petang tadi.
Rupa-rupanya mangsa adalah sedara kami sebelah mak saya.
Moga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman
Maklumat terkini daripada sini:
Kajang: “Dunia gelap seketika saat berita malang itu dikhabarkan... ia saat paling hiba dalam hidup saya,” kata Muhammad Tauffid Kassim, 44, yang kehilangan isteri dan tiga anaknya serentak dalam kemalangan di Kajang, semalam.
Ketika dimaklumkan mengenai nahas kira-kira jam 11 pagi itu yang mengorbankan isterinya, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anak mereka, perkara pertama terlintas dalam fikiran Tauffid ialah nasib empat lagi anak mereka yang masih kecil.
Tiga anaknya yang maut dalam nahas pada jam 11.50 pagi di KM 8 Jalan Kajang-Banting itu ialah Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1, manakala seorang lagi, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dihantar ke Hospital Kajang.
“Saya hilang empat nadi sekali gus,” kata guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB) itu dalam nada hiba sambil memaklumkan, empat anaknya yang masih hidup berusia antara tiga hingga 10 tahun, termasuk Nabil Lutfan.
Bertembung lori
Kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta PERODUA Kancil dipandu Rohaya, yang juga guru agama di SKBBB dalam perjalanan dari arah Bangi ke Kajang untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang sebelum dikatakan terbabas dan bertembung sebuah lori dua tan dari arah bertentangan.
Dua anak mereka yang maut, juga bersekolah di SKBBB.
Tauffid berkata, dia sedang mengajar di sekolah ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus lesu sehingga terpaksa dipapah ke lokasi nahas.
“Isteri mengajar sesi petang, saya pula sesi pagi. Biasanya jam 12 tengah hari dua anak yang kecil dihantar ke rumah pengasuh,” katanya sambil menambah, jenazah empat beranak itu dibawa ke Kuala Nerang Kedah, malam tadi untuk disemadikan.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Abdullah Ramli, berkata ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga daripada anak mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang sudah dikeluarkan orang ramai dengan seorang cedera dan dihantar ke Hospital Kajang.
Kereta remuk
“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan dua lagi mangsa, iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang berada di kerusi depan. Keadaan kereta yang remuk teruk menyebabkan dua mangsa berkenaan sukar dikeluarkan kerana tersepit dengan bahagian depan lori,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah van yang melanggar belakang lori berkenaan, namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.
Maklumat terkini daripada sini:
Kajang: “Dunia gelap seketika saat berita malang itu dikhabarkan... ia saat paling hiba dalam hidup saya,” kata Muhammad Tauffid Kassim, 44, yang kehilangan isteri dan tiga anaknya serentak dalam kemalangan di Kajang, semalam.
Ketika dimaklumkan mengenai nahas kira-kira jam 11 pagi itu yang mengorbankan isterinya, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anak mereka, perkara pertama terlintas dalam fikiran Tauffid ialah nasib empat lagi anak mereka yang masih kecil.
“Saya hilang empat nadi sekali gus,” kata guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB) itu dalam nada hiba sambil memaklumkan, empat anaknya yang masih hidup berusia antara tiga hingga 10 tahun, termasuk Nabil Lutfan.
Bertembung lori
Kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta PERODUA Kancil dipandu Rohaya, yang juga guru agama di SKBBB dalam perjalanan dari arah Bangi ke Kajang untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang sebelum dikatakan terbabas dan bertembung sebuah lori dua tan dari arah bertentangan.
Dua anak mereka yang maut, juga bersekolah di SKBBB.
Tauffid berkata, dia sedang mengajar di sekolah ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus lesu sehingga terpaksa dipapah ke lokasi nahas.
“Isteri mengajar sesi petang, saya pula sesi pagi. Biasanya jam 12 tengah hari dua anak yang kecil dihantar ke rumah pengasuh,” katanya sambil menambah, jenazah empat beranak itu dibawa ke Kuala Nerang Kedah, malam tadi untuk disemadikan.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Abdullah Ramli, berkata ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga daripada anak mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang sudah dikeluarkan orang ramai dengan seorang cedera dan dihantar ke Hospital Kajang.
Kereta remuk
“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan dua lagi mangsa, iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang berada di kerusi depan. Keadaan kereta yang remuk teruk menyebabkan dua mangsa berkenaan sukar dikeluarkan kerana tersepit dengan bahagian depan lori,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah van yang melanggar belakang lori berkenaan, namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.
Anna Da Lady
Wednesday, September 4, 2013
Kes pecah masuk rumah...
Harini dekat ofis kecik saya ada jamuan raya. Masing-masing bawak menu yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, semua sedap, menyelerakan dan yang paling penting muafakat sesama ahli tu :)
Di samping makan2 tu, diselitkan juga dengan cerita seorang rakan ofis yang rumahnya baru dipecah masuk dalam 2 minggu after raya.
Kejadian pada pukul 3 pagi.
Walaupun rumahnya dilengkapi dengan CCTV (7 buah semuanya) di mana beliau sendiri 'mengsetkan' item2 di dalam sistem itu, perompak tetap 'sesuka hati' memecah masuk rumah beliau.
Alhamdulillah, anak-anak beliau semua tidak diusiknya. Perompak2 tu hanya pecahkan bilik master bedroom di mana beliau suami isteri sedang tidur. Dan selepas itu mereka berdua diikat, dan diacukan parang supaya tidak menyerang balas balik. Kerugian dianggarkan RM 15k.
Sambil bercerita beliau tunjukkan beberapa rakaman CCTV yang sempat dirakamkan. Memang agak mencuakkan. Yang merompak tu, dari negara asing jika dilihatkan kepada dialek percakapannya.
Astagfirullahalzim..Memang..Rasa geram pun ada!
Lepas tu, terbaca pulak artikel ni. Dari Kosmo Online.

Pemilik rumah cedera bergelut dengan lima penyamun
04/09/2013 4:01pm
ROMPIN - Seorang pemilik rumah cedera ditetak akibat bergelut dengan lima penyamun yang bersenjatakan parang di Felda Keratong, Muadzam Shah di sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Johari Yahaya berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu mangsa yang berumur 27 tahun bersama ibunya, 57, dan adik perempuannya, 23, sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan lima lelaki yang dipercayai warga Indonesia.
"Mangsa yang panik melihat suspek di dalam rumahnya bertindak melawan dan bergelut dengan suspek. Mangsa juga mendakwa sempat memukul salahseorang suspek dengan besi pasu bunga sebelum ditetak di tangan kanan, jari kiri, belakang badan dan bahagian tepi pinggangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
Jadi, apa langkah yang kita boleh buat untuk mengelakkan lagi perkara2 bgini terjadi...Tak aman dok kat umah kalau begini!
Anna Da Lady
Wednesday, July 3, 2013
SATU CERITA: Keluar lunch bersama girlfriend
Satu tengahari yang hening telah menemukan dua orang sahabat lama di sebuah kedai makan di Seksyen 7 satu tempat di Selangor.
Walaupun dekat, tapi mereka jarang bersua. Maka, apabila berjumpa pelbagai cerita dikongsi bersama.
Q: Weh, mu apa cerita?
B: Aku camnilah...
Q: Mu tak kelik kampong ka?
B: Rasa teringin nak kelik jugak, tapi ada satu benda aku kena setel dulu, lepas tu baru rasa lega nak gi mana-mana. Mu pulak apa cerita? Ada berjumpa lagi tak kawan kita jiran mu, Ali tu?
Q: Hmm, aku taktau la mek...Dulu, rajin jugak dia sembang, keluar makan ngan aku..Sekarang ni, macam nak mengelak je bertembung ngan aku.
B: Ha? Pasal pa? Aku pun dah lama tak jumpak dia.
Z: Ada satu cerita ni, kawan kita yang dok kat utara, Has. Haritu dia mintak nombor telefon Ali kat aku. Pastu aku bagi la selepas asyik ditanya. Dia kata dia nak contact Ali ni pasal tips buat PhD. Has ni jugak ada cakap kat aku dia suka jugak dengan si A ni.
B: Oh yaka. Bagusla. Hm, pastu?
Z: Aku taktau la sama ada aku salah atau tidak bertindak camtu. Tapi, aku rasa ni penyebab nya, Ali taknak dah bertembung ngan aku.

B: Hmm, susah jugakkan.
Z: Itulah..Nak tolong kawan ni, kawan lain pula sengsara.
B: Apapun, moga kita semua waras dalam bertindak kan?
Bukan nama sebenar,
Anna Da Lady
Anna Da Lady
Saturday, June 29, 2013
SATU CERITA: Bila excited nak pergi Jalan TAR
Ada sorang budak perempuan ni, dia memang kaki shopping.
Cuma selepas beliau mendirikan rumah tangga, minatnya kepada membeli belah agak kurang berbanding zaman bujang dulu. Beliau lebih utamakan 'benda-benda penting' sahaja.
Memang berbeza dengan zaman anak dara, di mana segala benda nak dibeli, sampai kekadang...
"Aik, menyesal pulak aku beli benda alah ni"
Minggu ni, beliau bercadang nak membeli-belah sempena Aidilfitri nanti. (Hai, puasa pun tak masuk lagi, ni lah namanya perempuan kan?)
Beliau akan ditemani sepupu beliau ke Jalan TAR.
Punyalah lama beliau tak pergi ke tempat ni, sampai beliau selalu jeles bila sepupu beliau selalu menceritakan 'tudung-tudung murah' dan 'baju-baju murah dan cantik' yang boleh didapati di Jalan TAR.
Sampaikan, waktu lunch sambil shopping dengan kawan sepejabat beberapa hari lalu, beliau tidak ada langsung keinginan untuk membeli dan menjenguk baju-baju dan tudung-tudung yang dipamerkan di dalam shopping complex itu.
Bila kawan beliau tanya...
"Aik, tak nak beli ke?"
Beliau menjawab..."Ala, hujung minggu ni nak pergi Jalan TAR..." (kata beliau, sambil tersenyum kambing)
Dalam hati, takpe...save the best for last!
Pada suatu malam, ketika beliau tidur...Tetiba beliau mimpi suasana seperti di Jalan area KL...
Namun yang paling menyedihkan, beliau tak dapat pergi ke Jalan TAR disebabkan takdak sape nak teman beliau..Semua dah penat....
Mulalah beliau berasa sayu dan ralat sangat tak dapat pergi...
Namun, tetiba jam loceng berbunyi..Beliau terjaga..dan satu senyuman terukir di bibir beliau..."Yes, aku mimpi je"

Friday, June 28, 2013
SATU CERITA: Kesan extreme diet
Kesinambungan dari entry lepas berkaitan: SATU CERITA: Fat to slim
(Arahan: sila baca entry dinyatakan sebelum baca yang ini)
Selepas sekian lama mengamalkan diet tanpa makan nasi, dan selalu makan bihun, budak perempuan ini sering mengalami 'angin'...
Di mana angin ini ada kaitan dengan rasa tak sedap badan, kekadang rasa sakit-sakit sendi...
Dan pada suatu hari, nak dijadikan cerita, beliau bersembang dengan seorang Dr (bukan Dr medic) mengenai cara pemakanan ketika menjamu breakfast di sekolahnya.
Si Dr: Makan bihun jawa? Saya tak pernah makan pula.
Budak A: Dr tryla..Rasa dia macam style mi rebus jugak..
Si Dr: Aa la..Hmm, saya memang tak berapa gemar makan bihun ni, sebab tu saya selalu ambil mi.
Budak A: Sebab apa Dr?
Si Dr: Saya pernah baca, bihun agak kurang elok untuk kita perempuan ni.
Budak A; Hmm, saya pun pernah baca (sambil dalam hati, agaknya betulla kot, bihun ni antara penyebab penyakit angin ni)

Thursday, June 20, 2013
SATU CERITA: Bila nak start kerja baru
Satu ketika dahulu, ada sorang budak perempuan ini ditawarkan kerja sebagai jurutera sebaik sahaja sebelum beliau menamatkan pengajian.
Yang paling best, sebab tempat kerja beliau ni dekat dengan kampong halaman, cuma takdaklah dekat sangat.
Dan yang paling best, bila maknya bagi 'permit' guna kereta maknya secara percuma tanpa bayaran.
Cuma yang mencuakkan budak perempuan ini adalah, beliau tidak biasa membawa kereta ke kawasan yang sesak seperti kawasan yang beliau akan mulakan kerja.
Dan beliau juga tidak 'familiar' dengan kawasan itu,
Dan yang paling teruk, beliau tidak pernah memegang kereta sebaik sahaja dapat lesen kereta yang hanya diperoleh selepas 2 kali amik test...
SADIS TAK?
Namun cuaknya makin lama, makin hilang, apabila ada yang menghulurkan bantuan berupa 'semangat' dan 'sokongan'...
Sape lagi kalau bukan keluarga beliau yang tersayang...
Maka, setiap petang, beliau akan 'mempraktis' bawak kereta di halaman kampong beliau, sehingga tenaga pengajar beliau bagi "THUMBS UP" kat beliau!
OH, SERONOKNYA!
Maka, hari yang dinanti sudah tiba...
Dengan diiringi oleh ayah dan mak beliau, beliau dibawa ke rumah sewanya, di mana beliau diperkenalkan dengan sedara yang menginap bersama di rumah tersebut...
Kali pertama melihat rumah itu, beliau rasa...
"Aik, di mana aku duduk ni?"
Iye...Rumah sewa itu adalah berupa rumah flat yang mana beliau pun tak pasti di mana kedudukan rumah itu jika dilihat dari tepi bangunan.
Memang ia adalah rumah di atas shopping complex yang 'agak gah' satu ketika dahulu, namun keadaannya 'tidak serasi' dengan beliau yang sudah biasa dengan keadaan 'senang'
Namun beliau tetap tabahkan hati duduk demi menjaga hati sedara yang ada di situ
Namun begitu, 'ketabahannya' teruji bila mana salah seorang sedara nak berpindah keluar dan meninggalkan beliau terkongtang kanting bersama sedara yang seorang lagi yang jarang ada di rumah
Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hati HambaNya ini...
Allah menghantar seorang rakan baru menemankan beliau selepas sahaja sedara itu pergi meninggalkan beliau.
Anna Da Lady
Nota kaki: Cerita ini bukanlah rekaan dan bukanla jugak fakta, tetapi hanya sekadar sebagai bacaan di mana mungkin ada yang 'tersangkut' dengan kita...

SATU CERITA: Fat to slim // extreme diet & exercise
Satu ketika dulu ada sorang budak perempuan ni, berumur dalam awal 20-an, mengalami masalah 'kegemukan'. Tapi, belum obesiti lagi
Cuma, beliau berasa kurang selesa dengan badannya, dengan penampilannya...
Tambah lagi, bila di'ejek' oleh sepupu sepapat yang sebaya, dan ditegur oleh parent dan pakcik beliau.
Dan ditambah sedih lagi, bila kakak-kakaknya yang berumur 6-8 tahun lebih tua daripada beliau masih lagi 'slim' walaupun ada yang sudah beranak pinak.
Maka, mulai hari itu beliau menanam semangat supaya dapat mengurangkan 'kegemukan' beliau itu ke satu tahap yang akan membuatkan orang dah tak tegur beliau...
Maka, bermulalah rutin 'diet' beliau di mana beliau tidak langsung makan nasi, hanya makan bihun sup/bihun tomyam dan lauk-lauk yang dibakar dan sayur yang lebih.
Dan juga buah-buahan yang sentiasa memenuhi peti sejuk rumah sewa beliau, sehingga ada kawan cakap
"dah macam dusun pulak aku tengok peti ais ni" :)
Dan juga diiringi rutin "Kempen Kecergasan" yang diadakan 2-3 kali seminggu selepas pukul 5 pm di 'sekolah' beliau.
Maka, selepas 6 bulan ++, beratnya menyusut mendadak daripada 60 kg kepada 47 kg...
Namun, masih ditegur kawan dan keluarga, masih diutarakan...Cuma, kali ni 'isi' nya dah bertukar lain...
"Aik, acik..takkan tak nak makan nasi tu. sedap ni..."
"Aik, acik, rugi je abang bawak pergi makan hotel kalau acik makan macam ni.."
Namun teguran yang paling BEST!
"Kam, kenapa aku tengok ko dah macam aliean?"
HA? Alien????????
Maka, bermulalah penukaran habit makan beliau...
Semakin hari, beliau sudah berani menyentuh nasi dan lauk-lauk lain yang berlemak...
Sehingga ke hari ini, beratnya dah kembali normal, namun 'teguran-teguran' itu masih diterima...
Namun hanya disambut dengan SENYUMAN :)
Anna Da Lady
Thursday, April 4, 2013
Bulan April dah kunjung tiba...
Apa yang ada dalam bulan April ni?
Macam-macam ada...Baik dari segi perkembangan usia, career and tak lupa jugak akiviti dalam negara kita :)
Cakap pasal negara, Parlimen dah bubar kan? So, lepas ni marilah kita sama-sama bersiap sedia untuk sama-sama turun mengundi yek!

Tuesday, January 15, 2013
Karavan?
Cuba baca ni daripada Hmetro: Karavan dalam hotel
Menariknyer...
Haritu pernah bercakap dengan Mr F...
Saya: Abang..bestkan kalau kita ada karavan sendiri?
Mr F: Pasal pe?
Saya: Boleh pergi jalan mana-mana, dok tepi beach tanpa pasang khemah..wow, heavennya!!!!
Hehe...

Tuesday, January 8, 2013
Bukan permintaan semua orang dapat kita turuti dan bukan semua yang kita kehendaki, kita dapat
Harini rasa kepala 'memberat' semacam....
Macam-macam hal ehwal semasa dalam kepala otak ni...Biasalah, dugaan dunia kan?
Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana dengan akhirat kan? hmm....
Oklah, berbalik kepada cerita untuk post ni, tadi sempat berbual dengan sorang kawan yang baru balik tamat tempoh cuti belajar PhD dari Australia...Mari kita ikuti cerita ini....
Cik A: Apa cerita?
Cik F: Macam ni lah...Tengah buat correction second draft thesis ni.
Cik A: Hmm, susah jugak ye buat PhDkat Australia ni..Sebab 100% berdasarkan thesis ni.
Cik F: Aa, kadang-kadang rasa nak give up je. Haritu masa first draft, buat correction ok lagik...Ni dah second draft pun, SV mintak campur lagi sebahagian info...Aku dah cakap taknak..Last-last, dia bagi explanation in a polite way untuk tambah..Ada betoi jugak dia cakap tu...
Cik A: Bagusnya SV ko ni ye?
Cik F: ada ketikalah :)
Cik A: Aku kadang-kadang jeles tengok korang semua ni...Tengok korang semua dah balik dengan PhD ataupun hampir nak bergelar Dr...
Cik F: A....tak semua sama..masing-masing ada rezeki sendiri..Aku pun jeles tengok korang semua dah bekeluarga..Aku ni je masih single.
Cik A: Hm,,ye jugakkan..rezeki masing-masing...Ni kepala aku dok pening pasal permintaan KJ ni...Dia cakap kalau boleh fikir balik pasal permohonan PhD ke Universiti ni...Tapi, aku rasa aku dah tak larat dah nak buat balik start from zero...Cari balik Universiti lain..Buat balik research proposal baru ikut kesesuaian bidang SV tu...
Cik F: A...Kadang-kadang, bukan semua benda kita boleh penuhi...Kita dah buat sehabis baik...Masuk dulu meeting dapat tempat..Then, biar orang atas plak decide..Kita dah usaha sampai takat ni...
Cik A; Hmm, betoi jugakkan...Kita dah buat terbaik...Biar Allah tentukan...Kalau kata dapat yang itu, mungkin ada hikmah sebaliknya kan?

Friday, December 28, 2012
Tongue Twisters I Aktiviti membelitkan lidah
Jika anda rasa anda suka membuat senaman lidah, sila cuba ayat-ayat di bawah. Saja nak cuba-cuba lepas baca satu cerpen;
Kakiku kuning kerana kakakku.
LAGI!
Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku
LAGI...kita tukar bahasa pulak!
Picky people pick Peter Pan Peanut-Butter
If Stu chews shoes, should Stu choose the shoes he chews?
Baca slow-slow, then laju-laju..confirm terbelit punya..Hehe

Thursday, December 27, 2012
Boys: not pink please!!!
Minggu ni berkesempatan meluangkan masa dengan anak-anak buah dan adik-adik sepupu di Bangi, Shah Alam dan Setapak.
Dah lama dah perasan benda ni...Bila tengok anak buah yang lelaki mesti kata:
Anak buah boy 1:
"Alah, Ma...ni ada pink. Tak mahula...ni girl punya..."
Anak buah boy 2:
"Mama...Ni bukan Danis nyer. Ada pink ni.." (sambil menjerit)
Hmm, camne ye diaorg ni dari kecik dah tau, selalunya pink ni relate dgn gegirl? Ada kah sebab budaya semasa...Dan pergaulan dnegan kawan-kawan di nursery diaorg? :)
Mudah tetapi kalau fikirkan macam ia satu 'kelaziman'...

Friday, November 9, 2012
Bila mengenang ibu bapa tersayang (versi sketsa pendek)
Seperti dijangka, laluan ke utara tanah air melalui PLUS dipenuhi oleh kenderaan entah dari mana arahnya. Walaupun nampak kenderaan bertali arus, namun laluan trafik masih berjalan lancar.
Dalam masa 6 jam bertolak dari rumah sendiri, Liana dan Rizal telah selamat tiba di pekan kampung halaman untuk bersama-sama menyambut aidiladha bersama keluarga tersayang.
Sampai sahaja di pekan kampung halaman, Liana dan Rizal berhenti sekejap di satu kedai mamak untuk mengisi perut yang berbunyi memainkan irama dangdut. Tiba-tiba telefon Liana berbunyi.:
"Acik, kat mana ni?"
"Acik kat pekan ni..Pasal pa abang?"
"Ni, abang ada beli ikan kerapu ni..nanti acik sampai rumah, tolong masak gulai ye."
Dalam hati Liana...'Ha, gulai..biaq betoi..aku ni kan pandai masak pun..alamak!!!!"
"Eh, mama abah mana?"
"Mama taktau la pi mana..abah ada tapi tengah rehat. Dia kata sakit dada tadi."
"Ha? Sakit dada? Pasal pa?"
"Taktaula..Ok, acik..Abang nak gi dah ni..Tolong masak tau? Nak makan malam ni..."
"Ok, nanti acik cari bahan-bahannya"
Telefon diletak....Rizal bertanya pada Liana...
"Apasal ayang?"
"Abang..Dia minta masakkan gulai. Nanti kita singgah kedai runcit jap ye...Hmm..."
"Pasal pa ada hmm pulak..?"
"Risau...Tadi abang kata abah sakit dada...hmm"
Selepas membeli apa yang patut di kedai runcit, kereta terus dipecut laju ke rumah di kampung TL. Salam diberi. Keluar seorang lelaki yang sangat disayangi.
"Abah, sihat ke? Abang kata abah sakit dada?"
"Eh, takdaklah..biasa aja..."
"Eh, betoi ka..."
"alah, biasa aja..."
Liana terus menghala ke dapur...Mamanya pula di cari...Rizal berada di luar bersama abah sambil mengangkat barang dari kereta.
"Assalamualaikum mama...Kabare?"
"Alhamdulillah."
"Eh, mama gi mana tadi? Abang kata tadi mama takdak kat rumah. Dia beli ikan kerapu kan? Suh masak gulai...."
"Ni, mama baru balik dari umah Cik, masak ketupat pulut ngan dia....Aa, Abang beli ikan tu tadi kat umah Tok Ngah Din...Nak masak gulai ka?"
"Taktaula..."
"Hmm, kita goreng je kot..Esokla kita buat masak gulai.."
"Ok..Lagipun kan kita nak masak macam-macam lagi...Ye tak?" Dalam hati Liana, berbunga riang..Takdaklah aku kena masak..Huhuhuhu.....
"Nasib baik acik balik awal. Boleh tolong mama potong-potong bahan nak buat masak lodeh ngan gulai ayam kampung ni..."
"Baik, madam..."
Liana menyambung lagi kata-katanya...
"Eh, Mama...abang kata tadi abah sakit dada? Betoi ka? Tanya abah, dia kata takdak apa-apa pun..."
"Hmm...Pagi tadi, lepas je kait nyiuq tu, dia terus tak larat..Katanya sakit di belah kiri...Tak boleh buat kerja kuat dah sangat abah tu..."
"Hmm..yeke?"
"Aa, ni potong rumput pun, upah orang buatkan..."
"Hmm...pasaipa..Jantung dia ok kan?"
"Haritu check, semua okay...Tapi, ingat nak gi jumpa pakar jugak...Tapi, mama rasa dia sakit ni sebab salah makan...Baru-baru ni dia makan daging kambing banyak sangat..Dia mana boleh makan sangat..Kena pantang lagi...Lagipun, haritu, dia pun banyak angin...Dah lama dah tak gi urut..."
"Yeke? Hmmm..." Dalam hati Liana, rasa sedih sangat....'Aku ni hanya sedar usia aku je yang meningkat...Mak ayah aku jugak meningkat usia...hmmm...
Rasa sedih hanya berlegar di dalam hati...Di luar, perasaan ceria ditunjukkan...
'Ya Allah, kepada Mu, aku memohon...berkati usia kedua ibu bapa ku, lindungi mereka, iman mereka, keselamatan mereka, kesihatan mereka...Amin Amin Amin...'
To be continue,

Thursday, November 8, 2012
Bila menunggu si dia (versi sketsa pendek PART I)
Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.
Hari ini Liana rasa malas nak balik awal seperti biasa. Tiba-tiba...
Rizal: Ayang...Dah kat mana ni?
Liana: Di ofis lagi.
Mr F: Balikla cepat. Kunci abang hilang. Poket seluar haritu koyak lagi.
Ana: Koyak lagi? Biar betoi...Haritu kan dah jahit.
Mr F: Hmmmmm...
Maka, selepas saja meletakkan telefon, Liana terus bergegas mengemaskan diri dan membersihkan meja ofisnya.
Dalam pukul 5.45 petang, Liana sudah terpacak di tepi keretanya. Cuaca agak redup pada petang ini.
Liana memandu dengan kelajuan sederhana pada petang ini. Sambil memandu, Radio Red FM memainkan lagu. Tiba-tiba, lagu Skyfall diputarkan oleh DJ....
Liana rasa 'masyuk' kejap. Tetapi walaupun mindanya entah melayang ke mana, tapi matanya tetap fokus pada jalan raya. Inilah dinamakan "divided attention" (ergonomic term)... :)
Perjalanan pulang ke rumah mengambil masa dalam 40 minit. Liyana bersyukur kerana hari ini keadaan jalan raya tidak terlalu sesak, tetapi juga tidak terlalu lengang.
Sampai saja di rumah, bunyi 'miaw' si Honeymaw, kucing peliharaan Liana dan Rizal menyambut kepulangan Liana.
Liana: Hai, Honeymaw? How are you? I'm fine...
Honeymaw: Miaw...miaw (Maybe Honeymaw kata, I'm fine jugak kot) :)
Lian masuk ke rumah, sambil melihat jam di tangan. Sudah hampir 6.30 petang ni. Sepatutnya abang Rizal dah bertolak balik ni.
Setengah jam berlalu...
Sambil mundar-mandir, Liana asyik berfikir..."Aish, manalah abang Rizal ni. Sepatutnya dah sampai ni...Hmm..Takpelah, aku dok kat luar jap, tunggu dia.
Sambil menunggu abang Rizal, Liana mencapai hand spray..."Hmm, dah lama aku beli benda ni...konon nak cat balik pagar yang berkarat ni...Hmm, apa kata aku try sekarang?"
Maka, Liana semakin asyik dengan experiment nya mengecat pagar. Dalam 10 minit kemudian...
"Haish, tak boleh jadi ni...Hari dah nak masuk Maghrib..Kelibat abang Rizal pun takdak lagi ni"
Liana terus masuk ke dalam, apabila menyedari hari semakin menunjukka kegelapan malamnya...
Dalam hati Liana asyik berkata-kata...
"Mana abang Rizal ni? Tadi kata suh balik awal. Ni orang dah balik, dah masuk Maghrib pun, tak nampak dia lagi..."
Sambil bermonolog sendirian, Liana cuba call abang Rizal berkali-kali...Namun hanya suara seorang wanita menjawab...Lebih kurang begini...
"Maaf, nombor ini diluar kawasan"
"Haish, tak boleh jadi ni. Aku rasa macam orang tak betul pula dok tunggu si dia. Dengan rasa sememehnya, dengan rasa melekitnya...Hmm, entah ke mana lah abang Rizal ni. Ni rasa marah membuak-buak ni....Takpe, kita tunggu sampai pukul 7.30 malam...Kalau takdak jugak, kita naik mandi dan solat."
Namun sehingga 7.30 petang, masih tiada bayang abang Rizal kelihatan. Sekali lagi, Liana cuba call abang Rizal. Namun, jawapannya tetap sama. Suara wanita menjawab bagi pihak abang Rizal.

Subscribe to:
Posts (Atom)