Showing posts with label Sickness. Show all posts
Showing posts with label Sickness. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Bila di negara orang: Mengandung (Trimesters), pengambilan air gula

Hari Isnin lepas, setiap hujung bulan, mesti ada check up dengan Dr tentang kondisi ketika mengandung. Alhamdulillah, kini dah masuk usia ke 6 bulan. Jadi bermakna, sudah hampir 4 kali bertemu dengan Dr. Saya bertemu Dr agak lewat disebabkan perlukan kelulusan Insurans di sini dahulu.

Pertemuan kali ini, saya diminta minum air gula. Ada kawan saya bagi nasihat, kalau boleh elakkan ambil ujian ni, dan tukar dengan ujian lain, tapi kami terima je apa yang Dr cadangkan berdasarkan pandangan rakan-rakan di sini yang lain.

Memang betul kata kawan-kawan, air gula ni minum banyak-banyak memang muak...Nasib baik dia ada tambah perisa lemon. Jadi, ok la sikit...

Lepas tu, bagi masa 1 jam sebelum ambil darah selepas minum air gula. Sambil nak tunggu ambil darah, Nurse pasangkan EKG untuk rekod heart beat baby. Aktif je baby dalam kandungan saya ni. Alhamdulillah.

Dr dah suggestkan midwife untuk ajarkan cara-cara breastfeed dll, di mana saya perlu hadir pada 2 minggu lagi. Harap-harap dapatla midwife ni bercakap 'omputih', kalau tak, susahla kami nak berinteraksi.

Masa berjumpa dengan Dr, Dr kata semuanya ok, cuma baby dalam keadaan songsang...Tapi, saya tak gelisah lagi, sebab kakak saya pernah mengalami situasi yang sama, dan InsyaAllah baby akan bergerak ke keadaan yang normal. Hopefully, begitulah....

Apapun, yang penting baby sihat..Itu pun dah cukup gembira..Dan paling happy, bila Dr bagi peluang tengok dan rakam keadaan muka baby dalam 3D...Mr F cakap baby ni macam muka dia :) Okla..comei kot kalau ikut muka dia :)

Tapi, kelmarin, dapat surat dari Klinik Dr ni kata saya kekurangan iron..Maka Dr prescribed ubat Tardiferon untuk menambahkan khasiat. Dekat sini, sistem pemberian ubat memang lain sikit dari Malaysia. Kita just jumpa Dr untuk rawatan/nasihat, kemudian, Dr akan bagi senarai ubat yang pelu kita beli. Kita pergi Farmasi untuk cari. :)

Patutla, kebelakangan ni, saya rasa cepat penat jek...Kurang khasiat rupanya :)

Apapun, moga semuanya sempurna dan berjalan lancar..kepada kawan-kawan yang sudi baca coretan saya ni, tolong doakan saya, baby in da tummy dan Mr F di sini ye.

Thank you,
Anna Da Lady


Friday, May 30, 2014

Bila di negara orang

Hujan batu di negara sendiri, lebih baik dari hujan emas di negara orang!

"Homesick" masih terasa...masih terngiang-ngiang lauk pauk yang beraneka jenis terutama waktu lunch...ikan bakar, ulam-ulaman, masak lemak etc...Kadang-kadang diselang seli dengan makanan selain nasi, laksa, mi rebus, laksam...hmm, sedapnya!

Tapi, bak kata keluarga, kawan-kawan, "bertabahlah..jangan pikir yang takdak di sini"

Tapi, macam mana ye nak melencongkan fikiran ni? 

Ya Allah, berikanlah kekuatan,
Anna Da Lady

Saturday, January 25, 2014

Musim bercuti, then bekerja sampai sakit pinggang

This year, I'm almost masuk 3 series :)

What a great number...Imagine dapat BMW 3 series sebijik, mesti senyum tak lekang kat bibir ni..

Apapun nombor tu hanya sekadar nombor...apa yang penting orangnya...Nampak muda ke? :)

Lately ni, badan si pemunya blog macam bukan 'gadis' yang baru masuk 30..dah sakit-sakit badan, u all!

Ni gara-gara si pemunya blog suka angkat benda berat, aka heavy lifter!

Anna Da Lady


Saturday, September 21, 2013

Lunch di hari Sabtu 21 Sept dan HUKM

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat ke hadrat Allah sebab Allah bagi rezeki dalam bentuk kesihatan kepada saya dan Mr F.

Pagi tadi selepas aje breakfast, terus menghala ke klinik panel di Bangi dengan tujuan nak dapatkan kata putus dari MO di situ dan memohon reference letter untuk dibawa ke HUKM.

Semuanya ini dibuat disebabkan untuk mendapatkan rawatan susulan daripada rawatan yang diterima Mr F semasa berada di India tempoh hari.

Semasa di India, Mr F mengalami sedikit kemalangan yang terkena pada kepalanya. Sehingga kini, terasa 'sedikit pening-pening'. Jadi, MO di India mencadangkan Mr F buat rawatan susulan di sini disebabkan semasa beliau berada di India, kelengkapan agak kurang mencukupi.

Setelah 21 days selepas tragedi tersebut berlaku di mana jatuh pada Hari Lahir beliau yang ke 3x :), tadi beliau dirujuk di HUKM.

Alhamdulillah, keputusan X-ray dan CT scan tidak menunjukkan sebarang perkara yang pelik. Cuma Dr ada bagi ubat dan jika simptom masih berulang, boleh dirujuk semula ke hospital. Mungkin atas perubahan cuaca sama kot.

Apapun, saya sangat kagum dengan Dr2 di ER tadi dimana kesemuanya sangat cool, ramah n suka senyum dalam melayan patient walaupun di hujung minggu.

So, tadi lepas je jumpa Dr dan ambil ubat, terus makan dan solat di HUKM. First time dapat masuk Bangunan Akademik Perubatan, untuk solat disitu :_

Terima kasih semua,

Anna Da Lady


Wednesday, January 9, 2013

Kerisauan seorang anak: Masalah injap jantung

Sampai je rumah petang ni, dapat message from Abah;

"As..kum. pemeriksaan pakar satu injap jantung tak tutup rapat. tak ada saluran sumbat. ini jadi faktor cepat penat mengah, stress test 9 dapat buat 3 minit terlalu penat mengah. pakar arah ulang test 24 april"

Patutlah sepanjang dalam kereta tadi, rasa nak telefon je parents di kampong :(

Tapi, Alhamdulillah, walaupun bukan injap jantung tersumbat bukan masalah utama. Cuma agak pelik bila dikatakan injap tak tutp rapat...Terus call Abah dari dalam kereta...

Saya: Assalamualaikum Abah....How are you? Camne boleh dikatakan injap tak rapat.
Abah: Mungkin sebab darah tinggi kot dan faktor pemakanan. Jadi, sebab tu lah bila Abah jalan banyak, buat kerja berat, tunduk sikit, dada ni asyik sakit.

Saya: Hmm....Macam mana nak elok balik?
Abah: Doktor kata buat exercise..Jalan sikit-sikit..Tapi, Abah cakap balik, sekarang Abah dok noreh getah pagi-pagi.

Nilah aktiviti Abah, Mama bila pencen...Kalau tak dengan aktiviti sosial mesti buat kebajikan pada tanah ...Abah sambung lagi...

Abah: Hmm, nak cakap dengan Mama tak? Mah, mai ni anak nak cakap....

Saya: Mama...Apa kabar? Mama ikut ka Abah pergi check up tadi?
Mama: Mama tak ikut pun...Tulah, Abah ni..Hmm, dia ni dok stress pegang jawatan Bendahari ni...Bayangkan dok kira duit keluaq masuk..Samapi malam pun, kekdanag tak setel lagi...

Saya: Tulah Ma...Kan kami dah cakap...Abah tu memang kena relaks banyak...Minta orang mudalah pegang!
Mama: Abah kata nak buat aktiviti kebajikan. Banyak pahala...Tapi, dia tu plak tak sihat...Nanti masa Mesyuarat Agung, Mama nak minta orang lain la buat...

Saya: aa, meamng patutla..Pesan kat Abah banyak relaks..Jangan stress sangat!

Hmm...Ini cerita orang tua saya...Saya ingat diri saya je yang makin tua.... terlupa, kadang-kadang, emak ayah sekeluarga kat kampong pun seiring meningkat usia dengan kita :(

Tapi, orang tua kita  ni, hati diaorang cukup sensistif, dan kata diaorang cukup tegas..Macam Ayah saya, dia tetap dengan pendirian nak tolong orang walaupun tengah sakit2 camni..Kita sebagai anak ni skdar bagi padnagan je lah...

Apapun, moga Abah Mama sihat dan dipelihara Allah selalu,
Anna Da Lady


Wednesday, December 5, 2012

Mata pedih

Mata saya ni dari semalam lagi rasa pedih-pedih..Nak mengadap komputer pun tak boleh lama-lama..Agak-agak kenapa ye?

Lepas tu, pagi tadi, rasa bdan ni macam lemah je..berfikir pun tak laju sangat. Memori 'mengingat' lagi lah, ntah ke mana..kejap je dalam kepala...

Adakah selepas hari 'esok', maka semuanya akan OK?

Harap-harap, dengan izin Allah
Anna Da Lady


Tuesday, October 23, 2012

Low back pain among motorcyclist

Dan akhirnya terjadi kepada suami sendiri after MRI dan ultrasound :(

Semalam dah cuti sebab memang nak cuti, hari ni kena cuti sebab Mr F masih tak sihat...

Mr F dapat MC straight sampai Rabu. Khamis nak mintak dia ambil cuti sbab nak balik kampong. Harap dia OK bila travel jauh2 nanti

Anna Da Lady

Wednesday, September 12, 2012

Tidak sakit kepala lagi bila berehat bersama yang tersayang!!!

Semalam, balik rumah awal dalam pukul 5 gitu. Sebab kepala ni berdenyut2 tak berhenti.

Nak kata puasa tak bangun makan, ye jugak...Sebab minum melon milk je.

Nak kata mengadap komputer, samada buat kerja atau tak buat kerja ye jugak, sebab semalam banyak masa depan komputer.

Jadi, kemungkinan itu adalah perkara yang perlu dielakkan untuk tidak sakit kepala lagi.

Semalam, lepas Isyak je, terus masuk tidur, sebab sakit sangat. Selalu benda ni akan jadi dalam sebulan sekali...

Tapi, saya rasa lebih kepada keadaan gigi ni. Sampai Mr F kata;

"Sakita lagi ke, Yang? Kalau ye, jomla pergi jumpa Dr."

Maka, saya yang memang tak suka pergi jumpa Dr, menjawab....

"Hmm...Takpela bang. Esok lega la ni...ayang makan actifast je lah"

Pastu, alhamdulillah, harini OK. Ditambah lagi dapat bercuti rehat sebab rasa kena rehatkan minda dan kumpul tenaga.

Mr F pun sama-sama bercuti menemankan saya, risau sakit lagi.

Tapi, bukan berehat sangat pun. Menyelesaikan beberapa benda untuk rumah tersayang...

Maka, tiada lagi sakit kepala, bila bersama yang TERSAYANG...

Hehe,
Anna Da Lady

Tuesday, August 14, 2012

Tekanan darah rendah ketika berpuasa

Mr F beritahu tadi...

"Abang. Ayang ada kat klinik"

Saya terus terkejut...Memang, semalam dia mengadu tak sihat badan, saya pun mengadu kat dia jugak, kepala pening-pening...Sakit kepala...

Semalam, dua-dua kami makan panadol, seorang sebiji. Mr F ajak saya pergi klinik, tapi saya taknak, sebab nak tengok harini macam mana.

Kata beliau, Dr cakap, darah rendah. Hmm...

Bila cakap darah rendah, terus teringat makan hati...Tapi, tak elok kan?

Terus ingat bayam pula, tapi, saya sekarang tak berapa gemar sangat dengan bayam, sebab dulu pernah jumpak ulat kecik-kecik, terutama pada akar dia...Jadi, memang kena teliti bila basuh tu.

Alternatif lain?

Hmm, makanan/minuman bersoya....Memang setiap hari ada je bekalan air soya kat rumah. Baru ni, beli fresh soya daripada kilang dekat rumah MIL..RM3/gayung.

Tempe pun ada, cuma tak goreng lagi je.

Apapun, sekarang ni pun saya dah rasa pening semula...

Anna Da Lady

Tuesday, June 19, 2012

Nak bersalin hospital kerajaan atau hospital swasta atau hospital kerajaan tapi private wing

Pagi tadi, sempat berbual dengan ofis mate yang duduk sebelah saya. Bakal bersalin bulan lapan ni. Bakal anak kedua. Tapi, dah mula mencari hospital untuk bersalin.

Katanya, dia nak bersalin di hospital swasta dan paling terdekat ngan rumahnya ialah Hospital Annur, Bangi. Tupun based on recommendation from kawan-kawan sepejabat.

Iye. Kawan-kawan saya ramai yang bersalin di situ kalau diaorang dok Bangi. Kalau ikut kos semasa yang dikongsi oleh kawan saya tadi, dijangka kos yang kena bayar adalah RM1600 lebih untuk single room (sorang-sorang je duduk satu bilik). Tu belum lagi campur jika kita nak epidural etc.

Hurm, telan air liur saya dengaq..padahal dah tau dah memang camtu harga dia kalau nak bersalin kat hospital swasta.

Kawan saya tu pernah cakap, dia jugak terfikir nak bersalin di HUKM. Tapi, tulah..Jauh pulak..Tau je lah jalan area situ camne...Sesak beb.

Saya jugak pernah cakap kat dia, taknak try private wing ke? Sebab ada sorang kawan saya ni bersalin di HUKM tapi guna private wing. And lagi sorang di Hospital Putrajaya, jugak guna private wing.

Hmm, tu baru kawan saya..nanti bila saya, camne eh? Tak tanya lagi Mr F, company dia sponsor tak bersalin ke hospital swasta..HAHAHA

Berangan je lebih,
Anna Da Lady

Footnote: Haritu tengok citer Luncai, jugak berkisar benda yang sama. Si Luncai and isteri dia dalam citer tu, nak bersalin di hospital swasta. Last-last, bersalin dalam kereta. Huhuhu

Wednesday, June 13, 2012

Ala...Gigi sakit!

Rasanya lepas ni kalau nak pilih lauk, cari yang lembut-lembut sahaja.

Atau, kalau susah sangat, makan sup je..Hm,, kurus badan! :)

Gigi geraham yang berfungsi untuk mengunyah di sebelah kanan telah menunjukkan symptom 'fatigue', dengan warning sakit bila kita guna dia banyak kali.

Gigi geraham yang di sebelah kiri tidak dapat digunakan sepenuhnya sebab gigi paling bongsu baru kuar. And masih lagi macam budak kecik. Tak dapat guna dia kasar2..Kena bagi load kat dia kecik-kecik je!

Analogi gigi disebabkan tak dapat nak kunyah sambal paru and telur puyuh dengan baik pagi ni...

Masih lagi ada balance, sape nak?
Anna Da Lady

Friday, April 13, 2012

130412: Bila dah ambil ubat

Sekarang ni, ubat gatal sudah disapu pada bahagian2 yang berupa pelik :)

rasa pelik pulak..dah lama tak kena benda 2 gatal camni...Last sekali rasanya, masa zaman sekolah rendah...

zaman tu, memang teruk sakit kulit saya...:)

masalhnya, saya ni bukan jenis main kotor2 ni...

ntahla..maybe alregik kot pada seafood...tapi, zamn tu, satu badan kena sapu ubat warna biru..meamng pedih sikit...sapu before pergi sekolah...

Saya rasa this time pun kena sebab benda yg sama kot....ada masa kena stop sat mkn seafood...

Anna Da Lady

Thursday, April 12, 2012

120412: Kegatalan dari segala segi!!!

Cantik kan nombor tu? 120412? hehe...Jadi saya pun menggatal untuk menaip satu entry pada hari ni walaupun kerja menimbun dok atas meja :)

Tapi, harini rasa mood 'hepi'...Moga ia berkekalan selamanya :) No more episod sedih ye...

Tapi, di samping kegatalan tangan ni menaip, rasa kegatalan jugak pada badan...
Mr F kata, ni kena check ni..Mana tau, kot2 jadi kudis... :(

Tapi, ye lah kot...

Sejk dua menjak ni, rasa kulit ni sensitif sikit..Garu satgi, keluarla bintik2 merah...

Harus ke klinik bila masa mengizinkan...

Masalhnya, saya sangat tak suka pergi klinik dan seumpama dengannya,
Anna Da Lady

Tuesday, January 17, 2012

Semalam dan hari ini...

Semalam, selepas balik kerja dalam pukul 7.30 malam:

Mr F: Awak...Saya rasa nak demam la.
Saya: Ha, yeke?

Mr F: Aa. Sakit tekak ni.
Saya: Betoi ka? Rasa tak panas sangat pun.

Mr F: Badan pun rasa lemah semacam je. Saya, kalau nak demam rasa sakit tekak dulu tau.
Saya: Ha, jomlah pergi klinik.

Mr F: Aa, nanti.

Namun selepas satu malam, takde nampak macam nak gerak ke klinik.

Hari ini, selepas Subuh:

Mr F: Awak...Mintak air kosong. Sakit tekak lagi la.

Hari ini, dalam pukul 8.30 pagi:

Mr F: Awak...Jom pergi klinik. Awak hantar saya ye.
Saya: Ok. Tapi saya tak dapat cuti harini. Ada kursus separuh hari. Petang nanti bolehla ambil cuti.

Mr F: Ok. Kita pergi Klinik Mediviron.

Maka, bawakla Mr F ke klinik selepas Mr F call his boss. Sambil tu tengok jam di tangan, masa Mr F masuk ke dalam jumpa Doc...

"Hmm...macam kena ambil cuti satu hari je ni...Macam takde mood dah nak pergi kerja harini"

Saya: Abang, saya ambil cuti harini.
Mr F: Eh, kata ada kursus.

Saya: Takpe. Bawa kursus tu ke bulan depan.
Mr F: Kursus apa ni?

Saya: Kursus dengan pihak library. Pencarian maklumat.
Mr F: Ok.

Dalam perjalanan nak balik rumah...

Saya: Abang, rasa nak makan nasi lemak la.
Mr F: Ha, belilah. Abang tunggu dalam kereta.

Maka, saya pun belilah nasi kerabu lauk sotong untuk saya, nasi lemak biasa plus begedil untuk Mr F.
Balik je rumah, terus melantak makan.

Saya: Hmm, abang nak tau berapa dia charge untuk kedua-dua nasi ni?
Mr F: Berapa?

Saya: Sepuluh ringgit 5 kupang. Heee...Geramnya rasa...Jual nasi tak ikhlas...Nasi kerabu ni ntah rasa apa taktaula...Sejuk, rasa tak sedap langsung...Nasi lemak camne? Begedil?
Mr F: Tengokla begedil dia tu...Biar betul potato dia tak hancur...

Betul, beb...tak pernah saya tengok penjual buat begedil macam tu...Ada seketul besar duit 50 sen tu tak hancur lagi...Hmm, memang dasar penjual nak duit je...

Masalahnya, kalau sedap takpe dengan harga sebegitu, kami boleh terima...
Tapi, bila tak sedap, letak harga semahal gitu, memang sakit hati... ;(
To be specific, nasi ni dijual di area Taman P***** J**** dekat dengan Restoran I*** B****...

To penjual tu, tolonglah...kalau nak menjual pun, pastikanlah makanan anda setanding dengan harga...

Saya: Abang, so dah dapat buat rating kan nasi lemak sapa yang sedap?
Mr F: Aa, dekat area rumah kita Fasa 7.

Maka, lepas je Mr F makan ubat, dia pun tidur balik...Sambil tu saya kemas apa yang patut...

Dalam pukul 11, telefon berbunyi...Tapi tak sempat diangkat.

"Aik, Kak Cha'? kenapa ye.."

tetiba Kakak pulak call..

" Eh tak puas hati ni..Mesti ada apa-apa.."

Saya: Ha, Kak..
Akak: Kat mana ni?
Saya: Rumah. Cuti rini. F demam...

Akak: Ni, ada berita terkini.
Saya: Ha, awat? (sambil dalam hati, tak sedap dah ni)

Akak: Mama masuk wad. Demam.
Saya: Ha?

Akak: Aa..semalam masa akak call dia, dia kata dah demam dah, cuma tak pergi check leklok...So, akak suh la dia gi check hospital. Platlet rendah.
Saya: Hmm (taktau nak cakap apa)

Akak: Ok, akak nak call angah pulak.
Saya: Ok.

Itulah cerita malam semalam dan harini,
Anna Da Lady

Wednesday, April 20, 2011

Dalam suka, ada duka...

Kelmarin dulu, kawan saya ada msg saya...

"Jemputlah datang rumah 28 Mei nanti. Nak antar kad ke mana?"

Terkejut saya..tetiba je dia ni hantar berita gembira macam ni...Dahla lama saya tak contact dia...Lama tak jumpak walaupun kami ni satu kampong...

Pastu, kebetulan satu malam tu kami berborak, dalam loghat Kedah....

Saya: Weh..tahniah..Dah lama tak jumpak ang..Tetiba ada berita gembira macam ni...
Dia: Terima kasih.. :)
Saya: Weh, lamanya ang cuti...
Dia: Aku baru lepas operation...

Hah, operation???Terkejutnya saya....
Tup tup, dalam cerita happy, ada cerita sedih...

Kawan saya ni baru lepas disahkan ada ketumbuhan ovari...
Ovarinya satu kena buang dah..ketumbuhan sebesar 21cm..Besar kan?

Hmm, pastu saya ada tanya dia, ada nak tunjuk ke arah kanser ke?
Dia kata, Dr cakap kat borderline..
Hmm, taktaulah...

Pastu, today masa saya amik exam Pre-IELTS di tempat kerja saya, saya terjumpa seorang Radiotherapist, bakal specialist dalam bidang ni...
Saya cerita kat dia pasal benda ni...

Pastu dia cakap, tak kesemua ketumbuhan tu boleh jadi kanser...
Dan tak bermakna bila ketumbuhan sebesar tu, fibroid etc, tu kanser...
Kanser ni boleh jadi sekecik-keciknya tapi ia cepat merebak...

Ya, Allah..aku mohon kepada MU jauhilah kami semua daripada sebarang penyakit..Amin

Mood: Macam2,
Anna Da Lady

Saturday, December 4, 2010

Bila mendengar Mak Lang sakit...

Semalam, berborak-borak kosong dengan Kakak.
Akak: Ada dengar tak berita latest pasal Mak Lang?
Saya: Aa, ada. Kata Abang, Mak Lang masuk sepital lagi.
Akak: Aa..yang tu satu. Tau tak Mak Lang dah disahkan penyakitnya?
Saya: Ha? Taktau..sakit apa?
Akak: Ada satu ni. Abang Long semalam message Mak Ngah Balqis. Mak Ngah cakap Mak Lang mengidap penyakit tu. Namanya Non-Hodgkin Lymphoma kot.
Saya: Ha? biar betul Kak?
Akak: Aa...Setiap orang dari kita ni memang ada benda tu. Cuma smd aktif atau tak je sel tu. Ia merebak kalau kita selalu stress, tak tenang..Hmm..
Saya: Habis tu camne nak merawat nya?
Akak: Chemo la...

Kalau kawan2 nak tau lebih lanjut pasal penyakit ni, boleh tengok link ni. Maybe dpt sikit bayangannya...

Ya Allah, bagilah kekuatan kepada Mak Lang, Pak Lang dan seluruh famili berhadapan dengan perkara ni,
Anna Da Lady


Friday, July 9, 2010

Update: Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan

Kesinambungan dari entry semalam;
pada hari ini, seorang Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.

Tambahnya lagi:


-Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.
-Namun, kita perlulah mengawal pengambilan daging ini dan makan dalam kuantiti yang sederhana mengikut tahap kesihatan dan keperluan kita.
Untuk  maklumat lanjut, sila baca di sini.
Sharing is caring,
Anna Da Lady

Thursday, July 8, 2010

Suka makan daging kambing? Suka-suka jugak, tapi berwaspadalah ye...

Dalam paper harini, ada 2 benda yang maybe saya boleh relatekan..
cubala baca....


Galak makan daging kambing

SEREMBAN 7 Julai – Kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengadakan Kempen Makan Daging Kambing dalam usaha menggalakkan pengambilan daging tersebut di kalangan rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kempen itu bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) peringkat Negeri Sembilan atau Mini MAHA di Paroi dekat sini mulai Jumaat hingga Ahad ini.
Jelasnya, usaha tersebut diharap dapat melonjakkan industri ternakan kambing selain mengurangkan persepsi masyarakat bahawa daging kambing tidak baik untuk kesihatan.

“Ini adalah satu kempen yang menarik iaitu kita mahu galakkan orang ramai makan daging kambing selain memperkenalkan cara terbaik makan daging haiwan ini.
“Masyarakat sebenarnya fobia untuk makan daging kambing sebab ia dikatakan banyak kolesterol, lemak dan berbau hamis tetapi itu daging kambing tua.

“Kita akan mempromosikan daging kambing muda dari ladang ternakan kita sendiri. Bila orang mula makan daging kambing industri ini semakin berkembang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Tambah Mohamad, hotel dan pengusaha makanan di sekitar negeri ini juga digalakkan mempelbagai masakan berasaskan daging kambing sebagai promosi. (selanjutnya)

Tiba-tiba sesak nafas
PANAS badan serta darah tinggi begitu sinonim dikaitkan sebagai kesan sampingan bagi individu yang gemar makan buah durian dan daging kambing. (selanjutnya)


Hmm..untuk selanjutnya, silala layari link yang disediakan...

nota kaki: Cara kita makan, menunjukkan kesihatan kita...

Ada betoi ka?
Anna Da Lady

Tuesday, July 6, 2010

Stress...suatu musuh dalam selimut

Di akhbar Utusan hari ini, ada disiarkan satu artikel yang menarik minat saya...Stress...
Dan ia ada kaitan sikit dengan disease ini jika ambil sambil lewa jer...

Jangan ambil mudah masalah stres - Maznah

KUANTAN 5 Julai - Para pekerja dan majikan di negara ini diingatkan tidak mengambil mudah penyakit 'stres' kerana ia boleh mendatangkan risiko kemalangan di tempat kerja.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pihak majikan perlu mengambil langkah tertentu bagi mengurangkan masalah stres sekali gus meminimum risiko pekerja terdedah kepada kemalangan.

''Sebagai contoh, seorang pekerja mengalami tekanan terhadap sesuatu masalah dan datang ke tempat kerja dengan persekitaran berbahaya.
''Dengan keadaan emosi dan fikiran terganggu akibat tekanan, mungkin boleh mengalih tumpuan 100 peratus dan secara tidak langsung mengakibatkan kemalangan di tempat kerja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir. Dr. Johari Basri.

Maznah berkata, masalah itu merupakan antara faktor utama kemalangan di tempat kerja yang didedahkan Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (ILO).
Selain itu, katanya, sebanyak 20,810 daripada 55,186 kes kemalangan pekerja melibatkan mereka yang berulang alik dari rumah ke tempat kerja pada tahun lalu.
Beliau menegaskan, jumlah tersebut adalah serius kerana ia menyumbang kepada 30 peratus kemalangan melibatkan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah.




So, jangan main-main,
Anna Da Lady

Wednesday, June 16, 2010

What, Doc? Panic disorder???

"Nape aku rasa macam nak pitam je ni?"
"Nape rasa macam pening je ni?"
"Nape badan aku rasa lemah je ni?"
"Nape rasa macam semput je nafas ni?"
"Nape rasa sakit-sakit badan je ni?"
"Nape rasa terketar-ketar je ni?"
"Nape rasa tak selera je ni?"
"Nape rasa macam susah je nak control emosi ni?"
"Nape rasa berdebar-debar ni?"

AWAS!!!


Jika anda mengalami di antara perkara-perkara di atas, kemungkinan diri anda tergolong dlm golongan orang yang menghidap Panic disorder...ia adalah suatu disease...
itulah yang dialami oleh salah seorang frenz kpd my frenz...senang citer, kawan jugakla kan?...

Hmm...kekdang, orang selalu anggap...alah, benda yang berkaitan dengan EMOSI ni, boleh je control...
buat ape nak pergi jumpa Doctor dapatkan treatment..

Tapi, ingatlah kekawan..bukan semua benda kita boleh anggap mcm tu...
dan bukan semua orang boleh handle perkara-perkara sebegini...
dan mungkin ia terjadi kepada kita jugak..sape tahu bukan???..
Hanya Dia yang tahu...

Kadang-kadang, bukan semua kita nak penyakit kan? emosi ni memang boleh mempengaruhi kita..
cara hidup kita..our social life...etc...

According to Doc yg merawat my frenz tu, memang perkara-perkara sebegini biasa berlaku..terutama kpd mereka yang memendam perasaan setelah sekian lama...lama-lama benda tu menjadi teruk..tapi, takdela membuatkan kita jadi CRAZY...normally, berlaku kepada male...

Ada rawatan untuk menghilangkannya..iaitu dapatkan rehat yang secukupnya...
dan jika kita rasa bnyak masalah yang menghempap otak kita ni, listkan satu2 perkara tersebut..
remove all things yang remeh-temeh yang kita boleh selesaikan or abaikan, tempatkan priority yang mana yang utama...tu caranya..
InsyaAllah, dengan izinNya maka akan tenangla sikit hati kita ni...

Sini, saya ingin berkongsi sikit hasil kajian saya psl panic disorder ni...
ia macam mental disorder la jugak...tapi, tak sama walaupun serupa ye...

Thanks to Ms Wikipedia...You help me a lot, dear... 

Intro:
1) Panic disorder ni jugak dikenali sebagai anxiety disorder, characterized by recurring severe panic attacks
2) Ia boleh dirawat dan selalunya rawatan tersebut berjaya menghilangkan disease ni...

Sign and symptoms:
 Common symptoms of an attack include rapid heartbeat,perspiration, dizziness, dyspnea, trembling, uncontrollable fear, hyperventilation, etc.
Some individuals deal with these events on a regular basis, sometimes daily or weekly

Causes:
There is no single cause for panic disorder, however, panic disorder has been found to run in families, and suggests that inheritance plays a strong role in determining who will get it. It has also been found to exist as a co-morbid condition with many hereditary disorders, such as bipolar disorder, and a genetic predisposition to alcoholism.
Psychological factors, stressful life events, life transitions, environment, and thinking in a way that exaggerates relatively normal bodily reactions are also believed to play a role in the onset of panic disorder. Often the first attacks are triggered by physical illnesses, major stress, or certain medications. People who tend to take on excessive responsibilities may develop a tendency to suffer panic attacks. Post-traumatic stress disorder (PTSD) patients also show a much higher rate of panic disorder than the general population.
Stimulants are a rather common cause for panic attacks. An excess of common stimulants such as caffeine.

Conclusion:
Pendek kata, jika kita mempunyai sebarang masalah, janganla pendam dalam hati lama-lama... 
dan kepada orang yang suka memberikan masalah dan tidak suka bertolak ansur dan suka mengerah tenaga orang tanpa memikirkan perasaan orang lain,
Ingatlah bahawa kita ni bukannya selalu di atas..

Yang benar,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails