Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Aktiviti anak-anak: Perpustakaan Raja Tun Uda Abdul Aziz Shah Alam

Ha? Bawak anak-anak ke Library?

Boring kot....

Tapi jawapannya tidak! Sebab Library yang dinyatakan sangat best untuk budak-budak!

Ni alamatnya: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dan sedikit review pasal Library ni: http://www.tourismselangor.my/selangor-state-library/

Bulan lepas, saya bawak anak-anak kak ngah saya ke Library ni...Macam mana saya boleh tersangkut dengan Library ni?

Sebab Mr F suka dengan surroundingnya..Dan saya lagi suka, sebab ada banyak novellllll :)

Jom kita tengok gambarnya...

Mula-mula amik angin dulu kat bawah 'pokok' dalam Library ni....




Then, ambik buku dan baring.....




Yang si abang ngah ni, bila dah dapat buku kesukaan, asyik dok tanya...

"Acik..ni ape?"

"Dia makan ape?"

Dan dok ulang lah ayat tu sampai Acik dia ni pun 'pening'



Lepas tu, bila dah boring dok satu tempat, pergi bahagian lain pulak....

Boleh main game ni...


Boleh jugak layari internet dengan caj RM1 kot tuk 1 jam (tak berapa ingat pulak)


Overall, memang best tempat ni..
Anna Da Lady



Saturday, January 25, 2014

Musim bercuti, then bekerja sampai sakit pinggang

This year, I'm almost masuk 3 series :)

What a great number...Imagine dapat BMW 3 series sebijik, mesti senyum tak lekang kat bibir ni..

Apapun nombor tu hanya sekadar nombor...apa yang penting orangnya...Nampak muda ke? :)

Lately ni, badan si pemunya blog macam bukan 'gadis' yang baru masuk 30..dah sakit-sakit badan, u all!

Ni gara-gara si pemunya blog suka angkat benda berat, aka heavy lifter!

Anna Da Lady


Monday, October 28, 2013

Whatsapp dan group

Siapa kat sini yang takdak Whatsapp kat handphone beliau?

Ha, confirm ramai kata, "saya ada" :)

Yelah, zaman sekarang dah canggih...Segala jenis mak nenek teknologi dari tunjuk arah jalan, sampai flipboard ada dalam satu gadget kecil yang boleh di bawa ke mana-mana, asalkan kita ada data plan internet/wireless :)

Macam saya, setelah terpaksa menanggung beban bil handphone sehingga mencapai nilai maksimum (RM300)-dalam sejarah tu...maka, barulah saya start daftar data plan internet....

Dan ternyata, ia takdelah mencecah lagi sehingga nilai tersebut sekiranya saya tak buat tunggakan la kan.. :)

Berbalik kepada topik entry ni, haritu adalah saya sembang-sembang ngan kawan pasal Whatsapp ni..

Dia: Amboi, sibuk nampak...

Saya: Takdelah...ni dok balas message dalam group whatsapp...

Dia: Oh...Banyak ke?

Saya: Takdelah..Kam punya ada dua group je. Tupun kekadang rasa, eh..kenapa message dok bunyi lagik ni..

Dia: Orang pun sama..Tapi, banyaklah group orang..Kekadang tak sempat nak balas..

Saya: Habis tu, pasal pa join banyak grup...

Dia: Hehehehe :)

Bukan dia je, Mr F pun sama...Kekadang tengah malam, handphone berbunyi..Dia ada beberapa group..Tapi ada 2 group ni sangat aktif...Naik tension pula dengaq :)

Anna Da Lady

Monday, April 8, 2013

Hadiah birthday!!!

Akhirnya...Benda yang dihajati selama ni, dah berjaya dapat...

Selalu, saya dok jeles je tengok orang-orang perempuan pakai baju ni kat swimming pool...

Nak jugak rasa memakainya...Selalu pakai seluar track suit and baju t-shirt yang bersesuaian...

Tapi, masalah bila nak praktis berenang, sebab baju asyik mengembang je...

Baju swimming suit tu pulak, selama ni saya dok survey, ada yang menepati selera saya dan ada yang kurang...

Bila yang menepati selera, mahal sangat la pulak, then, taktau pulak macammana rasanya bila dipakai...Sebab selama ni tengok kat blog online je...

So, akhirnya, benda ni dapat dirasa dan dibeli di Port Dickson...

Mula-mula saya tak perasan, tapi bila Mr F tunjuk...

Mr F: Eh, Ayang..Ada baju yang Ayang berkenanla...

Saya: Aa, cantiknya...jom try...

So, masa try tu, Mr F suruh try yang saiz kecik dulu...Saya kata, 'mana boleh, kecik sangat ni...'

Dia kata,'boleh punyer!!!!'

Last-last bila try, saiz kecik tu, masuk dari bawah boleh, tapi tak boleh bawak naik ke atas...Hehehehe..

So, saya request kat Mr F....

Saya: Abang, Ayang rasa Ayang lebih selesa saiz yang besar ni la..Sebab satu, dia longgar, satu lagi, lebih selesa, tak segan bila nak pakai :)

Mr F dengan rasa berat hati, "Ok, janji boleh prektis berenang tanpa gangguan..."

So, camne rupanya?


Hehe..masih dalam plastik...

Rupanya, lebih kurang camnilah..Tapi versi longgar nyer....

So, inilah hadiah ulangtahun sebelum melangkah ke angka seterusnya :)

Anna Da Lady



Sunday, April 29, 2012

290412: Suasana sebahagian Kuala Lumpur hari ini

Apa yang boleh dikatakan, sangat TENANG.

Bukan macam selalu, jalan sesak what so ever...

Harini, jalan sangat la best...Tapi, tak la kata, sampai boleh baring. Cuma agak kurang daripada biasa :)

Tengahari tadi, berkesempatan ke Low Yat. Mr F nak cari power supply Cooler Master di situ.

Pergi sana, hanya guna kapcai pinjam dari adik ipar :) Sonang celup sana, celup sini.

Mula-mula ingat jalan ssak, tapi pergi situ..fulamak! sonok..jalan dia bolehla dikatakan tak sesak seperti biasa...

Dalam Lowyat pun orang tak de la nak katakan sesak..Kenapa ye?Hehehe...

Cuma, ada satu benda penting nak utarakan kat sini...

Masa dalam perjalanan kami nak masuk Bukit Bintang, saya la sebagai pembonceng yang memang suka sangat tengok keadaan jalan sekeliling n karenah manusia, ter 'perasan' satu peristiwa yang bagi saya kalau berlaku di depan mata, confirm 'panik'

Saya perasan lepas je simpang KLCC, on da way nak pergi Jalan Bukit Bintang, ada satu taxi berhenti di tepi lorong n ada 3 orang polis di situ sambil vercakap menggunakan walkie talkie...

Saya perasan ada sorang wanita cina kalau tak salah di belakang tempat penumpang teksi tersebut. Tetapi yang saspen nya...Penumpang itu macam 'pengsan' atau something happen yang menyebabkan dia tak bergerak...Nampak dia mcm tak bergerak je, pejam mata...

Hmm, kenapa ye?
Anna Da Lady


Friday, January 6, 2012

Self defense with Mr F

Title: Conversation between two people, Mr F and Mrs A
Date and Time: 5/1/2012 @ 10pm
Venue: Home

Mr F: Ayang...please call your sisters..Ask them whether they have 'pisau mainan'
Mrs A: Hmm. For what?

Mr F: Alah, tanya je...

So, Mrs A dengan rasa confuse nya, call la her sisters, Akak and Angah...

Mrs A: Angah cakap, pisau mainan masak-masak Nadya adalah...Tapi, taktau di mana...Akak pulak cakap, pedang mainan Rifqi and Raimi adalah...Nak buat apa ni? Untuk performance makan malam esok ye?
Mr F: Aah..

Mrs A: aik..Tak jadi buat aci-aci bukak pintu ke?
Mr F: aa, tukar lain..(sambil tengok video clip Mission Impossible Ghost Protocol and Self Defense through You Tube)

Mrs A: Ok, dah tau dah nak buat apa ni..Nak buat aksi cenggitu ye?
Mr F: Aa...Ha, cuba awak bangun...Jadikan remote control kipas ni as pisau...

Maka bermulalah aksi lasak antara dua manusia ni di tengah malam...

Mr F: Ha, cuba awak buat camni..tangan kanan hunus pisau dari kiri ke kanan..Saya tepis..Then, tangan kiri tumbuk...Pastu, saya tepis..Tangan yang pegang pisau tadi hunus lagi dari atas..Saya tepis...Pastu saya ambil pisau tu, saya cucuk belakang...

Maka, Mrs A pun buatla seperti yang diminta...tetiba...

Mrs A: Eh, awak..Cuba pegang slow-slow sikit tangan saya ni..sakit tau..Tengok dah merah pun pergelangan tangan saya...
Mr F: Macammana saya nak buat slow, kalau awak pun buat laju..

Mrs A: Aa, ye tak ye jugak...

Maka, buatla lagi sekali..Sambil rekod masa...Tapi bukan sekali, berkali-kali aksi ni sampaila...

Mr F: Ee, panasnya..jom berehat dalam kereta sat..Ada aircond...
Mrs A: Jangan mengada-ngada..Penat tau..

Berehat jap..Pastu..

Mr F: Hmm, tak cantikla aksi tadi...Cuba buat cenggini pulak...Aksi yang sama macam tadi..Cuma nak bagi ending dia cantik lagi...
Mrs A: Hmm, apa kata awak jatuhkan kaki dia macam yang saya buat ni...

Mr F: Aa, cantik jugak...Camne dengan permulaannya? Nak bagi audience nampak apa yang berlaku?
Mrs A: Kawan awak tu buat gaya cenggini..Pegang spek mata sambil tenung awak dengan tajamnya, pisau di belakang dia..Lepas dia di belakang awak, dia nak hunus dari belakang..Awak sempat tepis..

Mr F: Aa, menarik..Bagusla awak ni..
Mrs A: Ha, tau takpe..Cuma esok pastikan kawan awak tu, sehebat saya atau lebih hebat dari saya...Or kalau tak boleh, biar saya yang gantinya (Hahahaa...Sambil senyum dalam hati..boleh makan free esok malam)

Mr F: Mana boleh, nanti orang kata buli perempuan...

Best jugak buat aktiviti macam ni...Rasa stamina kuat sikit,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails