Kelmarin dulu, saya godek album lama..Ternampak gambar-gambar semasa saya dan Mr F gigih mengusahakan kebun kami di belakang rumah. Rindunya tengok suasana tu, hanya Allah yang tahu...
Memang waktu semangat tengah membara tu, memang Mr F la yang paling nampak seronok sekali, bertukang, korek lubang, tanam dan semai semua dari titik peluh tangannya sendiri...Saya hanya assistant belakang tabir je :) Tapi, itulah salah satu aktiviti berdua yang paling manis sekali :)
Tetiba esok paginya, saya tersedar...Saya bermimpikan kebun kecil kami itu...Rasa sayu je..Taktaula camne keadaan semua pokok-pokok itu...Pokok cili ungu, pokok terung, pokok terung, rosemary, basil, oregano, serai, pokok pisang....Hmm...
Mr F cakap semalam kat saya.."Ayang kalau semua tu dah layu masa kita balik nanti, takpe..nanti kita semai lain..kita cari biji benih lain yang lebih elok kali ni...."
Tapi bagi saya..."Hmm, nak menunggu hasilnya tu yang lama.."
Mengimbas penat lelah yang lalu .....
Harap-harap semua pokok ok ye,
Anna Da Lady
Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts
Sunday, December 21, 2014
Friday, September 12, 2014
Rumah sewa di Mulheim/Duisburg, Jerman
Di Jerman ni, kalau nak sewa rumah besar2, memang mahal, terutama kalau fully furnisehd...melainkan kalau sesapa nak duduk sini lama, takpela duduk rumah yang selesa sikit & rumah kosong, berbaloi dengan elaun yang dapat. Tapi elaun yang saya dapat ni cukup2 je untuk apa yang ada sekarang and simpanan untuk ber 'joli' :)
Rumah pertama yang kami duduk fully furnished tapi agak sempit. Namun ada satu yang best, sebab belakang rumah ada fruit garden..Masa musim buah ceri, dapatla kutip straight dari pokok...Masa musim buah plum dan epal pun begitu jugak...
Ni gambar saya ambil dari dalam rumah, Mr F tengah ambil buah plum. Masa ni takdela sejuk sangat, cuma berangin....
Dari dekat....

Ha..nampak tak dua basikal tu..Tulah kenderaan kedua kami selain public transport (bus dan tram)...Senang nak bergerak, tak bergantung harap sangat pada jadual bus dan tram, walaupun ia selalu tepat...
Kawan-kawan kat sini ada yang cakap, fuh, harga dua-duabasikal ni dah hampir nak sama dengan kereta second hand (tapi masuh elok)...tapi kereta kat sini belah kiri, so, tak guna kalau beli pun
Ni lah keluasan garden belakang rumah..Style rumah apartment sini jenis tengah-tengahnya ada garden..blok apartment ni dalam bentuk L / U.
Nilah salah satu pokok epalnya..
Ha..nilah belakang rumah lama kami...ada kerusi dan meja..so, kalau cuaca tak sejuk sangat, kekadang lepak belakang rumah tu
Tapi skang kami dah berpindah ke rumah baru...Baru dua minggu kami berpindah ke rumah baru, berdekatan dengan Uni dan lebih besar dari rumah dulu. Tapi rumah baru ni, kena jaga-jaga bila bab memasak..sebab dia pasang dengan fire alarm sekali..so, pastikan tingkap terbuka luas masa masak..
Dan lagi satu kekurangannya, takde pintu yang memisahkan dapur dan kawasan rehat/tidur/study/lepak...Jadi, memang tak bolehla nak memasak sambal/kari/ makanan beria-ia sangat dan menggoreng sangat :(
Jadi, sebelum kami berpindah, saya Dan Mr F berpakat nak beli satu 'gajet' tuk dapur...ala-ala Oven, tapi bukan oven...next entry saya cerita ye
Anna Da Lady
Monday, May 5, 2014
Penang-my second or third hometown maybe
For those who never been at Penang Island, for sure will ask...what's so special with this place, hurgh?
Hehe...Saya ni boleh dikategorikan semuanya bermula dari sebelah Utara...
1) dilahirkan dan dibesarkan kebanyakannya di Perlis
2) sekarang kampong sudah bertukar di Kedah, last sekolah menengah di Kedah
3) mula bekerja selepas tamat degree dekat Penang
So, segalanya manis bila berada di Utara :) Xspeseli Penang kot...
Cita-cita nanti, bila dah dekat nak pencen nak balik Penang...
Sebab apa tau?
1) Makanannya semua sedap-sedap, dan paling penting murah dan berbaloi dengan harga.
2) Dekat dengan interesting place, paling penting pantai!
3) Tak sesak sangat macam kat KL
4) Dekat sikit dengan kampong halaman dari KL ni
Sebab tu saya boleh katakan, saya suka sangat bila dok kat sana :)

Wednesday, December 4, 2013
Projek hujung minggu: New raised garden bed - Da big one
Nampak tak ditepi pagar tu ada lapisan kayu yang sudah dicantum membentuk satu 'bed'?
Itulah projek Mr F dan saya (yang hanya tolong sikit-sikit) hari Ahad yang lalu.
Sambil menunggu parent saya dan keluarga kakak-kakak saya sampai di rumah pada waktu lewat petangnya, Mr F telah berjaya melaksanakan hasratnya sekian lama untuk memiliki satu garden bed yang tinggi sikit dan besar sikit dari sebelum ni....
Dan itulah hasilnya...
Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Mr F...Cayalah, Abang!
1) Sebelum membina satu garden beg yang panjang dan besar tu, Mr F dan dibantu saya (sikit ja), mencabut rumput-rumput yang hidup sepanjang kawasan untuk dibina garden bed ni...
Sebelum ni, ingat tak, kawasan ni ada 2 batang ubi kayu?
Pokok ubi kayu ni telah dicabut dan dipindahkan ke kawasan lain...Tapi nampaknya, sekarang ni, macam nak layu je :(
Sedih agaknya pokok ni sebab dah 'berpindah rumah'
Kalau dulunya, jirannya ialah si pokok ulam raja dan pisang (yang memang terkenal dengan pokok yang menyejukkan tanah), tapi sekarang jirannya ialah dinding dan juga pokok ulam raja jugak (tapi yang dipisahkan dengan garden bed jugak)....
2) Ha...Inilah hasilnya 2 lapis kayu yang panjang dicantumkan menggunakan kayu-kayu terpakai..Kali ni, kayu-kayu tersebut Mr F ambik daripada pembinaan sekolah di hadapan taman kami...
Dahla kereta kami kecik, taktaula dia angkat lagu mana! Huhuhuhu.....
Tapi yang pastinya kayu ni memang padat dan berat..Jenuh jugak saya tolong Mr F masa nak alihkan kayu ni ke tepi pagar tu...
Antara yang mencabar untuk membina satu garden bed yang panjang dan besar ni ialah,
1) skill memaku
2) skill mencantumkan kayu supaya ia rata dan 90deg terutama cantuman bentuk L
3) skill potong kayu
It ajelah kot...
sebenarnya, banyak lagi gambar pasal garden dll yang ditangkap, tapi nanti-nantilah ye, saya kongsi...
Take care,
Anna Da Lady
Friday, November 1, 2013
Rasa seronok bila tengok tanaman yang kita tanam mula menunjukkan pertumbuhan...
Wah, dah November ye? cepat betul masa berlalu...
Rasa macam baru semalam je, baru menjejakkan kaki ke tahun 2013.
Malah, rasa macam masih lagi gadis yang berumur 25 tahun...Boleh tak gitu ? :)
Seperti dalam cerita yang lalu, saya ada berkongsi perkembangan kebun kami di belakang rumah.
Alhamdulillah, sementara Mr F masih free ni sebelum kembali busy dengan tugas-tugas beliau, InsyaAllah, kami akan bersama mengusahakan kebun sekangkang kera tu :)
Dan disebabkan ada yang bertanya apa perkembangan kebun ini, saya sharekan di sini. Memang seronok rupanya bila dapat berbudi pada tanah ni kan?
Malah, mak saya selalu cakap, kalau kita beli tanah, kita tak rugi, malah ia akan mengembalikan hasil walaupun terpaksa tunggu lama sikit.
Tapi, kalau kita beli kereta, nah...jap2 asyik nak bermanja jek...Tak gitu? :)

Gambar di atas, adalah kayu pokok ubi hutan. Diberi oleh kawan Mr F sebulan yang lalu...Kami hanya tanam lebih kurang 5 batang jek..3 depan rumah, 2 belakang rumah...Yang menariknya, daun pada kayu ni masih menampakkan kehijuannya walaupun hanya ditinggalkan macam tu jek. Itulah kuasa Allah kan?
Mr F taknak tanam banyak-banyak pokok ubi kayu ni, sebab katanya, kalau banyak-banyak pun, siapa nak makan? Lepas tu, kebun kan kecik jek, nanti kalau nak tanam pokok lain, camne?
So, kot-kot la ada sesapa nak pokok ni, bagitau ye..Nanti saya pass yang berlebih ni kat awak :)
Cuba teka ni bekas apa? Sebenarnya ni tempat letak kucing kami yang dah mati tu..Si Bengal (Honeymaw)..Last-last, saya letak je barang-barang untuk gardening dalam ni, dan ada jugak barang-barang lebih renovate bilik air haritu dalam ni....macam dah jadi stor la pulak...
Ha...nilah pokok-pokok yang kami beli kat Sungai Buloh tu...Thai basil, rosemary dan sweet basil...Tanah tu pun kami beli kat sana, dan Alhamdulillah ok jugak setakat ni...Antara 3 pokok ni, daun rosemary lah yang selalu saya guna dalam masakan...Moga-moga pokok herba ni membesar dengan sihat ye!
Cerita pasal sweet basil ni, ia diletakkan di dalam sikit daripada pokok yang lain sebab sebelum ni kalau kena direct sunlight, daunnya mula menunjukkan 'kelayuan'..Namun bila terlindung sikit, nampak segar jek daunnya...
Cerita pasal pot pokok-pokok ni pulak, dua-dua pot ni dibeli dari dua tempat berbeza...Kalau pot di depan tu, beli kat Sungai Buloh..RM15, brand Baba. yang bawah tu pulak beli kat Daiso, dalam AEON Equinne Park, RM5 jek..Tapi dari segi kualiti, memang brand Baba tu lagi elokla :)
Gambar di atas pulak pokok oregano dan Thai basil jugak. Oregano tu dibei di Sungai Buloh jugak...Mula-mula dia mengembang..Last-last Mr F amik riben dan ikat dia sikit bagi dia tak mengembang sangat...
Thai basil tu pulak, Mr F ambik dari rumah seorang makcik ni dalam Taman kami jugak..Makcik tu kata, cuba tanam batang ni jek...Dan alhamdulillah, nampaknya, memang dia dapat tumbuh dengan elok walaupun tanam batanag jek tanpa akar...
Memang pada mula-mula tanam ni, daun-daun yang lama tu, nampak macam nak mati..Namun kuasa Allah, yang lama mati, untuk menimbulkan yang baru :)
Ok..daun-daun di atas bukanlah dibeli dari Sungai Buloh, tapi saya beli daun-duan yang ada akar ni dari pasar..Lepas tu, balik jek, saya minta Mr F tanam..Dari kanan, daun ketumbar ke daun sup ntah..saya pun tak ingat..Lepas tu daun bawang (masih baru lagi tanam, taktau dapadt hidup ke idak) then paling kiri, daun pegaga...
Rasanya lepas ni, kena carik 'pot' lain ni..Sebab kecik jek bekasnya
Ok..Nampak tak semak-samun di tepi-tepi batas yang dibuat Mr F ni? :)
Ok, ni pulak pokok cili. Pokok ni MIL amik dari jirannnya dan beri pada kami..cili ni warna purple sebelum masak..Kata jiran tu, makan satu bijik pun, dah pedas sangat-sangat :)
Ok..ini bukan tanaman yek! Tapi bekas untuk menghasilkan baja kompos...Mr Fsuka baca pasal benda ni kat internet...Maka, dia pun buatlah satu dan letak belakang rumah.
Dan alhamdulillah, setelah hampir setahun buat ni, ia telah menghasilkan tanah baja yang subur untuk tanaman...
Ini pulak, antara pokok pisang terbaru yang ditanam..MIL suruh tanam sebab katanya 40 hari jek dah dapat berbuah..Ok, kita tengok nanti hujung bulan ni, camne!
Cuba tengok pokok kari tu, memang lebat..Sampai dah nak sama tinggi dengan pokok pisang di sebalahnya..Padahal, pokok kari ni ditanam lagi lambat dari pokok pisang tu...
Pisang lagi dan pokok mangga. Entah bila nak berbuah
Ok, nampaknya hanya ini yang mampun dikongsi sementara saya masih rajin mengupload gambo yang banyak ni untuk blog...Moga ia menjadi inspirasi bagi anda untuk mengusahakan membesarkan tanaman sendiri walaupun duduk di rumah apartmen..
Kalau kita tengok, walaupun duduk di rumah aparment, kita masih mampu untuk menanam pokok-pokok yang bersesuaian...appaun, semuanya dengan kuasa Allah..
Till then,
Anna Da Lady
Thursday, July 4, 2013
Home Organizing: Fake Headboard
Benda ni dah tengok lama, dan memang rasa tertarik untuk dibuat.
Namun, selepas baca ni, lagi rasa terpikat...
Jom kita baca kat website ni:
Namun, selepas baca ni, lagi rasa terpikat...
Jom kita baca kat website ni:
FIVE TIPS FOR A GOOD NIGHT’S SLEEP & FAUX HEADBOARDS
Kat sini, macam-macam kita boleh cari..Macam-macam tips dikongsi
Brightness,
Anna Da Lady
Friday, June 14, 2013
Mari kita ber'mimpi' di pagi Jumaat: Konsep menarik di bilik kecil
Di pagi Jumaat yang hening ni, mari kita mulakan keceriaan hidup kita dengan berimaginasi sikit...
Cuba tengok gambo di bawah ni, saya kongsikan sikit 'pelan' saya untuk bilik kecil di tingkat bawah rumah saya. Tapi, tak tahu bila konsep ini akan 'terjadi'...Hehehehe..Sebab banyak jugak area lain masih belum dikemaskini.

Kotak warna merah tu, adalah tingkap 2 panel (standard size untuk rumah lain jugak), dan impian saya ialah, untuk melengkapkan bilik ini dengan:
1) Sofa bed warna merah/purple untuk di no. 2
2) Rak buku untuk menempatkan buku-buku agama / buku-buku lain di no.3
3) Almari baju yang sesuai untuk meletakkan keperluan ketika solat seperti sejadah, kain telekung, kain pelikat untuk tetamu yang datang di no.1
Buat masa sekarang, bilik ini adalah bilik solat dan juga bilik di mana may parents, MIL suka lepak di sini, sebab malas nak naik atas kata mereka!
Jadi, sekarang ni hanya benda yang basic di sediakan di bilik bawah ni, disebabkan 'kemalasan' saya untuk berhadapan dengan benda2 yang macam2 dalam rumah ni :)
Dan lagi satu, saya dan Mr F lebih suka melepak di atas, xspeseli di bilik kami sebab semua ada di situ..
Hahahahahahahahaha!
So, apa yang ada sekarang di bilik ini? (sambili lihat nombor di 'pelan' di atas);
1) rak gantung baju ditempatkan di no. 1 ala-ala macam ni;
2) 2 stool kecil di no. 2 ala-ala macam ni;
3) rak buku 3 lapis di no.3
Maka, impian saya sekarang adalah untuk mencari furniture dan menetapkan konsep yang sesuai untuk 'menggantikan' fungsi basic furniture yang ada sekarang.
Maka, kita tengok dulu pemilihan sofa bed di no. 2 yang bersesuaian..Kita 'usha' IKEA dulu ye!
Ok, dari dulu bila saya masuk IKEA je mesti saya tertarik dengan sofa ni, sebab apa tau? Warna merah dia...
Alamak, 'makcik' taktau pasal pa 'makcik' minat sangat dgn warna merah ni...Hehehe
Cuma, kalau pilih style ni dia agak makan ruang, sebab dia panjang...maka, saya tengok plak yang lain;
Okla kan? Tapi, nak jugak cari warna merah!
Ok, beralih pulak kepada pemilihan almari baju di no. 1;
Samada pilih jenis drawer seperti ini
omg...warna merah lagik? sabo jelah!
atau style macam ni, banyak sikit storage nya!
ATAU cari jenis wardrobe...
Warna merah lagik!
Atau jenis ini, sebab boleh menggunakan sebaik-baiknya ruang 'corner'
Beralih pulak kepada rak buku di no.3,
Jangan 'muntah' ye dengan warna merah! Cuma yang ni agak lebar, rasanya macam agak kurang sesuai!
Kalau macam ni sesuai, cuma kena ada 2 rak...
Ok, sudah tamat masa bermimpi, kembali kepada realiti,
Anna Da Lady
Friday, May 31, 2013
Umrah: Sunglasses
Cuaca panas di Mekah-Madinah terutama di tengahari pada bulan Mei ini, sememangnya memerlukan semangat yang kuat daripada para tetamu Allah untuk ke sana.
Alhamdulillah, lanjutan daripada post yang lalu, saya, Mr F dan MIL telah selamat menunaikan umrah kami yang pertama baru-baru ini. Keadaan kesihatan kami, Alhamdulillah, okay..Cuma saya je agak kurang sihat sikit.
Tadi, saya sempat godek BH online, dan terjumpa satu artikel menarik pasal kaca mata pintar:
Recon Jet, kaca mata pintar
Sememangnya semasa kat sana, kaca mata hitam memang membantu saya, suami menahan silau ketika di tengahari. Terutama waktu buat tawaf dan ziarah.
Malah, my MIL juga, disebabkan beliau mengalami masalah rabun dan tidak selesa memakai contact lens, kami galakkan beliau tukar kepada kaca mata jenis transition. Memang mahal sikit, tetapi, Alhamdulillah membantu beliau ketika di sana :)
Memang saya sarankan kepada kekawan yang nak ke sana ketika cuaca panas terik ni, bawalah kaca mata hitam. Mata kita terjaga, kita pun selesa
p.s: Pokok pisang yang ada buah ni di belakang rumah dah selamat ditebang. Alhamdulillah, sedap jugak pisang nangka ni ye :)
Anna Da Lady
(Bahasa dalam post kali ni agak kelam kelibut, sebab masih dalam fasa mendapat mood menaip)
Sunday, April 21, 2013
Pengurusan rumah tangga
Hmm, nampaknya ramai kawan-kawan saya terutama, Mrs Lynd and Mrs Fizah rajin mengupdate blog masing-masing dengan hal home organising...Jeles pulak rasanya :)
Sebab apa tau...sila baca benda-benda di bawah (prhatian untuk Mrs Lynd and Mrs Fizah):
1) Mereka sama baya TAPI.....
2) Mereka dah beranak-pinak WALAUPUN
3) Mereka sibuk dengan kerjaya dan study masing-masing.....
So, berbalik kepada diri saya, selalu saya pesan diri ini;
1) Jangan kata kita TIADA MASA...
2) Semua orang MASA sama sahaja...
3) Cuma yang membezakan sama ada kita ni pandai bahagi MASA atau tidak
Namun begitu, janganlah, kita asyik berkorban untuk orang lain je...Kita pun perlu ada masa untuk DIRI kita..bak kata orang sekarang, "ME" time :)
Sebab, siapa yang nak membahagiakan keluarga, suami, anak-anak kita, kalau bukan KITA...
Jadi, kekal sihat, kekal cergas, kekal bertenaga,
Anna Da Lady
Gambar selingan: Dari atas suatu hotel, nampak bekas kawasan PENJARA PUDU

Monday, March 18, 2013
Selingan daripada entry sebelum ini
Kesinambungan daripada cerita sebelum ini....
Sekarang kena fokus kepada benda lain, maka, blog ini sekadar boleh diupdate sekali sekala,
Anna Da Lady
Sunday, March 10, 2013
Membuat lubang di meja III SIGNUM (IKEA)
Mari kita tengok gambo ni....
Mr F berusaha menebuk lubang pada meja study/ office menggunakan SIGNUM yang dibeli dari IKEA semalam dengan bantuan drill Black & Decker ...
Inilah hasilnya selepas di drill
OK la kan?
Yang sebelah kanan tu, adalah scrap daripada meja kayu ni...
Anna Da Lady
Saturday, March 9, 2013
Akhirnya berjaya pergi ke IKEA Damansara III IKEA Family
Alhamdulillah, rasa seronok sebab akhirnya berjaya juga menjejak kaki di IKEA mendapatkan apa yang dicita-citakan...
Namun begitu, apa yang dilistkan pada awalnya bukanlah, hasil yang didapati akhirnya...And, bertambah-tambah bilangannya..Sabo je lah..
Tapi, bak kata orang, untuk menyedapkan hati, "takpe, bukan kita sorang je pakai, nanti ke anak cucu dapat tahan lagi..InsyaAllah..."
Kami pergi sana dengan motor kapcai je..Sebab dok fikir confirm ramai orang...Kul 9.30 pagi, dah bertolak..Dalam setengah jam kemudian, sampai @ IKEA.
Memang best sampai di awal pagi sebab orang tak ramai...Macam IKEA and kawasan sekitar kita yang punya :)
Sampai-sampai je, saya terus tuju kat kiosk untuk daftar kad IKEA Family..Namun begitu, saya terpaksa rujuk kat kaunter costumer service sebab saya tak boleh dapat kad baru disebabkan nombor telefon yang saya dah daftar sebelum ini, dah tak boleh guna...And, saya tak beli apa-apa barang mencecah RM200 semasa kad itu masih valid...
Jadi, saya apply kad baru yang expired date nya harini..Kena bayar RM 2..
Apapun, saya berpuas hati sebab akhirnya saya dapat jadi one of the family members dalam IKEA :) Sebab harini berjaya melebihi angka minimum yang dinyatakan dalam setahun :)
Jadi, apa barang yang dibeli tadi?
Macam yang saya cakap sebelum ni...Saya berjaya membeli study table, kerusi study, satu untuk saya, satu untuk Mr F, book shelf...
Tapi, sata benda yang betul-betul bukan dalam fikiran sebelum pergi IKEA tadi telah berjaya dibeli....Apa tu?
Katil MYDAL 2 tingkat....Hukhuk..Sabo je lah..
Lagipun, kami berdua n dah lama aim nak beli katil ni nak letak kat bilik belakang tu...Lagipun, kami berdua suka warna macam ni..Konsep kayu..Warna birch :)
And, alang-alang nak guna delivery services, belilah ni sekali..Harga promosi delivery: RM55/trip sehingga puluk 3pm...
Nilah katilnya....

Mula-mula, tertarik juga dngan design di bawah ni sebab dia lebih murah...And dia boleh tambah part di bawah ni untuk sorang lagi tidur...
Tapi, bila fikir2 balik, nampak katil berkayu ni lebih tahan....

Sumber: IKEA
apapun, Alhamdulillah....dapat membeli apa yang diperlukan..Cuma, total damage tu agak 'menakutkan'' :)

Subscribe to:
Posts (Atom)