Showing posts with label Car. family. Show all posts
Showing posts with label Car. family. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Keropok lekor terbaik setakat ini dan kejadian kereta bergoyang

Yeah...Masa kami pergi trip KL-KT-KB, kami telah sempat merasa 3 jenis kopok lekor dari 3 tempat yang berbeza dalam masa beberapa jam.

1) Kopok lekor pertama dijumpai pabila masuk exit Jabor, Jalan Kuantan-Kemaman. Kopok lekor ni kurang rasa tapi okla, sebab kami sempat makan nasi yang dibawa dari umah di tempatnya.

2) Kopok lekor kedua ialah di kedai 188. Kalau dari arah selatan, kedainya di belah kanan. Siap dia buat handmade depan kami lagi dan rebus nya di kuali besar depan orang tu...Katanya dia guna ikan selayang. Sorang tukang uli dan rebus, manakala sorang lagi tukang goreng dan melanggan pelayan. Yang ni memang disyorkan. Memang sedap. Kami juga sempat merasa Jelly kelapa..Osh, freshnya rasa :)

3) Keropok lekor terakhir ialah di Seberang Takir menghala nak ke airport K.Terengganu. Nama kedai ni tak ingat sangat. Tapi, kedainya start dengan tulisan Batu. Dan ada parking kereta di tepinya. Waktu kami sampai, orang memang ramai tengah tunggu turn nak membeli yang belum digoreng dan dah digoreng. Kopok lekor ni rasa rempahnya lain sikit. Berbeza dengan 1 dan 2. Tapi, apapun no.2 tetap sedap!

Lepas tu, ada satu kejadian di mana di kedai no.3 tu, sepasang suami isteri dan anak kecik, menggoyangkan keretanya, sebab kunci tertinggal di dalam. Sebabnya, konon anak2 nak tidor dalam kereta la..Goyang punya goyang tak tersedar2 jugak 3 anak ni...

Last2, customer2 kat kedai tu pergi tolong suami isteri ni goyangkan kereta...

Sampai Mr F kata "Dah nak terbalik rasanya kereta tu"

My MIL pula kata, "Aish, takut anak tu terpengsan ke apa..Ada ke tinggal kunci dalam kereta. Si isteri tu pun, tunggulah dalam kereta."

Memang tidur mati betul anak2 suami isteri tu.
Anna Da Lady

Sunday, June 3, 2012

Bila terlelap

Ini adalah satu peringatan buat saya dan kawan-kawan semua.

Jika kita rasa letih, janganlah nak usaha jugak memandu...

Kang, terlelap, kereta masuk lane orang or kereta termasuk longkang.

Itulah yang berlaku kepada saya Sabtu malam lepas...

Gara-gara, nak cepat sampai ke destinasi dari Kelantan-Johor, saya paksakan diri juga drive, setelah Mr F minta beradu kejap.

Alhamdulillah, bunyi pasir di pinggir jalan, membangunkan kami semua yang telah terlelap..saya sebagai driver, Mr F dan MIL terlelap di sebelah dan belakang...

Pastu, bila Mr F terjaga je,

Mr F: Kenapa ni?
Saya: Ayang terlelap tadi. Pastu masuk jalan sebelah sana.

Mr F: Kenapa tak cakap?
Saya: Sebab Ayang taknak ganggu Abang tido.

Mr F: Kenapa tak cakap kat Mama?

MIL ku memberi maklumbalas, Mama pun senyap je tadi.

Itulah pengajarannya, Jangan dipaksa mata tu nak tahan jugak...

Bak kata MIL, "Mata kita memang tercelik, tapi badan entah ke mana"
Anna Da Lady

Wednesday, February 8, 2012

Yeay...Mama di sini, dengan sesi mencari kain langsir

...Tapi bukan di rumah saya...

Perbualan semalam sewaktu Adik mahu bertolak pulang dari kampong dengan kereta putih barunya dalam loghat Kedah...

Saya: Dik, dah sampai ke?
Adik: Kat Pendang dah ni. Mama ada sekali.

Saya: Eh, Mama ikut sekali? Bukan ka Abah kata taknak mai lagi?
Mama: Mama ja ikut. Kesian Adik balik kampong dah soghang, nak balik Kolumpo pun soghang jugak.

Saya: Aa kan...
Mama: Tulah, masa dia tolak balik haritu, Mama tak boleh tidoq..Dok tunggu-tunggu dia..Dahla soghang..

Saya: Awat Abah tak ikut?
Mama: Lani musim kemaghau kat kampong. Jadi, Abah kena jiruih la pokok-pokok tu...

Saya: Oo...Mama tidoq umah Acik ka malam ni?
Mama: Takla, Mama tidoq umah Cu..Nanti nak pi Nilai 3..Nak cari kain langsir...

Saya: Aik, bukan ka haritu baru je tukaq kain langsir..Tak sampai setahun lagi..
Mama: Aish, ni kena lain la pulak..Untuk kahwin Adik...

Saya: Warna adik tema apa?
Mama: Taktau dia..Alah, budak laki bukan kisah sangat...

Aish, Mama, saya pun nak kain langsir, dermalah sebarang satu dua helai, hehehe...
Anna Da Lady

Thursday, February 2, 2012

020212: JPJ and plate number

020212...Nice number...Walaupun bukan secantik 020202, tapi okla kan?

Ok, topik harini kita akan cerita sikit pasal hal pendaftaran nombor kereta...

Coz recently, my young brother bought a new My Vi as his first car and also his first asset after working as a young architect...

I'm proud of him...First, because he is my brother..
Secondly because, he can 'berdiri atas kaki sendiri' since dari kecik...Without any extra help from FAMA and family...

Ok, back to original topic...JPJ and plate number...

My bro has a few numbers that come into his mind for his new car...
So, he asked my Maksu to accompany him during the process at JPJ, coz my Maksu's house is near to JPJ Wangsa Maju and she knows the process already...

So, dia pun cakapla kat my Maksu..Lebih kurang macam nila diaorg punyer conversation yer..

Adik: Cu, Ijan nak nombor-nombor plat ni...
Maksu: Nombor apa?

Adik: 6969 ataupun 7887 ataupun 8778
Maksu: Hmm..kite pergi tengok dulu kat JPJ...(Tapi dalam fikiran, peliknya budak ni nak nombor 6969..apa kaitan dengan dia sambil fikir dari segala segi)

So, after proses kat JPJ, my Maksu terus call my phone;

Maksu: Acik..tautak adik nak nombor plat apa untuk kereta dia? 

Sambil dia cerita nombor2 tadi...

Saya: Aa..pelik gak..Last sekali dapat nombor berapa?

Maksu: Nombor-nombor tu semua dah ada orang ambik...So, kami tengok dalam buku la apa yang ada...Takdela nombor cantik sangat...
Saya: Jadi?

Maksu: Dia amik nombor 8484...
Saya: weh, macam nombor Acik tu..

Maksu: Aa, dia kata okla tu..sebab besday dia 8 April...
Saya: Aala..Betoi...Berapa kena?

Maksu: 400 ringgit..
Saya: weh, mahalnya..4 angka pun 400 ringgit...F dulu masa kat Penang nombor apit 3 angka pun 300 ringgit je..

Maksu: Aa...sini mahal sikit...

Tapi, tulah..bila cakap pasal kereta and plat nombor ni, kalau boleh kita memang nak yang cantik...

Tapi kekdang ada jugak nasib, tak payah bayar extra apa-apa pun dah dapat nombor yang ok, like my sister and brother in law...kereta diaorg yang lama dapat nombor apit tapi 4 angkala...7667...

Semua orang tanya...

"Weh, beli ke?"

"Takle..rezeki dapat macam tu..."

Sumber: google



Hmm, maybe bukan hot numbers kot ye?
Anna Da Lady

Thursday, April 28, 2011

Manual ke auto???

Ni nak cakap pasal isu kereta...
Perubahan yang berlaku dalam kamus hidup saya...

Kalau nak cakap pasal hal kereta ni, macam-macam sejarah ada...Hahaha...
Dulu, masa nak ambik lesen kereta, huh, punyala susah. 
Almaklumlah orang kampong.Hukhuk.
Belajaq kat pekan kecik, test kat pekan besaq.

Lepas tu, struktur 'gaung' nya tak sama. Kalau kat kampung, kami praktis gaung di tempat yang kecerunannya tak sama dengan yang sebenar, iiatu dia tapak ujian JPJ diadakan.
Saya mengaku saya terpaksa ambik test JPJ 2x, semata-mata 'gaung' tu...
Kalau dalam real life, bila saya sebut 'gaung' je, ramai kawan2 yang gelakkan saya. Sebab saya confuse nak sebut camne...
Kadang2 tersasul..Masalah, masalah....

Tapikan, tak boleh salahkan 'gaung' tu jugak kan? Kesian kat 'gaung' tukan? Hahahaha....
Semuanya atas diri kita sebenarnya... Kita ni serba boleh ke idak? Ye tak?
Saya mengaku saya memang tak terer bab pandu kereta masa mula2 bawak tu....menggelataq, beb...
And saya tabik spring pada kawan saya yang boleh lulus ujian kereta sekali je ambik, xspeseli Mrs Lea...Hahaha....Terharu tak, Lea?
Tapi, ada satu sebab lagi saya tak lulus..sebab saya ambik ujian tu selepas bebrapa lama saya tak pegang keta...
Almaklumlah, waktu tu still bergelar student..So, nak amik test, nak belajaq keta hanya waktu cuti sem or cuti hujung minggu je la...
So, as a result, banyak yang terlupa...
Actually, saya pernah cerita pasal hal ini, dalam post yang lalu...Tak ingat yang mana...

Ok, berbalik kepada topik asal, pasal kereta auto and manual...
Baru-baru ni, kalau sesiapa pernah bacala, rasanya ramai yang tahu ye?...
JPJ nak laksanakan test kereta auto...Cuma lesen nya hanya boleh dapat auto sahaja, tak macam orang yang test guna kereta manual, boleh dapat dua-dua..Tu pro and cons la..

Kalau diberi pilihan dulu-dulu, memang saya nak Auto la...
Sebab, mudah and selesa...Hahaha...Nampak lembut sikit...
Kalau dah bawa manual ni, ganas tau!!!..Hahaha...

Namun setelah menginjak usia, sesuai dengan kematangan diri (alamak, matang ke?), saya rasa berbaloi jugak saya ambik and belajaq keta manual dulu...
at least, saya tahu camne nak pakai manual punya keta...

A few years back, saya meminjam kereta mak saya ke hulu ke hilir, masa start2 keja, from Penang sampaila ke Bangi...Ini kereta auto...
Kereta KAR 1XXX, sangat berjasa pada saya...
Sekarang kereta tu, dah selamat balik ke kampong halaman...
My BFF tolong jadi 'Mamat Delivery'...

So, skang, saya guna kereta manual pula...
Masa mula2 di'paksa' menggunakan kereta manual ni, memang saya menjerit dalam hati...

Hati jahat saya kata: Huh, awak tu mana reti bawak keta manual...
Hati baik saya kata: Belajar pelan-pelan. Lama-lama bolehla. Belum cuba belum tahu.

Kalau nak tahu, saya bawa benda ni sampai ke mimpi...
Punyala gerun nak bawa kereta manual ni...

Alhamdulillah, sekarang dah boleh la sikit2 bawa kereta manual...
Cuma rasa penat and sakit hati bila terpaksa tempuh 'jem'
Sampai kaki ni naik kematu jadinya...
And saya tak berani sangat bawa laju, terutama waktu banyak kereta and hujan...
Contoh kejadian semalam...
Alhamdulillah, tak ada apa-apa berlaku.
Cuma kenderaan belakang saya dan belakang saya yang ada masalah...Hopefully, evertyhing OK, ye...

So, saya nak berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan, jangan cepat putus asa, belum cuba belum tahu.

Mohon Allah beri perlindungan kepada kita semua,
Anna Da Lady


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails