Showing posts with label Kitchen. Show all posts
Showing posts with label Kitchen. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Philips Air Fryer: lauk, kuih, kek etc.

Ingat tak dulu dalam satu entry, kalau tak salah dalam bulan 5, saya ada cerita pasal saya ada gadget baru dalam rumah :)

Kami beli ni, sebab kat sini kami takdak oven. Memandangkan kat Malaysia dah ada smalloven, maka terfikir nak cari benda lain pulak..Mr F dah lama 'aim' benda ni...Kalau kat Malaysia, harganya mahal sikit...

Nilah dia...Masa ni nak cuba goreng popia dalam ni...


Benda pertama yang kami masak guna Air Fryer adalah home made potato fries...Tapi tak berapa jadi sangat seperti dalam buku resepi tu. Mungkin sebab penggunaan kentang yang tak berapa sesuai, saiz yang tak berapa saiz :)

Second food ialah ayam bakar berempah...Sedap! Tapi masalahnya, kat rumah kami ni ada fire alarm..Memang kepoh la kejap dengar bunyi tu..Jenuh mengimbas asap bagi keluar dan supaya benda ni tak bunyi...



Then, kuih bakar...berlanjutan sampai ke popia, roti bakar, keropok, baked potato dan lain-lain...





Kurangkan minyak dalam makanan,
Anna Da Lady

Sunday, December 8, 2013

Periuk ajaib

Selalu kita dengar pemanggang ajaib kan? Kali ni saya nak perkenalkan satu periuk serbaguna..Mak teh saya yang kenalkan pada kami...

Sampai dalam whatsapp, siap tunjuk lagi step by step camne dia buat...

Laksa tak perlu direbus, bihun pun sama..Saya tak tengok real lagi..Balik kampong ni baru tengok :)

Tengok selitan sikit-sikit...

Pulut wajik dalam periuk serbaguna ni



Ni periuknya..Taktau dari mana!
Tapi yang saya tahu dari Amway


Till then,
Anna Da Lady


Tuesday, July 17, 2012

List menjelang Ramadhan

Ok...Mari kita tengok list apa yang kita dah buat untuk sambut Ramadhan al-Mubarak;

1) Lauk pauk:

Minggu ni bekalan lauk pauk dalam peti ais dah penuh. Hampir keseluruhan bahagian sejuk dah penuh dengan udang yang dibeli 2kg (besaq campur kecik), sotong 1kg (kecik), ayam (2 ekoq), ikan merah (bahagian ekor je)...Okla kot 2 orang makan.

Kesemua benda ni dibeli kat Pasar Borong Selangor. Plan asal nak beli daging sama ngan ikan salmon. Tapi, ntahla..bila sampai je kat Pasar Borong tu, daging tak rasa tak nak beli, sebab rasa taktau nak masak ape :) Ikan salmon plak, taktau pasal pa minggu ni tak jumpak.

Nak kataorang ramai, tak sangat. Tapi, maybe sebab jeles kot orang lain datang berdua, saya datang sorang..Takpe, kita biarkan cik suami berehat dirumah ye :)

Sayur, saya tak berkenan sangat beli kat Pasar Borong sebab saya rasa mahalla compared to hypermarket...Itu rasa saya ye. :)

2) Desert

Setakat ni, hanya beli sagu je ngan gula merah. Plus, dadih segera. Nanti, kena beli susu segar untuk buat gabungan dengan kedua-dua benda ni :)

3) Kurma

Benda wajib bila berbuka dan kalau rajin masa bersahur. Mr F dan saya suka yang kering, jadi saya beli yang kering. Favorite kami Yusof Taiyob, tapi masa cari haritu kat MyMydin, takde..just brand apa ntah..Takpe, janji kurma kering :)

4) Air minuman

Ada bekalan cincau, laici, air koktel, ais krim soda, sirap. Jadila kot. Nanti boleh rotate, hari ni buat sirap bandung, Pastu cincau..Kalau nak sedap, tambah soya cincau..Pastu air soda gembira :)

5) Bekalan ibadah

Ha..tu semua nafsu nak makan je tu. Bekalan ibadah camne ye?

Hehe...Mari kita sama-sama mengimarahkan Ramadhan bulan yang mulia ini ye,
Anna Da Lady





Friday, June 22, 2012

Tong gas 16kg

Kelmarin dulu berakhir sudah riwayat gas tong gas sejak kami berpindah ke rumah baru ni. Maka, terpaksala kami dua orang mencari tong gas yang baru pulak.

Sekali ngan delivery, harganya RM30. Ok ke?

Dulu masa kat Penang, Mr Fkata tong gas dia 14kg, dalam RM20 lebih je jugak dengan delivery.

Anna Da Lady

Sunday, May 6, 2012

060512: Yes, dapat 'toy' baru

Kata Mr F,

"Ha, sonok ke dapat toy baru? Nampak tak lekang je senyum tu.."

Anna Da Lady

Friday, March 9, 2012

090312: Kitchen cabinet

Rumah sekarang memang kosong tanpa kitchen cabinet...

jadi, dok memikir mikir apa konsep yang sesuai untuk dapur itu...

Dapurnya seluas empat segi sama, tapi, ada satu wall mengadap dining hall, terbuka luas separa...Maka, mesti masa nak buat kitchen cabinet nanti, kena tutup seapruh dari itu..Buat style macam umah MIL.

Mr F pernah cakap..

"Ayang..nanti kita buat island di area dapur ni nak?"

Hmm..bagi saya, rasa macam tak sesuai..Lainla kalau kita nyer dapur luas cik abe..Or, cik abe nak tambah ke belakang lagi? Hehe...

Jom kita tanya cik google apa yang ada untuk kitchen cabinet ni or aka KC. Thank you Google!!!!!

1) simple KC (tapi kurang berkenan sebab nampak hood dia tu tegantung je kan?)


2) KC berasaskan kayu (dulu-dulu masa kecik sukala tengok KC berkatu2 ni, tapi nowdays, macam-macam jenis pilihan dah ada, maka, KC jenis kayu ni ditolak ke tepi.. ;))


3) Small KC (hanya benda-benda asas je ada, sesuai untuk ruang yang agak kecil)

4) oh..segalanya putih...sangat menarik, tapi rasanya untuk orang yg macam saya ni, tak sesuai la...comot nnati KC ini...


5) modern KC (yang ini memang menarik hati saya..maybe boleh dipertimbangkan)

Tapi, apapun saya suka tengok design KC dari sini IKEA dan juga panduan dari sini  or sini

Rasa macam nak sekarang je,
Anna Da Lady


Wednesday, December 28, 2011

Eksperimen tak menjadi...

Ini kesinambungan cerita ini...
http://annadalady.blogspot.com/2011/12/bila-peti-ais-rosak.html

Sudah beberapa hari melakukan eksperimen ini...

Cerita pasal hal ni kat Mr F, pasal garam boleh lambatkan 'kecairan' ais...

Mr F kata, "Eh, mana ada...lagi cair ada la..."

"hmm..takpe, biar saya buat eksperimen dulu.."

"Alah, takyah..cuba google tengok....cuba fikir..garam tu dibuat dari apa? tindakbalas nyer camne..."

"hmm...berasidla...takpe, cuba tengok...biar tak jadi depan mata, dari baca fakta je..."

Okla..maka saya sudah buat 2 kali eksperimen ni....

Final result, sama je..ais tu cair gak after 1-2 days...

Saya siap beli 2 kotak putih tu lagi...Satu saya letak garam, satu lagi tanpa garam...

Tapi, it is not the final result yet...sebab maybe kotak tu tidak sesuai untuk benda-benda cenggini...
Dan juga angin/udara dapat masuk sebab kotak tak rapat...so, ais jadi cair
Dan juga maybe jenis ais tiub tak sesuai untuk dijadikan eksperimen ini...

Maka, saya pun google la...ternampak artikel ni.. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PetuaJoran_Garamlambatkanaiscair/Article/index

Tapi, yelah..maybe tong simpanan tu dia tu jenis mahal...kalau nak dibandingkan dengan kotak ais putih saya ni yang hanya berharga bawah 10 hinggit...

Tapi takpe, at least saya puas hati sebab saya dapat buktikan tidak semestinya letak garam tu lambat cair pada mana-mana ais....berdasarkan apa yang saya buat dan lihat, ia bergantung juga pada jenis kotak, jenis ais dan tahap pengudaraan...

Maka, terpaksala selepas ini saya membeli barang basah setiap kali balik kerja...

No more excuse, till peti ais elok semula...

Chaiyok,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails