Showing posts with label Car. Show all posts
Showing posts with label Car. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Cuci Kereta dan Potong Rambut

Cuci kereta:

Kereta saya sangat comot sejak sekian lama terabai sejak saya balik umrah haritu. So, dah hampir sebulan lebih tak basuh.

Tadi, baru sempat basuh sebab tengok sangatlah kesian kereta ni..Dengan 'kotor' daripada kesan dok bawah pokok mangga, dengan kotor kesan 'lecak'...

Kalau Mr F tengok ni, confirm dia akan kata; "Masa Abang pegang kereta ni dulu, comei je, tapi bila Ayang pegang, hmm...."

Selalunya, kereta ni dihantar untuk dicuci dekat kedai dengan rumah, sebab ada kad yang perlu dicop selepas setiap kali cucian..So, after 10 times, dapatlah free satu benda daripada beberapa benda macam nano treatment, water wax atau dash board wax...Bayaran RM10 (kereta kecik kan)

Tapi tadi, saya kena RM11 sebab basuh kat Giant Bangi ni...Hmm, agak kurang gemar sikit kat sini, sebab dia cuci tak sama macam dekat ngan rumah saya..Tetapi sebab saya nak beli sikit barang, maka terpaksalah.. :(

Potong rambut:

Ini lebih kepada rambut Mr F...Saya akan pastikan beliau potong rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali, sebab saya cukup berserabut tengok rambut lelaki yang panjang...

It is due to the fact, saya terpengaruh dengan ayah saya (pesara polis) yang akan memastikan setiap anak lelaki dia berambut pendek dan kemas setiap masa...

Dan bagi saya, Mr F nampak lebih 'hensem' kalau berambut pendek (pada mata saya lah) :)

Persamaan cuci kereta dan rambut:

Rutin kami, dalam sebulan, kereta mesti basuh sekurang-kurangnya sekali dan rambut Mr F kena potong dan trim janggut sikit sekurang-kurangnya sekali...

Itu sahaja saya nak merapu dulu,
Anna Da Lady


Monday, January 7, 2013

Pabila menggunakan kereta manual

Alahai, setelah sekian lama menggunakan kereta gear manual, baru harini rasa sangat lenguh kaki kiriku ini...

Sebab harini, memang salah taktik...

Selalu, bila jalan jem, pastikan berada dalam free gear...Takdelah kaki tu statik je tekan clutch...

Tapi, kepala saya harini ada 'sedikit pusing'...

Sambil dalam kepala pikir lain, sakit pening plak datang...

Adakah dsebabkan terlebih kafein? Atau disebabkan kelaparan?

Apapun, jalan susur ke arah Seri Kembangan dari arah atau ke arah Putrajaya/Cyberjaya sangat teruk bila hari puncak waktu kerja...

Pihak yang berkenaan mohon ambil tindakan,
Anna Da Lady

Friday, December 14, 2012

Tayar kembung untuk kali ke-2 selepas jatuh dalam lubang

Hmm...Memang dugaan betul di pagi Jumaat ni. Takpe, Allah nak buang dosa ni, bagi sedaq sikit banyak silap saya buat ni :(

First time dulu, tayar kembung disebabkan jatuh dalam lubang besar kat ngan rumah...Kali ni, di waktu pagi yang nyaman, jadi plak kat Bangi, masa odw nak pergi bank..hmmm...

kalau kali pertama dulu, kira okla, sebab tayar memang kena ditukar dah lepas 2 tahun...tapi yang ini..tak sampai setahun kot...

Pasrah,
Anna Da Lady

Thursday, September 13, 2012

Pabila kereta sakit...

(Sambungan daripada ayat di atas)

....Maka, terpaksalah saya memandu dengan penuh berhemah :) which is jarang dilakukan pada awal pagi nak pergi kerja, sebab nak kejar masa

Simptom kereta sakit mula dirasakan sangat teruk, pabila memandu dengan Mr F semalam...Bunyi 'kedeguk' bila tukar gear, and sudden high speed pada gear rendah.

Maka, disebabkan kereta sakit, saya dan Mr F turut merasa sakit bersama...Bila bunyi je, mulalah rasa 'seghiau' dan merasai bersama sakit tersebut :(

Nak hantar workshop semalam, tak sempat...Maka, maybe Sabtu or Selasa depan bila dapat kereta 'pinjam' jap...

Sebab rasanya, kena dok seharian kereta ni, bagi diaorang betul2 check...

Maybe ada masalah suspension or drive system...Tapi, apapun harap sangat janganlah ia melibatkan kos yang mencapai 4 angka...Setakat ni, tak pernah lagi pergi servis capai figure 1xxx tu...Pengsan saya!!!!

Kereta ni memang perlu sangat dijaga, sebab saya gunakan ia, lebih 50km pergi dan balik kerja-rumah. Hmm, jadi bila sampai 3-4 bulan je, confirm masuk bengkel untuk servis 10k...

Haritu, motor Mr F dah masuk bengkel 3 minggu sebab nak tunggu part sampai dari oversea...Cost sangatlah tinggi...

Tapi, bak kata Mr F..."Hmm, benda ni abang tak pernah tukar, jadi sangatlah berpatutan dengan harganya.."

Hopefully, kereta ni takde masalah-masalah besar, mudah dan murah ye!!! Sebab, banyak komitmen lain kena setelkan :)

InsyaAllah,
Anna Da Lady

Wednesday, August 1, 2012

Insurans kereta dan baiki cermin retak

So, selepas je tragedi tadi, masuk ofis..Hati masih tak tenteram...

Dok fikir..."agak2, berapa lama ye cermin tu dapat bertahan?"

Saya pun check kat tenet harga cermin kereta depan ni...Dalam November 2010, ada satu kedai kat Jalan Pahang, customer ni kata harganya dalam RM360..Pastu ada yang kata RM350...Double layer...

Pastu, ada satu forum ni kata, kalau kena RM700 tu, memang kena ketukla tu...

Pastu, tanpa banyak cerita dan nak berkongsi perasaan resah ni, terus call Mr F...

"Abang...tadi masa ayang kat highway, ada satu batu ni...tup, jatuh atas cermin kereta...Kalau rasa dari dalam takde ape, tapi, bila rasa dari luar, ada kesan tak rata.."

Mr F kata;

"Hmm...insurans haritu cover tak?"

Saya pulak jawab..."Tak pastilah..."

"Hmm, kang abang dah cakap amik insurance provider yang lama, senang citer"

Saya.."Yolah, nanti ayang call orang tu.."

Pastu, bila saya fikir balik, masa saya renew insurance bln 3 tempoh hari, memang saya tak bincang byk dgn insurance provider tu, sebab tau jelah, insurance pun ribu riban...jadi, malas nak tambah apa2 lagik...

Last-last, bila call...

"Maafla, Puan...takde dalam insurans..Puan hanya boleh ubah polisi bila buat insurance baru which is next year.."

Dalam hatin, huwaaa...Tapi, masih bertenang lagik...Saya tanya lagi

"Berapa ye, kalau kena bayar untuk cermin tu?"

"15% dari harga insurans...."

Jadi, saya pun hitung-hitungla...Hmmm...Tak banyak pun dia cover...Hanya seratus lebih kurang dari harga yang disurvey tadi...

Hmm, nanti kena cari kedai cermin kereta la jawabnya...

Mr F, maafkan saya ye...Saya tak bersalah, batu tu yang salah!
Anna Da Lady


Cermin depan kereta dilanggar batu

Hmm...sedih betul tengok cermin kereta sekarang. Rasa tak puas hati je.

Mai mana la batu ni?

Nak kata duduk belakang lori tak...


Nak kata ikut jalan banyak batu tak jugak...


Hmm, tadi ikut highway je...

Ada la setompok batu tu langgar cermin tadi. kena kat bahagian bawah. Kuat jugak hentakan dia...

Tak cerita lagi kat Mr F...

Dulu, Mr F kata, pernah kena sekali, tapi insurans cover waktu tu...

Tapi, kali ni dah bertukar insurance provider...Tak pasti cover ke idak cermin keta...

Tak bestnya mood di pagi hari,
Anna Da Lady

Wednesday, June 20, 2012

Servis kereta vs Servis bike

Bulan ni, saya dan Mr F telah meng 'spend' kan hasil simpanan kami untuk kenderaan tunggangan masing-masing...

Mula-mula, masa nak bayar untuk servis tu, rasa berat je nak hulur duit. Yelah, kita simpan berbulan-bulan tau..Sonang je dia keluar....Huhu....

Tapi, bila ingat balik...Itu semua dunia je...Yang penting, kita kumpul untuk saham akhirat...Betoi dak, kawan-kawan?


After masing-masing me'nyervis' kenderaan masing-masing, maka bermulalah perbualan laki bini ini:

Mr F: So, camne?


Saya: Aa...best. Abang pulak camne? Lepas bayar sebanyak tu rasa puas hati dak?


Mr F: Aa, best...rasa macam new superbike..Huhu


Dalam hati saya, moga-moga janganla berlaku lagi benda yang sama. Dulu sebelum servis, Mr F kata motor dia macam nak mati...Dia ingat sebab bateri..Tapi, pelikla...Sebab bateri baru je replace beberapa bulan sudah...

Last-last lepas check semua, sebab spark plug je..Misfire kata mekanik...Kami pun pergila mencari spark plug yang sesuai...Mekanik tu kata OK je...Sebab kalau boleh kami taknak beli yang ori dari pusat servis BM* tu, sebab harganya berbeza sangat.

Last-last, pi mai pi mai, tangtu jugak kami ambik. Sebab takde stok kat kedai luar. Pejam mata je lah masa nak katakan kat mekanik tu,


 "Abang..gunakan je la yang ori tu.."


Tu pasal motor...kereta saya pulak, last time masa tukar tayar which is bulan Disember 2011, mekanik kat kedai tayar tu kata...

"Amoi,brake pad ni sudah habis la. Kita tukar baru ye. Kalau tak tukar nanti disk ni rosak."

Lepas bincang ngan Mr F...

"Okla, Apek."


Then, sejak tu kami perasan bila kereta bergerak perlahan, ada satu bunyi 'nyit nyit'...last time, masa bulan 3 kami dah bawak kereta tu ke tempat servis, tapi dia kata tak dengar apa-apa, sebab waktu tu hujan..maybe sebab tu tak dengar apa-apa.

Pastu, masa nak pergi servis baru-baru ni untuk next 10k, Mr F cakapla kat mekanik di pusat servis kereta...


"Kereta saya ada hasilkan satu bunyilah bila bergerak perlahan."

Then, bila check....

"Encik, kami dapati disc brake encik dah hampir hausla. Sebab Encik tak guna brake pad yang ori..Takpe, kami measure dulu tahap kehausan dia. Kalau masih ok, kami skimming je la"

Pulak...Ingatkan yang tak ori tu sama dengan yang ori...Macammana yang tak ori tak compatible dengan yang ori ye? Padahal, masa kami tengok, memang sebijik je bentuk dia.

Alhamdullillah, masih boleh di skim sebab ini baru first time jadi camtu. Tapi, tulah..lepas ni, kalau nak beli apa-apa barang untuk kereta, jangan main tibai je...Pastikan ia ori w/pun kena spend duit lebih sikit...

Tapi, tulah, bak kata orang, apa salahnya mencuba ye tak? Apa yang boleh kita jimatkan, kita cuba jimatkan.

Overall, saya dan Mr F sangat berpuas hati dengan tahap layanan dan informasi yang diberikan oleh kedua-dua staff di pusat servis kenderaan tunggangan kami. 

And nak tambah lagi, memang pusat servis BM* superb la, terutama di hujung minggu, Ada free nasi lemak and kek yang super duper sodap. Huhu...
Anna Da Lady








Friday, June 15, 2012

Berpusing-pusing di Puchong depan Jalan IOI dan Tesco

Sepatutnya appointment asal nak gi servis pukul 3pm...Tunggu Mr F, jadilah nak dekat pukul 4 baru gerak dari rumah ke tempat servis kereta di Puchong.

Lepas tu, biasalah bila jalan menghala ke Puchong dari Bandar Kinrara...Dahla tengah buat construction sambungan LRT Ampang line..Jalan memang sesakla.

Pastu, bila masuk Puchong, before sampai depan IOI, rupanya banyak benda dah berubah.

Rasa dulu jalan nya takdela setinggi sekarang. Sekarang dah ditambak naik tinggi separas dengan shop lots sebelah kiri. Memang lain.

Lepas tu, disebabkan dah hampir 6 bulan tak ke tempat servis kereta, saya dan Mr F ingat-ingat lupa mana jalan nak ke tempat servis kereta tu...

Saya: Abang...Ayang rasa tempat tu dekat dengan Tesco la. Jadi kena amik U-turn yang kedua...


Mr F: jadi, kita boleh dok lane kanan sekali dulu la ye?


Saya: Ye kot...

Pastu, sambung bual tentang hal ehwal semasa)

Abang: Eh, mana jalan masuk dia?


Saya: Dah lepas la Abang. Tapi cuba tengok kat depan tu, kot2 bleh masuk.


Abang: Alah! Tak bolehla.


Saya: Ish, Puchong ni..Tiap kali kita datang mesti ada benda berubah. Terpaksala u-turn jalan jauh kat Bandar Puteri tu. Hmmm...

Pastu bila dah U-turn jalan jauh, terlajak pulak simpang nak masuk ke depan Tesco, gara-gara 'teralit' sembang and ingatkan boleh masuk depan-depan nanti.

tapi, tak boleh...sebab ada divider antara jalan besar belah kanan ngan jalan susur ke arah tesco and shoplots sebaris dengannya...

Ni lagi satu..memang tak user friendly la jalan kat Puchong ni....

Tak pasal-pasal saya dan Mr F main ulang alik depan IOI Mall dan Tesco dua kali, disebabkan sistem jalannya yang memang tak sistematik dan friendly!

Anna Da Lady

Tuesday, May 22, 2012

220512: Saya tak akan hon anda, tapi kalau...

Ye...Saya ni bukan jenis orang yang suka main hon walaupun ada orang yang menyalahgunakan jalan raya dan anggap jalan raya dia yang punya.

Saya hanya suka main lampu tinggi sahaja, sebab saya rasa itu tak menyebabkan orang rasa terkejut dan nampak lebih sopan.

Dan saya akan 'tegur' Mr F jika dia menggunakan hon.

Namun, pada harini, tahap kesabaran saya sudah diuji dan buat kali ke2 kalau tak salah saya menggunakan hon.

Sebabnya:
1) Orang itu (seorang lelaki) memang jenis pentingkan diri. Potong que kami yang beratur panjang.
2) Celup sesuka hati dia dari awal saya tengok. Last2 dia potong depan saya dan potong secara mengejut. Tapi, saya memang dah ready n dah set mind dia nak masuk, cuma geram sangat, sampai memang kena bunyikan hon.
3) Saya taknak suami saya ternanti2 lama di rumah sebab saya dah lambat nak sampai umah, pastu kena tempuh jalan jem dengan pelbagai ragam manusia seperti beliau.

Tapi, waktu saya nak tekan hon tu tangan saya menggigil2, cuma kena buat jugak, sebab saya ingat kata Mr F dan kaum kerabat saya yang lain...Kata mereka....

"Bunyikan hon ni bukan nak tunjukkan kita samseng, tapi sebab nak bagi peringatan kat orang tu dia kita ada di sebelah dia, elak kemalangan and keduanya, nak bagi pengajaran kat orang tu supaya tak buat kat orang lain.Harap dia sedar"


Anna Da Lady

Tuesday, May 15, 2012

150512: Jalan dan traffic light hari ini Equine Park ke Bangi

Jalan sangat sesak dari Equine Park harini. Potong Jalan A, Jalan B 'jem'...

Stay Jalan A entah bila bleh keluar dari kesesakan Jalan A nak ke Jalan C...

Banyaknya analogi :)

Mode: Penat sebab gear kereta manual, nasib baik ada nescafe ais, selamat sikit mood ni :)

Pastu, bila sampai Kajang-Bangi, traffic light plak problem..Nasib baik ada polis trafik n pekerja PLUS....selamat..

Mode akhir: Exhausted!
Anna Da Lady

Thursday, March 15, 2012

150312: Kisah kawan/saudara/diri sendiri di sebalik kehilangan 'benda bergerak'

Kes 1:

Hari: Ahad 2 minggu lepas
Pukul: 2 pm
Tempat: Rumah di S5, Belakang kedai perabot Jalan Reko-Kajang

Dapat tahu cerita ni pada hari Ahad yang sama, tapi selepas berlakunya kejadian, melalui FB kawan...

Rasa sangat terkejut!!!

Antara barang yang dirompak; dompet, handset dan juga KERETA. Laptop tak diambil, oleh itu, Alhamdulillah ada jugak alat berkomunikasi dengan rakan-rakan tru FB.

Sedih betul dengar cerita kawan ni..w/pun melalui FB, saya dapat merasakan bahawa berapa TRAUMA nya bila ada orang yang tidak dijemput memasuki rumah.
Yang tambah TRAUMA, bila si 'penjahat' membawa senjata spt parang and pistol untuk mengugut mangsa :(

Status kereta; masih belum dijumpai.

Saya ada juga cuba melawat kawan, cuma takde rezeki berjumpak..Apapun, Za...apapun terjadi kita tetap perlu melangkah...

Kes 2:

Juga dapat berita melalui FB. Adik ipar kepada isteri sepupu saya kehilangan kereta semasa menunggu isterinya bersalin di Hospital ampang. kejadian kalau tak salah pada minggu lepas.

Status kereta: masih belum dijumpai

Kes 3:

Berlaku pada diri saya sendiri.
Kejadian ini berlaku lebih kurang 5-6 tahun yang lepas. Waktu tu zaman undergraduate study at Bangi...

Benda bergerak yang hilang ialah: Motor Kriss warna merah :(

Barang 'mahal' pertama yang dimiliki, tetapi hanya dapat bertahan lebih kurang setahun. Lokasi kejadian ialah di parking area PKNS Bangi :(

Hanya Allah yang Tahu,
Anna Da Lady

Friday, March 2, 2012

020312: Bila balik dari kerja selepas Maghrib

Last Wednesday, saya balik kerja agak lewat. Bukan selalu saya buat begini. Untuk tahun ni, ini adalah kali ke-2.

Entah semangat apa yang datang pada saya waktu tu. Buat kerja sampai tak ingat nak makan heavy food. Last-last after asar, baru rasa nak makan. Tupun, hanya menjamah roti bun kelapa. Oklah...

Tapi saya rasa maybe semangat ni datang dari speech tnc pagi tu. Wow, bukan main bersemangat tnc ni. InsyaAllah, moga semangat bekerja dan belajar berkekalan lama :)

Pastu, bila je keluar dari ofis, nampak hanya beberapa kereta je yang ada. Nampak macam kereta student je. Nasib baik waktu ni semester baru dah start. Kalau tak, saya rasa maybe boleh kira dengan jari berapa je yang sudi stay di fak ni malam-malam. :)

Then, saya dah rasa...

"Hmm, macam mana diriku nak bawak kereta malam-malam ni? Rasa gelap je...."


Yes...saya ni memang kurang expert bawak kereta malam-malam terutama tempat yang takde lampu jalan sepanjang jalan. Sebab tu saya suka KL sebab jalan dia sepanjang jalan ada lampu :)


Tapi, dari ofis saya ke rumah saya which is dari bangi ke tmn p/jalil, bukan sepanjang jalan ada lampu...Maka terhegeh2 la saya bawa...pegang stereng, macam nak makan stereng. :)


Bahayakan?
Anna Da Lady

Friday, February 10, 2012

100212: Green vehicle (G.V) and cost saving

Orang kata,

"Sambil menyelam minum air"

Jadi, sambil mencari fakta berkenaan green vehicle atau orang kenal jugak sebagai electric vehicle, hybrid car untuk geran maka boleh guna apa yang dijumpai untuk blog ni, as a pengumpul maklumat...

Terbaca satu artikel dari sini tentang GV. 

As we know, kat Malaysia ni ada 2 kereta hibrid yang fofular...

1) Honda Insight

Sumber: Cik Google (Tq..)

2) Toyota prius

Sumber: Cik Google (Tq...)

Cuba anda bandingkan antara 2 kereta ni, apa persamaan nya dari segi exterior design?
Nampak design nya hampir serupa kan?

Yang tu dipanggil aerodynamics design...

Kat Malaysia ni, macam tak ramai lagi yang beralih arah kepada kereta kereta sebegini...sebab apa?

Mungkin boleh refer kepada site yang saya bagi tadi...
Cuma ada beberapa perkara yang boleh diulas/ditambah lagi...
Berbalik kepada pengenalan kepada EV atau hybrid car..kenapa kita kenalkan ia? satu, sebab nak jimat kan minyak kan...satu lagi, for 'green' purpose...
Tapi selalunya kita beli kereta mesti nombor satu dalam kepala adalah harganya dan jugak smd jimat minyak atau tak..
Kita cakap pasal harga..
Takdela mahal sangat, tapi kos maintenance nya macammana...kos-kos lain?
Kalau nak bandingkan kereta dulu dengan sekarang, memang berbeza kualitinya...Kebanyakan kereta sekarang, mesti ada ayat 'jimat minyak'...as a result, boleh jimat kos seharian...
Nak jimat minyak, bukan sekdar boleh pilih EV shj tetapi jugak boleh tengok alternatif lain, spt NGV dan diesel...Malah, BMW sekarang pun dah perkenalkan satu siri kereta nya yang gunakan minyak diesel...
Pasal pemasangan NGV pulak, tak banyak stesen kat malaysia ni ada NGV...dan ia quite bulky unuk dipasang dalam kereta...
Ok, cakap pasal green pulak...
Sekarang ni banyak research telah difokuskan kpd sustainability...Green semuanya..
Malah shopping complex pun, semua negeri kecuali Penang setiap hari sabtu tak ada plastic free...
Go for green..
Anna Da Lady





Wednesday, February 16, 2011

Pengalaman tu mahal harganya...

Ni sebenarnya cerita kesinambungan daripada part jual kereta, beberapa entry yang lepas...

Satu cerita yang mungkin boleh dikongsi dengan rakan-rakan di luar sana, hasil pengalaman kawan saya...
Selalunya kan, kalau kita nak jual kereta, kebiasaannya kita trade in or jual  dengan agent...
So, kita takkan ada pengalaman macam ni...

Tetapi bila kita jual kereta secara direct di mana kita ada new owner sendiri dan pilihan bank sendiri tanpa melalui orang tengah, macam-macam perkara baru kita akan belajar...

Salah satu nya bab nak check kereta dengan Puspakom...
Ada beberapa ujian yang dilakukan oleh Puspakom, antaranya tinted glass test, identification check ..
Maklumat lanjut boleh check di sini

Today, saya hanya nak bercakap pasal hal TINTED sahaja sebab itulah yang berlaku kepada kawan saya...
Kita selalunya bila nak pasang tinted, suka sangat kan yang gelap2 ni? Gelap tak banyak, sikit je? Ye tak? Hahaha...
Bagi saya, saya suka..sebab nampak 'privacy' sikit...

Masalahnya, bila check ngan Puspakom, hasil menunjukkan FAIL...
Masalah...Masalah...

Masalahnya, orang yang bertanggungjawab untuk memasang tinted ni, dia kata lulus punya bila check JPJ and Puspakom...Siap tunjuk lagi surat JPJ...Lagi satu, tinted ni memang terkenal seantero dunia...
Aiya..manyak bohong itu orang...

Masalahnya bukan pada dia, tapi nanti kena kat kita...

So, pada sesiapa yang nak check dgn Puspakom tanpa guna orang tengah, pastikan tinted anda tu mematuhi piawai dan JANGAN percaya bulat-bulat dengan apa yang orang pasang tu cakap..Suruh dia buat test depan-depan anda bila nak pasang tinted tu...Nanti kita yang susah di kemudian hari...

Tambah lagi satu info,
Anna Da Lady


Wednesday, February 9, 2011

Bila nak jual kereta...

Ni ada satu perkara yang saya nak berkongsi dengan sesapa yang membaca ni...Info from my fren..
Dia nak jual kereta dia..So apa yang dia perlu lakukan sebelum kereta dijual...

Pertama sekali, of course la cari pembelinya...Dan lagi baik, kalau dia dah provide bank mana yang nak bagi loan tuk new owner..Lagi rendah interest lagi baik ye..Takat ni, kalau nak beli kereta 2nd hand, boleh dapat as low as 4%...Rasanya lah...

Next, buat pemeriksaan di Puspakom...Kalau dekat area Bangi ni, kat Kawasan Perindustrian Selaman Seksyen 10...Kalau kat KL, yang saya tahu kat Setapak, dekat dengan JPJ and Kem Wardieburn, my untie's house...
Apa yang perlu dibawa dan dibuat...
1) Pastikan anda membawa original grant untuk kereta yang ingin dijual...
2) Membayar RM30 untuk pemeriksaan
3) Tunggu que, diaorang akan buat pemeriksaan dalam masa sejam gitu...
4) Diaorang akan producekan report
5) Kita kena tukar milik tu dalam masa 1 bulan dari tarikh pemeriksaan

So, benda yang berkaitan dengan Puspakom ni, bergantung pada keramaian orang...
Kat KL, Setapak tu, memang ramai terutama hari Sabtula...

Tapi, ikut cakap kawan saya...Nak setel semua kalau dah ada new owner, dalam masa 2 minggu pun dah boleh tukar hak milik...

Setakat ni je,
Anna Da Lady

Tuesday, January 11, 2011

Different car, different style of handling

Hmm, kali ni nak bercerita pasal gaya pemanduan semasa membawa kereta.
 Kalau saya lah kan, saya agak 'takut sikit' bila bawa kereta yang saya tak biasa bawa.
Saya akan bawa dengan kelajuan yang sederhana dan agak tak selesa jugak la...

Bila bercakap pasal hal ni, bila saya balik kampong, memang saya tak pernah lagi bawa balik kereta yang saya gunakan kat sini...
So, saya akan 'pinjam' kereta my parents or my eldest brother.

Then, bila Adik saya ada kat rumah, selalunya saya akan minta dia jadi 'driver' tetap saya...
Tak kisahla nak pergi pekan KN yang kecik tu ke, or bandar AS or mana2...
Sebab saya memang agak 'berat' sikit bila bawa kereta yang berlainan jenis ni...
Tambah-tambah jika bawa waktu malam...
Memang agak 'lemah sikit'....

Nak dijadikan cerita...
Ada satu hari tu, iaitu before Christmas Day...
Saya, my sepupu sepapat, my Adik, Adik's fren and my fren pergila 'bersuka ria' di J dan bandar AS...
Then, sebelum balik rumah, singgah dulu ziarah Mak Lang di Hospital Sultanah Bahiyah...

So, bila balik tu dah kul 6 lebih la...

Adik: Acik bawalah pulak.
Saya: Acik tak bolehla Dik bawa malam-malam ni.
Adik: Ala, bawalah..Ijan dah penat ni..
Saya: OK

Hm..so, saya bawalah...
Tapi, saya rasa agak berat jugak..Tambah-tambah nak kejar Maghrib lagi..
So, kami sampai kat kawasan kampong kami around 7.30pm gitu...
Hantar kawan Adik dulu di kampong atas...

Then,

Saya: Adik...Adik bawalah..Acik tak biasa dengan jalan kampong ni.Tambah guna kereta ni pulak
Adik: Ala, ang bawalah...
Saya: Hm, ni macam mana nak pusing balik ni..Kalau acik U-turn kat depan tu boleh tak?
Adik: Ala, ang pusing kan sini dahla..Ang cross jalan ni, pastu ang reverse atas jalan. Ang taktau ka, depan tu ada cerita oo...

Mendengar saja Adik cakap camtu, terus saya jadi 'ketar'..Hmm...

So, apa lagi, tengok side mirror, bila tengok kereta di jalan masih JAUH..memang jauh , OKAY...
Saya pun buat apa yang Adik saya suruh buat...

Ok, cross jalan sudah...


But........

Bab nak reverse tu..alahai...Cuba ikuti cerita ni...masa ni kereta berada di tengah-tengah jalan dalam keadaan T..U know, dalam keadaan bukan selari...

Adik (berada di depan): Weh, ada motor belah kiri ni weh..Dahla takde lampu..Motor ni..Acik, awat ang tak reverse2 lagi ni?
Saya: Ni, reverse ni susah nak masukla... (masa ni ketar sikit dah)
My sepupu (berada di belakang): Kak Ana, kereta tu laju nya...Tak nak STOP...

Saya hanya mampu melihat kereta yang LAJU tu menghampiri kami...
sambil membaca apa yang patut...
Memang speechless habis..

My Adik tak habis2 cakap...
" Weh, Acik reverse ha..reverse ha..."

Alhamdulillah...Allah memang membantu...
DIA masih memberikan nyawa kepada kami untuk terus mengabdikan diri kepada Nya...

Kereta tu sempat BREK STRRRRRRRRRRRRRRRRREEEEEET memang sikit lagi nak kena kami...

So, moral of the story,
"janganla keluar malam-malam lagi"

p.s: saya pelikla kereta tu takkan tak nampak kereta kami kot...Then, baru saya tau, my sepupu cakap driver keta tu budak muda..patutla...hati masih muda :)

Alhamdulillah,
Anna Da Lady


Monday, May 17, 2010

Kenduri dan Pancit..hukhuk

Best...


But, Then.....!!!

Huwaa...





Aku yang penat dan mengantuk,
Anna Da Lady

Monday, May 10, 2010

Car door: Macam-macam stail ada...








Cuba tengok keta2 ni ..macam-macam style bukak pintu keta ada...hehe..
Persoalannya, adakah ia fleksibel, n relevan dgn keadaan tempat tu..hehe..
Contohla, kalu kita g shopping complex etc.  yang kekadang parkingnya agak sempit, tinggi silingnya pun cukup2 makan je..hehe..susah tu...tapi, tak semua ye..
Last2, keta ni jugak baguih..paling kecik..nak parking pun senang...cuma handlingnya ada 'manual' jela..hehe..nah gambonya...

Keta jugakkan?hukhuk...

Regards,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails