Showing posts with label Fruit. Show all posts
Showing posts with label Fruit. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Rumah sewa di Mulheim/Duisburg, Jerman

Di Jerman ni, kalau nak sewa rumah besar2, memang mahal, terutama kalau fully furnisehd...melainkan kalau sesapa nak duduk sini lama, takpela duduk rumah yang selesa sikit & rumah kosong, berbaloi dengan elaun yang dapat. Tapi elaun yang saya dapat ni cukup2 je untuk apa yang ada sekarang and simpanan untuk ber 'joli' :)

Rumah pertama yang kami duduk fully furnished tapi agak sempit. Namun ada satu yang best, sebab belakang rumah ada fruit garden..Masa musim buah ceri, dapatla kutip straight dari pokok...Masa musim buah plum dan epal pun begitu jugak...

Ni gambar saya ambil dari dalam rumah, Mr F tengah ambil buah plum. Masa ni takdela sejuk sangat, cuma berangin....



Dari dekat....

Ha..nampak tak dua basikal tu..Tulah kenderaan kedua kami selain public transport (bus dan tram)...Senang nak bergerak, tak bergantung harap sangat pada jadual bus dan tram, walaupun ia selalu tepat...

Kawan-kawan kat sini ada yang cakap, fuh, harga dua-duabasikal ni dah hampir nak sama dengan kereta second hand (tapi masuh elok)...tapi kereta kat sini belah kiri, so, tak guna kalau beli pun


Ni lah keluasan garden belakang rumah..Style rumah apartment sini jenis tengah-tengahnya ada garden..blok apartment ni dalam bentuk L / U.


Nilah salah satu pokok epalnya..


Ha..nilah belakang rumah lama kami...ada kerusi dan meja..so, kalau cuaca tak sejuk sangat, kekadang lepak belakang rumah tu


Tapi skang kami dah berpindah ke rumah baru...Baru dua minggu kami berpindah ke rumah baru, berdekatan dengan Uni dan lebih besar dari rumah dulu. Tapi rumah baru ni, kena jaga-jaga bila bab memasak..sebab dia pasang dengan fire alarm sekali..so, pastikan tingkap terbuka luas masa masak..

Dan lagi satu kekurangannya, takde pintu yang memisahkan dapur dan kawasan rehat/tidur/study/lepak...Jadi, memang tak bolehla nak memasak sambal/kari/ makanan beria-ia sangat dan menggoreng sangat :(

Jadi, sebelum kami berpindah, saya Dan Mr F berpakat nak beli satu 'gajet' tuk dapur...ala-ala Oven, tapi bukan oven...next entry saya cerita ye

Anna Da Lady


Thursday, December 5, 2013

Tanaman baru di kebun kecil

Mr F tengah rajin nak menanam biji-biji benih pokok-pokok yang selalu digunakan.
Disebabkan ada beberapa 'buah/sayur' di dalam fridge, maka Mr F mintak saya asingkan biji daripada buah dan letak dalam bekas purple seperti di bawah.


So, kena buat label dan tulis tarikh supaya kita tahu apa yang kita letak, dan bila kita buat benda ni...Ada 4 jenis (terung, tomato, buah lemon dan limau nipis)

Tengoklah tu, biji-biji ni direndam dalam air...


Dan ia diletakkan di satu tempat yang orang tak boleh kacau :)


Dan selepas tu, ia akan ditransfer ke dalam bekas ni...Mr F beli dari satu nursery tu...

Tapi mahal sikit RM4 daripada nursery yang kami pergi bersama-sama kemudiannya...
Hmm, apa nak katakan?


Gambar di atas bukan gambar yang ditransfer semua 4 jenis buah ni, tapi gambar buah lain yang ditanam..Tak ingat pokok apa...Rasanya pokok cili.

Alhamdulillah, sekarang, biji-biji ni dah nampak pokoknya,terutama tomato...

Nanti saya share gambar,
Anna Da Lady





Wednesday, October 30, 2013

Cerita buah tembikai susu

Ada satu zaman tu, seorang budak perempuan ni sangat tidak menggemari buah yang satu kategori dengan tembikai, bentuk bulat tapi rasanya lain sikit dari tembikai merah atau kuning.

Kalau masa dahulu, pantang je parents beliau belikan buah ini, mesti mukanya 'dicebikkan' macam 'duck face' :)

Namun, segalanya berubah, bilamana ketika beliau sekolah menengah dan menetap di asrama, beliau diperkenalkan dengan buah ini satu hari dalam seminggu.

Dengan asakan kawan-kawan sebaya yang asyik menyebut, "EH, cubalah makan..sedap ni.."
maka, beliau pun memberanikan diri mencuba memakan buah ini...

Sememangnya, betul seperti kawan-kawan cakap, memang sedap buah ni..

Rugi waktu kecik dahulu tak makan banyak-banyak :)

Anna Da Lady

Wednesday, July 18, 2012

Dusun buah

Sekarang ni musim buah-buahan kat kampong saya, Kedah. Sangat best bila dengar.

Tapi sangat tak best, sebab tak berkesempatan nak balik lagik.

Kesian mak ayah saya dok tunggu anak dia yang nakal ni, yang sorang ni nak balik. Tak balik-balik sampai dah nak dekat bulan puasa pun.

Takpe, Mama, Abah. InsyaAllah, jika diizinkan, akan kami berdua sampai ke sana untuk menghabiskan saki baki buah buahan yang ada. :)

Sambil berkata-kata seperti ini;

Hm, sodapnya durian.

Hm, sodapnya manggis.

Hm, sodapnya rambutan.

Hm, sodapnya langsat.

Hm, sodapnya duku.

Hm, sodapnya semua buah ni :)

Burp...Alhamdulillah
Anna Da Lady

-autopublish-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails