Satu ayat biasa bagi orang yang tak tahu nak kata apa selagi tiada pemahaman yang kukuh kepada apa yang dibentangkan...
"No komen.."
Bila dah ada 'internet' ni, segala maklumat baik buruk Bajet 2014 dapat kita baca dan tengok.
Dan selagi saya tak faham dengan sebaiknya apa yang dibentangkan, selagi tu lah, kata
"No komen"...
Boleh tak? Biar hati je berkata-kata dahulu...
Secara umumnya perkara dalam Bajet 2014 yang berkaitan dengan saya secara langsung dan cara penerimaan saya:
- Harga gula yang naik 3 kupang lebih: Gula kan memang tak elok untuk kesihatan. Kurangkan gula, maniskan senyuman...Tapi, yelah, gula ni kita guna setiap harikan? Maka, kenalah pandai minimakannya dalam pemakanan seharian. :)
- BRIM rasanya saya masih tak layak :( Rasanya, lagi best kalau pembahagian ni mengikut negeri tempat bekerja..Sebab mereka yang dok kat area Klang Valley ni, sah2 walaupun gaji 4k dan ke atas, 'ngam-ngam' je gaji nak tampung perbelanjaan seharian...
- Bonus setengah bulan gaji: Oklah, tapi kalau dapat sebulan gaji dan lebih macam orang kerja syarikat swasta lagi best kan? :)
- Baucer buku: alhamdulillah, yang ni bolehlah digunakan untuk membeli perkakas yang patut...
Apa lagi ye?
Tapi, apapun Alhamdulillah dengan apa yang dikurniakan, sebab dunia ini hanya sementara...Ingat di Sana nanti :)
Anna Da Lady
Showing posts with label General. Show all posts

Saturday, October 26, 2013
Wednesday, October 2, 2013
Hasil mengemis
Daripada sini;
Sana’a: Seorang lelaki Yaman menghadiahkan isterinya kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser, sekeping tanah selain membina hotel dan pusat beli-belah hasil wang mengemis.
Mohammed Taher yang kini antara lelaki terkaya di sebuah wilayah di Yaman tidak memiliki harta apa pun ketika meninggalkan bandar kelahirannya, Lahij di barat daya negara itu ketika berhijrah ke Arab Saudi pada 2003.
Pada beberapa bulan pertama sewaktu bekerja sebagai tukang kayu di Jeddah, dia mendapati golongan pengemis memperoleh pendapatan lebih lumayan daripadanya.
Menurut laman web berita Yaman Sinbad, Mohammed kemudian mengambil keputusan menjadi pengemis.
“Dalam beberapa bulan pertama dia dapat mengumpulkan sejumlah besar wang hasil pemberian orang ramai,” lapor Sinbad. Mohammed terus mengemis selama 10 tahun hinggalah tahun ini sebelum dia memutuskan untuk pulang ke Yaman selepas mendapati wang yang disimpannya sudah mencukupi.
Perkara pertama dilakukan sebaik pulang ialah membelikan isterinya kenderaan dan sebidang tanah sebagai balasan kerana setia menunggunya, selain menjaga anak mereka sepanjang ketiadaannya. “Mohammed berjaya meraih kekayaan daripada mengemis dan kini dia membina sebuah hotel dan pusat beli-belah,” lapor Sinbad.
Sementara itu, seorang penulis blog Arab Saudi yang terkejut dengan kisah Mohammed mempertikaikan tindakan warga tempatan yang terlalu pemurah.
“Adakah kita sangat polos atau kebaikan kita untuk membantu mereka yang memerlukan sudah keterlaluan,” tulisnya. - Agensi
Nota kaki:
Semuanya rezeki dari Allah. Tapi yang memberi lebih baik dari yang menerima. Wallahualam...
Anna Da Lady
Friday, July 12, 2013
Ramadhan: Tips to accomodate children in Masjid
Article from here Soundvision.
Kalau kat negara Arab sana, and berdasarkan pemerhatian kami semasa di Mekah dan MAdinah, rata-rata parents di sana gemar membawa anak-anak walaupun masih baby ke Masjid.
Dan itu sperti satu aktiviti keluarga dengan mendekatkan anak-anak ke Masjid. Memang anak-anak ni berlari ke sana ke sini, namun waktu solat jarang dengar bunyi suara anak-anak, mereka bergelak ketawa dll...
Comel je tengok gelagat mereka....
So daripada artikel di atas, apa yang menarik dan boleh cuba dipraktikkan dalam diri kita adaLAH SPT DI BAWAH:
Cuba baca ni...

Five Tips to Accommodate Children in the Masjid
A Masjid that welcomes children does not have to be a loud and unruly place. Here are five tips for dealing with children in the Masjid:
1. Correct gently
Anas bin Malik relates that “the Prophet did not use insults or bad language or curse (Reported by Bukhari).
Remember that children are sinless but adults are not. Allah does not punish children for their misbehavior but Allah does hold us accountable for how we treat children.
Our duty is to remind children gently about the etiquettes of the Masjid. We cannot force a child, or even an adult, to obey. Children of all ages will stop and listen to a person who smiles, says Salam, chats with them, and shows concern for their needs. Children will ignore, evade, and insult a person who treats them with harshness, anger, and insults.
2. Offer to help
Instead of staring at a father as he runs after his energetic toddler or a mother as she struggles to calm a quiet baby, offer to help. A polite “can I watch your son while you pray” or “would you like me to hold that diaper bag” earns Sadaqa for you and helps parents control their children
3. Conduct reminder sessions
Masjids can provide frequent friendly reminders for parents and children on the rules and manners of the Masjid.
4. Create child-friendly facilities
Ensure that the Masjid washroom has a change table to prevent stains and smells on the prayer carpets. Provide a room or barriers for nursing mothers. Keep a vacuum or broom handy for parents to clean up after their children. Place Mushafs and books away from a toddler’s reach.
5. Open a parents’ room
Offer a separate Salah room for parents with children. Fill it with used toys and scrap craft materials. Organize babysitting at times when you expect lots of kids, such as Jumah and Tarawih prayers or during lectures. Most parents are willing to pay a minimal fee for the rare opportunity to pray or listen to a lecture without their kids.
Richtig, we are not perfect,Anna Da Lady
Wednesday, January 16, 2013
1+1=3 boleh fikir logik lagi, tapi kalau 2+2=5?
Hehe...
Dulu, kalau orang kata 1+1=3 terus kata, eh mana boleh....
1+1=2 la..Dah belajaq dari zaman tadika kot...
Tapi, bila dah besaq panjang ni, baru faham..ouh...
Sila kaitkan ia dengan soal kehidupan....
Bila SATU orang lelaki berkahwin, yang ni bermaksud (+) dengan SATU orang perempuan, maka jika diizinkan Allah, akan terhasillah ahli ke TIGA dalam keluarga :)
Itulah, bila bercakap pasal kehidupan segalanya mungkin...

Friday, September 28, 2012
Alhamdulillah rezeki
Tadi, dalam FB ramai bercakap pasal bajet harini.
Dan lebih brsyukur, ada rezeki lebih InsyaAllah pada hujung tahun ni dan awal tahun depan. Semuanya rezeki dari Allah, kan?
Alhamdulillah jugak, sebab jugak dapat cek yang boleh jugak dikatakan rezeki di tengah perlukan $$$..Hehe... Habuan untuk projek rumah.
Tengahari tadi, terbaca status my BF, Mrs Lea, tentang rezeki dan hutang.
Betul, Allah dah atur elok2 kat kita pasal rezeki etc. ni.
Waktu kita dalam kesesakan, ada je dari macam2 tempat kita tak pernah duga, benda tu datang membantu kita...
Allah always knows what is best for us,

Tuesday, September 11, 2012
Skill memasak, membakar, meroti
Adoi...Secara terus-terangnya, saya sangat jeles tengok kekawan, samada sama baya, lebih senior, atau lebih junior dapat 'masak' macam-macam jenis masakan samada masakan melayu ke, masakan barat (lasagna, spehard pie etc.), roti ke, bun ke, kek ke...
Huwaaaaaaaa...nak menangis pun ada..sebab saya tak 'cekap' lagi nak buat semua tu :(
Memangla semua di hujung jari...Nak resepi A, type A...keluarla A...
Tapi, masalahnya, masa dan skill memasak tu tak sebanyak dan seterer kawan-kawan yang lain...
Pernah dengar tak, naktau dia ni pandai masak ke tak, tengok tapak tangan dia...
Hmm,

Saturday, August 4, 2012
Hati perempuan....
Hati manusia tau, bukan hati ayam atau hati apa!!! Hehehe
Hati perempuan ni sangat unik...
Dia dapat merasakan apa yang berlaku...Adakala benar, adakal tidak benar...
Tambah-tambah kalau dah jadi isteri, lagilah hati dia senang terusik :)
Adakala gembira, adakala sedih, adakala confuse...
Apapun, hati kita kenalah selalu gembira..Sedih kejap je...Dengan ingat Allah
Kalau nak sedih pun, dengan ingat dosa-dosa kita :)

Friday, August 3, 2012
RM300 sehari
Terbaca artikel ini di Kosmo...
SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.
Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan.
Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari.
Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan.
Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.
“Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
“Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
“Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu,” katanya.
*****************************************************************************************************************
Macam-macam,
Anna Da Lady
Wednesday, July 18, 2012
Bawa handphone ke sekolah? Hmm...
Saya ni jarang tengok berita dan baca berita terkini pasal isu semasa. Masa spend mengadap movie dan internet terutamanya FB dan baca blog orang :)
Alahai..berguna jugak FB ni, at least tahula sikit2 pasal apa yang berlaku kat Mesia skang
Cerita yang paling mendapat tempat di hati saya selain daripada hal ehwal politik, xsiden dll, ialah cerita baru pasal sekolah
Hmm..Boleh bawak handphone ke sekolah...
Wow...kalau si anak dengaq, mesti sonok sangat yek!
Tapi, kalau mak ayah yang tak mampu ni, terpaksa tahan telinga dok dengaq anak dok asyik mintak camni...:----- (Semua dialog adalah dalam loghat utagha..Harap maap jika tak berapa faham ye..:))
"Ma...Kawan adik ada bawa handphone ke sekolah. Adik pun nak jugak"
Lagik...
"Ayah...Boleh tak Abang bawak telepon Ayah ni gi sekolah.."
Ha..Tu lagi haru...
Sampai telepon kita pun nak diangkutnya ke sekolah, sebab kawan2 dia semua pakat bawak telepon. Sebab, kawan-kawan dia dok tunjuk macam ni ha...
"Weh, cuba ampa tengok telepon kami ni...Canggih ooo...Boleh pusing sini, pusing sana
..Ampa punya, biasa ja.."
Ha...mesti si anak ni tension ha..Belajaq ke mana, telepon ke mana :)
Ha..Itu adalah contoh2 negatif di sebalik pelaksanaan "Boleh bawa handphone ke sekolah"
Tapi, dari segi positifnya, semuanya mungkin kerana faktor keselamatan anak-anak sekarang.
Banyak kan kes pelik2 berlaku, culikla...dll...Hmm, sangat merisaukan...Saya setuju jika kita mampu, berikanlah kat anak kita sorang satu enset, speseli yang anak perempuan...
Tapi, kekadang saya terfikir jugak, zaman dulu masa kita budak2, keadaaan kita semua bukan camni. Jarang dengar kes pelik2 ni..Ke sebab kita kecik lagi ye? hehe
Tapi, apapun, berbalik kepada azali, sebab apa semua ni berlaku di negara kita?
Wallahualam,
Anna Da Lady
Thursday, July 5, 2012
Salmon Fishing in the Yemen
Gara-gara tertengok Mr F tengok cerita ni semalam, dan juga gara-gara saya dan my BF, Mrs Lea tak dapat beli salmon di Warta Bangi (skang Giant), maka, bermulalah perbualan di bawah:
Mr F: Ha, ayang...cuba tengok ikan salmon ni. Dalam dia nampak tak telor2 tu?
Saya: Eh, ayang ingat salmon warna merah.
Mr F: Isi je merah, luaq camni.
Saya: Dia nak gi mana bawak telur-telur dia tu?
Mr F: Bila je sampai masa bertelur, si salmon ni akan berlawan arus untuk ke muara dari laut yang sejuk ni.
Saya: Hah? kuatnya dia...
Memang waktu ni, perangai saya dah macam budak-budak..heran, pastu tanya and tanya lagik..
Last-last, sebab Mr F 'malas' nak layan saya (ni ayat saya sendiri ye..hehe), maka dia pun gunalah perkhidmatan mr YouTube..maka saya yang macam 'jakun' ni pun layan video tu sambil mata hampir nak terpejam.
Ni info sikit pasal cerita tu: Kita guna khidmat cik Wiki kita :)
Salmon Fishing in the Yemen - Wikipedia, the free encyclopedia
en.wikipedia.org/wiki/Salmon_Fishing_in_the_Yemen
Ni info sikit pasal salmon:
Life cycle os Salmon: http://www.youtube.com/watch?v=EqmGSexPaEk
Anna Da Lady
Monday, July 2, 2012
Gaji banyak, tapi tak cukup?
Pernah dengar tak orang kata;
"Ish...mana pi abis duit ku ni...gaji banyak, tetapi rasa macam tak cukup je"
Dan juga...
"Alhamdulillah, walaupun gaji sedikit, tapi semua cukup"
Tu dia...Jadi, kekawan berada di kategori mana?
Apapun, Mr F selalu memperingatkan saya benda ni...
"Yang bagi rezeki tu bukan melalui apa yang kita kerja, tapi semuanya dari Allah. InsyaAllah semuanya cukup"
Ye, betoi...Dulu-dulu, saya selalu merasa tertekan dan asyik bertanya, bilalah gaji nak masuk ni. Tapi, alhamdulillah, walaupun ada ketika, rasa macam tak boleh berbelanja lebih, ada je rezeki Allah bagi dari segala segi :)
Dan betullah orang kata, keberkatan dalam rezeki tu penting. Walaupun gaji RM5k, tapi macam RM1k je, sebab tak berkat. TAPI, walaupun gaji RM1k, tapi macam RM5k je sebab berkat.
Apapun, semua kena bersangka baik.
Berusaha ke arah itu,
Anna Da Lady
Sunday, July 1, 2012
Labur RM100 dapat berganda-ganda?
Saya baru tertengok satu post oleh kawan saya di fb. Rasa teruja, sebab katanya, benda ni halal. Tapi, saya tergerak hati nak search di tenet pasal benda ni. Maka, saya terjumpa satu artikel yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk saya dan rakan-rakan.
Panjang lebar ceritanya: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html
Apa pun yang kita buat kena ingat yang Di Sana. Malah, dalam kerja sekalipun.
Berusaha ke arah itu,
Anna Da Lady
Panjang lebar ceritanya: http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/915-status-hukum-infinity-downline--login-facebook-dapat-rm100.html
Apa pun yang kita buat kena ingat yang Di Sana. Malah, dalam kerja sekalipun.
Berusaha ke arah itu,
Anna Da Lady
Saturday, June 16, 2012
Tuntut hak kita sebagai pengguna di Tribunal Tuntutan Pengguna
Ok...ni nak sambung pasal entry ni: tribunal tuntutan pengguna, sebab tengok ramai jugak yang ingin tahu pasal benda ni...
Jadi entry ni adalah pada sesiapa yang memang tak pernah tahu adanya satu badan yang boleh membantu kita menuntut hak kita sebagai pengguna jika ia benar di pihak kita.
Apapun, ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan kawan saya beberapa tahun dahulu.
Seperti biasa, jika ingin mengetengahkan sesuatu kes, kita hendaklah mengisi beberapa borang yang boleh diambil di Tribunal ini. Rasanya waktu tu caj yang dikenakan untuk pemfailan RM 5. Kira ok la.
Then, lepas tu kita kena bagi satu salinan kepada pihak yang ingin kita claim (pihak penjual) untuk pengetahuan mereka. Kalau tak salah, mereka perlu beri maklumbalas kepada badan ini dalam tempoh beberapa hari untuk setkan tarikh perbicaraan di tribunal ini.
Maka, dalam masa tak sampai sebulan, perbicaraan akan dilangsungkan. Suasana nya lebih kurang macam dalam mahkamah. Tapi dalam ruang yang kecil. ada sorang hakim di depan. pstu, di hadapan adalah pihak-pihak yang ingin dibicarakan. Ada pihak defendan, dan pihak apa lagi sorang ye..Lupa la.. (I'm sorry seperti kata Amir Raja Lawak)
Lepas tu, mulalah satu kes satu kes...Semua kita dengar. Kalau kata ada yang bergaduh pun, kita dapat dengar. Ada yang menangis la..Macam-macam...
Apapun, dekat ini, pihak hakim akan memberi nasihat jika ada sesuatu yang tak dapat muafakat. Jika tak dapat capai satu persetujuan, pihak hakim akan meminta kedua-dua pihak mengambil tempoh bertenang beberapa minit di luar ruang mahkamah dan berbincang. Pastu, masuk semula bagi kata putus.
Bila dah setel semua, kedua-dua pihak akan sign satu lagi borang kata setuju dengan jumlah yang telah dipersetujui bersama hakim tadi.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, boleh layari di sini

Thursday, June 14, 2012
Tribunal Tuntutan Pengguna
Tadi baca artikel pasal satu kes tuntutan yang di bawa ke Tribunal ni dalam Kosmo: AirAsia diperintah bayar RM646
Lepas tu, teringat perkara yang pernah dituntut oleh sorang kawan dalam Tribunal ni juga. Berjaya jugak diselesaikan, tapi itupun jika kedua-dua pihak bersetuju.
Kalau tak, confirm kena bawa ke mahkamah. Lagi tension!
Tapi, tulah, bagus bila ada tribunal ni...Segala kes berkaitan penjual/penawar servis 'buat kesalahan' dapat dituntut pengguna jika ia disahkan benar dan memihak kepada pengguna.
Sebab bukan apa, bayangkan dengan zaman yang makin serba canggih ni, macam-macam boleh berlaku,

Thursday, June 7, 2012
Kapsaicin or Capsaicin
Teruja dengan entry sebelum ini tentang mi kuning kering yang dalamnya ada dicampur dengan Kapsaicin.
Lepas tu, saya terus guna Mr.Google untuk cari apa sebenarnya Kapsaicin ni. Secara rawaknya, jom kita tengok apa yang dikata!
1) Wikipedia
2) Alternative Medicine: Capsaicin, a natural substance sourced from chili peppers, is said to support weight loss.
Hmm, tapi betulla...Bila cakap pasal pedas ni, saya sangat suka makan makanan pedas...Saya rasa memang 'terbakar' je dalam perut ni, dan cepat 'melabur di bank'
Tapi, saya tak pasti dengan mereka yang mengidap gastrik dan perutnya tak tahan dengan pedas. Boleh ke idak ye makan ni?
Apapun sebelum ambil apa-apa produk kelangsingan atau suplemen yang membantu kita, perlu tanya Doktor dulu ye,

Sumber: From Here
Sumber: From here
Bacaan lain:1) Wikipedia
2) Alternative Medicine: Capsaicin, a natural substance sourced from chili peppers, is said to support weight loss.
Hmm, tapi betulla...Bila cakap pasal pedas ni, saya sangat suka makan makanan pedas...Saya rasa memang 'terbakar' je dalam perut ni, dan cepat 'melabur di bank'
Tapi, saya tak pasti dengan mereka yang mengidap gastrik dan perutnya tak tahan dengan pedas. Boleh ke idak ye makan ni?
Apapun sebelum ambil apa-apa produk kelangsingan atau suplemen yang membantu kita, perlu tanya Doktor dulu ye,
Anna Da Lady
Wednesday, June 6, 2012
Kenapa W disebut 'dableyu"
Hehe...Ini adalah cerita di antara saya dan Mr F beberapa bulan lepas. Gara-gara main games "sebab apa benda ni jadi macam ni...?"
Entah betul, entah takla fakta yang dibawa Mr F ni;
Mr F: Ayang nak tahu kenapa W disebut dableyu?
Saya: Hmm..taktau
Mr F: Dah surrender ke?
Saya: Aa...
Mr F: Cuba tengok...huruf W disebut selepas V. Dan ia dibentuk daripada 2 V..Betul tak?
Saya: Aa, betullah...2V jadila W..V+V=W
Mr F: Jadi dia disebut sebagai double V...Tapi, bila selalu sebut, terjadilah dableyu..hehe
Saya: Eh betoi ka?
Mr F: Agak-agak? (Sambil mengangkat keningnya)
Rasa-rasa betul ke?

Wednesday, April 11, 2012
110412: Sehari bercuti...
Gempar ketika ini berikutan gempa yyang melanda pekan Acheh dalam 8 lebih Skala Rttcher sehingga menggegarkan Malaysia jugak...
Saya dapat tahu pun sebab bila selak FB sebaik sahaja kembali kami berdua daripada bersiar-siar di luar...Terkejut kejap!!!
Ok...Mari kita selak apa yang kita buat harini...
Dalam pukul 10 lebih, breakfast di rumah sambil mengadap TV menonton pertabalan Agong..5 Tahun sekali kot... :)
Menu breakfast harini: Milo dan oat plus sup cendawan crouton untuk Mr F dan saya pulak, Tea susu dan oat plus sup cendawan liar :)...
Dalam pukul 11 lebih, bergerak terus ke Damansara...Mutiara Damansara, to be exact...
As usual, kesesakan jalan raya bila menghala ke tempat ini...Fuh, ponet jugak :)
Tapi, apapun seronok, sebab dapt cuci mata masuk Ikea, masuk The Curve, masuk e-Curve dan last sekali masuk Tesco :)
Sampai rumah, after je solat asar, Mr F memulakan tugas rasminya bila rajin; basuh, polish, wax kereta dan motor kesayangan :)
Saya pulak, dengan tebas rumupt2 yang dah panjang di laman belakang...Bubuh baja pada pokok2 bunga...
N then masak serba sedikit...Menu untuk malam ni ialah sotong gorng tepung, bendi goreng dengan udang kering, kepala sotong masak kicap :)
Sekarang, kedua-dua perut kami telah diisi, maka kami menyambung tugas masing2...
Mr F dengan tugasnya menghabiskan sesi polish and wax...
Saya dengan meng 'iron' baju sambil menonton TV

Wednesday, April 4, 2012
040412: Apabila terjadi sesuatu di dalam pesawat...
Semalam di TV AlHijrah, ada sesuatu yang menarik di tontonkan...
Situasinya di mana, apabila kita berada dalam pesawat dan pesawat itu dirampas oleh pihak tertentu...
Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengelak samada kita menjadi mangsa tebusan ATAU mengelak pesawat kita jatuh terhempas?
1) Apapun yang berlaku kita kena TENANG...Mungkin agak susah untuk lakukan kemudian, but INGAT...Tenang adalah kunci penyelesaian!
2) Selalunya pihak perampas akan menyuruh semua penumpang berada dalam satu kelompok...Dan ini bagus untuk kita sebagai mangsa...Atur strategi dengan kawan terdekat dengan menggunakan isyarat tangan yang mudah TANPA dilihat oleh perampas.
3) Gunakan apa-apa barang di depan anda sebagai senjata samada pakaian anda, jaket anda, pen anda, buku anda, bantal busuk anda!!!...
4) Lindungi diri anda sama ada dengan membalut tangan dengan jaket, memasukkan benda2 tebal dalam baju.
5) Gunakan handset (Alarm) dan set kan dalam 3 minute lagi berbunyi dan campak nya sejauh 3-5 kerusi hadapan dari kedudukan anda...
6) Bila jam berbunyi, maka selalunya pihak perampas akan melihat ke arah bunyi tersebut dan akan tunduk untuk mengambilnya..di sinilah titik permulaannya...
7) Dengan membuat suatu bunyi semangat yang kuat, mulakan langkah anda dengan berani tanpa menyerah kalah!
8) Kemudian ikat perampas tadi dengan kemas menggunakan apa yang ada (kabel, etc.)..Namun, pastikan perampas itu berada dalam keadaan melutut atau terbaring...Jangan sekali2 bagi dia berdiri...Jika beliau melawan, gunakan tangan anda dan letak bawah hidung dan naikkan ia...seperti dongakkan kepala.
Now, tiba masa untuk melihat si pilot bagaimana keadaannya...Selalunya access door ke pilot menggunakan satu jenis material "Kevlar" dan sangat kuat...Hanya barang yang sangat berat dna kuat boleh menolak pintu tersebut. Jadi mohon kerjasama mencari barang berkenaan dan letak atas kereta sorong...
Now, TOLAK! TOLAK! TOLAK! dan terbuka...
Jika pilot masih OK, bagusla...Tapi jika pilot sudah diapa-apakan pihak perampas, maka sesuatu perlu dirancang sebelum masuk dalam kawasan pilot tadi.
1) Tanya sesiapa ahli dalam pesawat yang boleh control pesawat..Jika tiada, pilih sesiapa yang TENANG.
2) Bila dah pecah masuk, tumpaskan perampas dengan cepat..dan orang yang dilantik menjadi pilot, terus mendial 121.5 (kalau tak salah), iaitu frequency untuk berhubung dengan Unit kecemasan..Kenalkan diri anda, nombor pesawat dan siapa anda...
3) Dengar arahan seterusnya daripada unit terbabit...
Fuh..sangat menarik cerita ni...Mula2 mengantuk...Tapi lastly, tengok jugak...
Pastu harini terbaca satu artikel pasal......
Isteri selamat mendarat pesawat bila suami mati
Nak ucapkan selamat hari lahir kepada kawan baikku, Wani,
Anna Da Ladt

Friday, February 10, 2012
Fakta di sebalik penutup bekas air plastik
Adakah saya ni jenis yang ketinggalan?
ATAU
Adakah saya ni jenis tak ambil endah benda yang remeh-temeh ni?
Ikuti perbualan ini di antara saya dan Mr F:
Mr F: Awak cuba tengok bekas penutup air McD ni?
Saya: Aa, kenapa?
Mr F: Can you see something that really interesting to discuss?
Saya: Hmm, apa ye?
Mr F: Nampak tak butang-butang ni? Boleh dipicit.
Saya: Ha, baru perasan...Aik ada tulis rutbir and diet la...Tapi, tak guna and tak picit pun? Pastu takdela plak tulis Coco-cola ke ...
Mr F: Ha, tulah...kalau kat US, memang benda2 ni dipicit bagi membezakan air ni dengan air ni...
P.S: gambar bakal menyusul.
Oh, gitu,

Tuesday, January 3, 2012
DBKL, please do something.....and tak lupa juga orang di luar sana...
Semalam, pergi Bukit Jalil Park...
Actually, ni second time pergi situ...
Cuma second time tu baru perasan, siapa yang perlu bertindak untuk perkara-perkara ni...
Tempat tu memang menarik, cuma ada kekurangan dari segi kebersihan dan penjagaan taman...
1) Ada beberapa monumen yang menunjukkan benda ni berasal dari mana etc. contohnya, dari Canada, Peru, Jepun..tapi, cat nya luntur dan semak-samun..menjadikan benda-benda itu nampak tiada 'value'...please do something on this thing..kalu tidak, rugi je kita buat semua ni...
2) Kotor...bukit jalil ni jugak adalah salah satu tempat orang buat majlis kahwin...tapi, sayangnya...kotor..siapa yang patut bertanggungjawab..takkan nak mengharapkan DBKL je...penganjur majlis kahwin dan orang yang datang berkunjung pun perlulah menjaga kebesihan tempat ni..ni tidak, semalam semasa pergi..masih ada lagi nasi-nasi basi n lauk pauk yang ditinggalkan di atas bangku dekat taman tu...sape nak makan ni? biar macam tu je...
3) Kotor jugak...disebabkan 'orang' yang suka membuang sampah merata-rata...terutama plastik and botol kosong...tiada kesedaran sivik langsung...so, siapa yang salah di sini...
4) Tempat buat aktiviti fizikal..tapi ada jugak yang rosak sana-sini and berbahaya tuk digunakan...
Cuma, yang cantiknya dan bagusnya tempat ni sebab:
1) Ada bangku khas untuk OKU
2) Ada tasik and fountain yang menarik
3) Ada banyak ikan untuk dibagi makan..sweet je ikan-ikan ni makan..
4) Sesuai jugak untuk aktiviti beriadah bersama keluarga sebab tempatnya luas..main badminton, berbasikal etc...
Please do something, jangan biarkan bumi kita ni tercemar,

Subscribe to:
Posts (Atom)