Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Aktiviti anak-anak: Perpustakaan Raja Tun Uda Abdul Aziz Shah Alam

Ha? Bawak anak-anak ke Library?

Boring kot....

Tapi jawapannya tidak! Sebab Library yang dinyatakan sangat best untuk budak-budak!

Ni alamatnya: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dan sedikit review pasal Library ni: http://www.tourismselangor.my/selangor-state-library/

Bulan lepas, saya bawak anak-anak kak ngah saya ke Library ni...Macam mana saya boleh tersangkut dengan Library ni?

Sebab Mr F suka dengan surroundingnya..Dan saya lagi suka, sebab ada banyak novellllll :)

Jom kita tengok gambarnya...

Mula-mula amik angin dulu kat bawah 'pokok' dalam Library ni....




Then, ambik buku dan baring.....




Yang si abang ngah ni, bila dah dapat buku kesukaan, asyik dok tanya...

"Acik..ni ape?"

"Dia makan ape?"

Dan dok ulang lah ayat tu sampai Acik dia ni pun 'pening'



Lepas tu, bila dah boring dok satu tempat, pergi bahagian lain pulak....

Boleh main game ni...


Boleh jugak layari internet dengan caj RM1 kot tuk 1 jam (tak berapa ingat pulak)


Overall, memang best tempat ni..
Anna Da Lady



Sunday, December 8, 2013

Periuk ajaib

Selalu kita dengar pemanggang ajaib kan? Kali ni saya nak perkenalkan satu periuk serbaguna..Mak teh saya yang kenalkan pada kami...

Sampai dalam whatsapp, siap tunjuk lagi step by step camne dia buat...

Laksa tak perlu direbus, bihun pun sama..Saya tak tengok real lagi..Balik kampong ni baru tengok :)

Tengok selitan sikit-sikit...

Pulut wajik dalam periuk serbaguna ni



Ni periuknya..Taktau dari mana!
Tapi yang saya tahu dari Amway


Till then,
Anna Da Lady


Friday, December 6, 2013

Graduasi tadika anak-anak

Hebat budak-budak zaman sekarang kan?

Macam best ja. Macam hebat ja. Macam comel ja... (tolonglah..kenapala ayat ni popular sangat?????)

Ini adalah graduasi 2 anak buah saya dari 2 orang kakak saya :)

Umur 6 tahun, tahun ni..so, diaorang akan masuk sekolah rendah lah tahun depan...

Yang perempuan tu sudah ada 3 orang adik, yang lelaki tu ada sorang abang dan InsyaAllah, akan ada sorang adik tahun depan (bulan dua)...Boboy jugak :)



Sebelah kanan namanya, Ayong..Nama betul Iffa Nadya.Tadika nya Brainy Bunch Islamic Montessari (maapkan saya anda tersalah ejaan).. :)



Yang buat gambaq tanduk ni pulak, namanya Bangchik Raimi..Nama penuhnya Mohd Raimi Naufal :)
Tadikanya bersebelahan Sekolah Al-Amin...

Pendek kata, zaman sekarang semua nak ada jubah graduasi kan?

Saya dulu, takde jubah, tapi dapat jugak scroll sijil and buat persembahan..Tupun dah kira best!...

Gambar masa saya tadika dulu pernah upload kat Friendster (taktaulah jadi apa kat situ),
Anna Da Lady




Thursday, December 5, 2013

Projek hujung minggu: meraikan keluarga datang

Kalau entry semalam bercerita tentang projek di kebun...

Kali ni, saya bercerita pulak projek di dapur :)

Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, parent saya datang bermalam 'sat' di rumah saya sebelum bertolak ke JB. Sebab adik saya kena masuk wad. Demam teruk ditahan di Hospital Sultan Ismail.

Saya selaku adik perempuan bongsu dan yang 'tak banyak lagi' komitmen bertanggungjawab membawa parent saya ke JB untuk menziarah adik saya. My parent boleh bawak kereta, tapi tak boleh drive jauh-jauh dah..Kalau datang KL atau balik Johor, selalunya abang saya yang drive..Tapi kali ni beliau sibuk, maka my parent naik bas, turun di Duta dan my Angah pergi ambik.

Maka, seluruh ahli keluarga kakak-kakak saya (tak ramai pun, 2 families jek) datang ke rumah saya untuk bertemu dengan parent kami yang berbulan-bulan sudah tidak ditemui :)

Maka, saya selaku adik yang 'bagus' (hehehe,,puji dulu), berbesar hati mengerah tenaga dan kemahiran yang ada, untuk 'membuat' something untuk bagi diaorang 'proud' ada adik macam saya ni yang pandai masak akhirnya! huhuhuhuhuhuhuhuh8h8hhhuhuhuh8h :)

Maka, ini adalah sedikit gambar awal untuk tatapan saya kemudian hari, supaya ia menjadi pembakar semangat untuk buat lagi 'makan-makan' macam ni bersama keluarga... :)


Mashed potato yang dimakan dengan gravy (instant)..Homemade gravy ni dulu pernah buat sekali...Tapi disebabkan kesempitan masa, maka terpaksa guna instant gravy :) Sori deh!


Roasted chicken..separuh jek sebab ayam-ayam lain buat bakar bersama madu...Abaikan pisang yang berada di sebelah tu...


Ni sambal tempe yang dibuat oleh my Akak..sedap!

Pendek kata, sememangnya memasak ni best! Tapi, kena selalu berlatih supaya tidak lupa dan lebih cekap,
Anna Da Lady





Wednesday, November 6, 2013

Awal Muharram: Seronoknya bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni

alhamdulillah, semalam dapat meluangkan masa bersama keluarga Maksu, keluarga Akak, keluarga angah dll di rumah Maksu di Setapak...

Gambar banyak..Tapi, saya letak gambar 4 budak ni sahaja :)


Dari kiri, anak along (anak Akak saya), Cik Muhammad (anak kedua dan bongsu Maksu saya), Adik (anak bongsu akak saya setakat tahun ni) dan paling kanan adalah anak kawan baik Maksu dan Paksu saya..

Nak dijadikan cerita, anak kawan baik Maksu saya ni dan Cik Muhammad ni berkongsi hari lahir yang sama :)

Dan memori tu masih dalam ingatan saya sebab waktu Cik Muhammad ni lahir, saya tengah study kat Bangi waktu tu...Dan saya kenal kawan baik Maksu dan Paksu saya ni sebab Pakcik tu selalu datang rumah Maksu kalau dia buat jamuan makan-makan...

Dan tetiba pulak, anak sulong dia lahir di sebelah pagi dan Cik Muhammad di sebelah petang 10 tahun yang lalu pada tarikh hari ini...

Alangkah indahnya :)

Dan budak 2 orang ni pulak, besdaynya tak sama, cumamereka ni kamceng sangat bila bersama :) Sorang besday bulan 9, sorang lagi bulan 10 :)

Anna Da Lady

Tuesday, November 5, 2013

Awal Muharram: Gardening and cooking

Alhamdulillah, we started our day today with fun activities.

Mr F with his garden..

I was just helping him with....For example..

"ayang, tolong pegang kayu ni"

And also..

"ayang, tolong trim pokok serai tu..."

and also...

"ayang, jom teman abang cari kayu lagik"

However, we had fun together!

and, also I make pizza dough and prepare a few ingredients..Will bring it to my mak su's house at Setapak.

Ada kenduri kesyukuran petang ni...I will put some pictures later!

Till then,
Anna Da Lady


Tuesday, September 24, 2013

Isteri bekerja tanpa pembantu rumah

Ahad lepas, saya dan Mr F pergi ke rumah my SIL di Alam Damai atas jemputan dinner.

Saja nak bersembang2 selepas lama Mr F takde kat Malaysia tempoh hari.

My SIL baru je menamatkan kontrak maid beliau selepas maid tersebut membuat pelbagai masalah, terutama selepas kahwin. Orang dah bagi cuti, dia sambung lagi cuti...Hmmm

Selama ni my SIL dibantu oleh beberapa maid yang silih berganti disebabkan komitmen keluarga masing-masing.

So, dah beberapa bulan beliau memulakan hidup sebagai isteri dan mama dan saya pun teringin nak tahu bagaimana beliau membahagikan masa antara kerja dan keluarga;

Yong, camne skang?

Alhamdulillah, okla...Cuma skang takde luxury la macam dulu nak bangun lambat. Kalau dulu pukul 6 pagi, baru bangun. Tapi skang, pukul 5 lebih dah bangun n start masak breakfast.

Oh, masak apa?

Kadang-kadang roti telur, nasi goreng..Ala, benda sempoi sempoi je.

Oh, dinner?

Kalau dinner untuk 2 hari berikutnya Yong dah masakkan siap-siap. So, kiranya Abang Amir just perangatkan je la, sebab dia balik awal...So, by the time Yong sampai rumah, dah tak kalut nak sediakan dinner. Tapi, memang kalau boleh nak kurangkan makan kat luar.
Cuma, kalau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tu, kitaorang banyak tapau la...Sebab, tumpuan nak kemas rumah dan lain-lain

Oh, ok... (sambil dalam hati, ok jugak idea ni, cuma mungkin makanan kurang fresh. Tapi, apapun, hasil tangan seorang isteri lebih baik daripada makan kat luar)

Anna Da Lady


Wednesday, September 18, 2013

Rindu jugak dengan diaorang ini

Tugas hakiki sebagai seorang isteri telah selamat 'dimulakan' sejak Mr F pulang ke rumah...

Di samping rasa bersyukur tengok Mr F nampak dah semakin sihat dan berjaya mengurangkan beratnya.

Mr F sewaktu berjoging di Bandar Tasik Permasuri, Isnin baru-baru ini. Katanya, selesa sikit bila dah dapat kurangkan berat ni. Memang ada hikmah beliau pergi jauh-jauh :)



Di samping itu jugak ada rasa rindu pada anak-anak buah ini.

Hampir saban minggu semasa Mr F takde, lepak di rumah mereka. Layan mereka bermain itu ini.

Dah besar dah anak-anak buah ku ini.


Danya dalam cubaan nak buat 'peace' sign, nak ikut Ayong dia, Nadya


Cubaan lagik


Cubaan lagik, sambil Ayong tunjuk pada Bang Ngah, Danis


Ni dah geram ni, sampai pegang dagu adik dia, Nadif

Ni waktu dia suh adik dia dok elok-elok

Anna Da Lady



Monday, September 9, 2013

Pabila mereka meninggalkan kita

Masih berada dalam keadaan terkejut. Disebabkan berita di bawah ini. Kakak saya dan beberapa sedara lain baru balik melawat arwah sekeluarga yang meninggal di Hospital Serdang. Mereka diberitahu kabar sedih ini pukul 3 petang tadi.

Rupa-rupanya mangsa adalah sedara kami sebelah mak saya. 


Moga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman

Maklumat terkini daripada sini:

Kajang: “Dunia gelap seketika saat berita malang itu dikhabarkan... ia saat paling hiba dalam hidup saya,” kata Muhammad Tauffid Kassim, 44, yang kehilangan isteri dan tiga anaknya serentak dalam kemalangan di Kajang, semalam.

Ketika dimaklumkan mengenai nahas kira-kira jam 11 pagi itu yang mengorbankan isterinya, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anak mereka, perkara pertama terlintas dalam fikiran Tauffid ialah nasib empat lagi anak mereka yang masih kecil. 
Tiga anaknya yang maut dalam nahas pada jam 11.50 pagi di KM 8 Jalan Kajang-Banting itu ialah Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1, manakala seorang lagi, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dihantar ke Hospital Kajang. 


“Saya hilang empat nadi sekali gus,” kata guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB) itu dalam nada hiba sambil memaklumkan, empat anaknya yang masih hidup berusia antara tiga hingga 10 tahun, termasuk Nabil Lutfan.

Bertembung lori

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta PERODUA Kancil dipandu Rohaya, yang juga guru agama di SKBBB dalam perjalanan dari arah Bangi ke Kajang untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang sebelum dikatakan terbabas dan bertembung sebuah lori dua tan dari arah bertentangan.

Dua anak mereka yang maut, juga bersekolah di SKBBB. 
Tauffid berkata, dia sedang mengajar di sekolah ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus lesu sehingga terpaksa dipapah ke lokasi nahas.

“Isteri mengajar sesi petang, saya pula sesi pagi. Biasanya jam 12 tengah hari dua anak yang kecil dihantar ke rumah pengasuh,” katanya sambil menambah, jenazah empat beranak itu dibawa ke Kuala Nerang Kedah, malam tadi untuk disemadikan.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Abdullah Ramli, berkata ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga daripada anak mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang sudah dikeluarkan orang ramai dengan seorang cedera dan dihantar ke Hospital Kajang.

Kereta remuk

“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan dua lagi mangsa, iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang berada di kerusi depan. Keadaan kereta yang remuk teruk menyebabkan dua mangsa berkenaan sukar dikeluarkan kerana tersepit dengan bahagian depan lori,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah van yang melanggar belakang lori berkenaan, namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.

Anna Da Lady

Sunday, September 8, 2013

Puncak Arabella Apartment, Tanah Rata, Cameron Highland-Family Day 2013

Alhamdulillah, baru menjejakkan kaki ke area Lembah Klang selepas mengisi masa cuti hujung minggu dengan family sebelah saya di Cameron Highland.

Kalau tahun lepas, penganjur Family Day ialah my Kakak, kali ni twin dia plak, my Abang.
Family Day kami ni bukan jenis penganjur je yang taja semua, tapi penganjur hanya bertindak mencari tempat penginapan yang sesuai dan mengaturacarakan majlis :)

Tahun lepas, kami sekeluarga ke Best Western, Port Dickson. Kalini ke Cameron Highland pulak. Tempat spt yang dinyatakan.

Cuma tahun ni, kakak sekeluarga, adik dan isterinya serta suami saya, Mr F tidak dapat join. Kalau tahun lepas, semua ada. Kali ni yang ada hanya, my parents, keluarga Maksu, keluarga Abang, keluarga KakNgah, saya dan juga seorang sepupu turut serta.

So far, apartment yang kami tempah nimilik sedara jauh. Shukri namanya. Barang2 kelengkapan dapur memang ada kat sini. So, kita hanya perlu bawak perkakas nak masak je.

So, hari Sabtu tu, saya dan Angah sekeluarga yang sampai dulu. Kebetulan, abang iparperlu balik sekejap ke Manong, ada urusan. Tunggu sampai kul 5 lebih, baru keluarga Maksu sampai, then, my parents and keluarga Abang.



Nanti sambung,
Anna Da Lady

Thursday, June 27, 2013

SATU CERITA: Bermain dengan anak macam umur belasan tahun

Ada sorang makcik 'muda' ni. Umur belum lagi sampai 3 series.

Sekarang ini, beliau banyak berada di rumah kakak-kakak beliau untuk 'menumpang kasih'.

Di rumah kakak-kakak beliau, ada lah anak-anak buah yang semuanya memang lincah-lincah belaka..

Situasi di rumah kakak 1:

Kalau di sini, anak-anaknya berumur 10 dan 6 tahun. Kedua-dua lelaki.

Permainan utama: pistol yang ada peluru ala-ala rubber, dinosaur dan segala jenis 'hero-hero' yang ada kat TV tu..(Makcik dia tak reti nak sebut)

Rancangan TV utama: Hero-hero dalam TV tu (Sekali lagi, makcik dia tak reti nak sebut)

Orang belasahan utama: Makcik dia yang jarang nak naik suara..Jadi, memang selalu kena belasah dengan pistol tu..Terutama si adik tu, ada je peluru yang akan tersangkut kat badan ni

Makanan feveret: kutiau goreng dan ikan keli (si abang), kalau si adik, apa2 je, janji masuk mulut

Benda yang paling makcik dia suka adalah: Bila tengok anak-anak ini dah pandai dalam bidang masing-masing..Kalau si adik, setiap apa pun perkataan dalam Malay, dia dah boleh baca...

Situasi di rumah kakak 2:

Kalau di sini pulak, anak-anaknya berumur 6, 4, 2, dan 4 bulan. Memang semua rapat-rapat, dan selang bunga...Yang sulong pompuan, yang bongsu laki..so, tau tak apa tu selang bunga ? :)

Permainan utama: Bola, car (kalau anak 4 y.o)

Rancangan TV utama: Segala macam cerita 'animasi kartun' yang ada di Disney Channel dan seumpamanya dengannya. Tapi yang paling feveret dan makcik dia pun suka, cerita Barbie :)

Orang belasahan utama: Ok, di rumah ni takdak kena belasah sangat..Tapi, memang kena 'layan' diaorang' sebab masih kecil kan..So, makcik dia memang kena 'selalu bertenaga' untuk bagi yang terbaik

Makanan feveret: spageti dan mi goreng

Benda yang paling makcik dia suka adalah: Gambo di bawah..Lengkap satu famili. Dilukis oleh si 'ayong'. nanti nak kena request lukis makcik dia pulak..agak-agak macammana la rupanya ye?


Till then,
Anna Da Lady





Tuesday, June 18, 2013

Lukisan VS Miss him


Maaf kerana terpaksa melihat gambar ini dalam keadaan terbalik.

Ini adalah LUKISAN setulus hati daripada seorang anak perempuan terhadap ibu ayah dia, dan adik-adik dia :)

Anak ini hanya berumur 6 tahun, tetapi selalu mengutamakan lukisan berbentuk 'SATU KELUARGA' dalam setiap LUKISANnya.

Betapa beliau sangat MENYAYANGI keluarga beliau....

Siapa beliau tu?

Hehehe..Anak buah saya :)

Ok, sebenarnya, saya ni dalam fasa 'merindui' seseorang...Semalam, hari pertama bermalam di rumah sendiri tanpa 'kehadiran' dia...

Rasa sayu pulak, sampai tidur pun tak lena..

Oh, how I miss him...

Through the dark and lonely night
Waitin' for the morning light
Oh, how I miss him
This cold and empty bed
It's a feeling that I dread
Oh, how I miss him.

There's a burning deep inside
Only he can satisfy
But he's not here with me
Two other arms hold him
Two other lips kiss him
Oh, how I miss him.

Is it just imagination
Or should I of lost my man
So until I know for certain
I'll give him all the love I can.

But when he comes to me and love me
He sets my heart at ease
But until then oh, how I miss him
Oh, how I miss him...

Anna Da Lady


Monday, June 10, 2013

Mangga vs Moist Cake

Petang semalam, sempat pergi rumah Maksu saya kat KL dengan Angah saya anak beranak...Semua perempuan kecuali anak bujang dia berumur 4 tahun :)

Makan-makan petang kat rumah Maksu. Menu nya: spageti (maksu saya buatkan), bihun sup and laksa (angah saya beli kat rumah dia)...

Tetiba, saya terasa saya perlukan sesuatu yang masam dan manis...Ok, masam dah setel, sebab sebelum bergerak maksu saya bagi satu mangga epal..Hmm, sedapnya!

Cuma, manis je belum setel...Namun begitu, Allah dengar saya nyer permintaan...

Tetiba, angah saya suakan satu pinggan moist cake-coklat malam tu. Dia belikan sebelum pergi rumah Maksu lagi, cuma saya je tak perasan..

Wow, sodapnya! Cuma saya makan satu slice je, cukupla....Kalau banyak2 nanti, jadi lain pulak :)

Terima kasih Allah
Anna Da Lady

Kek pengantin TERBALIK!

Kek bertingkat ini hanya boleh dipandang, tak boleh dirasa semuanya...


Sebab, sebaik je pengantin makan beradab dan bergerak ke pelamin, kek ini telah berjaya ditumbangkan oleh seorang kanak-kanak yang sangat 'curious' nak tahu apa yang akan berlaku bila satu hujung meja ditekan dengan tangan....

Last-last, dua keputusan diperoleh:
1) Dua kek di bahagian atas berjaya membuatkan dinding yang tak pernah makan kek, MAKAN KEK, dan
2) Manusia yang dok tunggu diliran nak makan kek, hanya dapat MAKAN KEK yang bawah saje...

Sekian laporan ringkas tentang kejadian di majlis sambut menantu adik saya,
Anna Da Lady

Friday, June 7, 2013

Bila Puasa and Raya around the corner

"Amboi, awak...puasa pun tak lagik, terus teringat Raya?"

Hehe..Sebenarnya, saya sekarang ni dalam fasa untuk mempercepatkan waktu, sebab nak tunggu sampai bln 9 ni copet habis...Sebab, bulan 9 ni baru dapat jumpak Mr F balik :(

Jadi, kalau dah sampai Raya and asyik fikir pasal Puasa-Raya, maka, mesti rasa cepat je masa berlalu :)

Sekarang, pasal persiapan Puasa...

Teringat lagi, tahun lepas punya bulan Puasa..Kebanyakan hari berbuka di rumah, masak sendiri dengan bantuan Mr F. Hanya 2-3 kali je pergi bazar Ramadhan, sebab 'terasa' gatal nak tengok apa yang dijual kat situ :)

Then, pasal Raya pula..Tahun lepas Malam Raya and solat Raya semua di rumah MIL kat Ampang...Then, dalam pukul 10 pagi tu, terus pecut balik kampong saya pulak kat Kedah naik motor..Tapi konvoi 'sesuku' jalan dengan adik ipar sekeluarga naik kereta yang menghala ke Simpang Ampat dekat dengan Perlis.

Alhamdulillah, perjalanan balik smooth aje w/pun jalan agak sesak..Adik ipar memang sampai rumah mertua dia lambat. Ada kot tambah dalam 3-4 jam...Kesian dia

So, bila sampai je kampong, terus mengadap makanan yang mak saya sediakan...Hm, sedih je rasa, sebab mak saya tak buat sambal ikan bilis yang saya suka, habuan nak makan dengan masak lodeh...Huwaaaaaa

Sebab dia kata, kak ngah (yang balik Raya pertama kat kampong) request mintak buat sambal kacang...

Last-last, saya 'paksa' jugak mak saya buat..Akhirnya dapat! Wink Wink Wink..Hepi giler!

Jadi, TAHUN INI punya puasa dan raya, tanpa Mr F...Agak sedih..Sebab sudah terbiasa dengan ke'berada'an beliau...Tapi, takpe, masing-masing ada pengorbanan. Moga Allah lindungi da berkati tujuan perjalanan ini.

So, skang dok tengah fikir kuih-muih, kerepek2, and baju Raya untuk Raya ni...

Kerepek2 tu nanti nak pesan kat kawan..Sebab harga dia agak reasonable and sodap! So, kali ni takde la simpnan untuk Rumah sendiri..Just tempah untuk family kat kampong and keluarga mentua je.

Kuih-muih rasanya macam taknak je..Sebab saya bukan penggemar kuih muih ni sangat.

Baju Raya, tengah fikir kaler tema ni..Nak kena 'sohseh' dengan parents dulu, diaorang kaler ape...Tapi, selalunya baju-baju Raya ni anak2 yang belikan, jadi saya kena 'sohseh' dengan sisters dulu apa yang diaorang plan nak belikan...

Laters, baby...
Anna Da Lady










Tuesday, June 4, 2013

Karenah kids: Minta ''something'

Sekarang ni sudah hampir pukul 5. Maka, mata dan otak akan automotik semakin lemah, tak boleh mengadap komputer, tak boleh mengadap buku atau kertas-kertas.

Memandangkan Mr F tiada di sisi untuk satu waktu yang agak panjang, maka rumah my sis menjadi penginapan sementara buat masa sekarang.

My sis ada 2 anak lelaki. Sorang umur Darjah 4, sorang lagi 6 tahun. Walaupun berbeza usia, and of course saiz badan, tapi 'pemikiran' mereka SAMA...

1) Suka membuli saya, sebab saya ni sayangggggggg sangat dengan diaorang
2) Suka ajuk cakap saya, sebab saya ni suka layannnnnnnnnnnnn diaorang

Kedua-dua perkara di atas tak mengapa buat masa sekarang, satu hiburan kot! Tapi, kena la berpada-pada kan, nanti kot2 terbawak ke orang lain

Cuma, satu benda ni yang memang akan 'merunsingkan' saya terutama bila time nak balik kerja...

Ayat-ayat berikut selalu akan berkumandang di telinga..Macam semalam...

Anak banglong cakap.."Acik, kenapa Acik tak beli mainan kat Along? Nanti Acik bawak Along beli ye?'

Okeh....Mainan lagik...

Tapi benda tu kekadang je, kalu mereka dan boring dengan mainan yang ada..

Ni tengah ligat nak mengatur beli 'jajan' kat diaorang ni..Nampaknya kena buat stok ni :)

Anna Da Lady

Tuesday, April 23, 2013

Bulan EmpAT dan Bulan LiMA 2013

Bulan Empat:

Alhamdulillah, nampaknya saya masih lagi belum 'mengwishkan' ucapan selamat hari lahir kepada diri sendiri dalam blog ini. Hanya hadiah in advance daripada suami sahaja yang ingin dikongsi.

Kepada saya, "Selamat hari lahir ke-2x.."
Hint: Tahun depan dah melangkah ke nombor siri yang baru :)

Bulan Lima:

InsyaAllah, kenduri Adik bongsu saya akan berlangsung 4hb ni. Jadi kepada kekawan yang tinggal atau jejak kaki kat area Perlis/Kedah/Pulau Pinang, sila2 lah sudi memeriahkan majlis...

Tema untuk kenduri ni, Hijau kuning, Krim :) Semangat Kedah sikit :)

Ada kelainan sikit dalam kenduri kali ni, sebab InsyaAllah akan ada lalu di bawah pedang, adat rasmi tentera :)

Dan selepas je majlis kenduri Adik saya, InsyaAllah, saya, suami dan MILakan berlepas ke suatu tempat selama hampir 2 minggu. InsyaAllah, bila dah sah betul2, saya akan maklumkan..Mohon doa semua moga apa yang kami hajatkan tercapai ye :)

Anna Da Lady




Wednesday, April 10, 2013

Bila 5 Mei menjadi tarikh mengundi....

Akhirnya, degupa degap, teka-teki-tekuk tarikh mengundi telah hilang sekelip mata, bila mana tarikh nya telah menunjukkan muka :)

Masalahnya sekarang selepas berbual dengan beberapa orang sedara dan rakan,

1) Bila mana suami isteri berbeza tempat mengundi, mana satu yang akan pergi?

2) Kalau dah ada anak, pada siapa anak akan diberi? :)

3) Bila ada dua destinasi berbeza, bagaimana dengan duit perjalanan balik? Mesti double dua :)

Saya? Alhamdulillah, takde masalah :)

And, yang paling best, nanti balik kampong bukan semata-mata untuk mengundi sahaja, tetapi jugak untuk sambut majlis kenduri adik bongsu saya yang InsyaAllah, bakal diadakan sehari sebelum tarikh mengundi...

Namun, ia masih dalam cadangan, sebab adik saya yang baru join tentera mungkin agak bz sebab nak pilihanraya, dan parents saya juga begitu...

Takpe, kita tunggu je...
Anna Da Lady

Tuesday, April 2, 2013

Emosi ketika di akad nikah: pengantin lelaki dan perempuan

Nampaknya bukan saya sahaja yang mengalami  masalah ini, tetapi adik saya dan pasangannya jugak...

Masalahnya adalah, memek muka sangat tidak comel untuk ditangkap gambar....Maksudnya, tiada senyuman, hanya kerutan muka, bibir tiada senyuman, hanya menunjukkan resah semata-mata!

which is, si photographer sangat tidak berkenan.... :(

Saya tanya adik saya selepas sahaj selesai majlis akad nikah..Ketika ini, kami dalam perjalanan ke rumah pasangannya untuk jamuan akd nikah...Saya jadi driver beliau pada hari itu...

Saya: Adik, pasal pa ang tak senyum masa akad tadi..Tak senyum pun muka tu?

Adik: Eh, yeke? Taktaula acik..Macam mana nak desxribe ye...Taktau nak kata apa..memang speechless...

Saya: Hm, bukan adik je, kakcik pun macam tu jugak...Dapat muka masam je...Tanpa senyuman..Cuma, last-last tu, baru dapat sikit-sikit...

So, kepada bakal pengantin di luar sana, pastikan ada control memek muka anda ye..Pastikan senyuman sentiasa ada terutama bila anda jadi perhatian semua :)



Anna Da Lady

Sunday, March 31, 2013

Alhamdulillah

Alhamdullillah, selamat tiba di rumah sendiri pukul 2 petang tadi dari Kampong...

Cuaca di kampong (Kedah) sangat panas..Sampai rasa sakit kepala la pulak...

Tiada hujan langsung spt di KL ni...

Apapun, rasa bersyukur sebab dapat mengisi masa bersama dengan my parents, abang sekeluarga dan adik sempena majlis akad nikah adik...

Walaupun kakak-kakak tak dapat balik sekali di atas urusan yang tidak dapat dielakkan, namun kehadiran makcik-pakcik, adik-adik sepupu sangat dihargai...

Malam sebelum majlis akad nikah, sempat buat makan-makan bersama-sama adik-adik sepupu kat rumah...

Abang saya masak ayam panggang and kutiau goreng..Hm, sodap!


Gambar gelap sebab pakai enset cikai... :)

Alhamdulillah jugak, adik saya telah selamat menjadi seorang suami pada 30 Mac 2013..Ini kira penamat dalam keluraga...InsyaAllah, majlis sambut menantu akan dibuat awal bulan lima ni...

Anna Da Lady



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails