Showing posts with label Live. Show all posts
Showing posts with label Live. Show all posts

Friday, July 30, 2010

Cantik dan indah tapi...

Assalamualaikum,

Nak berkongsi apa yang disaksikan di Astro Oasis dengan rancangannya Imam Muda...

Nak petik sikit kata-kata Mudir nya yang menyentuh kalbu,

Masjid indah, karpet pun terbentang cantik, tempat parking luas, FREE pulak tu, tapi di mana anak-anak muda kita?

Renungkanlah,
Anna Da Lady

Friday, July 16, 2010

Anda penggemar komik?

Jika anda penggemar komik, watak apa yang anda kenal?
Batman?
Detective Conan?

Tapi, adakah anda kenal siapa itu:-
Khalid Ibn Walid?
Abdullah Ibn Mas ud?

Dengan semangat untuk menyerapkan ilmu-ilmu mengenali para sahabat Rasulullah S.A.W,
Telaga Biru telah mengeluarkan suatu komik para pahlawan Islam
dalam bentuk yang boleh dibaca oleh semua peringkat, terutamanya para remaja dan kanak-kanak.
...Berwarna-warni...
...Dialog dalam Bahasa Melayu yang sesuai dan tepat...
...Mempunyai lebih kurang 80m/s dengan harga sekitar RM20, kalau tak salah...
...Kertas yang berkualiti...
...Diselitkan dengan artikel-artikel pengetahuan agama juga...

Bak kata Editor yang dijemput dalam MHI tadi:-
"Kalau nak buat Kuliyyah Subuh pun boleh, sebab isi-isinya bermanfaat bukan sekadar komik."

Bagusnya dijadikan sebagai salah satu bacaan anak-anak,
Anna Da Lady

Thursday, July 15, 2010

Senda di pagi Khamis untuk hari bekerja...

Assalamualaikum,
Tadi kan saya tengok MHI, ada satu perkara yang menarik hati saya hasil dialog antara 2 pengacara:

W: Khamis yang ape, Fedtri?
F: Khamis yang manis.
W: Jumaat?
F: Jumaat yang berkat.
W: Isnin?
F: Isnin yang ..... (tak ingat pulak..hehe)
W: Selasa?
F: Selasa yang selesa.
W: Rabu?
F: Rabu yang ..... (tak ingat pulak...hehe)

Tapi, overall..best jugak dialog2 tu...
Kalau saya, saya akan kata seperti itu jugak, cuma ada jugak yang nak tukar:
Isnin yang penin... sebab 1st day kerja balik dalam seminggu
Selasa yang biasa...sebab dah biasa dan ok sikit gerak geri
Rabu yang maju...sebab tengah2 hari bekerja..so, dah nmpak progress sikit
Khamis yang manis...sebab esoknya adalah last day plus dot dot...
Jumaat yang berkat...sebab Jumaat ialah penghulu segala hari

Kalu hari minggu:
Sabtu yang buntu...sebab biasalah bila dah start cuti hujung minggu, binggung pulak taktau nak pergi mana
Ahad yang terhad...sebab pi mai pi mai esok dah start kerja balik..huwaa..rasa masa sgt terhad

Tetiba teringat pulak lagi satu perkara yang dulu masa kecik selalu sebut bila sebut hari Jumaat dan Sabtu plus ada kaitan dgn 'benda yang menyeramkan'.hehe...
Jumaat...mayat keluar
Sabtu....hantu keluar


Haha..takutnya masa kecik2 dulu bila sampai malam Jumaat dan malam Sabtu,
Anna Da Lady

Wednesday, July 14, 2010

Pengharaman burqa di Perancis?

Burqa atau jilbab adalah salah satu budaya Arab.

Buletin 9 pagi di TV3 sebentar tadi telah berkongsi berita mengenai pengharaman pemakaian burqa di Perancis.
Menurut Berita tadi, isu burqa telah menjadi topik perbincangan selama setahun di Parlimen Perancis.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam salah satu berita online seperti di bawah dan di sini juga.

PARIS, 14 Julai - Dewan Rakyat Perancis semalam sebulat suara meluluskan pengharaman burqa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menetap dan melindungi nilai-nilai Perancis yang turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan negara Muslim.
Penyokong utama rang undang-undang tersebut berkata, pemakaian burqa tidak sejajar dengan nilai ideal Perancis yang mementingkan kesamaaan jantina mahupun tradisinya yang bersifat sekular.
Perbahasan pengharaman burqa dan niqab akan dibawa ke Dewan Negara Perancis September ini.

Hmm,
Anna Da Lady

Friday, July 9, 2010

Sumping @ Bunga..Mari belajar bahasa baru..

Sumping in Bahasa Sulu...
Bunga dalam B.M

hehe..

baru belajar tadi at "Nasi Lemak, Kopi O"
Anna Da Lady

Festival Bunga dan Taman di Putrajaya...Jom pergi hujung minggu ni...

Dalam "Nasi Lemak, Kopi O" tadi, ada satu session ni jemput wakil dari Festival Bunga dan Taman ni...
Bermula Festival ni dari esok till 18 July, if I'm not mistaken...
Akan dirasmikan esok Festival ni kat Putrajaya...

Bagi sesiapa yang tak tahu mana nak pergi hujung minggu ni, 
jom kita pergi Festival Bunga dan Taman di Putrajaya ni..
at Precint 2...

Bunga ada lebih 400 ribu lebih..Banyaknya
Pastu ada jual benih lagi..mana tau kita berminat nak tanam kat laman rumah...


Masuk percuma..so, boleh ajak satu famili, pergi tengok...
Dibuka pada hari biasa; 9 pagi hingga 10 mlm
hari minggu; pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam..

Tujuan Festival antaranya:
-merealisasikan Putrajaya sbg bandar dalam taman
- menarik ramai pelancong dalam dan luar negara
-memupuk minat orang ramai supaya minat untuk berkebun

Bestnya Malaysia, macam-macam Pesta,
Anna Da Lady

Tuesday, June 22, 2010

Bagaimana dengan pohon mu?

Tika ini, saya tengah menonton Halaqah Sentuhan Qalbu..
...Tajuknya Pohon Hidup...

Hmm...Rasa tersentuh kalbu ni...
Pikirkan kehidupan di dunia ini...bekalan untuk akhirat..

Satu perkara yang betul-betul meresap perasaan..
Allah ada di mana-mana menjaga kita...

Kita tak keseorangan...
Kita diutuskan di dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah untuk mengimarahkan alam ini...

Sedikit petikan daripada ustaz yang dijemput:
"Banyakkan bekalanmu kerana perjalananmu terlalu jauh..."
"Ikhlaskan segala amalanmu kerana yang menilai Maha Mengetahui, amat melihat apa yang kamu buat..."

Insan yang lemah,
Anna Da Lady

Thursday, June 10, 2010

World cup, football players in RMK-10

Piala Dunia 2010 (Return to Africa) is around da corner..
sape2 yang kaki bola or yang suka tengok orang main bola, for sure...akan menghadap depan TV masing2...
tak kirala TV korang tu LCD ke, Plasma TV, TV baru ke, TV lama ke..
tapi, motifnya tetap sama...Tengok Bola...

Maka, akan berulangla fenomena ini...
Makan Bola, Tidur Bola, Minum Bola and ape2 seumpamanya mesti ada kaitan dengan BOLA...

Right now, RMK-10 sedang ditayangkan secara live...
Apa yang ku ingin petik adalah kata-kata berikut...I write it back in my words..terlupa sikit kata-kata PM tadi.. 

"Semangat pemain bola perlu dicontohi..Mereka bermain untuk pasukan"

Keywords:
- pemain
- pasukan

Conclusion saya:
1) Kita tak boleh mementingkan diri...Teringat kata pepatah ni..Bagai anjing dengan bayang-bayang..Rugi sendiri di kemudian hari...
2) Teamworks adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan...

Kalau ada tersalah, sila perbetulkan yerk..

Thats all,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails