Showing posts with label Book. Show all posts
Showing posts with label Book. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Hasil dari Big Bad Wolf 2013

Rembatan malam kelmarin...Dalam 2 jam meninjau buku-buku...Around 10pm-12pm
Cost me around RM28. Dapatlah 3 buku..2 buku pasal masakan dan 1 buku untuk anak buah...

Itupun tak cukup puas meronda, sebabnya Mr F dan saya agak penat n mengantuk...

Nasib baik naik motor pergi tempat ni, sebabnya mmenag agak sesak sebelum orang ramai nak parking kereta..

Tapi, bila masuk dalam dewan tu, tak sesak pun, sebabnya dewan tu luas :)

Masa nak bayar pun, tak payah tunggu lama...

And they read happily ever after :)

Dalam plastik

Ala...terbalikla pulak..Tapi yang bagusnya buku ni, dia ada step by step...so, sangat bagus untuk sape2 yang baru nak berjinak dengan hobi memasak :)
 
Beli buku ni sebab selalu beli ayam, sampai 'mati kutu' nak masak apa dengan ayam ni..Dan yang paling penting, kebanyakan resepi adalah mudah dan sihat :)

Satu lagi buku untuk anak buah ialah buku cerita....

Orang ramai dalam dewan....


Jom kita pergi lagi,
Anna Da Lady


Friday, September 20, 2013

Menjemput rezeki bukan mencari rezeki

Terlebih dahulu, nak ucapkan terima kasih buat kawan saya, Faizah sebab berkongsi satu perkara yang menarik untuk baca dan renungi :)

Kepada kawan-kawan yang ada kesempatan, silalah baca sama link ini: www.jemputrezeki.com

Bila saya baca dari link ini, terus saya teringat pada pesanan suami saya, Mr F setiap masa. Memang itulah pesanannya setiap masa.

"Rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha dekat pada-Nya. Dan ia jugak tidak datang mengadap kita dengan cepat tanpa usaha kita dekat pada-Nya. Mungkin kita rasa tak cukup dalam segala segi sebab kita takde usaha dekat pada Nya."

Tertengok ini dekat Facebook;




Tengah muhasabah diri & Terima kasih semua,
Anna Da Lady


Tuesday, February 22, 2011

Bila sudah lama tak berpantun...

Pagi ni tengok MHI, pastu buku yang diwar-warkan adalah buku berkaitan pantun-pantun ni...
Nampaknya, dah lama dah saya tak berpantun...
Ni nak mula balik...

Assalamualaikum pembuka bicara,
Di pagi hari Selasa,
Topik Sudirman dikongsi bersama,
Dalam MHI hari Selasa.

Macam tak kena je pantun ni,
Anna Da Lady

Friday, July 16, 2010

Anda penggemar komik?

Jika anda penggemar komik, watak apa yang anda kenal?
Batman?
Detective Conan?

Tapi, adakah anda kenal siapa itu:-
Khalid Ibn Walid?
Abdullah Ibn Mas ud?

Dengan semangat untuk menyerapkan ilmu-ilmu mengenali para sahabat Rasulullah S.A.W,
Telaga Biru telah mengeluarkan suatu komik para pahlawan Islam
dalam bentuk yang boleh dibaca oleh semua peringkat, terutamanya para remaja dan kanak-kanak.
...Berwarna-warni...
...Dialog dalam Bahasa Melayu yang sesuai dan tepat...
...Mempunyai lebih kurang 80m/s dengan harga sekitar RM20, kalau tak salah...
...Kertas yang berkualiti...
...Diselitkan dengan artikel-artikel pengetahuan agama juga...

Bak kata Editor yang dijemput dalam MHI tadi:-
"Kalau nak buat Kuliyyah Subuh pun boleh, sebab isi-isinya bermanfaat bukan sekadar komik."

Bagusnya dijadikan sebagai salah satu bacaan anak-anak,
Anna Da Lady

Monday, July 5, 2010

The physics and chemistry of love...

Aik..chemistry?physics?
Dalam love pun, ada benda2 yang orang ngaji dalam pure science ke?

Fulamak...ni nak kena belajo betoi-betoila chemistry and physics ni..mana tau boleh jadi expert in love...huhahahee...

Ada ke gitu? nak belajo ni, kena ikhlas..jangan main-main &jangan belajo ikut cakap orang je..semua dari hati tau..(pesan Cik Pinggu ni)


Okela..ni aku nak berkongsi cerita sikit ape yang saya dapat dari Dewan Kosmik (June 2007)...
Fakta yang sangat menarik....
Bout KIMIA CINTA...Chemistry of love...

Antara kajian yang dilakukan oleh pakar untuk menentukan sama ada betul ke cinta ini boleh menimbulkan ikatan kimia yang kuat etc. :

1) Oleh Dr Davit Perett: 
Pasangan berlainan jantina, cenderung memilih individu yang berpenampilan seperti orang yang rapat dengannya..contoknya, mak, ayah, atok, nenek, ipar duai, moyang dan apa2 manusia yang ada kaitan dengannya...
Dan ada juga yang tertarik dengan pasangan yang menyerupai dirinya..contohnya, jika dia suka warna biru, kawan tu pun suka warna biru..ini aku tambah ye...

2) Oleh Scientist from Philadelphia on 1996:
Kimia dalam peluh manusia boleh menarik perhatian pasangan yang berlainan jantina untuk mendampinginya.

3) Pendapat lain:
Makanan juga boleh menggalakkan semaian cinta. Contohnya:


- COKLAT: mengandungi phenylethylamine (betoi ka idak aku tulis ni), iaitu kimia yang dihasilkan oleh badan secara semulajadi abapila one person fall in love...
- LADA HITAM: merangsang badan bagi membebaskan endorfin yang boleh buatkan manusia tenang, selamat dan selesa.

SO, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara-perkara ini, silala gali Dewan Kosmok keluaran yang lepas..

Ouh..you make my day,
Anna Da Lady





Tuesday, June 22, 2010

Siapa berdarah O...mari join saya

A few years ago, saya ada beli satu buku ni..semasa Pesta Buku at PWTC...
Nak tau ape tajuknya?

Panduan Diet untuk Golongan Darah O


Nape ye aku suka nak baca buku ni masa tu...
hehe..ada banyak sebab...
1) sebab mataku dah pening sangat tengok mcm2 buku..dahla bawa cousin kecik g sekali..hehe
2) sebab rasa nak perabiskan duit beli buku..hehe...

tapi sebab utamanya adalah
Aku ni golongan berdarah O...penderma universal tau..
kira golongan yang sangat baik hati..huhu...

lagi satu, aku nak tahu jugak, apakah diet2 yang sesuai untuk golongan darah macam kami ni..
bukan 'dara' ye..darah...hehe

Antara isinya:
- Golongan darah O ni boleh berkembang dengan baik dengan pengambilan makanan hasil daripada daging dan ikan...Tapi, soalan aku, berkembang macam mana tu ye?hehe...
-Golongan darah O patut menghindari minyak kelapa, minyak bijan, minyak kanola, kacang tanah, biji buah matahari, kacang pistachio, kentang, jagung, cendawan shitake, pisang raja, kelapa, tembikai madu, limau mandarin, avokado, pear, beri hitam, kiwi dan macam2 lagi...

Pendek kata, huwaaa.....banyak jugak yang kena hindari...hehe..
Saya taknak ikutla..tapi, kalu tak ikut sendiri mau rasalakan???

Aku ni Darah O,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails