Showing posts with label addin. Show all posts
Showing posts with label addin. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

Bila memberi hukum...

Sekarang ni, berleluasa satu isu ni..Halal, haram, harus....

Saya sangat tergerak hati untuk meluahkan apa yang dirasa dalam blog kecik ini...

Pada pendapat saya, sebagai seorang ISLAM, apa yang masih dalam keadaan samar @ syubhah, eloklah dielakkan...Tapi, ia terpulang kepada keadaan, pendapat dan pegangan masing-masing....

Apa pun yang penting, kita kena ingat alam yang SATU lagi...Hidup ni singkat, alam di sana yang lama.

Apa yang silap, datang dari kelemahan saya sendiri, mohon diperbaiki...

Hanya Allah yang Maha Berkuasa,
Anna Da Lady


Monday, November 18, 2013

Monday blues: Biar jelas dulu!

Pagi ni sebelum memulakan kerja yang sepatutnya, menghadap dulu ceramah UAI...

Saje nak meringankan kepala, di samping dapat hiburan, dapat jugak ilmu...

Tertarik dengan ceramah ni: Tudung, biar jelas, jangan main tokok-tambah!

Bab pakai pelbagai jenis tudung tu jugak dikupas oleh UAI...

Bab pakai gelang kaki jugak dikupas di dalam video ni...

Sama-sama kita belajar dan menilai,
Anna Da Lady

Friday, September 20, 2013

Menjemput rezeki bukan mencari rezeki

Terlebih dahulu, nak ucapkan terima kasih buat kawan saya, Faizah sebab berkongsi satu perkara yang menarik untuk baca dan renungi :)

Kepada kawan-kawan yang ada kesempatan, silalah baca sama link ini: www.jemputrezeki.com

Bila saya baca dari link ini, terus saya teringat pada pesanan suami saya, Mr F setiap masa. Memang itulah pesanannya setiap masa.

"Rezeki tidak datang bergolek tanpa usaha dekat pada-Nya. Dan ia jugak tidak datang mengadap kita dengan cepat tanpa usaha kita dekat pada-Nya. Mungkin kita rasa tak cukup dalam segala segi sebab kita takde usaha dekat pada Nya."

Tertengok ini dekat Facebook;




Tengah muhasabah diri & Terima kasih semua,
Anna Da Lady


Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Surah Al-Kahf: 110

Friday, July 12, 2013

Ramadhan: Tips to accomodate children in Masjid

Article from here Soundvision.

Kalau kat negara Arab sana, and berdasarkan pemerhatian kami semasa di Mekah dan MAdinah, rata-rata parents di sana gemar membawa anak-anak walaupun masih baby ke Masjid.

Dan itu sperti satu aktiviti keluarga dengan mendekatkan anak-anak ke Masjid. Memang anak-anak ni berlari ke sana ke sini, namun waktu solat jarang dengar bunyi suara anak-anak, mereka bergelak ketawa dll...

Comel je tengok gelagat mereka....

So daripada artikel di atas, apa yang menarik dan boleh cuba dipraktikkan dalam diri kita  adaLAH SPT DI BAWAH:
Cuba baca ni...

Five Tips to Accommodate Children in the Masjid

A Masjid that welcomes children does not have to be a loud and unruly place. Here are five tips for dealing with children in the Masjid:

1. Correct gently

Anas bin Malik relates that “the Prophet did not use insults or bad language or curse (Reported by Bukhari).
Remember that children are sinless but adults are not. Allah does not punish children for their misbehavior but Allah does hold us accountable for how we treat children.
Our duty is to remind children gently about the etiquettes of the Masjid. We cannot force a child, or even an adult, to obey. Children of all ages will stop and listen to a person who smiles, says Salam, chats with them, and shows concern for their needs. Children will ignore, evade, and insult a person who treats them with harshness, anger, and insults.

2. Offer to help

Instead of staring at a father as he runs after his energetic toddler or a mother as she struggles to calm a quiet baby, offer to help. A polite “can I watch your son while you pray” or “would you like me to hold that diaper bag” earns Sadaqa for you and helps parents control their children

3. Conduct reminder sessions

Masjids can provide frequent friendly reminders for parents and children on the rules and manners of the Masjid.

4. Create child-friendly facilities

Ensure that the Masjid washroom has a change table to prevent stains and smells on the prayer carpets. Provide a room or barriers for nursing mothers. Keep a vacuum or broom handy for parents to clean up after their children. Place Mushafs and books away from a toddler’s reach.

5. Open a parents’ room

Offer a separate Salah room for parents with children. Fill it with used toys and scrap craft materials. Organize babysitting at times when you expect lots of kids, such as Jumah and Tarawih prayers or during lectures. Most parents are willing to pay a minimal fee for the rare opportunity to pray or listen to a lecture without their kids.
Richtig, we are not perfect,

Anna Da Lady

Tuesday, June 11, 2013

Madu ke honey?

Sambil tergelak, ada 'kesan'nya pada saya...Tambah-tambah bila suami jauh di perantauan :(

Sama-samalah kita nilai diri kita ni sebagai seorang isteri...


Yang mana positif kita amik, yang mana kita negatif kita tapis,
Anna Da Lady

Saturday, September 29, 2012

Didik anak dengan Al-Quran

Terbaca di blog kawan tentang ada satu blog ni mendidik anak-anak dengan pengenalan kepada huruf Jawi sejak berusia 6 bulan lagi...

Dan anak tersebut dapat membaca al-Quran dan seterusnya dapat menghafaz 30 juzuk di usia yang sangat muda, dalam 3 tahun lebih.

Bayangkan, kekadang terasa 'malu' dengan diri sendiri. Selalunya saya yang masih belum 'beranak sendiri' hanya mengajar anak-anak buah yang masih kecil dengan huruf2 rumi dan nombor.

Jarang menyentuh pengajaran kepada pengenalan kepada huruf Jawi.

Masa untuk berubah,
Anna Da Lady


Friday, July 27, 2012

Kehilangan kawan seusia

Walaupun saya tak berapa kenal beliau, tapi ada juga rasa sedih, sebab meninggal pada usia yang dikatakan masih mudah. Dua puluh lapan tahun.

Ajal maut semua di tangan Tuhan. Siapa kita untuk menghalang kan?

Beberapa bulan dulu, ada sorang kawan matrix meninggal dalam berpantang, rasanya dalam 2 minggu kot. Dipanggil Eja. Demam. Tinggalkan dua anak termasuk sorang baby yang masih dahagakan kasih saya ibu dan suami.

Lepas tu harini, terbaca pulak status di FB, sorang lagi kawan kepada kawan, tapi saya rasa macam kenal. dipanggil Nurul Izzah. Meninggal sebab Demam, dan katanya ada jangkitan paru-paru.

Alfatihah untuk mereka berdua,
Anna Da Lady

Monday, July 2, 2012

Gaji banyak, tapi tak cukup?


Pernah dengar tak orang kata;

"Ish...mana pi abis duit ku ni...gaji banyak, tetapi rasa macam tak cukup je"

Dan juga...

"Alhamdulillah, walaupun gaji sedikit, tapi semua cukup"

Tu dia...Jadi, kekawan berada di kategori mana?

Apapun, Mr F selalu memperingatkan saya benda ni...

"Yang bagi rezeki tu bukan melalui apa yang kita kerja, tapi semuanya dari Allah. InsyaAllah semuanya cukup"

Ye, betoi...Dulu-dulu, saya selalu merasa tertekan dan asyik bertanya, bilalah gaji nak masuk ni. Tapi, alhamdulillah, walaupun ada ketika, rasa macam tak boleh berbelanja lebih, ada je rezeki Allah bagi dari segala segi :)


Dan betullah orang kata, keberkatan dalam rezeki tu penting. Walaupun gaji RM5k, tapi macam RM1k je, sebab tak berkat. TAPI, walaupun gaji RM1k, tapi macam RM5k je sebab berkat.


Apapun, semua kena bersangka baik.

Berusaha ke arah itu,
Anna Da Lady

Sunday, April 1, 2012

Tidak perlu bawa kompas lagi...

Sekarang ni, di tempat kerja saya, ada isu pasal arah kiblat, di mana ada yang menyuarakan kiblat sekarang berlainan dengan apa yang ditunjukkan dalam kompas...

Maka pelbagai cara di hujahkan menentukan arah yang betul, sebelum Pejabat Mufti memberikan jawapan nya...

Ada yang mengutarakan kaedah lama-lama dulu
1) Dengan melihat kedudukan tiga bintang di langit

Ada yang meminta menggunakan khidmat 'pak internet' dengan
1) buat garisan perpendicular dengan kiblat masjid dengan surau di tempat kerja melalui gambar dari Google Maps
2) And paling menarik, hanya perlu tengok di sini... http://www.al-habib.info/qibla-pointer/

Saya sudah check dengan arah kiblat menggunakan khidmat Qibla Pointer dengan yang di rumah..Alhamdulillah, betul...

Tryla,
Anna Da Lady

Monday, January 9, 2012

Urusan terakhir...

Jumaat lepas, dalam Alkuliyyah ada disiarkan satu slot bertajuk 'urusan terakhir bahagian 2'...
Menarik iilmu yang dikongsi dan yang ditunjukkan dalam slot tu...
Di mana ditunjukkan cara-cara memandikan jenazah.

Saya tengok siaran ni dirumah Akak @BBB...Demo mandikan jenzah hingga urusan kapan...Hingga urusan solat jenazah...

Masa mula-mula tengok tu, nampak satu 'mayat' dalam tempat mandikan jenazah...

Eh..biar betoi...mayat betul ke tu?

Tapi, bila tengok lama-lama...

Eh, boleh senyum pulak dia...

Oh...Orang rupanya...Berani jugak dia volunteer jadi 'mayat'...

Tapi, InsyaAllah, banyak pahala orang tu...

Memang, bila bab mandikan jenazah ni, siapa je yang dapat lakukan...Terutama pada keluarga sendiri...

Saya ingat lagi, waktu arwah tok aka nenek saya dulu, Alhamdulillah, anak-anak dia mandikan dibantu oleh Ustazah...

Cuba tengok video ni "anak aset ke neraka atau ke syurga"...oleh ustaz Don Daniyal

Mohon ambil panduan dan renungkanlah sesama kita, se Islam
Anna Da Lady

Tuesday, August 16, 2011

Untuk wanita...

Ni nak share dulu..Sangat menarik ;) 
Berkaitan hal-hal wanita...

pagi tadi jugak, as usual before pergi kerja, tengok dulu MHI, sesi fikrah Ramadhan...
bersama dengan Ustazah...

Ustazah ni memang sangat femes skang dan seperti biasa, butir yang dibicarakan w/pun nampak simple, tapi sangat berilmu...

Antara yang ingin saya petik ialah;
- bila nak masak, siang ikan ke, siang sayur ke, sulamkan dengan doa-doa ke arah kebaikan...
- kalau boleh ambil wudhu' dulu n pakai tudung before nak masak...
- masa nak kemas rumah pun sama...dll..

InsyaAllah, amalan2 ini ada keberkatannya...

Wallahualam,
Anna Da Lady

Tuesday, January 25, 2011

Sebab ia perlu dikongsi dan difahami...

Saja godek-godek Bharian di malam hari. Tertarik dengan artikel ini.


Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram (Source: Berita Harian online)


Memang kalau kita tengok banyak sangat contoh di mana seorang Muslim/Muslimah lakukan apa yang sepatutnya TIDAK dilakukan. Rasanya TAHU tetapi tak tahula...Wallahualam...

Sama-samalah kita renungkan,
Anna Da Lady

Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura

Sekadar berkongsi apa yang diperolehi daripada emel 'kerja' oleh colleage
InsyaAllah, Khamis ni (esok) ialah Hari Asyura...

So, disini nak berkongsi amalan-amalan sunat yang elok dilakukan pada hari tersebut, dan lagi elok jika diteruskan amalan-amalan seperti ini. InsyaAllah, tidak rugi :)

Amalan sunat semasa hari As-Syura 
Ada 14 perbuatan disunatkan kepada kita pada Hari As-Syura. barang siapa yang melakukannya akan mendapat balasan yang tinggi daripada Allah.

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 
6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 
9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 
12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini. 
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
14. PuasaNiat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Teringat bubur asyura,
Anna Da Lady

Adik nak jadi Pilot la bila besar...

Dimulakan dengan sama-sama kita utuskan AlFatihah kepada Allahyarham Mohd Shukri Othman, 31 yang maut selepas helikopter dipandunya terhempas dan meletup di kawasan lombong tinggal.
Beliau meninggalkan seorang balu, dan seorang anak yang masih kecil. Ajal maut di tangan Allah. 
Kepada family Allahyarham, salam takziah dari saya. 

Berita lanjut ada di sini.

Bila bercakap pasal kerja Pilot ni, memang bila kita dengar nama nya, 

Wah, gahnya kerja camni kan?

Tapi tetap ada risiko nya. Apapun kita berserah pada Allah. 
Dan, apapun kerja yang kita buat semua ada risiko. Betul kan?

Teringat masa zaman kecik2 dulu, Adik saya memang berminat nak jadi Pilot bila besar annti. 
Satu-satunya his ambition. "Pilot"

Bila orang tanya dia;

Adik nak jadi apa bila besar nanti?
Adik nak jadi pilot...

My mom always said, 
Adik tak payah jadi Pilot la ye.
Mama risau la :)

Tapi, budak-budak, apa yang faham kan?
Bila besar ni, my Adik tak pulak jadi Pilot, lebih cenderung kepada bidang imaginasi --> Architect

Dan bercakap pasal Pilot ni jugak, saya ada sorang kawan. 
Dah ada kerjaya tetap as engineer, tapi tiba-tiba beliau rasa nak menukar karier kepada Pilot. Hmm...
Beliau kata:

Best jadi Pilot ni (means, pilot kepada Air Asia and something similar)...
Boleh travel setiap masa...Rasa tak boringla...
Dalam satu hari je, boleh jelajah banyak tempat :)

So, dalam preparation nak jadi Pilot tu, macam-macam beliau kena lakukan, antaranya:
1) Call DCA apa yang perlu lakukan and kriterianya
2) Buat medical check up at Sungai Besi 
3) Hantar form at DCA
4) Dan sebagainya..

Last-last, tak tau apa update terkini...

Tapi one thing is, apapun yang kita nak jadi atau dah jadi, buat sehabis baik yang kita boleh...
Apapun, dunia ni tak kekal, sentiasa ingatkan Allah...

Ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki di tangan Allah,
Anna Da Lady

Friday, July 30, 2010

Cantik dan indah tapi...

Assalamualaikum,

Nak berkongsi apa yang disaksikan di Astro Oasis dengan rancangannya Imam Muda...

Nak petik sikit kata-kata Mudir nya yang menyentuh kalbu,

Masjid indah, karpet pun terbentang cantik, tempat parking luas, FREE pulak tu, tapi di mana anak-anak muda kita?

Renungkanlah,
Anna Da Lady

Haruman kekal hingga ke akhir hayat...

Saturday, July 24, 2010

Jika dosa itu berbau

Cubalah kita renungkan...
Jika dosa itu berbau...
Bagaimanakah keadaan kita...
Masihkah lagi kita ingin melakukannya?
Adakah kita boleh menghadapinya?

Renung-renungkanlah....

"Ya Allah, sesunggguhnya Engkaulah Maha Pengampun. Tunjukkanlah kami ke jalan kebenaran"

Suatu renungan di malam hari,
Anna Da Lady

Thursday, July 22, 2010

The things about bikes and life...


I was asked by a friend to write in her blog today. I was actually thinking of starting a blog of my own a few weeks ago, but did not have the time actually start one (read - lazy). So I guess this is a good practice start for me, and agreed to her request (plus she's very persuasive... ; )

Ok, what to write about? Oh yeah, bikes! As you can see above, that's the object of my dreams right now. For the non-biker readers out there, please bear with me for a while. The bike up there is a 2006 BMW K1200S. The thing's got a 1.2 liter engine (the new Saga is 1.3 liter by comparison). Suffice to say it's pretty fast. And it cost, guess what??




RM88k!!!



"What!!?? 88 big ones?? Are you crazy?? You could easily get a good car with that kinda money."

That would be my mother yelling at me if she knew. 
But I trust you all not to tell my mom about it, right?

Non-bikers will not be able to understand why bikers do the things that they do. I mean why would you pay that kind of money and still get wet when it rains. 
That's what the judge told me this morning on a hearing, but that's story is for another time, so stay tuned ; )

I love riding bikes. Small bikes, bike bikes, no matter, I love them all. When I pass all those "cagers" (bikers lingo for people driving cars) got stuck in a 5 km long traffic jam, I just couldn't help but smile. I almost wanted to do the "Queen Elizabeth Wave" to them as I cruise pass by, but that would be cruel. Sometimes even these cagers tried to imitate a bike by going through the emergency lane, cutting the cue and get stuck after a few meters.

Once I heard a saying: Driving is like going to the theater and watch a movie. Riding is like starring in that movie.

I think by now you'd think I love bikes to nuts.


But here's the thing, as much as I love bikes, it's nothing compared to the things you will get in the after life, in heaven granted by Allah SWT. 
Just imagine, the Buraq that Prophet Muhammad SAW rode during Isra' & Mikraj was so fast that it is said it travels at the speed of light or faster. 
Just imagine, if you say one "Subhanallah", Allah will plant a tree in you paradise that the tree is so large, a fast horse cannot complete running around it in 500 years. 
If I ride the above-mentioned bike full throttle for 500 years around the world, I'd probably circle the earth a couple of times. Then I die. At the age of sixty something.

So, although I love the bike, I cannot even compare it to what Allah SWT will give me even if I just say one Subhanallah. The bike will get old, rust and scrapped after, say, 10 years. Plus it coat RM88k to get.
One Subhanallah will cost you a breath (which the last time I checked it is still free) and 2 seconds max, but it will give you bliss for eternally.
 Talk about bang for your buck (or ROI for the accountant types out there)!

So my friends, bikes will not last. Your car will not last. You and I will not last. This world will not last. What will last is your iman and amal. Let us all work on that, shall we? Wallahualam.

FRI

On behalf Anna Da Lady

Friday, July 16, 2010

Anda penggemar komik?

Jika anda penggemar komik, watak apa yang anda kenal?
Batman?
Detective Conan?

Tapi, adakah anda kenal siapa itu:-
Khalid Ibn Walid?
Abdullah Ibn Mas ud?

Dengan semangat untuk menyerapkan ilmu-ilmu mengenali para sahabat Rasulullah S.A.W,
Telaga Biru telah mengeluarkan suatu komik para pahlawan Islam
dalam bentuk yang boleh dibaca oleh semua peringkat, terutamanya para remaja dan kanak-kanak.
...Berwarna-warni...
...Dialog dalam Bahasa Melayu yang sesuai dan tepat...
...Mempunyai lebih kurang 80m/s dengan harga sekitar RM20, kalau tak salah...
...Kertas yang berkualiti...
...Diselitkan dengan artikel-artikel pengetahuan agama juga...

Bak kata Editor yang dijemput dalam MHI tadi:-
"Kalau nak buat Kuliyyah Subuh pun boleh, sebab isi-isinya bermanfaat bukan sekadar komik."

Bagusnya dijadikan sebagai salah satu bacaan anak-anak,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails