Thursday, June 20, 2013

SATU CERITA: Bila nak start kerja baru

Satu ketika dahulu, ada sorang budak perempuan ini ditawarkan kerja sebagai jurutera sebaik sahaja sebelum beliau menamatkan pengajian.

Yang paling best, sebab tempat kerja beliau ni dekat dengan kampong halaman, cuma takdaklah dekat sangat.

Dan yang paling best, bila maknya bagi 'permit' guna kereta maknya secara percuma tanpa bayaran.

Cuma yang mencuakkan budak perempuan ini adalah, beliau tidak biasa membawa kereta ke kawasan yang sesak seperti kawasan yang beliau akan mulakan kerja.

Dan beliau juga tidak 'familiar' dengan kawasan itu,

Dan yang paling teruk, beliau tidak pernah memegang kereta sebaik sahaja dapat lesen kereta yang hanya diperoleh selepas 2 kali amik test...

SADIS TAK?

Namun cuaknya makin lama, makin hilang, apabila ada yang menghulurkan bantuan berupa 'semangat' dan 'sokongan'...

Sape lagi kalau bukan keluarga beliau yang tersayang...

Maka, setiap petang, beliau akan 'mempraktis' bawak kereta di halaman kampong beliau, sehingga tenaga pengajar beliau bagi "THUMBS UP" kat beliau!

OH, SERONOKNYA!

Maka, hari yang dinanti sudah tiba...

Dengan diiringi oleh ayah dan mak beliau, beliau dibawa ke rumah sewanya, di mana beliau diperkenalkan dengan sedara yang menginap bersama di rumah tersebut...

Kali pertama melihat rumah itu, beliau rasa...

"Aik, di mana aku duduk ni?"

Iye...Rumah sewa itu adalah berupa rumah flat yang mana beliau pun tak pasti di mana kedudukan rumah itu jika dilihat dari tepi bangunan.

Memang ia adalah rumah di atas shopping complex yang 'agak gah' satu ketika dahulu, namun keadaannya 'tidak serasi' dengan beliau yang sudah biasa dengan keadaan 'senang'

Namun beliau tetap tabahkan hati duduk demi menjaga hati sedara yang ada di situ

Namun begitu, 'ketabahannya' teruji bila mana salah seorang sedara nak berpindah keluar dan meninggalkan beliau terkongtang kanting bersama sedara yang seorang lagi yang jarang ada di rumah

Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hati HambaNya ini...

Allah menghantar seorang rakan baru menemankan beliau selepas sahaja sedara itu pergi meninggalkan beliau.

Anna Da Lady

Nota kaki: Cerita ini bukanlah rekaan dan bukanla jugak fakta, tetapi hanya sekadar sebagai bacaan di mana mungkin ada yang 'tersangkut' dengan kita...






No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails