Wednesday, September 4, 2013

Kes pecah masuk rumah...

Harini dekat ofis kecik saya ada jamuan raya. Masing-masing bawak menu yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, semua sedap, menyelerakan dan yang paling penting muafakat sesama ahli tu :)

Di samping makan2 tu, diselitkan juga dengan cerita seorang rakan ofis yang rumahnya baru dipecah masuk dalam 2 minggu after raya.
Kejadian pada pukul 3 pagi.

Walaupun rumahnya dilengkapi dengan CCTV (7 buah semuanya) di mana beliau sendiri 'mengsetkan' item2 di dalam sistem itu, perompak tetap 'sesuka hati' memecah masuk rumah beliau.

Alhamdulillah, anak-anak beliau semua tidak diusiknya. Perompak2 tu hanya pecahkan bilik master bedroom di mana beliau suami isteri sedang tidur. Dan selepas itu mereka berdua diikat, dan diacukan parang supaya tidak menyerang balas balik. Kerugian dianggarkan RM 15k.

Sambil bercerita beliau tunjukkan beberapa rakaman CCTV yang sempat dirakamkan. Memang agak mencuakkan. Yang merompak tu, dari negara asing jika dilihatkan kepada dialek percakapannya.

Astagfirullahalzim..Memang..Rasa geram pun ada!

Lepas tu, terbaca pulak artikel ni. Dari Kosmo Online.

Pemilik rumah cedera bergelut dengan lima penyamun

04/09/2013 4:01pm

ROMPIN - Seorang pemilik rumah cedera ditetak akibat bergelut dengan lima penyamun yang bersenjatakan parang di Felda Keratong, Muadzam Shah di sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Johari Yahaya berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu mangsa yang berumur 27 tahun bersama ibunya, 57, dan adik perempuannya, 23, sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan lima lelaki yang dipercayai warga Indonesia.
"Mangsa yang panik melihat suspek di dalam rumahnya bertindak melawan dan bergelut dengan suspek. Mangsa juga mendakwa sempat memukul salahseorang suspek dengan besi pasu bunga sebelum ditetak di tangan kanan, jari kiri, belakang badan dan bahagian tepi pinggangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

Jadi, apa langkah yang kita boleh buat untuk mengelakkan lagi perkara2 bgini terjadi...Tak aman dok kat umah kalau begini!

Anna Da Lady



No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails