Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Banjir cerita terkini

Alhamdulillah, my sis at shah Alam kata sungai kat rumah dia air dah semakin surut..Alhamdulillah, tak dapat bayangkan kalau banjir berlaku di situ, walaupun mungkin tak seteruk di Pantai Timur.

Pagi ini, dapat macam-macam lagi status di WA. Suasana sebenar dari sedara & kawan terdekat di sana..Ya Allah, moga Allah melindungi kita semua..

DIA sayang pada kita,
Anna Da Lady

Banjir di KL dan Shah Alam-cerita sini sana

Baru tadi dapat WA dari kakak di TTDI Shah Alam, katanya kawasan beliau air sungai dah naik, siren dah berbunyi...Terkejut saya bila baca..Dahla saya jauh di sini :(

Dengan anak-anak yang kecik dan ramai itu...

Lepas tu, maksu saya try call beliau selepas sahaja dapat msg WA tu, tapi kalut tak di angkatnya...

Alhamdulillah, baru tadi dia update: "Satu kereta dah dibawak keluar, motor pun sama, tinggal satu kereta je standby kat umah, tak cukup tangan...skang tengah kemas apa yang patut..harap-harap takdelah air naik banyak sangat...kawasan kedai lama kat depan dah naik air..rendah sikit bahagian tu"

Kali terakhir kawasan tu dinaiki air banjir ialah hampir 8 tahun lepas...Kali ni, taktau tahap mana banjirnya...

Kat KL pula, maksu saya update, "Putra LRT berhenti dah lama depan rumah dia..kemungkinan sebab kawasan bawah tanah lalun LRT tak boleh lalu"

Alahai..Moga segalanya ok,
Anna Da Lady

Thursday, July 24, 2014

Mood raya ye semua?

Walaupun macam-macam berita yang menyedihkan, namun as usual penghujung Ramadhan mesti mood kebanyakan orang akan 'lain macam' sikit...

Contohnya:
1) Mengadap kerja pun tak pulun macam biasa
2) Dok 'usha' resepi-resepi kuih/kek yang boleh buat untuk raya
3) Asyik fikir apa yang kurang nak sambut raya ni, baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya
4) Pergi tukar duit cepat-cepat di Bank...Amik sampul raya, masukkan duit raya siap-siap
5) Fikir "bilalah aku nak balik kampong ni..."

Ha, gitulah ceritanya...Terutamanya anak-anak di perantauan (dalam Malaysia)

Kalau jauh dari Malaysia ni, hanya menghitung hari nak call mak, ayah & keluarga kat kampong, wish selamat hari raya :(

Rindu masak lodeh Mama, ketupat Mama, rendang Mama nanti,
Anna Da Lady

Monday, December 16, 2013

3P: Perodua, Perpustakaan & Party

Macam cantik pulak bila dapat buat short term macam ni...3P!

Ini sebenarnya cerita Sabtu baru-baru ni.

Ofis saya ada terlibat dengan perlumbaan PEC di Shah Alam Go-Kart. So, saya yang memang dah lama teruja (sebab tak dapat lihat dengan mata sendiri pada tahun sebelumnya), terus ajak Mr F untuk sama-sama memeriahkan majlis.

Kami pergi sana dengan motor jek. Sebab senang nak parking.

Bila sampai di sana dalam pukul 11.40am, perlumbaan antara kereta-kereta dari beberapa IPT di Malaysia telah bermula. Macam-macam jenis design ada, tapi saya memang tertarik dengan design kereta dari Poli Ungku Omar. Dengan design nya yang kemas, dan warna yang menarik, memang layak dia bolot banyak hadiah :)

Saya dan Mr F tak duduk lama di tempat ni, sebab perlwanan tu pun sekejap jek...Lepas tinjau apa lagi yang ada sekitar majlis ni, kami terus ke Restoran Upin-Ipin berhadapan Las Copaque ofis untuk santapan lunch.

Lepas tu, Mr F tanya "nak pergi mana lagi?"

Saya terus ajak dia pergi library. "Jom kita pergi Perpustakaan Raja Tun Uda"

"Ha! Library? ada apa?" Tanya Mr F

"Ala..jomlah..."

Terus Mr F tengok Waze untuk check jalan.

Dalam pukul 1 pm tu, kami pun sampai kat library ni...

Saya cakap kat info counter tu kata kami first time datang sini. Lalu, pegawai tu pun terang la apa yang menarik kat sini.

Mr F terus teruja tau! Siap ajak register nama as member library ni dulu.

Lepas je kami beredar dari info counter tu, terus dia tanya saya,

"Eh, mana Ayang tau pasal library ni?"

"Mestilah...ayang tengok kat TV haritu"

Siap ada gym kot...And macam-macam aktiviti lain.

At last, ni hasil tangkapan kami. Dua-dua buku dipinjam oleh Mr F...3 minggu dari sekarang kena pulang balik...


Lepas tu, kami terus 'vroom' balik rumah..Tapi pukul 5pm, keluar balik ke rumah Kakak Mr F..sebab beliau anjurkan small birthday party untuk anak bongsu dia..

Kiranya Sabtu baru-baru ni, memang 'penuh' la jadual kami...

Apapun Alhamdulillah dengan nikmat kebahagiaan yang Allah beri ni,
Anna Da Lady

Friday, December 13, 2013

Sepanjang perjalanan KL-Taiping-Penang-Kedah:Kenduri dan Rewang

Alhamdulillah, dapat jugak balik kampong sekejap walaupun dalam keadaan pergi sana sini :)

Pada hari Jumaat selepas solat Jumaat, saya dan Mr F terus berdezup bersiap sedia balik ke kampong. Namun, kena singgah dulu di Changkat Jering dan bermalam di rumah Pak Long saya.

Sebabnya, hari Sabtu tu, ada anak sepupu Mr F kahwin di Taiping. Majlisnya di Dewan TM berdekatan Penjara dan Taman Tasik Taiping.

Sempat jugak selepas kenduri, Mr F 'berjejak kasih' dengan pakcik yang pernah 'menjaga' beliau sepanjang beliau bersekolah di MCKK. Punyalalah lama Mr F tak bersua dengan pakcik ni. Alhamdulillah, walaupun suasana jalan ke rumahnya telah berubah, Allah mudahkan jugak Mr F mencari rumah beliau :)

Selepas tu, singgah sebentar di Penang, untuk urusan bertemu dengan kawan-kawan Mr F dan mengambil surat di rumah lama.

Sampai di kampong, dalam pukul 6 petang. Lepas je solah Maghrib, terus pergi rumah pengantin (iaitu sepupu saya, anak Pak Njang) untuk menyiapkan apa-apa yang belum siap untuk persiapan kenduri esoknya.

Perut kami waktu tu memang sangatlah lapar. Alhamdulillah, ada bihun goreng dan lebihan kenduri sebelah pengantin perempuan yang dibuat sehari sebelum majlis kenduri lelaki iaitu esoknya.

Sedikit selitan kenduri sepupu ni yang dibuat ala kadar :)


Pasangan pengantin
Anak Abang saya yang leka bermain (walaupun sorang-sorang) :) Hanya saya dan Mr F aje yang balik ke kampong, kakak-kakak saya dan adik saya tak boleh buat, sebabnya tak bercuti panjang)

Persiapan meja pengantin yang serba ringkas, hasil daripada kreativiti MakTeh, abang saya dan geng-gengnya

Persiapan menu pengantin

Alhamdulillah, walaupun majlisnya cukup sempoi, tapi mak saya selaku 'Naib pengarah' majlis kahwin ni cukup bersyukur sebab ramai sanak sedara yang dapat hadir memeriahkan majlis :)

Mak saya 'Naib pengarah' and ayah saya "pengarah"..itulah yang dipanggil bila ada majlis kahwin...Setiap kali majlis kahwin, pasti ada PIC yang akan memegang title...Antara jawatannya selain dua title ni adalah, KETUA MENTARA, KETUA BASUH PINGGAN, KETUA MASAK, KETUA LAYAN ROMBONGAN PENGANTIN :)

Memang best bila majlis kenduri melibatkan 'rewang' macam ni :)

Till then,
Anna Da Lady


Thursday, December 12, 2013

Hasil dari Big Bad Wolf 2013

Rembatan malam kelmarin...Dalam 2 jam meninjau buku-buku...Around 10pm-12pm
Cost me around RM28. Dapatlah 3 buku..2 buku pasal masakan dan 1 buku untuk anak buah...

Itupun tak cukup puas meronda, sebabnya Mr F dan saya agak penat n mengantuk...

Nasib baik naik motor pergi tempat ni, sebabnya mmenag agak sesak sebelum orang ramai nak parking kereta..

Tapi, bila masuk dalam dewan tu, tak sesak pun, sebabnya dewan tu luas :)

Masa nak bayar pun, tak payah tunggu lama...

And they read happily ever after :)

Dalam plastik

Ala...terbalikla pulak..Tapi yang bagusnya buku ni, dia ada step by step...so, sangat bagus untuk sape2 yang baru nak berjinak dengan hobi memasak :)
 
Beli buku ni sebab selalu beli ayam, sampai 'mati kutu' nak masak apa dengan ayam ni..Dan yang paling penting, kebanyakan resepi adalah mudah dan sihat :)

Satu lagi buku untuk anak buah ialah buku cerita....

Orang ramai dalam dewan....


Jom kita pergi lagi,
Anna Da Lady


Wednesday, November 6, 2013

Awal Muharram: Seronoknya bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni

alhamdulillah, semalam dapat meluangkan masa bersama keluarga Maksu, keluarga Akak, keluarga angah dll di rumah Maksu di Setapak...

Gambar banyak..Tapi, saya letak gambar 4 budak ni sahaja :)


Dari kiri, anak along (anak Akak saya), Cik Muhammad (anak kedua dan bongsu Maksu saya), Adik (anak bongsu akak saya setakat tahun ni) dan paling kanan adalah anak kawan baik Maksu dan Paksu saya..

Nak dijadikan cerita, anak kawan baik Maksu saya ni dan Cik Muhammad ni berkongsi hari lahir yang sama :)

Dan memori tu masih dalam ingatan saya sebab waktu Cik Muhammad ni lahir, saya tengah study kat Bangi waktu tu...Dan saya kenal kawan baik Maksu dan Paksu saya ni sebab Pakcik tu selalu datang rumah Maksu kalau dia buat jamuan makan-makan...

Dan tetiba pulak, anak sulong dia lahir di sebelah pagi dan Cik Muhammad di sebelah petang 10 tahun yang lalu pada tarikh hari ini...

Alangkah indahnya :)

Dan budak 2 orang ni pulak, besdaynya tak sama, cumamereka ni kamceng sangat bila bersama :) Sorang besday bulan 9, sorang lagi bulan 10 :)

Anna Da Lady

Monday, June 10, 2013

Mangga vs Moist Cake

Petang semalam, sempat pergi rumah Maksu saya kat KL dengan Angah saya anak beranak...Semua perempuan kecuali anak bujang dia berumur 4 tahun :)

Makan-makan petang kat rumah Maksu. Menu nya: spageti (maksu saya buatkan), bihun sup and laksa (angah saya beli kat rumah dia)...

Tetiba, saya terasa saya perlukan sesuatu yang masam dan manis...Ok, masam dah setel, sebab sebelum bergerak maksu saya bagi satu mangga epal..Hmm, sedapnya!

Cuma, manis je belum setel...Namun begitu, Allah dengar saya nyer permintaan...

Tetiba, angah saya suakan satu pinggan moist cake-coklat malam tu. Dia belikan sebelum pergi rumah Maksu lagi, cuma saya je tak perasan..

Wow, sodapnya! Cuma saya makan satu slice je, cukupla....Kalau banyak2 nanti, jadi lain pulak :)

Terima kasih Allah
Anna Da Lady

Kek pengantin TERBALIK!

Kek bertingkat ini hanya boleh dipandang, tak boleh dirasa semuanya...


Sebab, sebaik je pengantin makan beradab dan bergerak ke pelamin, kek ini telah berjaya ditumbangkan oleh seorang kanak-kanak yang sangat 'curious' nak tahu apa yang akan berlaku bila satu hujung meja ditekan dengan tangan....

Last-last, dua keputusan diperoleh:
1) Dua kek di bahagian atas berjaya membuatkan dinding yang tak pernah makan kek, MAKAN KEK, dan
2) Manusia yang dok tunggu diliran nak makan kek, hanya dapat MAKAN KEK yang bawah saje...

Sekian laporan ringkas tentang kejadian di majlis sambut menantu adik saya,
Anna Da Lady

Saturday, April 27, 2013

Hanya RM2 tambang minyak antara dua bukit: Bukit Bintang dari/ke Bukit Jalil

Macam nilah, kami suami isteri...

Kalau nak pergi KL terutama area yang sesak dan padat, confirm naik motor kapcai...

Satu sebab lebih cepat, lagi satu sebab tak payah fikir2 susah nak bayar parking keta yang memang mahal kat area KL ni :)

Tapi, tulah, kalau naik motor ni, kena keluar awalla..Supaya nanti tak terasa 'bako' je kulit tu :)

Tadi, kami gi area prince court, lepas tu Bukit Bintang --> Low Yat..sebab Mr F nak beli barang katsitu...

Tup tup, ada satu 'event' yang memang menggamit hati kami untuk tengok? Apa dia tu? Hehehe...

Pelancaran Galaxy S4 kat Low yat tadi, bersama orang besar Samsung..ada Awal Ashari and Liyana Jasmay sekali tadi...

Nanti kita cerita lagik ye...

Anna Da Lady

Friday, January 25, 2013

Family gathering 2012/2013

Actually, dah lama kami sekeluarga plan nak bawak parents berjalan gi satu tempat n kumpul ramai-ramai...

Alhamdulillah, akhirnya, pada minggu lepas, kami 4 beradik bersama dnegan keluarga masing-masing beserta keluarga adik ipar Kakak and mak merua beliau dapat bersama-sama ke PD....

Itupun bersempena majlis tamat latihan adik saya satu-satunya, Mr Ijanz....

Bermalam satu malam di Hotel, Best western yang dulunya kalau tak salah dikenali Eagle Ranch, kemudian bertukar Tiata Beach...Memang hotel ni agak jauh sikit je dari Pantai Teluk Kemang (buat yang kali pertama sampai)..Rasa macam nak sesat pun ada :)

Sebab jumpak hutan dulu, baru jumpak kawasan ni :)

Appaun, sangat menarik untuk dikenang, hinggakan saat skang kadang-kadang masih 'rindukan' kehadiran parents di sini, dok ramai2...Hmmm

3 budak comot :)

Anna Da Lady

Saturday, December 1, 2012

MAHA 2012

Mula-mula dulu, seminggu sebelum MAHA berlangsung, tertengok-tengok tapak MAEPS telah dipenuhi dengan kanopi-kanopi bewarna putih.

Saya dan Mr F tertanya-tanya, apa bendalah yang dia nak buat ni...Rupanya, ada MAHA minngu depan tu...23 November hingga 2 Disember 2012...

Lepas tu, saya dan Mr F berkira-kira nak pergi sebab skang ni tengah hantu nak menanam pokok-pokok spt limau, cili etc.

Maka, harini baru berkesempatan pergi...Alhamdulillah, sebab kami naik motor, jadi tak terlibat dengan kesesakan di jalan raya, terutama dari arah Puchong atau Bandar Baru Seri Kembangan. Masalah sesak, sebab parking selalu penuh di kawsan parking tu...Jadi, banyak kereta kena parking di sebelah lagi satu....

Sebelum pergi, tengok dulu website MAHA...Website nya di sini: http://www.maha.gov.my/2012/

Sampai situ dalam pukul 11 lebih..walaupun nampak kereta banyak, tapi orang, takdaklah sampai tak boleh jalan langsung....

Tapi, mengikut kata DJ, harini adalah hari yang sangat meriah dari biasa...Mungkin sebab orang suka datang last minute kot..Heheh


Perkhidmatan bas memang banyak..Tapi kurang daripada demand..Sebab memang bas-bas dipenuhi manusia...

Saya ngan Mr F dapat naik bas dan dapat duduk, tapi tak naik lama pun..Just sampai kawasan ternakan je dari kawasan ketibaan...Pusing-pusing situ, dalam pukul 1 lebih, terus chow...Sebab sudah menunjukkan tanda-tanda hujan mahu turun...

Apa yang perlu diingat jika kawan-kawan terasa nak pergi (kepada yang belum pernah pergi);

1) Kena bawa payung...Sebab pagi-pagi hingga tengahari memang panas...
2) Kalau nak datang, tengok dulu cuaca semasa...macam skang, hujan selalu di tengahari, maka seelok-eloknya elak waktu tersebut...
3) Pakai kasut yang selesa...Janganlah menyeksa diri pakai high heel ke...hehe
4) Pakai baju yang selesa...
5) Rancang perjalanan anda betul-betul...
6) Sediakan air minuman siap-sipa..Jimat belanja...
7) Duit jangan lupa disediakan untuk beli makanan, minuman, pokok-pokok..dan kalau nak beli lembu, kucing ka...sediakan duit cukup-cukup ye!!!

DAN yang paling pentinggg!!!!

Pastikan diri anda dan famili anda WANGI sentiasa..hehe...

Pesanan ikhlas dari saya
Anna Da Lady

Wednesday, November 21, 2012

211112-nombor cantik!

Sape nak nombor ni?

Fuh, ada tak orang amik nombor ni jadi apa-apa untuk dikenang? akad nikah ka? majlis kahwin ka?



Anna Da Lady

Monday, July 9, 2012

Pedang samurai!

Di satu petang, melalui perbualan telefon

Akak: Acik, nak tau dak, tadi ada orang mai mengamuk kat JPM ni.
Saya: Hah! Biaq betoi.

Akak: Aa...Siap bawak pedang samurai lagik. Dia ngan sorang lagi pompuan.
Saya: Ish, pedang samurai? Biaq betoi.

Akak: Betoila. Cuba gi baca berita online tengok.

Maka, sambil bercakap dalam telefon tu, saya pun semakla laman BH online.

Saya: Hah. Ada. Ditembak oleh polis.

Akak: Aa...Dengaq tau dia mengamuk sampai atas yang kami dok tu. Last-last, bila polis sampai, polis kata menyerah diri, dia takmau, siap ligan lagi. Akhirnya, terpaksa la dilepaskan tembakan.

Saya: Hmm..jaga diri tau. Tapi, ada ye pedang samurai.
Akak: Aa, pedang samurai

Tetiba teringat cerita Jepun dulu-dulu,
Anna Da Lady

Friday, June 29, 2012

Juga 1001 kisah makan malam diiringi pantun

Ini ada kesinambungan sikit dari cerita my BFF, Mrs Lea...Hehe...Tajuk pun lobih kurang, cuma dalam gaya saya persembahkan.

Ni saya nak bermula sikit dgn pantun 2 kerat and 4 kerat yang ada OK ada KO. Tapi, jalan jelah ye!
Disebabkan saya ni oghang Utagha, kita cakap sana na. Dengaq elok-elok no.

Pat pat siku lipat,
Sapa lambat, cheq nak hambat.

Esok malam cheq kena buat persembahan,
Atas pentas cheq ni spesis terketaq-ketaq,
Lani prektis, nampak boleh tahan,
Esok taktau kot-kot jadi, mulut ketatt.

Cheq baghu beli baju kebaya,
Konon slim taktau sampai bila,
Kawan cheq habaq baju ni segaak bergaya,
Cheq pun rembat tak kira apa.

Suami cheq pakai baju melayu,
Malam tadi cuba nampak terharu,
Warna bighu tema kami you,
Tapi tak sama sebijik bighu tu.

Makan malam besok, cheq dok tunggu
Tapi buat keja cheq banyak tertangguh
Cheq taktau minggu depan kot-kot lagi harubiru
Taktau bila siap keja, sampai sudah

Cheq ingat nak mengundur diri
Bagi laluan pada benda lain
Harap-harap semua menjadi
Kalau tidak, cheq nak sembunyi dalam kain

Anna Da Lady



Sunday, June 24, 2012

Sekitar Tok Bali, Kelantan


Keadaan langit di kala senja nak melabuhkan tirainya


Apa ni?


Langit di petang hari

Wordless Sunday!
Anna Da Lady



Sunday, May 20, 2012

200512: Bila Kelantan "Happy" menang lawan Sime Darby @Bukit Jalil...

Semalam..telah berlangsungnya perlawanan antara Sime Darby and Kelantan...Yeah, Kelantan menang!...Hmm, tetiba je tertengok bola semalam bersama Angah di minit hujung ke-50...Masa tu masih terikat seri 0-0...Taklama lepas tu, tetiba tersumbat gol..ntah waktu bila..Huhu...

Memang, semalam sekitar Stadium B.Jalil telah dipenuhi 'lautan merah'...Bayangkan peminat bola sepak ni berkumpul di Stadiumsejak pagi. Waktu saya pergi hantar Mr F di Masjid Sri Petaling, memang peminat Kelantan penuh dah kat satidum..Tengah relek-relek..sambil mengibarkan 'bendera' mereka :)

Jalan waktu tu, which is before Zuhur, agak lengang sikit..Nampak teratur lagi...

TAPI!!!!!......

Sekali lagi, saya terpaksa meredah lautan peminat bola pabila ter'paksa' mengambil Mr F di Masjid sekitar 11.30 malam. Waktu tu, memang rasa sonok tapi gerun jugak, sebab saya 'perempuan', dahtu sorang-sorang lak tu...Saya baca banyak2 ayat2 pelindung diri supaya tak jadi apa-apa...

Dengan jalan yang sangat sesak,
Dengan bunyi 'terompet' yang membingitkan telinga,
Dengan bunyi hon kereta,
Dengan bunyi sorakan 'horray'
Dengan orang-orang yang penuh melintas jalan ke arah kenderaan mereka yang parking agak jauh dari stadium.

Huh..Memang 'menakutkan'...

Tapi, Alhamdulillah,semuanya selamat dan satu pengalaman baru bagi saya melihat suasana di luar Stadium selepas perlawanan bola.
Anna Da Lady


Monday, October 17, 2011

Hujung minggu yang terisi dengan pelbagai acara...

Kita start dari bulan September ye..sebab dah lama sangat tak coret dalam blog ni...

Masalahnya, bila selak-selak kalendar...appun saya tak ingat apa yang berlaku pada blan September yang lepas..Tapi, yg pasti hujung minggu adalah saat yang paling ditunggu selepas penat bekerja dan memerah otak :)

Ok..kita start dari Oktober je lah...

1-2 Oktober: Ini adalah saat2 terakhir menumpang umah MIL sebelum masuk rumah KAMI.
8-9 Oktober: Ke Johor, atas urusan kenduri rumah Tokcik di JB.
15-16 Oktober: Konvo ku di UP* dan esoknya buat makan2 sesama sanak sedara. Alang2 parentsku dah ada kat sini..Buatla makan2 sikit sambil baca doa selamat...

Appun, nak cakap kat sini, saya sangat penat!!! sampai rumah pun tak sempat nak kemas :)

Alasan kot,
Anna Da Lady

Thursday, September 29, 2011

Pandu kereta di waktu malam...


Ini kesinambungan daripada cerita ini...



Rasanya ini bukan kali pertama berlaku di negara kita...
Dimana seorang 'yang suka mengambil kesempatan dan sangat tidak malu' melakukan perkara sebegini...

Cuba kalau perkara sebegini berlaku kepada orang yang merampas hak orang tu...
Kepada siapa nak dipersalahkan...Kalau bukan dirinya sendiri...

Dunia ni tak lama, akhirnya tetap ada balasan untuk orang sebegini....

Wallahualam,
Anna Da Lady






Wednesday, March 2, 2011

Bila rasa nak sangat berbelanja tapi kena berteman...

Aiyo, bila 'semangat' nak perbaihkan duit tu mai, macam-macam terlintas kat kepala...
Tapi bila tengok akaun, duit semakin lama semakin tinggal sikit, alamak terpaksala 'semngat' tu kena cool down sikit...

Dalam kepala ni, macam-macam list nak dibuat...
Terutama untuk event bulan 6 ni...

Tempat shopping nya pulak merata-rata...Nilai la, Semua House la...
Tapi satu masalah, bila nak pergi ke mana-mana kena berteman..
Sebab kena dapatkan second opinion from other parties...
So, bila nanti mai part nak tunjukkan apa yang dibeli kepada makcik, kakak2, n mama, tak kena komplen pulak...
Sekurang-kurangnya ada penyelamat keadaan...
Iaitu...

"Ni acik beli dengan Si X ni."

So, akan diamlah orang2 yang berkenaan jika menyatakan barang ni dibeli atas pendapat Si X atau sesapa je...Hehehe...

Jika tak bawa orang, dan beli ikut rasa je, mesti jawapannya cam ni...

"Apa ni, Acik. Beli style orang tua la.."

Di antara contoh lah...

Hahahaha..tapi best jugak ada peneman, sekurang-kurangnya bolehla tau taste orang lain,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails