Showing posts with label Wish. Show all posts
Showing posts with label Wish. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Satu jam sahaja Bukit Jalil-Glenmarie, Shah Alam-Bangi

Alhamdulillah, nampaknya jalan raya pada pagi ini sangatlah tenang..Calm :)

Pagi tadi, kami, saya dan Mr F terpaksa bangun awal, sebab Mr F kena berada di ofis beliau pada pukul 7am sebab ada Teambuilding di Pahang sehingga esok, dan saya sebagai driver, perlu menghantarnya ke ofis.

Maka, kami bertolak dari rumah pukul 6.30-6.40 am (tak inta pukul berapa).Dan sampai di sana lebih kurang beberapa minite before 7am..Jalannya, wow..sonok, walaupun ada la juga kereta, tapi tak mcm selalu...

Lepas tu, saya pula ke Bangi menggunakan 2 tol (sunway dan Puchong)..sonok juga, kereta tak banyak...

Pastu bila saya sampai ofis, sonok juga sebab tak ramai lagi org :)

Memang sonok, tapi petang ni saya kena ke Pahang, sebab nak bermalam di sana malam ni..Esok, saya bercuti, Rabu masuk ofis balik, Khamis ke Kelantan

Moga-moga perjalanan saya ke sana selamat. InsyaAllah,
Anna Da Lady

Friday, July 29, 2011

Rasa macam dah bulan puasa :)

Selamat hari Jumaat semua...
Sedar tak, minggu ni minggu last sebelum kita berpuasa selama sebulan minggu depan?
Mesti la sedar kan? ;)

so, apa yang nak diceritakan, rasanya macam minggu ni ramai je berpuasa, samada just nak warm up sebelum berpuasa wajib minggu depan, OR berpuasa ganti di saat akhir...

Sebab...bila pergi cafe kat tempat kerja, macam tak ramai je orang..Nak kata sebab student cuti sem, ye lah jugak...tapi nampak ketara je...

apapun, kepada semua...Selamat berpuasa...

Ahlan wasahlan ya Ramadhan,
Anna Da Lady

Tuesday, November 2, 2010

Pabila asyik tengok isi yang sama je....

Bak kata Mama Kaseh, nak update jugak, walaupun tengok sibuk ngan keje ni..Tapi saya bukan kejela..sibuk ngan exam ni...
Macam2 dlm kepala yang tgh fikir..pasal subjek itula..inilah..pasal raya hajila...hmmm...
Tapi, apapun, utamakan yang utama kan?
Thanks for my sis...Tolong kurangkan satu benda dalam senarai....

Chaiyok,
Anna Da Lady

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Makcik Gayah mencukur kelapa,
Kelapa diambil dari Kedai Mak Ita,
Salam lebaran untuk semua,
Ampun maaf dipinta.

Salam Aidilfitri,
Anna Da Lady

Wednesday, September 1, 2010

3 Minggu di Bulan Ramadhan

3 minggu di bulan Ramadhan,
10 hari terakhir menjadi rebutan,
Malam Lailatul Qadar menjadi sebutan,
Amal ibadah dilipatgandakan.

Bunyi mercun memecah kesunyian,
Dimain anak-anak di malam hari,
Namun begitu awaslah taulan,
Mercun itu boleh memakan diri.

Kuih raya penuh di balang,
Untuk jadi santapan di hari lebaran,
Juadah apa hendak dihidang?
Berapa banyak duit raya anda sediakan?

Nak duit raya,
Anna Da Lady

Tuesday, August 31, 2010

Selamat dan selamat...

1) Selamat Menyambut Hari Merdeka. Namun jangan sesekali alpa dengan kemerdekaan kita.Dalam erti kata sebenar, kita sendiri belum merdeka sepenuhnya. Renung-renungkanlah.

2) Selamat Menyambut Hari Ulangtahun kepada FRI. Moga kesihatan, rezeki, umur, amal ibadat diberkati oleh Nya.Amin.

All the best, 
Anna Da Lady

Saturday, August 14, 2010

FRI @ Hospital

Assalamualaikum,
Masih ingat lagi tak dengan guest blogger yang saya jemput menulis sebelum ni?
Hm, saya ingin berkongsi berita bahawa dia sekarang di admit di salah satu private hospital at Penang atas masalah kesihatan.
Ini satu dugaan baginya. Diadmit pada bulan Ramadhan yang mulia.

Moga beliau tabah menghadapinya. Dan moga juga beliau cepat sembuh, sihat dan ceria kembali bersama keluarga dan sahabat tersayang.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk kesihatan beliau.

Sharing is caring,
Anna Da Lady

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua..selamat berhujung minggu...

Firstly, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru, tak kirala ia dipanggil Cikgu ke, Teacher ke, Sir ke, Puan ke, Encik ke, Dr ke, Prof ke, bekas guru..asalkan kerjanya mendidik anak bangsakan?..hehe..

tetapi aku nak khaskan dedikasi ini kepada mama ku, Cikgu Fatimah, pesara cikgu..garang tau Cikgu Timah ni..semua anak murid takut, termasukla anak2nya..hehe...and jugak kepada angahku, MSU mari...and diriku..hukhuk...
and tak lupa juga istimewa kepada cikgu-cikguku..start dari Tadika Abim Taman Ira Kangar Perlis, Sekolah Kebangsaan Kg Salang Perlis, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indra Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Matrikulasi KYPMKB Kelantan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi dan Universiti Putra Malaysia Serdang..Selamat Hari Guru Cikgu, Teacher, Sir, Ustaz, Ustazah, Encik, Puan, Cik, Dr, Prof... 

Ni nak menyanyi sikit lagu Guru..dulu kecik-kecik, masa hari guru je, aku suka nyanyi tau lagu ni, ala-ala buat training gitu...sampai lani masih hafal lirik dia sikit2..mcm kita lak nak nyanyi kat depan..hehe..ala, biasala...praktis..

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Terima kasih Cikgu..
Anna Da Lady



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails