Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Philips Air Fryer: lauk, kuih, kek etc.

Ingat tak dulu dalam satu entry, kalau tak salah dalam bulan 5, saya ada cerita pasal saya ada gadget baru dalam rumah :)

Kami beli ni, sebab kat sini kami takdak oven. Memandangkan kat Malaysia dah ada smalloven, maka terfikir nak cari benda lain pulak..Mr F dah lama 'aim' benda ni...Kalau kat Malaysia, harganya mahal sikit...

Nilah dia...Masa ni nak cuba goreng popia dalam ni...


Benda pertama yang kami masak guna Air Fryer adalah home made potato fries...Tapi tak berapa jadi sangat seperti dalam buku resepi tu. Mungkin sebab penggunaan kentang yang tak berapa sesuai, saiz yang tak berapa saiz :)

Second food ialah ayam bakar berempah...Sedap! Tapi masalahnya, kat rumah kami ni ada fire alarm..Memang kepoh la kejap dengar bunyi tu..Jenuh mengimbas asap bagi keluar dan supaya benda ni tak bunyi...



Then, kuih bakar...berlanjutan sampai ke popia, roti bakar, keropok, baked potato dan lain-lain...





Kurangkan minyak dalam makanan,
Anna Da Lady

Saturday, December 20, 2014

Resepi meatball homemade : sekadar perkongsian

Minggu ni, memang minggu pasta. Gara-gara Mr F suka menilik rempah/rencah segera dan rangkaian jenis pasta kat supermarket.

Kalau duduk kat Eropah ni, memang makanan utama adalah roti dan pasta. Cuma kalau nak makan pasta kat kedai tu, kadang-kadang sudah nak jumpa dan mungkin diragui 'kesuciannya', sebab walaupun pasta tu takde guna 'benda basah yang haram-e.g: pork, daging yang tidak halal', tetapi tau jelah diaorang suka letak wine dan seumpamanya untuk menambahkan rasa :)..Kalau jumpa pun, mesti mahal dan tak menepati citarasa.

So, solusinya, mestilah buat sendiri atau beli je rempah/rencah segera dari supermarket. Tapi yang penting kena baca ingredient nya dulu...Macam baru-baru ni, kami main rembat je dua kotak rempah segera untuk pasta. Tengok-tengok balik, Mr F baru sedar nak check ingredientsnya..tu pun masa pasta sudah di boilkan, dan bawang telah ditumis..Sekali tengok....

Mr F: Ayang, kat kotak sos carbonara funghi ni ada tulis red wine la.
Saya: Yeke Abang? Aik..Abang tak check dulu ke tadi?

Mr F: Abang ingat dia ok macam sos mozarella yang selalu kita beli tu...Hm...Cuba Ayang 'gugel' tengok hukum pasal red wine ni...
Saya: (sambil mencari) Memang tak bolehla Abang...

Mr F: Okla, jom kita tukar esok....

Alhamdulillah, memang tiada masalah untuk tukar 2 kotak rempah ni. Kami ganti dengan sos mozarella yang selalu kami guna dan InsyaAllah, tiada bahan-bahan yang was-was.

So, berbalik kepada topik utama...

Pada hari pertama, kami makan pasta dengan sos mozarella kosong. Sedap! Hari berikutnya, kami letak udang dan cendawan dalam tu. Super sedap! Hari berikutnya lagi, saya cakap kat Mr F, saya teringin nak beli daging kisar, sebab dah lama tak buat meatball...Maka, hari berikutnya, makan pasta dengan sos mozarella meatball dan cendawan. Extra super sedap dan entahla berapa kalorinya :)

Tapi kali ni, meatball, saya buat resepi lain sikit, sebab Mr F 'minta' saya ubah sikit cara adunannya. Dia nak style Italian, katanya..Taknak style mudah-mudah ni, yang mana kalau sebelum ni saya just mixkan daging kisar dengan bawang putih, tepung sikit, blackpepper and garam...

Tapi kali ni, hasil pencarian di You Tube, saya jumpa satu resepi yang lain sikit. Mari kita tengok:

Italian meatball

1 pound beef (about 500 grams)
1 cup breadcrumbs
1 tbsp dried parsley (saya ganti dengan oregano dan sedikit rosemary, sebab saya selalu simpan stok dried oregano and rosemary since dari Malysia lagi untuk sebarang perapan daging/ayam)
1 tbsp grated parmesan cheese (saya tak ada, so, kalau ada mesti lagi sedapkan sebab cheese nya!)
1 tsp black pepper
1 tsp garlic powder
1 egg (whisk)

- mix all ingredients.
- roll to ball (ikut suka besar mana)
- sejukkan dahulu dalam peti ais before menggoreng. Kalau taknak sejukkan, goreng terus pun boleh

Nota:
1) Perasan tak dalam resepi asal ni takde letak garam. Mr F kata sebab parmesan cheese tu dah masin, maka garam tak diperlukan. Tapi, sebab saya takde parmesan cheese, saya letak garam secukup rasa (dalam 3 tsp gitu)
2) breadcrumbs saya buat sendiri, saya bakar roti putih dalam AirFryer selama 5 minit, and blend kan dalam dry mixer sehingga hancur. Saya ada juga tengok source lain, breadcrumbs ni boleh ganti dengan tortilla chip, cream crackers (jamie Oliver)..so, ikut kita nak adjust camne... :)

Apapun yang penting, memang sedap dan boleh cuba lagi...Untuk 1 kg daging kisar, saya boleh dapat dalam 50 biji meatball saiz sederhana kecil. So, memang tahanla untuk beberapa kali makan berdua :)

yang ni pasta meatball untuk Mr F

yang ni pasta meatball untuk saya


Yang mana boleh jimat, kita jimatkan,
Anna Da Lady

Tuesday, September 30, 2014

Kawan baik susah dicari

Alhamdulillah, di dalam fasa tengah 'berhempas-pulas' dengan macam-macam ni (study, social life, family matter, pregnancy) di negara orang, dikelilingi kawan-kawan yang dianggap macam sedara sendiri adalah satu NIKMAT yang Allah bagi...

Tak kira lah kawan tu kat sini ke, back in my home country ke, semuanya bersedia mendengar keluh-kesah diri kita ni....

Buat masa sekarang, yang paling terasa sekali adalah bab makanan :) Teringin je nak makan benda tu benda ni..Tapi kalau nak buat, alahai! bercinta jugak kot...dengan bau nyer..dengn bahannya nak kena cari

Kalau kat sini, ex-jiran yang selalu tolong buatkan kalau kita nak apa-apa :) Tengok tu, saya nak minta pun tak malu..sebab kami sama-sama tolong apa yang boleh :)

Kalau kat Malaysia, minta tolong kawan-kawan kirimkan apa yang boleh eg: sambal ready made, kerepek etc...semua tolong usaha carikan dan tolong pass kepada kawan yang nak datang sini..

Memang satu nikmat,
Anna Da Lady

Tuesday, July 22, 2014

Kacang dhal & Kentang masak kuning style mamak

Semalam berbuka nasi tomato, sebab teringin nak makan bersama ayam masak merah. Saya ni bukan expert bab memasak, so google resepi yang ada dalam mana-mana blog.

And lately ni, suka sangat makan nasi yang berperisa, nasi putih macam tak lalu nak telan je. Tapi, Mr F dah bagi pesanan "No more nasi-nasi berempah ni..."

Nampaknya lepas ni, kena masak nasi putih atau ganti dengan yang lain la...Roti paratha ka...

Semalam juga, pergi kedai Asiamarkt. Kedai baru, ownernya Indian. Mr F la ni yang jumpak kedai ni masa dia berbasikal tempoh hari pergi Duisburg City...

So, dapatla apa yang diinginkan..Kacang dhal...tapi, baru tau rupanya macam-macam jenis kacang dhal yang ada..Selama duduk kat Malaysia ni, tak pernah pun try nak masak guna kacang dhal..bila kat sini je teringin nak buat kuah dalca la, vadai la..

Lepas tu, Mr F mentioned semalam, "Cuba Ayang google resepi macam mana nak masak kentang macam yang kita selalu makan dengan roti kat kedai mamak tu"

Ayoo...nama pun taktau...Tapi, tryla resepi yang available harini.

Anna Da Lady

Wednesday, December 11, 2013

Macam twisties la! Homemade twisties

Kelmarin, ada sorang kawan satu ofis berkongsi satu resepi mudah melalui Whatsapp. Sesuai sebagai kudapan ringan :)

Kalau ikutkan, resepi asal yang diforwardkan dari beliau, adalah begini: (saya tak pasti dari sumber mana, tapi apapun terima kasih bebanyak kepada pemberi resepi asal :))


Tapi, disebabkan mengambil langkah 'penjimatan berganda'  iaitu menggunakan apa yang ada di rumah dahulu :) , maka saya telah menggantikan beberapa benda dengan benda lain...

1) Rempah kari tu saya guna rempah kari daging/ayam

2) Cheese powder kfc tu, saya guna cheese powder yang saya beli dari kedai dalam Pasar Borong Selangor...100gm dalam RM6 lebih. Kalau ikut apa yang kawan saya cakap dan melalui pembacaan di blog, ramai gak yang beli secara online :) Mungkin lebih sedap kot :)

3) Kiub ayam tu saya ganti dengan perasa lain plus sedikit garam

4) Nestum tu saya ganti dengan oat

5) Daun kari saya tak letak, walaupun banyak jek belakang rumah :)

Tips yang penting bila nak masak ni:

1) Pastikan laksa kering yang kita goreng tu, masak dengan elok (macam kita goreng keropok). Ada kawan saya tanya, laksa bila goreng rasa apa? Memang tasteless, tapi memang sedap sebab ia rangup kalau digoreng dengan betul.

2) Api jangan terlampau kuat sangat. Pandai-pandai adjust api supaya laksa tersebut tak hangus dan masak elok-elok.

3) Goncang benda-benda ini dalam bekas bertutup atau plastic ziplock :)

Nah..sedia untuk di 'ngap'


Nota kaki: Taburan rempah ni tidak ditabur dengan sekata sebab tuan tanah ada penyakit 'M' :)

Anna Da Lady





Sunday, December 8, 2013

Periuk ajaib

Selalu kita dengar pemanggang ajaib kan? Kali ni saya nak perkenalkan satu periuk serbaguna..Mak teh saya yang kenalkan pada kami...

Sampai dalam whatsapp, siap tunjuk lagi step by step camne dia buat...

Laksa tak perlu direbus, bihun pun sama..Saya tak tengok real lagi..Balik kampong ni baru tengok :)

Tengok selitan sikit-sikit...

Pulut wajik dalam periuk serbaguna ni



Ni periuknya..Taktau dari mana!
Tapi yang saya tahu dari Amway


Till then,
Anna Da Lady


Saturday, December 7, 2013

Chocolate chips cookies

Tengok gambaq je dulu...Ada besar, ada kecik..Yang penting, ia sangatlah manis :)
Projek di waktu sejuk Khamis lepas...


Anna Da Lady

Note: Auto-post jugak. Tuan tanah nak meraikan pengantin di kampong :)

Friday, December 6, 2013

Alahai nasi lemak.....



Yang mana paling menarik?????

Lapaqla pulak bila tengok gambaq ni...
Anna Da Lady

Thursday, December 5, 2013

Tanaman baru di kebun kecil

Mr F tengah rajin nak menanam biji-biji benih pokok-pokok yang selalu digunakan.
Disebabkan ada beberapa 'buah/sayur' di dalam fridge, maka Mr F mintak saya asingkan biji daripada buah dan letak dalam bekas purple seperti di bawah.


So, kena buat label dan tulis tarikh supaya kita tahu apa yang kita letak, dan bila kita buat benda ni...Ada 4 jenis (terung, tomato, buah lemon dan limau nipis)

Tengoklah tu, biji-biji ni direndam dalam air...


Dan ia diletakkan di satu tempat yang orang tak boleh kacau :)


Dan selepas tu, ia akan ditransfer ke dalam bekas ni...Mr F beli dari satu nursery tu...

Tapi mahal sikit RM4 daripada nursery yang kami pergi bersama-sama kemudiannya...
Hmm, apa nak katakan?


Gambar di atas bukan gambar yang ditransfer semua 4 jenis buah ni, tapi gambar buah lain yang ditanam..Tak ingat pokok apa...Rasanya pokok cili.

Alhamdulillah, sekarang, biji-biji ni dah nampak pokoknya,terutama tomato...

Nanti saya share gambar,
Anna Da Lady





Projek hujung minggu: meraikan keluarga datang

Kalau entry semalam bercerita tentang projek di kebun...

Kali ni, saya bercerita pulak projek di dapur :)

Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, parent saya datang bermalam 'sat' di rumah saya sebelum bertolak ke JB. Sebab adik saya kena masuk wad. Demam teruk ditahan di Hospital Sultan Ismail.

Saya selaku adik perempuan bongsu dan yang 'tak banyak lagi' komitmen bertanggungjawab membawa parent saya ke JB untuk menziarah adik saya. My parent boleh bawak kereta, tapi tak boleh drive jauh-jauh dah..Kalau datang KL atau balik Johor, selalunya abang saya yang drive..Tapi kali ni beliau sibuk, maka my parent naik bas, turun di Duta dan my Angah pergi ambik.

Maka, seluruh ahli keluarga kakak-kakak saya (tak ramai pun, 2 families jek) datang ke rumah saya untuk bertemu dengan parent kami yang berbulan-bulan sudah tidak ditemui :)

Maka, saya selaku adik yang 'bagus' (hehehe,,puji dulu), berbesar hati mengerah tenaga dan kemahiran yang ada, untuk 'membuat' something untuk bagi diaorang 'proud' ada adik macam saya ni yang pandai masak akhirnya! huhuhuhuhuhuhuhuh8h8hhhuhuhuh8h :)

Maka, ini adalah sedikit gambar awal untuk tatapan saya kemudian hari, supaya ia menjadi pembakar semangat untuk buat lagi 'makan-makan' macam ni bersama keluarga... :)


Mashed potato yang dimakan dengan gravy (instant)..Homemade gravy ni dulu pernah buat sekali...Tapi disebabkan kesempitan masa, maka terpaksa guna instant gravy :) Sori deh!


Roasted chicken..separuh jek sebab ayam-ayam lain buat bakar bersama madu...Abaikan pisang yang berada di sebelah tu...


Ni sambal tempe yang dibuat oleh my Akak..sedap!

Pendek kata, sememangnya memasak ni best! Tapi, kena selalu berlatih supaya tidak lupa dan lebih cekap,
Anna Da Lady





Tuesday, November 5, 2013

Awal Muharram: Gardening and cooking

Alhamdulillah, we started our day today with fun activities.

Mr F with his garden..

I was just helping him with....For example..

"ayang, tolong pegang kayu ni"

And also..

"ayang, tolong trim pokok serai tu..."

and also...

"ayang, jom teman abang cari kayu lagik"

However, we had fun together!

and, also I make pizza dough and prepare a few ingredients..Will bring it to my mak su's house at Setapak.

Ada kenduri kesyukuran petang ni...I will put some pictures later!

Till then,
Anna Da Lady


Monday, November 4, 2013

Lapar..itulah alamatnya!

Hah, punyalah seorang budak ni semangat datang ofis dengan niat untuk mengadap 'kerja' nya yang sudah ditinggal hampir seminggu...

Lepas tu, bila sampai ofis, tengok cafe pulak tutup..Orang pulak tak ramai...Dan part paling best, harini budak ni datang ofis dengan dihantar suaminya....

Huwaa, dahla budak ni lapar! Mana nak cari makan ni?

Namun, alhamdulillah, ada kawan budak ni sanggup berkongsi makan pagi dengan dia..Nasi lemak lauk sotong lagi...

Terima kasih kawan,
Anna Da Lady

Wednesday, October 23, 2013

Ayam panggang berherba

Tiga hari berturut-turut, saya sediakan juadah ni (ayam panggang with different herb) setiap malam untuk tetamu dari negara Arab di surau Taman kami. Mr F yang bertindak sebagai salah seorang yang menjalankan usaha membawa mereka ini meminta saya sediakan satu main dish untuk diaorang makan bersama nasi.

Dan kebetulan pula, baru-baru ini, kami suami isteri rajin pulak menjenguk area Sungai Buloh semata-mata nak cari daun herba seperti rosemary, basil, parsley dan seangkatan dengannya di sana.

Sebab hasil carian kami, banyak blogger dan forum kata dekat area sana murah dan berkualiti.

Kami pergi beli minggu lepas, angkut sekali 2 orang anak buah sebelah suami yang rajin menemani kami kat rumah kalau waktu diaorang cuti. So, hasilnya dapat 5 jenis pokok iaitu:
1) thai basil
2) sweet basil
3) rosemary
4) oregano
5) bunga matahari

Kami beli ni ikut pendapat pemilik nursery tu jugak. Contohnya, macam english parsley, memang saya suka daun ni dimasukkan dalam masakan sebab baunya and banyak resepi yang guna daun ni. Tapi ia agak kurang sesuai ditanam dengan cuaca kat sini. Yang ada pun, kurang sihat, dah kuning-kuning daunnya.

Gambar nanti saya kongsi yek!

Ada juga kami tanam cili, pokok ubi, daun ulam raja, pegaga, dan daun sup, cuma kecik lagila..Semuanya hasil ambik dari rumah jiran MIL dan juga tanam mana-mana daun yang dibeli yang masih ada akar.

So, berbalik kepada ayam panggang, selalunya saya ikut resepi dari internet. Ni ada satu resipi yang saya memang recommend anda semua untuk mencuba. Terutama kepada penggemar garlic :)

From foodnetwork: Garlic Roast Chicken with Rosemary and Lemon

Cuma kekadang bila kita ikut resepi ni, kena pandai2 adjust jugakkan. Sebab tak semua resepi sesuai dengan tekak kita. Apapun, cubalah dulu!

Anna Da Lady

Saturday, September 21, 2013

Breakfast di hari Sabtu 21 Sept

Alhamdulillah, pagi ni Allah bagi tenaga nak masakkan breakfast untuk 2 orang makan ":)

Resepi ni digodek dari You Tube atas kata-kata 'perangsang' dari Mr F supaya banyakkan tengok You Tube untuk lihat cara-cara memasak Western Food yang betul dan pelbagai :)

So, pagi ni Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk masak Fish fillet, mesh potato and fruit salad. Tiada sos seperti resepi asal sebab ada bahan penting yang takde untuk sos tersebut. Tapi diganti dengan natural yogurt yang memang sesuai dipadankan dengan main dish.

Cuba lihat pinggan saya ni, ni memang tak habis. Entah pasal apa, tangki perut pagi-pagi ni, agak kurang besar.


Anna Da Lady

Friday, September 6, 2013

Masak dalam 15 minit je? alangkah mudahnya...

Masa pergi Umrah dulu, Ustaz yang mengiring kami selalu berpesan,

"Kalau boleh, si siteri ni masaklah di rumah, lebih ada keberkatan"

"Sebab masa masak, kita boleh berzikir, berkat air tangan dan keikhlasan kita membuat sesuatu untuk keluarga, InsyaAllah, keluarga kita pun harmoni :)"

Hmm, agak tersentap jugak saya ni, sebab memang kalau boleh nak cuba masak...Tapi, kekdang kekangan masa membataskan semuanya.

Sekarang ni, sambil menunggu kereta kena tukar part of gear box-just clutch pad and brake pad that cost me around 2k..:( , sambil tu saya layan tengok Jamie Oliver...

Abang saya sangat suka tengok rancangan Jamie Oliver ni...

Kalau dulu dalam berbelas tahun lepas, badan dia masih kurus, skang, dah berisila ! Tak ensem dah..huhuhu

Tapi, apa yg best, kalini show dia @TLC pasal macammana nak masak two dishes hanya dalam masa 15 minit :)

Semestinya masakan dia tu sangat tasty, n paling benting berkhasiat!

Kira, kalau dia boleh, kita pun bolehla kan? hehehehe..

Cuma tips nya, kena tangkas, dan semua pot2 berkaitan dan diletakkan di satu tempat

Anna Da Lady

Friday, June 28, 2013

SATU CERITA: Kesan extreme diet

Kesinambungan dari entry lepas berkaitan: SATU CERITA: Fat to slim
(Arahan: sila baca entry dinyatakan sebelum baca yang ini)

Selepas sekian lama mengamalkan diet tanpa makan nasi, dan selalu makan bihun, budak perempuan ini sering mengalami 'angin'...

Di mana angin ini ada kaitan dengan rasa tak sedap badan, kekadang rasa sakit-sakit sendi...

Dan pada suatu hari, nak dijadikan cerita, beliau bersembang dengan seorang Dr (bukan Dr medic) mengenai cara pemakanan ketika menjamu breakfast di sekolahnya.

Si Dr: Makan bihun jawa? Saya tak pernah makan pula.

Budak A: Dr tryla..Rasa dia macam style mi rebus jugak..

Si Dr: Aa la..Hmm, saya memang tak berapa gemar makan bihun ni, sebab tu saya selalu ambil mi.

Budak A: Sebab apa Dr?

Si Dr: Saya pernah baca, bihun agak kurang elok untuk kita perempuan ni.

Budak A; Hmm, saya pun pernah baca (sambil dalam hati, agaknya betulla kot, bihun ni antara penyebab penyakit angin ni)

Anna Da Lady



Thursday, June 20, 2013

SATU CERITA: Fat to slim // extreme diet & exercise

Satu ketika dulu ada sorang budak perempuan ni, berumur dalam awal 20-an, mengalami masalah 'kegemukan'. Tapi, belum obesiti lagi

Cuma, beliau berasa kurang selesa dengan badannya, dengan penampilannya...

Tambah lagi, bila di'ejek' oleh sepupu sepapat yang sebaya, dan ditegur oleh parent dan pakcik beliau.

Dan ditambah sedih lagi, bila kakak-kakaknya yang berumur 6-8 tahun lebih tua daripada beliau masih lagi 'slim' walaupun ada yang sudah beranak pinak.

Maka, mulai hari itu beliau menanam semangat supaya dapat mengurangkan 'kegemukan' beliau itu ke satu tahap yang akan membuatkan orang dah tak tegur beliau...

Maka, bermulalah rutin 'diet' beliau di mana beliau tidak langsung makan nasi, hanya makan bihun sup/bihun tomyam dan lauk-lauk yang dibakar dan sayur yang lebih.

Dan juga buah-buahan yang sentiasa memenuhi peti sejuk rumah sewa beliau, sehingga ada kawan cakap

"dah macam dusun pulak aku tengok peti ais ni" :)

Dan juga diiringi rutin "Kempen Kecergasan" yang diadakan 2-3 kali seminggu selepas pukul 5 pm di 'sekolah' beliau.

Maka, selepas 6 bulan ++, beratnya menyusut mendadak daripada 60 kg kepada 47 kg...

Namun, masih ditegur kawan dan keluarga, masih diutarakan...Cuma, kali ni 'isi' nya dah bertukar lain...

"Aik, acik..takkan tak nak makan nasi tu. sedap ni..."

"Aik, acik, rugi je abang bawak pergi makan hotel kalau acik makan macam ni.."

Namun teguran yang paling BEST!

"Kam, kenapa aku tengok ko dah macam aliean?"

HA? Alien????????

Maka, bermulalah penukaran habit makan beliau...

Semakin hari, beliau sudah berani menyentuh nasi dan lauk-lauk lain yang berlemak...

Sehingga ke hari ini, beratnya dah kembali normal, namun 'teguran-teguran' itu masih diterima...

Namun hanya disambut dengan SENYUMAN :)

Anna Da Lady




Friday, June 7, 2013

Donut pisang?

Cuba teka apa ni?


Hahaha...Ini sebab nak tengah release penat mata la, terus mengadap blog...

Ok, gambo ni sangatlah dah lama, awal tahun ni...

Waktu tu, saya sangat rajin uli adunan nak buat donut...sebab terpengaruh tengok kawan saya punya status kat FB...

Banyak kali saya buat, sampai dapat satu adunan yang perfect, lembut and agak rangup :)

Tapi, saya tak campur pun dengan pisang tu? So, kalau campur, mesti lagi sedap kan?

Cuma sekarang, kalau ditanya macammana resepinya, saya tarak ingat :)

Hehe, sudah lama tak masak didapur, jadi agaknya mesti tangan ni pun 'keras' je bila pegang pisau and kuali :)

Ok, ni nak bergerak gi Shah Alam, cancincau! Laters, baby
Anna Da Lady

Tuesday, January 15, 2013

Mengadap kari tulang daging berjam-jam

Dah kata, daging kan? Confirm la lama...Dari kul 6 petang, sampai 9 malam...

Tapi, rasa 'mengah'la jugak...

Haritu buat kat umah MIL, sup tulang daging guna pressure cooker, takdelalama sangat.

Harini, Mr F nak jamu kawan-kawan seprogram dia...Makan kari ni dengan roti...

Saya buat donut kecik...

Ni tengah menunggu Mr F ambik makanan ni...

Anna Da Lady

Friday, January 11, 2013

Minuman tenaga masa kecik-kecik dulu: Glukosa!

Pernah tengok tak tin macam ni?


Sumber: Google

Hmm, tadi sembang ngan Mr F bila tengok iklan Milo...

Dari dulu, Milo tu femes sampai lah sekarang!

Tapi, Glukosa ni, atau brand dia, Glukolin, tak pernah dengar plak orang promote...

Dulu, saya dan Mr F masa kecik-kecik memang 'dipaksa' minum air ni...Mr F kebanyakkannya kena yang perisa original...Saya plak selalunya anggur...

Memang sedapla...

Tapi, kami minum taktau atas tujuan apa! Hehe...Yang kami tau, kami kena minum sebab mak suruh...Hehe

Tambah tenaga ye?

Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails