Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua..selamat berhujung minggu...

Firstly, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru, tak kirala ia dipanggil Cikgu ke, Teacher ke, Sir ke, Puan ke, Encik ke, Dr ke, Prof ke, bekas guru..asalkan kerjanya mendidik anak bangsakan?..hehe..

tetapi aku nak khaskan dedikasi ini kepada mama ku, Cikgu Fatimah, pesara cikgu..garang tau Cikgu Timah ni..semua anak murid takut, termasukla anak2nya..hehe...and jugak kepada angahku, MSU mari...and diriku..hukhuk...
and tak lupa juga istimewa kepada cikgu-cikguku..start dari Tadika Abim Taman Ira Kangar Perlis, Sekolah Kebangsaan Kg Salang Perlis, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indra Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Perlis, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Matrikulasi KYPMKB Kelantan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi dan Universiti Putra Malaysia Serdang..Selamat Hari Guru Cikgu, Teacher, Sir, Ustaz, Ustazah, Encik, Puan, Cik, Dr, Prof... 

Ni nak menyanyi sikit lagu Guru..dulu kecik-kecik, masa hari guru je, aku suka nyanyi tau lagu ni, ala-ala buat training gitu...sampai lani masih hafal lirik dia sikit2..mcm kita lak nak nyanyi kat depan..hehe..ala, biasala...praktis..

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Terima kasih Cikgu..
Anna Da Lady



No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails