Saturday, September 21, 2013

Lunch di hari Sabtu 21 Sept dan HUKM

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat ke hadrat Allah sebab Allah bagi rezeki dalam bentuk kesihatan kepada saya dan Mr F.

Pagi tadi selepas aje breakfast, terus menghala ke klinik panel di Bangi dengan tujuan nak dapatkan kata putus dari MO di situ dan memohon reference letter untuk dibawa ke HUKM.

Semuanya ini dibuat disebabkan untuk mendapatkan rawatan susulan daripada rawatan yang diterima Mr F semasa berada di India tempoh hari.

Semasa di India, Mr F mengalami sedikit kemalangan yang terkena pada kepalanya. Sehingga kini, terasa 'sedikit pening-pening'. Jadi, MO di India mencadangkan Mr F buat rawatan susulan di sini disebabkan semasa beliau berada di India, kelengkapan agak kurang mencukupi.

Setelah 21 days selepas tragedi tersebut berlaku di mana jatuh pada Hari Lahir beliau yang ke 3x :), tadi beliau dirujuk di HUKM.

Alhamdulillah, keputusan X-ray dan CT scan tidak menunjukkan sebarang perkara yang pelik. Cuma Dr ada bagi ubat dan jika simptom masih berulang, boleh dirujuk semula ke hospital. Mungkin atas perubahan cuaca sama kot.

Apapun, saya sangat kagum dengan Dr2 di ER tadi dimana kesemuanya sangat cool, ramah n suka senyum dalam melayan patient walaupun di hujung minggu.

So, tadi lepas je jumpa Dr dan ambil ubat, terus makan dan solat di HUKM. First time dapat masuk Bangunan Akademik Perubatan, untuk solat disitu :_

Terima kasih semua,

Anna Da Lady


No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails