Friday, June 14, 2013

Mari kita ber'mimpi' di pagi Jumaat: Konsep menarik di bilik kecil

Di pagi Jumaat yang hening ni, mari kita mulakan keceriaan hidup kita dengan berimaginasi sikit...

Cuba tengok gambo di bawah ni, saya kongsikan sikit 'pelan' saya untuk bilik kecil di tingkat bawah rumah saya. Tapi, tak tahu bila konsep ini akan 'terjadi'...Hehehehe..Sebab banyak jugak area lain masih belum dikemaskini.

Kotak warna merah tu, adalah tingkap 2 panel (standard size untuk rumah lain jugak), dan impian saya ialah, untuk melengkapkan bilik ini dengan:

1) Sofa bed warna merah/purple untuk di no. 2
2) Rak buku untuk menempatkan buku-buku agama / buku-buku lain di no.3
3) Almari baju yang sesuai untuk meletakkan keperluan ketika solat seperti sejadah, kain telekung, kain pelikat untuk tetamu yang datang di no.1

Buat masa sekarang, bilik ini adalah bilik solat dan juga bilik di mana may parents, MIL suka lepak di sini, sebab malas nak naik atas kata mereka! 

Jadi, sekarang ni hanya benda yang basic di sediakan di bilik bawah ni, disebabkan 'kemalasan' saya untuk berhadapan dengan benda2 yang macam2 dalam rumah ni :) 

Dan lagi satu, saya dan Mr F lebih suka melepak di atas, xspeseli di bilik kami sebab semua ada di situ..
Hahahahahahahahaha!

So, apa yang ada sekarang di bilik ini? (sambili lihat nombor di 'pelan' di atas);

1) rak gantung baju ditempatkan di no. 1 ala-ala macam ni;

sumber: Mr Google

2) 2 stool kecil di no. 2 ala-ala macam ni;
 sumber: Mr Google

3) rak buku 3 lapis di no.3 

Maka, impian saya sekarang adalah untuk mencari furniture dan menetapkan konsep yang sesuai untuk 'menggantikan' fungsi basic furniture yang ada sekarang.

Maka, kita tengok dulu pemilihan sofa bed  di no. 2 yang bersesuaian..Kita 'usha' IKEA dulu ye!



Ok, dari dulu bila saya masuk IKEA je mesti saya tertarik dengan sofa ni, sebab apa tau? Warna merah dia...
Alamak, 'makcik' taktau pasal pa 'makcik' minat sangat dgn warna merah ni...Hehehe

Cuma, kalau pilih style ni dia agak makan ruang, sebab dia panjang...maka, saya tengok plak yang lain;

Okla kan? Tapi, nak jugak cari warna merah!

Ok, beralih pulak kepada pemilihan almari baju di no. 1;

Samada pilih jenis drawer seperti ini

 
omg...warna merah lagik? sabo jelah!


atau style macam ni, banyak sikit storage nya!

ATAU cari jenis wardrobe...


Warna merah lagik!

Atau jenis ini, sebab boleh menggunakan sebaik-baiknya ruang 'corner'

Beralih pulak kepada rak buku di no.3,


Jangan 'muntah' ye dengan warna merah! Cuma yang ni agak lebar, rasanya macam agak kurang sesuai!


Kalau macam ni sesuai, cuma kena ada 2 rak...

Ok, sudah tamat masa bermimpi, kembali kepada realiti,
Anna Da Lady




























2 comments:

  1. wahhh sila share hasil deko dekonya nnti kam!

    ReplyDelete
  2. You're the interior designer. I approve your choice of red. Hehehe.

    We go together to Ikea when I get back, OK?

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails