Friday, November 1, 2013

Rasa seronok bila tengok tanaman yang kita tanam mula menunjukkan pertumbuhan...

Wah, dah November ye? cepat betul masa berlalu...

Rasa macam baru semalam je, baru menjejakkan kaki ke tahun 2013.

Malah, rasa macam masih lagi gadis yang berumur 25 tahun...Boleh tak gitu ? :)

Seperti dalam cerita yang lalu, saya ada berkongsi perkembangan kebun kami di belakang rumah.

Alhamdulillah, sementara Mr F masih free ni sebelum kembali busy dengan tugas-tugas beliau, InsyaAllah, kami akan bersama mengusahakan kebun sekangkang kera tu :)

Dan disebabkan ada yang bertanya apa perkembangan kebun ini, saya sharekan di sini. Memang seronok rupanya bila dapat berbudi pada tanah ni kan?

Malah, mak saya selalu cakap, kalau kita beli tanah, kita tak rugi, malah ia akan mengembalikan hasil walaupun terpaksa tunggu lama sikit.

Tapi, kalau kita beli kereta, nah...jap2 asyik nak bermanja jek...Tak gitu? :)


Gambar di atas, adalah kayu pokok ubi hutan. Diberi oleh kawan Mr F sebulan yang lalu...Kami hanya tanam lebih kurang 5 batang jek..3 depan rumah, 2 belakang rumah...Yang menariknya, daun pada kayu ni masih menampakkan kehijuannya walaupun hanya ditinggalkan macam tu jek. Itulah kuasa Allah kan?

Mr F taknak tanam banyak-banyak pokok ubi kayu ni, sebab katanya, kalau banyak-banyak pun, siapa nak makan? Lepas tu, kebun kan kecik jek, nanti kalau nak tanam pokok lain, camne?

So, kot-kot la ada sesapa nak pokok ni, bagitau ye..Nanti saya pass yang berlebih ni kat awak :)



Cuba teka ni bekas apa? Sebenarnya ni tempat letak kucing kami yang dah mati tu..Si Bengal (Honeymaw)..Last-last, saya letak je barang-barang untuk gardening dalam ni, dan ada jugak barang-barang lebih renovate bilik air haritu dalam ni....macam dah jadi stor la pulak...



Ha...nilah pokok-pokok yang kami beli kat Sungai Buloh tu...Thai basil, rosemary dan sweet basil...Tanah tu pun kami beli kat sana, dan Alhamdulillah ok jugak setakat ni...Antara 3 pokok ni, daun rosemary lah yang selalu saya guna dalam masakan...Moga-moga pokok herba ni membesar dengan sihat ye!

Cerita pasal sweet basil ni, ia diletakkan di dalam sikit daripada pokok yang lain sebab sebelum ni kalau kena direct sunlight, daunnya mula menunjukkan 'kelayuan'..Namun bila terlindung sikit, nampak segar jek daunnya...

Cerita pasal pot pokok-pokok ni pulak, dua-dua pot ni dibeli dari dua tempat berbeza...Kalau pot di depan tu, beli kat Sungai Buloh..RM15, brand Baba. yang bawah tu pulak beli kat Daiso, dalam AEON Equinne Park, RM5 jek..Tapi dari segi kualiti, memang brand Baba tu lagi elokla :)



Gambar di atas pulak pokok oregano dan Thai basil jugak. Oregano tu dibei di Sungai Buloh jugak...Mula-mula dia mengembang..Last-last Mr F amik riben dan ikat dia sikit bagi dia tak mengembang sangat...

Thai basil tu pulak, Mr F ambik dari rumah seorang makcik ni dalam Taman kami jugak..Makcik tu kata, cuba tanam batang ni jek...Dan alhamdulillah, nampaknya, memang dia dapat tumbuh dengan elok walaupun tanam batanag jek tanpa akar...
Memang pada mula-mula tanam ni, daun-daun yang lama tu, nampak macam nak mati..Namun kuasa Allah, yang lama mati, untuk menimbulkan yang baru :)


Ok..daun-daun di atas bukanlah dibeli dari Sungai Buloh, tapi saya beli daun-duan yang ada akar ni dari pasar..Lepas tu, balik jek, saya minta Mr F tanam..Dari kanan, daun ketumbar ke daun sup ntah..saya pun tak ingat..Lepas tu daun bawang (masih baru lagi tanam, taktau dapadt hidup ke idak) then paling kiri, daun pegaga...

Rasanya lepas ni, kena carik 'pot' lain ni..Sebab kecik jek bekasnya


Ok..Nampak tak semak-samun di tepi-tepi batas yang dibuat Mr F ni? :) 
Ok, ni pulak pokok cili. Pokok ni MIL amik dari jirannnya dan beri pada kami..cili ni warna purple sebelum masak..Kata jiran tu, makan satu bijik pun, dah pedas sangat-sangat :)



Ok..ini bukan tanaman yek! Tapi bekas untuk menghasilkan baja kompos...Mr Fsuka baca pasal benda ni kat internet...Maka, dia pun buatlah satu dan letak belakang rumah.

Dan alhamdulillah, setelah hampir setahun buat ni, ia telah menghasilkan tanah baja yang subur untuk tanaman...


Ini pulak, antara pokok pisang terbaru yang ditanam..MIL suruh tanam sebab katanya 40 hari jek dah dapat berbuah..Ok, kita tengok nanti hujung bulan ni, camne!


Cuba tengok pokok kari tu, memang lebat..Sampai dah nak sama tinggi dengan pokok pisang di sebalahnya..Padahal, pokok kari ni ditanam lagi lambat dari pokok pisang tu...


Pisang lagi dan pokok mangga. Entah bila nak berbuah

Ok, nampaknya hanya ini yang mampun dikongsi sementara saya masih rajin mengupload gambo yang banyak ni untuk blog...Moga ia menjadi inspirasi bagi anda untuk mengusahakan membesarkan tanaman sendiri walaupun duduk di rumah apartmen..

Kalau kita tengok, walaupun duduk di rumah aparment, kita masih mampu untuk menanam pokok-pokok yang bersesuaian...appaun, semuanya dengan kuasa Allah..

Till then,
Anna Da Lady


2 comments:

  1. Huaaaa... Kagum.. kagumm.. Best... Nak balik buat jugak kat ruamh sekarang..

    ReplyDelete
  2. lin..aku kagum gak ngan ko n husband..dpt buat tmn mini :)

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails