Ini sebenarnya cerita Sabtu baru-baru ni.
Ofis saya ada terlibat dengan perlumbaan PEC di Shah Alam Go-Kart. So, saya yang memang dah lama teruja (sebab tak dapat lihat dengan mata sendiri pada tahun sebelumnya), terus ajak Mr F untuk sama-sama memeriahkan majlis.
Kami pergi sana dengan motor jek. Sebab senang nak parking.
Bila sampai di sana dalam pukul 11.40am, perlumbaan antara kereta-kereta dari beberapa IPT di Malaysia telah bermula. Macam-macam jenis design ada, tapi saya memang tertarik dengan design kereta dari Poli Ungku Omar. Dengan design nya yang kemas, dan warna yang menarik, memang layak dia bolot banyak hadiah :)
Saya dan Mr F tak duduk lama di tempat ni, sebab perlwanan tu pun sekejap jek...Lepas tinjau apa lagi yang ada sekitar majlis ni, kami terus ke Restoran Upin-Ipin berhadapan Las Copaque ofis untuk santapan lunch.
Lepas tu, Mr F tanya "nak pergi mana lagi?"
Saya terus ajak dia pergi library. "Jom kita pergi Perpustakaan Raja Tun Uda"
"Ha! Library? ada apa?" Tanya Mr F
"Ala..jomlah..."
Terus Mr F tengok Waze untuk check jalan.
Dalam pukul 1 pm tu, kami pun sampai kat library ni...
Saya cakap kat info counter tu kata kami first time datang sini. Lalu, pegawai tu pun terang la apa yang menarik kat sini.
Mr F terus teruja tau! Siap ajak register nama as member library ni dulu.
Lepas je kami beredar dari info counter tu, terus dia tanya saya,
"Eh, mana Ayang tau pasal library ni?"
"Mestilah...ayang tengok kat TV haritu"
Siap ada gym kot...And macam-macam aktiviti lain.
At last, ni hasil tangkapan kami. Dua-dua buku dipinjam oleh Mr F...3 minggu dari sekarang kena pulang balik...
Lepas tu, kami terus 'vroom' balik rumah..Tapi pukul 5pm, keluar balik ke rumah Kakak Mr F..sebab beliau anjurkan small birthday party untuk anak bongsu dia..
Kiranya Sabtu baru-baru ni, memang 'penuh' la jadual kami...
Apapun Alhamdulillah dengan nikmat kebahagiaan yang Allah beri ni,
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you