Baru tadi, tertengok rancangan SOS kendalian Aidid Marcello. Menarik.
Konsepnya seperti satu rancangan Barat yang saya pernah cerita sebelum ni :)
Ok, bila pergi ke hutan, benda yang mesti bawa ialah: Mancis, kompas, tali, parang, ubat, beg sampah (yang boleh jadi baju kalis air kita, jaket hujan) dan ada beberapa barang lagi. Saya lupa da :)
Jadi, in case kalau tersesat, benda2 ni boleh jadi penyelamat kita buat sementara waktu.
Dan satu fakta yang menarik pasal buluh;
Kawasan yang banyak buluh, tiada ular di situ.
Selama ni, saya ingat, kawasan banyak buluh la ada ular. Rupanya terbalikla maklumat yang ada pada saya selama ni. After 20 years lebih, baru tau..Huhu..But, better late than never kan? Eh, betoi ka?
Dan lagi satu, untuk hilangkan miang buluh kalau kita terkena padanya;
Gosok dengan tanah yang kering. InsyaAllah, hilang
Berbalik kepada cerita sesat di hutan, kita kena berfikir out of the box. Pandai nak guna kreativiti membentuk satu benda yang boleh lindungi kita buat sementara waktu.
Macam dalam rancangan ni, dia guna buluh untuk dijadikan tempat berlindung, tempat memasak dan rakit
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you