Bulan ni, saya dan Mr F telah meng 'spend' kan hasil simpanan kami untuk kenderaan tunggangan masing-masing...
Mula-mula, masa nak bayar untuk servis tu, rasa berat je nak hulur duit. Yelah, kita simpan berbulan-bulan tau..Sonang je dia keluar....Huhu....
Tapi, bila ingat balik...Itu semua dunia je...Yang penting, kita kumpul untuk saham akhirat...Betoi dak, kawan-kawan?
After masing-masing me'nyervis' kenderaan masing-masing, maka bermulalah perbualan laki bini ini:
Mr F: So, camne?
Saya: Aa...best. Abang pulak camne? Lepas bayar sebanyak tu rasa puas hati dak?
Mr F: Aa, best...rasa macam new superbike..Huhu
Dalam hati saya, moga-moga janganla berlaku lagi benda yang sama. Dulu sebelum servis, Mr F kata motor dia macam nak mati...Dia ingat sebab bateri..Tapi, pelikla...Sebab bateri baru je replace beberapa bulan sudah...
Last-last lepas check semua, sebab spark plug je..Misfire kata mekanik...Kami pun pergila mencari spark plug yang sesuai...Mekanik tu kata OK je...Sebab kalau boleh kami taknak beli yang ori dari pusat servis BM* tu, sebab harganya berbeza sangat.
Last-last, pi mai pi mai, tangtu jugak kami ambik. Sebab takde stok kat kedai luar. Pejam mata je lah masa nak katakan kat mekanik tu,
"Abang..gunakan je la yang ori tu.."
Tu pasal motor...kereta saya pulak, last time masa tukar tayar which is bulan Disember 2011, mekanik kat kedai tayar tu kata...
"Amoi,brake pad ni sudah habis la. Kita tukar baru ye. Kalau tak tukar nanti disk ni rosak."
Lepas bincang ngan Mr F...
"Okla, Apek."
Then, sejak tu kami perasan bila kereta bergerak perlahan, ada satu bunyi 'nyit nyit'...last time, masa bulan 3 kami dah bawak kereta tu ke tempat servis, tapi dia kata tak dengar apa-apa, sebab waktu tu hujan..maybe sebab tu tak dengar apa-apa.
Pastu, masa nak pergi servis baru-baru ni untuk next 10k, Mr F cakapla kat mekanik di pusat servis kereta...
"Kereta saya ada hasilkan satu bunyilah bila bergerak perlahan."
Then, bila check....
"Encik, kami dapati disc brake encik dah hampir hausla. Sebab Encik tak guna brake pad yang ori..Takpe, kami measure dulu tahap kehausan dia. Kalau masih ok, kami skimming je la"
Pulak...Ingatkan yang tak ori tu sama dengan yang ori...Macammana yang tak ori tak compatible dengan yang ori ye? Padahal, masa kami tengok, memang sebijik je bentuk dia.
Alhamdullillah, masih boleh di skim sebab ini baru first time jadi camtu. Tapi, tulah..lepas ni, kalau nak beli apa-apa barang untuk kereta, jangan main tibai je...Pastikan ia ori w/pun kena spend duit lebih sikit...
Tapi, tulah, bak kata orang, apa salahnya mencuba ye tak? Apa yang boleh kita jimatkan, kita cuba jimatkan.
Overall, saya dan Mr F sangat berpuas hati dengan tahap layanan dan informasi yang diberikan oleh kedua-dua staff di pusat servis kenderaan tunggangan kami.
And nak tambah lagi, memang pusat servis BM* superb la, terutama di hujung minggu, Ada free nasi lemak and kek yang super duper sodap. Huhu...
Anna Da Lady
No comments:
Post a Comment
Like this entry? Silala bagi komen...Thank you