Sunday, June 17, 2012

Bila anak buah yang kecil tidur bersama...

Buas jugak ye budak-budak kecik ni tidur.

Sorang lima tahun, sorang tiga tahun...Dua-dua anak Angah@Shah Alam...Diaorang ni ada lagi sorang Adik yang dipanggil Baby baru nak masuk setahun..Rapat-rapat je semua umur.

Semalam, sempat bermalam di rumah beliau disebabkan Mr F ada program di Johor.

Memang semalam tidur tak lena...Yelah, sebab selalunya malam-malam tidur di rumah sendiri dengan dot dot dot...

Pastu malam ni, tidur pulak dengan budak-budak kecik...Kurus pulak tu :)

Memang ruang nak bergerak kecik je, yang si adik makan 2/3 ruang katil..Jadi, 1/3 terpaksa dishare antara Makcik dia ngan si akak dia ni.

Tengah-tengah malam, si Akak batuk, pastu bertukar posisi and tidur di kaki saya, lepas saya urut belakang badan bagi reda batuk. Macam-macam...

Pastu tak lama pulak tu, si Adik pulak, bangun separuh sambil mata terpejam...Pelik sekejap...Pastu tidur menonggek...

Alamatnya, semalam memang tidur tak lena..Tapi best, sebab dah lama tak tidur dengan budak-budak ni,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails