Friday, June 29, 2012

Juga 1001 kisah makan malam diiringi pantun

Ini ada kesinambungan sikit dari cerita my BFF, Mrs Lea...Hehe...Tajuk pun lobih kurang, cuma dalam gaya saya persembahkan.

Ni saya nak bermula sikit dgn pantun 2 kerat and 4 kerat yang ada OK ada KO. Tapi, jalan jelah ye!
Disebabkan saya ni oghang Utagha, kita cakap sana na. Dengaq elok-elok no.

Pat pat siku lipat,
Sapa lambat, cheq nak hambat.

Esok malam cheq kena buat persembahan,
Atas pentas cheq ni spesis terketaq-ketaq,
Lani prektis, nampak boleh tahan,
Esok taktau kot-kot jadi, mulut ketatt.

Cheq baghu beli baju kebaya,
Konon slim taktau sampai bila,
Kawan cheq habaq baju ni segaak bergaya,
Cheq pun rembat tak kira apa.

Suami cheq pakai baju melayu,
Malam tadi cuba nampak terharu,
Warna bighu tema kami you,
Tapi tak sama sebijik bighu tu.

Makan malam besok, cheq dok tunggu
Tapi buat keja cheq banyak tertangguh
Cheq taktau minggu depan kot-kot lagi harubiru
Taktau bila siap keja, sampai sudah

Cheq ingat nak mengundur diri
Bagi laluan pada benda lain
Harap-harap semua menjadi
Kalau tidak, cheq nak sembunyi dalam kain

Anna Da Lady



1 comment:

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails