Friday, June 15, 2012

Berpusing-pusing di Puchong depan Jalan IOI dan Tesco

Sepatutnya appointment asal nak gi servis pukul 3pm...Tunggu Mr F, jadilah nak dekat pukul 4 baru gerak dari rumah ke tempat servis kereta di Puchong.

Lepas tu, biasalah bila jalan menghala ke Puchong dari Bandar Kinrara...Dahla tengah buat construction sambungan LRT Ampang line..Jalan memang sesakla.

Pastu, bila masuk Puchong, before sampai depan IOI, rupanya banyak benda dah berubah.

Rasa dulu jalan nya takdela setinggi sekarang. Sekarang dah ditambak naik tinggi separas dengan shop lots sebelah kiri. Memang lain.

Lepas tu, disebabkan dah hampir 6 bulan tak ke tempat servis kereta, saya dan Mr F ingat-ingat lupa mana jalan nak ke tempat servis kereta tu...

Saya: Abang...Ayang rasa tempat tu dekat dengan Tesco la. Jadi kena amik U-turn yang kedua...


Mr F: jadi, kita boleh dok lane kanan sekali dulu la ye?


Saya: Ye kot...

Pastu, sambung bual tentang hal ehwal semasa)

Abang: Eh, mana jalan masuk dia?


Saya: Dah lepas la Abang. Tapi cuba tengok kat depan tu, kot2 bleh masuk.


Abang: Alah! Tak bolehla.


Saya: Ish, Puchong ni..Tiap kali kita datang mesti ada benda berubah. Terpaksala u-turn jalan jauh kat Bandar Puteri tu. Hmmm...

Pastu bila dah U-turn jalan jauh, terlajak pulak simpang nak masuk ke depan Tesco, gara-gara 'teralit' sembang and ingatkan boleh masuk depan-depan nanti.

tapi, tak boleh...sebab ada divider antara jalan besar belah kanan ngan jalan susur ke arah tesco and shoplots sebaris dengannya...

Ni lagi satu..memang tak user friendly la jalan kat Puchong ni....

Tak pasal-pasal saya dan Mr F main ulang alik depan IOI Mall dan Tesco dua kali, disebabkan sistem jalannya yang memang tak sistematik dan friendly!

Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails