Tuesday, June 19, 2012

Nak bersalin hospital kerajaan atau hospital swasta atau hospital kerajaan tapi private wing

Pagi tadi, sempat berbual dengan ofis mate yang duduk sebelah saya. Bakal bersalin bulan lapan ni. Bakal anak kedua. Tapi, dah mula mencari hospital untuk bersalin.

Katanya, dia nak bersalin di hospital swasta dan paling terdekat ngan rumahnya ialah Hospital Annur, Bangi. Tupun based on recommendation from kawan-kawan sepejabat.

Iye. Kawan-kawan saya ramai yang bersalin di situ kalau diaorang dok Bangi. Kalau ikut kos semasa yang dikongsi oleh kawan saya tadi, dijangka kos yang kena bayar adalah RM1600 lebih untuk single room (sorang-sorang je duduk satu bilik). Tu belum lagi campur jika kita nak epidural etc.

Hurm, telan air liur saya dengaq..padahal dah tau dah memang camtu harga dia kalau nak bersalin kat hospital swasta.

Kawan saya tu pernah cakap, dia jugak terfikir nak bersalin di HUKM. Tapi, tulah..Jauh pulak..Tau je lah jalan area situ camne...Sesak beb.

Saya jugak pernah cakap kat dia, taknak try private wing ke? Sebab ada sorang kawan saya ni bersalin di HUKM tapi guna private wing. And lagi sorang di Hospital Putrajaya, jugak guna private wing.

Hmm, tu baru kawan saya..nanti bila saya, camne eh? Tak tanya lagi Mr F, company dia sponsor tak bersalin ke hospital swasta..HAHAHA

Berangan je lebih,
Anna Da Lady

Footnote: Haritu tengok citer Luncai, jugak berkisar benda yang sama. Si Luncai and isteri dia dalam citer tu, nak bersalin di hospital swasta. Last-last, bersalin dalam kereta. Huhuhu

1 comment:

  1. boleh tahan juga harganya bersalin kat hospital swasta kan,

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails