Monday, June 4, 2012

Keropok lekor terbaik setakat ini dan kejadian kereta bergoyang

Yeah...Masa kami pergi trip KL-KT-KB, kami telah sempat merasa 3 jenis kopok lekor dari 3 tempat yang berbeza dalam masa beberapa jam.

1) Kopok lekor pertama dijumpai pabila masuk exit Jabor, Jalan Kuantan-Kemaman. Kopok lekor ni kurang rasa tapi okla, sebab kami sempat makan nasi yang dibawa dari umah di tempatnya.

2) Kopok lekor kedua ialah di kedai 188. Kalau dari arah selatan, kedainya di belah kanan. Siap dia buat handmade depan kami lagi dan rebus nya di kuali besar depan orang tu...Katanya dia guna ikan selayang. Sorang tukang uli dan rebus, manakala sorang lagi tukang goreng dan melanggan pelayan. Yang ni memang disyorkan. Memang sedap. Kami juga sempat merasa Jelly kelapa..Osh, freshnya rasa :)

3) Keropok lekor terakhir ialah di Seberang Takir menghala nak ke airport K.Terengganu. Nama kedai ni tak ingat sangat. Tapi, kedainya start dengan tulisan Batu. Dan ada parking kereta di tepinya. Waktu kami sampai, orang memang ramai tengah tunggu turn nak membeli yang belum digoreng dan dah digoreng. Kopok lekor ni rasa rempahnya lain sikit. Berbeza dengan 1 dan 2. Tapi, apapun no.2 tetap sedap!

Lepas tu, ada satu kejadian di mana di kedai no.3 tu, sepasang suami isteri dan anak kecik, menggoyangkan keretanya, sebab kunci tertinggal di dalam. Sebabnya, konon anak2 nak tidor dalam kereta la..Goyang punya goyang tak tersedar2 jugak 3 anak ni...

Last2, customer2 kat kedai tu pergi tolong suami isteri ni goyangkan kereta...

Sampai Mr F kata "Dah nak terbalik rasanya kereta tu"

My MIL pula kata, "Aish, takut anak tu terpengsan ke apa..Ada ke tinggal kunci dalam kereta. Si isteri tu pun, tunggulah dalam kereta."

Memang tidur mati betul anak2 suami isteri tu.
Anna Da Lady

2 comments:

  1. ni kejadian ngeri ke lawak ni..boleh pulak men goyang2 keta

    ReplyDelete
  2. Betul Lea..diaorang memang goyang kereta tu..kalau tak salah aku style keta jenis MPV..tak ingat brand apa..ada kot dalam 10 minit kejadian tu..memang cuak habis aku tengok

    ReplyDelete

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails