Thursday, June 7, 2012

Paperless, hardcopy, softcopy, organizing the info

Ha..panjangnya tajuk. Sebab alang2 nak cakap pasal semua ni, baik letak dalam satu entry!

Hardcopy dan softcopy, mana yang lebih kawan-kawan suka?

Saya dua-dua pun suka. Tapi, bila sekarang kita lebih kepada 'paperless' sebab lebih jimat kos dan mudah, maka ramai orang termasuk di company2 besar dan juga tak terkecuali ofis lama saya dan sekarang lebih suka kepada softcopy.

Malah, kalau nak masuk meeting pun, lebih baik usung komputer tengok minit mesyuarat daripada print banyak2 kertas dan lepas tu, buang je atau entah mana-mana campaknya.

Kalau softcopy, selamat dah ada dalam database or external harddisk, as long as you punya laptop/notebook/network takde masalah dan tidak dicurik :)

Tapi, tulah...bila banyak sangat softcopy benda ada dalam komputer, mata ni pun mulalah 'fatigue'...


Rasa blur dan menambahkan lagi power kekaburan mata sedia ada :) Saya sedar mata saya semakin teruk dan silau tu lebih tinggi sejak bergelar pekerja kat ofis lama..Dalam R&D lagilah..mengadap design je...

Maka, sejak itu, bila berada di ofis skang, saya nak elakkan banyak guna komputer, dengan mencetak apa yang boleh dan memang selalu dan penting untuk digunakan. Terutama bab penyelidikan.

Bila baca jurnal tu, kalau ada paper yang menarik and memang sangat related dengan apa yang kita buat dan cari, maka printlah. Tapi, jangan lupa disave jugak di hard disk dan tahu dimana anda simpan.
Kang, hilang..Dua-dua tak dapat :)

Sekarang ni pun, saya baru beli dan guna log book (buku kulit keras) sebab tertarik dengan beberapa rakan yang mengusung buku ini ke hulu ke hilir dan mencatatkan apa yang beliau jumpa dalam satu buku.

Berbanding praktis saya yang semalam dan dulu-dulu, saya gemar menconteng atas recycle paper. Lepas tu, mulalah cari mana nota yang saya tulis tempoh hari. Memang tak terurus.


Amalan menulis dalam log book ni pun atas suggestion instructor RASCH model kami semalam...
Kata beliau, "Saya kalau ada apa2 nak ubah data dalam RASCH ni, memang saya tulis dalam logbook. Nyatakan sebab apa kita delete etc. Jadi kalau orang tanya, kita dah tau apa nak jawab"


Anna Da Lady




No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails