Friday, June 22, 2012

Hantu? Nak takut atau tak nak?

Terbaca satu artkel di Kosmo:

Jangan takutkan anak dengan hantu


Kita sedut sikit apa yang dikatakan dalam artikel ini:

"Dalam masyarakat Melayu khususnya, hantu telah menjadi sebahagian daripada simbol yang digunakan untuk menakutkan anak-anak yang sering menangis pada tengah malam atau mengawal kenakalan mereka. 

Adakah itu cara yang betul dalam mendidik anak-anak? Hakikatnya, mendidik anak untuk takutkan hantu telah menanam konsep baharu ke dalam diri mereka. Ia telah membuatkan mereka percaya bahawa hantu itu sememangnya watak yang menakutkan dan boleh menyebabkan manusia ditimpa musibah.
Malang sekali, kerana konsep hantu tersebut tidak dapat dibuktikan, ketakutan anak-anak itu terbawa-bawa sehingga mereka dewasa.
Mereka akan takut melalui kawasan kubur kerana kononnya ia menjadi tempat tinggal hantu atau enggan berada di tempat gelap walaupun di dalam bilik kerana kononnya ada hantu.
Sebenarnya, mendidik anak dengan konsep hantu terutamanya ketika anak-anak masih kecil hanya menjadikan mereka manusia yang penakut kepada sesuatu yang diragui kewujudannya.
Walaupun ia mungkin bukanlah pendekatan yang sesuai, tetapi menakutkan anak-anak dengan perkara yang boleh dibuktikan mungkin lebih baik daripada menakutkan mereka dengan cerita hantu."
Nota kaki: Ye, saya sangat setuju dengan apa yang dibicarakan dalam artikel ini. Memang saya sendiri pun, kalau taknak anak buah pergi jauh2 dari saya terutama bila kita sorang je kena kontrol dia, akan kata;
"No...You cannot go into that room. Ada hantu tau!"
Nah..itulah yang dari dulu saya dengar....Dan ye, saya adalah sorang yang penakut hingga kini dan sangat sensitif dengan pelbagai bunyi-bunyian bila dok sorang2 di rumah.
Tapi, saya lebih gerun kalau itu orang jahat yang buat.
Apapun, janganlah kita takut kepada apa-apa lebih dari kita takutkan ALLAH s.w.t kan?
Minta perlindungan dari Nya,
Anna Da Lady







No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails