Tuesday, January 31, 2012

Bunga pegang pengantin

Dari tepi...


Dari atas...


Inilah bila semuanya buat sendiri...Nak jimatkan kos dan tak sempat survey di butik pengantin...

Bunga pegang pengantin adalah dekorasi daripada my Angah...Beliau sangatlah kreatif...

Bunga-bunga pulak adalah pilihan saya sendiri...Dibeli dari Nilai 3..Dan ditemani my Akak...

Saya tak suka bunga mawar atau bunga yang kaler merah ni...

As mentioned in previous post on 2010 kalau tak silap, saya sangat suka bunga matahari...
Tetatpi kurang sesuai dijadikan bunga pegang, maka tukar dengan bunga ini...

Bunga apa ye?
Anna Da Lady

Idea barangan hantaran lelaki kepada perempuan...

Ini sambungan daripada cerita di bawah...

Mari kita semak/check barangan hantaran dari lelaki kepada perempuan plak...

Note: Merah (dari perempuan ke lelaki), biru (dari lelaki ke perempuan)


1) Sama seperti post sebelum ini, bila dah bagi kasut lelaki mesti bagi kasut perempuan jugakkan...

2) Bila sudah diberi jam, mesti dibalas dengan jam jugakkan...

3) Dan jika ada kek, mesti dibalas dengan kek jugakkan...

4) Lagi satu, bunga telur...elok di bawa semasa majlis bertandang...Baru meriah...

Note: Abaikan muka pengangkat bunga telur tu...Hahaha....



Tapi, apapun, hantaran semasa perkahwinan saya semuanya caca merba dan tidak mengikut adat atau kata orang dulu2...
Sebab semuanya last minute...

Mula-mula, katanya diri sendiri nak buat hantaran..
last-last, bagi dekat orang jugak buat...
Sebab diri sendiri tidak kreatif...

Tak macam adik saya...Lelaki ok...
Semasa dia nak bertunang dulu, dia buat semua dari A to Z...
Kakak-kakak dia pergi naik tengok apa yang dia buat...Dia buat atas rumah...

Bila naik atas je, semua dah siap...
Lengkap dengan bekas hantaran macam bentuk cage tu...Fulamak!!!

Gambo? Hmm...kena korek FB dia...dalam folder saya, takdela...
Anna Da Lady

Monday, January 30, 2012

Maybe boleh dijadikan salah satu barangan hantaran anda!!! I

Terselak gambar-gambar lama bila tengok folder kahwin my family...

Jom kita tengok apa yang ada dan boleh dijadikan panduan sesiapa yang nak buat hantaran tu.

Dari perempuan kepada lelaki:

1) Kasut lelaki (optional)


2) Buah (selalunya mesti ada): Tips nak bagi buah nampak berkilat-letak minyak


3) Jam tangan (optional)


4) Gula/garam: orang dulu-dulu selalu pesan mesti ada garam/gula tanda nikmat masam manis berumahtangga (boleh jugak dari lelaki kepada wanita)


5) Sirih junjung (mesti ada): ni buat sendiri - hasil kreativiti kakak-kakak dan makcik-makcik


6) Wallet dan belt


7) Perfume


Bagi saya, apapun yang kita bagi mestilah IKHLAS dan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk...

Dan yang paling penting, benda yang kita jadikan hantaran tu, mestilah yang kita guna dan pakai...

Tapi ada sesetengah orang sayang nak guna, sebab cantik sangat dekorasinya...Hahahaha...
Anna Da Lady





Harga rumah naik mencacak. Apa faktornya?

Mungkin kajian ini boleh dijadikan salah satu panduan...


Ingat tak dulu ada dinyatakan oleh salah seorang orang berpengaruh jugak.
Yang muda-muda ni bila dah kerja, beli dululah rumah, jangan beli kereta yang hebat-hebat tu.. If I'm not mistakenla..begitu ceritanya

Tapi, for fresh graduate, kita tahukan berapa yang boleh dapat bila start kerja. Hmm, nak kumpul duit nak bayar deposit, legal fees jika diperlukan..Hmm..Banyak jugakkan?

Hmm, macam mana tu...

Tapi ada juga satu artikel ni, di US...Kalau tak salah jugak...(Tolong perbetulkan jika silap)

Waktu ekonomi diaorag 'down' teruk...Harga rumah pun diturukan sebab tak de sape yang boleh beli rumah and buat pinjaman waktu tu...

Dan bila cakap pasal rumah ni, Alhamdulillah...Saya telah melabur ke arah tu dengan bantuan ahli keluarga dan BFF... Cuma makan masa lebih kurang 4-5 tahun, untuk berbuat sebegini...

Rumah yang dibeli adalah atas orang...Jadi 10% mestilah dibayar kpd tuan rumah lama aka 'orang lama' (bergantung kpd agreement anda dengan 'orang lama')...Walaubagaimanapun, bank akan menganggap anda membayar 10% kepada tuan rumah lama...

Lebih kurang RM10k untuk legal fees (S&P and loan), sebab saya terlewat beberapa bulan bila buat pinjaman free legal fees...Ini sewaktu zaman ekonomi merudum bbrp tahun yang lepas...2008/2009...

Jadi, dari mana kita cekau duit ni...Itulah pentingnya simpanan kita dan juga bantuan ahli keluarga jika tidak mencukupi...dan juga duit dalam KWSP (akaun ke2)

Tapi duit dalam KWSP (akaun ke2) hanya dapat dikeluarkan apabila kita dah ada S&P document...
Ini kena dijadikan sbg bukti sewaktu kita nak buat pengeluaran...



Pernah dengar tak, baru-baru ni ada satu cerita berkenaan tindakan yang dikenakan ke atas pengeluar KWSP sebab bagi maklumat palsu? Hmm... 
Anna Da Lady










Friday, January 27, 2012

Diari 2012

Saya memang cerewet dalam pemilihan buku diari...

Suatu hari di penghujung 2011,

Saya: Abang, jom kita pergi kedai buku. Nak beli diari 2012 la.
Mr F: Ok.

Bila je sampai, masuk Kedai Buku 1.

Saya: Hmm, tak menarikla. Bukan macam yang saya nak. Saya nak buku yang ada satu page, satu bulan n ruang kosong yang cukup untuk catatan, note untuk meeting. Macam yang saya gunakan sekarang. Tapi yang itu, supplier bagi.
Mr F: Kalau yang ini?

Saya: Ok, cuma bukan hardcover, gabak and panjangla.

Pergi pulak ke Kedai 2.

Saya: Ha, yang ini ok dah.
Mr F: Awak..kalau nak beli diari kalau boleh jangan cari macam ini. Ini ada tulisan ayat suci and ada hadith, nanti kalau awak termasuk ke toilet, tak elok kan. Pastu nanti kalau dah habis guna, takkan awak nak buang macam tu je. Kena jaga elok-elok.

So, selepas semua nya tak satisfy my need, saya terus googgle calendar from here and cari yang memuaskan spesifikasi saya.
Lepas tu saya cari A4 paper, kerat bahagi 2...and bindkan nya sekali dengan kalendar...

Masalahnya sekarang...

Meeting 1 dengan seorang senior, Senior A.

A: Eh, awak tak dapat ye diari macam tu? (sambil tunjukkan ke rak bukunya)
Saya: Dapat. Cuma saya tak suka sebab gabak. Dulu saya guna yang supplier bagi.

A: Hmm, saya guna cover tu cuma tambah dan tukar isi je setiap tahun.

Meeting 2 dengan seorang colleage, B

B: Eh, Dian...awak ada tak diari lebih?
Dian: Ha? kenapa..

B: Tengok orang sebelah saya ni. Jimat betul. hahaha...
Saya: Taklah, prof..Saya tak jumpa diari yang sesuai...
Dian: Takpe...yang ni dinamakan sustainability...

Itulah pulak...Takpe, one fine day, i'll find you, diary....

Hmm, bilalah nak pergi cari pulak ye...masalahnya bila kita tak cari, jumpa, bila kita tak cari, tak jumpa,
Anna Da Lady

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails