Friday, January 27, 2012

Diari 2012

Saya memang cerewet dalam pemilihan buku diari...

Suatu hari di penghujung 2011,

Saya: Abang, jom kita pergi kedai buku. Nak beli diari 2012 la.
Mr F: Ok.

Bila je sampai, masuk Kedai Buku 1.

Saya: Hmm, tak menarikla. Bukan macam yang saya nak. Saya nak buku yang ada satu page, satu bulan n ruang kosong yang cukup untuk catatan, note untuk meeting. Macam yang saya gunakan sekarang. Tapi yang itu, supplier bagi.
Mr F: Kalau yang ini?

Saya: Ok, cuma bukan hardcover, gabak and panjangla.

Pergi pulak ke Kedai 2.

Saya: Ha, yang ini ok dah.
Mr F: Awak..kalau nak beli diari kalau boleh jangan cari macam ini. Ini ada tulisan ayat suci and ada hadith, nanti kalau awak termasuk ke toilet, tak elok kan. Pastu nanti kalau dah habis guna, takkan awak nak buang macam tu je. Kena jaga elok-elok.

So, selepas semua nya tak satisfy my need, saya terus googgle calendar from here and cari yang memuaskan spesifikasi saya.
Lepas tu saya cari A4 paper, kerat bahagi 2...and bindkan nya sekali dengan kalendar...

Masalahnya sekarang...

Meeting 1 dengan seorang senior, Senior A.

A: Eh, awak tak dapat ye diari macam tu? (sambil tunjukkan ke rak bukunya)
Saya: Dapat. Cuma saya tak suka sebab gabak. Dulu saya guna yang supplier bagi.

A: Hmm, saya guna cover tu cuma tambah dan tukar isi je setiap tahun.

Meeting 2 dengan seorang colleage, B

B: Eh, Dian...awak ada tak diari lebih?
Dian: Ha? kenapa..

B: Tengok orang sebelah saya ni. Jimat betul. hahaha...
Saya: Taklah, prof..Saya tak jumpa diari yang sesuai...
Dian: Takpe...yang ni dinamakan sustainability...

Itulah pulak...Takpe, one fine day, i'll find you, diary....

Hmm, bilalah nak pergi cari pulak ye...masalahnya bila kita tak cari, jumpa, bila kita tak cari, tak jumpa,
Anna Da Lady

No comments:

Post a Comment

Like this entry? Silala bagi komen...Thank you

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails